Ahad, 24 Disember 2017

16 PERKARA YANG SAYA PELAJARI DARI SIFU @ MENTOR PENULISAN DAN BLOGGING



Bermula dengan belajar menulis dengan ejaan penuh dan bahasa Melayu Tinggi dari Puan Ainon dan konten bermanfaat, membawa kepada belajar mendapatkan akaun Adsense dari Blogger Tuan Hasrul Hassan,  kepada lebih bijak menulis dengan mengikuti Marketing Strategies dan branding  Tuan Azleen Abdul Rahim dan Sifu SEO dan Content marketing,  Tuan Wan Yusof Wan Jeffery. Dan kini mula mengikuti Neil Patel.


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dalam banyak perkara anda memerlukan mentor dan sifu.

Tidak seorang malah lebih ramai lebih bagus. Setiap sifu dan mentor punyai ajaran berbeza. Anda hanya perlu mengadaptasikan dan sesuaikan dengan cara dan pencapaian setiap yang telah anda lakukan.

Ada banyak perkara yang dipelajari, antaranya adalah seperti berikut :-


1. Gunakan apa yang ada.

Ketika mula menulis. Guna apa yang ada. Jika anda tidak punyai laptop, guna sahaja telefon bimbit.
Andai laptop anda rosak, gunakan telefon bimbit anda.
Jika anda tiada line internet. Tulis dibahagian note telefon bimbit anda atau simpan dahulu artikel dalam word di laptop anda. Apabila anda telah punyai line internet, publishkan semua artikel yang anda simpan walaupun mungkin telah hampir 30 artikel. Kesabaran itu penting dalam mengejar kejayaan.



2. Tulis apa yang anda tahu dan minat.

Mula menulis apa yang anda tahu dan anda suka.
Ia akan menarik mereka yang ‘seperti’ anda. Ia umpama ‘cermin’. Kita hanya akan bijak menulis apa yang kita tahu dan kita minat serta apa yang kita sering baca. Minat kita berpandukan apa impian dan kesukaan kita. Tulis segala kesukaan anda, dari kesukaan anda menulis anda akan bertambah minat kepada pelbagai perkara lain yang datang secara ‘semulajadi’ kepada anda.


3. Domain bukan perkara utama.

Ketika mula berblogging. Blog pertama menggunakan domain.com ialah qisya.com. Bukan setakat membeli domain, malah mengupah designer mereka bentuk blog dalam paparan paling sesuai dengan imej.
Sayang sekali, ia hanya tinggal nama, tanpa satu artikel disiarkan.
Domain bukan perkara utama. Anda boleh menggunakan yang percuma.

Paling penting ialah semangat dan minat menulis. Apabila anda telah bertahun konsisten, dan punyai pengikut sendiri, untuk jangka masa panjang akan tiba waktu sesuai untuk anda memiliki domain sendiri.


4. Tulis sebanyak mungkin artikel Berkualiti

Ketika menulis, bayangkan anda menulis untuk anda dan anak cicit anda untuk masa hadapan.

Tulis seikhlas hati artikel paling berkualiti dan bermanfaat untuk anda dan insan lain yang sudi meluangkan masa, waktu dan kesungguhan mencari info sehingga Berjaya singgah diblog anda.

Letakkan diri anda ditempat mereka. Apa perasaan anda, apa anda mahukan, apa anda cari.

Dari situ anda akan menghasilkan artikel paling berkualiti, ringkas, mudah faham dan menyentuh hati.


5. Sebarkan Artikel Dan Blog anda

Hebahan dan iklan  atau marketing amat penting dalam zaman milenia dan digital ini.

Konten yang bermanfaat dan berkualiti ditulis anda pasti anda inginkan ia disebarkan agar seluruh dunia mendapat manfaatnya.

Selain berkongsi di google, anda juga boleh menyebarkan artikel bermanfaat anda dimedia social anda termasuk facebook, instagram, twitter, linkedin dan pelbagai medan social lain.

Tidak perlu malu. Banyak lagi dosa yang anda perlu malu bila lakukan.


6. Masa untuk berubah

Setelah bertahun anda punyai blog dan menulis.
Masa untuk anda berubah dari cara penulisan dan mencari pelbagai ilmu lain dalam bidang penulisan dan blogging.
Pakar atau pemilik Phd juga mereka yang dipenuhi dengan kejayaan dalam hidup, tidak pernah berhenti belajar dan berubah menjadi lebih baik dan baik lagi. Anda atau sesiapa sahaja juga begitu.


7. Belajar , belajar dan belajar

Hari ini anda belajar menulis. Esok anda belajar untuk lebih rajin dan konsisten menulis. Lusa anda belajar menulis konten berkualiti dan power. Tahun depan anda belajar teknik SEO. Begitulah dunia ini, ilmu baru berkembang setiap saat. Jangan pernah berhenti belajar walaupun blog anda berada di tahta teratas, dan disebut dari mulut kemulut setiap manusia di atas muka bumi ini. Belajar tidak pernah akan habis , sehingga anda menutup mata.


