Makan buah yang terdiri dari pelbagai warna adalah terbaik |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Musim hujan ialah musim sejuk di Malaysia yang menyebabkan anda sentiasa lapar dan ingin mengunyah.
Realitinya cahaya matahari membantu menerbitkan mood baik, maka musim hujan dan kurangnya cahaya matahari akan menyebabkan kekurangan semangat dan rasa malas selain mood ingin mengunyah makanan sihat dan manis semakin berleluasa.
Ramai yang tidak sedar betapa pentingnya cahaya matahari dan vitamin D asli pada tubuh kerana bimbang kesan sunburn dan sebagainya.
Oleh kerana di musim hujan, kira sudah kurang Vitamin D asli, maka ia alasan lebih kukuh untuk anda menikmati buah-buahan pelbagai warna.
Ia apabila kerap menikmati buah dan makanan yang sama, mood anda akan mudah berubah dan ingin sesuatu yang berlainan. Malah di waktu ini ketika makan beramai-ramai, anda lebih senang meletakkan hari dan minggu tersebut sebagai Cheat day.
Sayangnya, cheat day atau cheat menu bukan sesuatu yang bagus dan tidak digalakkan. Ia mengganggu fokus anda dan boleh mengakibatkan otak anda kembali menginginkan makanan yang tidak sihat, ketagih dan semakin malas berjuang dan berfikir.
Sesiapa pun ada masanya bosan menikmati makanan sihat, Lebih-lebih lagi jika asyik di bawa dan dijamu makanan tidak enak dari KFC penuh Cheese, pizza dan pelbagai kek yang berbau harum dan wangi. Itu masalah utama jika kita dikelilingi ramai yang rajin membawa makanan dan manisan percuma. Bau wangi ketika anda lapar agak sukar ditolak walaupun anda berjaya menolak lebih setahun atau bertahun namun jika semakin kerap di pelawa dan di suakan, tidak mustahil anda boleh tewas.
Menikmati buah atau vitamin sebenar, detoks, cuka epal atau apa sekali pun tidak semudah itu untuk membuang segala kesan sampingan dan toksid makanan yang telah kita nikmati.
Ada bayaran untuk makanan yang berbau enak dan wangi itu. Antara bayarannya otak anda sendiri akan mudah ketagih dan terliur apabila terbau dan terbayang keenakannya.
Hanya satu cara untuk melawan nafsu anda, anda beruntung jika tinggal seorang diri atau tidak berjumpa orang lain, namun jika memang anda tinggal bersama keluarga, selalu keluar, perkara ini lambat laun akan menduga anda sendiri.
Maka untuk menampakkan makanan anda juga enak dan menarik. Pilih pelbagai jenis buah yang berwarna berlainan. Selain untuk khasiat dan vitamin yang berlainan ia juga untuk mengelakkan anda jemu dan bosan dengan pilihan buah yang ada. Makanan sihat yang tidak berbau kuat seperti makanan proses. Itu yang menyebabkan ramai sukar mencapai buah berbanding mencapai makanan proses yang jauh lebih wangi.
Banyak perkara dan mindset yang perlu di perbetulkanlah untuk menambah kembali semangat kepada diet lebih sihat.
Paksa diri anda makan buah. Jika anda rasa buah mahal. Pilih buah tempatan murah seperti pisang dan betik. Pilihan lain ialah buah kurma merah.
Bukan anda sahaja, ramai begitu termasuk penulis.
Namun, apa yang penting kita sama-sama berubah kepada lebih baik walaupun pelbagai dugaan mendatang.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan