Ahad, 17 Disember 2017

Manisan


Coklat dan makanan manis sering dijadikan hadiah atau buah tangan untuk menggembirakan hati individu lain

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sehingga hari ini,  makanan manis kekal menjadi hadiah dan buah tangan untuk insan tersayang termasuk pelanggan dan anak-anak kecil serta sahabat karib.

Pelbagai kaum termasuk India yang menjadikan manisan sebagai hidangan bagi meraikan kegembiraan.

Malah kaum lain dan pelbagai jantina juga kini melakukan perkara yang sama. 

Hanya sebiji gula-gula atau satu bar coklat sering dijadikan hadiah dan kejutan bagi meraikan individu termasuk Agent mahu pun sahabat satu pejabat. 

Lihat sahaja makanan paling laku dan laris di depan kaunter bayaran di pasar-pasar, kedai runcit dan pasaraya pasti makanan manis,  coklat atau biskut juga kek-kek. 

Sering mendapat pelbagai makanan manis sebagai hadiah merupakan satu rezeki,  namun anda harus sentiasa berhati-hati dengan kandungan gula dan kesedapan makanan manis seperti ini. 

Bayangkan biskut keju sekali pun dari sepeket membawa ke 3 peket jika sekali makan,  apa lagi coklat dan kek serta donut. 

Lebih ramai Kawan,  lebih banyak risiko anda makan banyak kerana lebih ramai yang akan anda perlu jaga hati dan rajin belanja anda. 

Dari roti krim, biskut manis,  bijirin sarapan manis,  bijirin on the go,  snack manis lain,  Brownies,  kek keju,  tart dan sebagainya. 

Anda pasti akan sering mendapat ia percuma jika anda sering berkawan dengan mereka yang pemurah dan rajin memberi hadiah dan membawa makanan kepada anda. 

Lebih-lebih lagi jika anda terkenal suka makan dan kuat makan. Ia sungguh mencabar. 

Paling utama perkara belanja percuma ini sering datang ketika anda baru berazam dan ingin mulakan diet sihat dan misi menjaga pemakanan. 

Begitu hidup,  cabaran ada di mana di setiap sudut. 

Anda boleh nikmati coklat tapi pastikan ajar sahabat dan insan sekeliling anda menikmati coklat gelap dan kurang manis. 

Ajar perlahan-lahan.  Lambat laun mereka akan faham. 

Makan dan ambil sahaja coklat dan manisan yang diberi.  Makan sedikit dan hadiahkan kepada insan lain yang rajin membeli. 

Sebagai insan yang bertahun mencintai coklat dan makanan manis,  perlahan-lahan  ia ditinggalkan secara berperingkat. 

Ada waktunya sukar melawan nafsu dan keinginan maka terlibat jua dalam menikmati makanan  seperti ini. Ia bau sahaja sudah cukup belum lagi rupa makanan yang memanggil. 

Hanya semangat yang betul kuat sahaja yang mampu menolak ajakan kali kedua dan ketiga. 

Ia sekali suap anda pasti akan suap untuk yang kedua, ketiga dan seterusnya. 

Maka berhati-hati,  simpan dahulu makanan manis itu dan fikir banyak kali sebelum makan. 

Mungkin ketika pulang ke rumah anda boleh memberi ia kepada mereka yang lebih menghargai,  dan masih tidak serik dengan makanan manis. 

Alangkah indah jika,  trend makanan manis bercampur buah semakin meningkat.  Buah yang di cicah coklat.  Buah segar bukan buah kering.  Sayang sekali ia masih terlalu jarang dipromosikan sebagai snek dan hadiah kasih sayang. 

Semoga ada perkembangan baik Untuk peminat coklat ke arah kesedaran coklat lebih sihat seperti coklat gelap khususnya. 

Ia bukan mudah menjadi yang pertama untuk kesedaran dan awareness terutama jika anda juga masih baru, punyai kesedaran kepentingan diet sihat. 

Sebagai manusia biasa,  anda harus akur dengan keadaan dan sekeliling anda  dan cuba terus mempertahankan niat asal anda walaupun ia pasti sukar. 

Insyallah lambat laun,  dengan ada azam dan niat anda pasti berjaya. 

Terima kasih. 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...