8. Punyai peningkatan dalam bidang penulisan dan blogging

Setiap pekerjaan ada KPI tersendiri. Dari hobi yang bertukar untuk pendapatan sampingan mahu pun pendapatan pasif pasti anda juga harus wujudkan KPI anda termasuk dalam blogging dan bermain media social yang menghasilkan pendapatan untuk masa hadapan anda.
Lihat perbezaan hasil kualiti dan apa yang media social anda beri kepada anda, baik blog, facebook, instagram dan linkedin anda.
Peningkatan yang ada harus terus ditingkatkan dan disasarkan cara matlamat dan target untuk tahun seterusnya. Tambah baik target dan sasaran anda juga peningkatan artikel bermutu termasuk gambar, sumber grafik dan cara penulisan yang menyentuh hati serta bertambah baik. Terima setiap kritikan sebagai satu tolakan kuat untuk anda menjadi lebih bagus dan Berjaya dalam apa yang anda telah mula lakukan.


9. Matlamat Masa Hadapan

Apa anda lakukan hari ini, pastikan ia ada matlamat masa hadapan. Dengan waktu yang kian bergerak pantas, setiap saat yang berlalu dalam hidup anda haruslah boleh digunakan bukan untuk hari ini sahaja , malah untuk masa depan.

Setiap apa yang anda buat hari ini, ada target untuk masa depan dan menjurus untuk matlamat jangka panjang bukan sahaja untuk jangka pendek tahun tertentu sahaja.


10. Mula membina Imej Profesional

Anda boleh membina imej lebih professional , sama ada blogger blog peribadi yang lebih dekat dengan segala kategori pembaca namun dari sudut lebih professional.

Anda juga boleh menjadi blogpreneur dengan cara lebih professional, mentor dan sifu blogging dengan cara lebih professional.

Perkara pertama ialah mereka bentuk dan menambah baik ciri professional di blog anda. Mungkin ia bukan untuk masa ini untuk anda merancang ia, namun pastikan ia ada dalam perancangan masa panjang anda.

Untuk apa suka-suka , jika dari kesukaan anda sudah terlihat bakat yang anda pasti mampu pergi jauh.

Zaman milenia bukan lagi untuk suka-suka, jadikan suka-suka itu medan untuk anda menjana pendapatan untuk anda sendiri.


11. Matlamat Jangka Panjang Yang Tepat

Anda harus mempunyai matlamat jangka panjang yang tepat. Lukis dan graph dalam otak anda cara dan bagaimana perjalanan itu mampu terlaksana.

Sebagai blogger separuh masa hampir 5 tahun, akhirnya minat menjadi blogpreneur tiba.
Maka antara sasaran blog ini ialah apabila lebih 3000 artikel , blog ini akan membeli dan membina nama khas domain sendiri berbentuk website dan blog.

Seiring 3000 artikel, antara matlamat jangka panjang blog ini juga, ketika itu produk homemade dan semulajadi juga telah lebih dari 10 jenis dan mempunyai ‘killer product’ tersendiri.

Website dan blog lebih professional akan dibina.

Matlamat ini disasarkan seiring pembacaan, bahawa agak sia-sia jika artikel diblog tidak sampai 100, dan apabila pengunjung tiba diblog, tidak banyak artikel yang boleh dirujuk dan dibaca.

Apabila anda mempunyai 3000 artikel berkualiti, pengunjung akan berada lebih lama di blog dan sasaran pembaca dan pelanggan akan lebih meningkat.

Dari artikel yang dibaca dan terus-terusan terus dibaca ia akan membawa kepada minat dan pembaca akan lebih dekat untuk mengetahui setiap produk yang ditawarkan.

Satu produk tidak cukup, lebih banyak produk lebih banyak peratusan untuk pelanggan membeli produk anda.

Maka tetapkan matlamat jangka panjang anda. Buat sehabis baik, jangan berganjak dan focus apa yang anda ingini.

Jangan ikut orang lain, bina kejayaan anda sendiri.


12. Lebih ramai mentor dan sifu lebih baik

Tiada ilmu yang tepat 100% dari mentor dan sifu.

Anda harus gunakan semuanya sehingga jumpa yang paling sesuai dengan anda.

Tidak ada satu kejayaan yang sama. Anda harus cuba semuanya.

Hormati semua sifu dan mentor yang anda ambil ilmunya walaupun mungkin ia hanya secara percuma dari blog dan muka buku.

Setiap mereka yang Berjaya mempunyai ramai mentor dan sifu.

Maka terus belajar, cari lebih ramai guru dan sifu.

Cuba segala ajaran dan pilih yang paling sesuai dan Berjaya untuk anda.


13. Focus dan konsisten

Tiada yang lebih berkuasa dari kuasa focus dan konsisten.

Kesabaran akan membuahkan hasil.

Kejayaan yang anda lihat dimiliki oleh ramai orang adalah hasil focus dan konsisten bertahun, Cuma anda tidak tahu reality perjalanan kejayaan mereka.

Abaikan cakap negative disekeliling anda. Hanya fikir dan cakap positif pada diri anda. Apa yang penting ialah apa yang anda fikirkan dan buat.

Usaha tanpa tindakan adalah sia-sia. Tindakan anda yang menentukan apa yang akan terjadi seterusnya.

Doa dan percaya pada perjalanan dan pengembaraan hidup

Dalam setiap usaha, pasti ada masa anda rasa lemah dan tidak berdaya. Punya rasa putus asa, namun tetap bangun dan teruskan.

Maka sebagai manusia biasa anda kekal kena sentiasa berdoa, bertawakal dan percaya pada Tuhan berbanding percaya kepada diri sendiri dan cakap orang lain.

Anda harus percaya inilah perjalanan dan pengembaraan hidup yang anda harus lakukan sebelum anda membina kejayaan sendiri. Setiap kejayaan tidak sama, dan setiap pengambaraan kearah kejayaan juga tidak sama.

Jangan sesekali pandang kejayaan dan pengembaraan hidup insan lain dan bezakan dengan anda.

Anda tidak pernah tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Media social individu itu sendiri tidak mengambarkan yang sebenar.
Hidup dan bina kejayaan dalam dunia anda, dan dapatkan apa yang anda percaya dan kejar dengan percaya setiap aturannya adalah yang terbaik yang disediakan khas untuk anda.
Berbangga dengan perjalanan hidup anda sendiri, kerana tentu sekali ia paling terbaik yang disediakan oleh tuhan khas untuk anda yang disayangi.


14. Positif

Apa yang paling penting, kekal positif sentiasa walaupun anda dilanda ujian terhebat dalam hidup sekalipun.

Bangun pagi dari tidur dengan fikiran yang positif. Lalui setiap ujian dengan positif. Sambil menulis positifkan diri anda, buang malu dan jadi diri anda sendiri.

Tiada manusia yang sama seperti anda. Maka anda tidak perlu takut dan bezakan diri anda dengan individu lain.

Manusia tercipta berbeza-beza maka raikan perbezaan itu.


15. Buat dan Tindakan

Ia perkara pertama yang perlu ialah buat dan tindakan. Buat dan lakukan sekarang. Apa guna anda membaca 8 juta buku sehari. Mendengar video motivasi setiap saat, namun satu perkara anda tidak buat dan lakukan.

Maka bangun dan terus buat. Rancang tindakan anda dan buat, buat dan buat.

Bertindak sekarang . Itu sahaja perkara yang membawa hasil dan menjadikan impian dan sasaran anda satu kenyataan.


16. Pelan dan Perancangan

Segala pelan anda harus dilukis , termasuk perancangan.

Ikut segala pelan dan perancangan anda. Jika ada perubahan , ubah ia dan lakukan yang lebih baik.

Kita boleh merancang dan mempunyai pelbagai pelan. Namun pelan dan perancangan dari tuhan pasti lebih baik untuk anda.

Lebih baik anda ada pelan dan perancangan dari lansung tiada apa-apa perancangan dan pelan.

Tuhan pun ada perancangan dan pelan hidup untuk anda sebelum anda terbentuk menjadi manusia.

Maka bermula hari ini, pastikan anda ada pelan dan perancangan .

Ikut pelan dan perancangan anda buat itu. Jangan jadikan ia sekadar hiasan, contengan atau gambar untuk instagram, blog, facebook atau linkedin anda semata-mata.



Terdapat banyak lagi ilmu yang ditulis dan diberitahu oleh mentor, sifu dan mereka yang Berjaya dalam bidang masing-masing.

Pada hari ini, ramai dari tokoh yang Berjaya mula menulis di media social masing-masing, malah mula menulis buku mengenai hidup dan kejayaan mereka sendiri sebagai panduan dan motivasi.

Sebagai manusia yang lemah dan punyai pelbagai kekurangan dan tidak bijak dalam segala ilmu, kita harus belajar dari insan lain walaupun dari bacaan status di media social , dan lebih bagus lagi dari buku.

Pilih buku bermanfaat. Setiap saat yang berlalu dan anda isi dengan ilmu hari ini akan menentukan siapa anda dimasa hadapan.

Tiada guna membaca tanpa sebarang tindakan yang membaca manfaat.

Terima kasih untuk anda yang terus menerus memberi sokongan kepada setiap artikel diblog ini.

Setiap perjalanan diblog ini adalah atas kesedaran dari setiap pembacaan di status-status yang dipaparkan dimedia social oleh pelbagai golongan dan individu yang memberi idea dan ilham untuk penulisan blog ini.

Semoga blog ini juga memberi idea, ilham dan inspirasi untuk anda.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...