Sabtu, 2 Disember 2017

Mood Ketika Makan


Sekali sekala di temani kucing kesayangan ketika makan akan membantu menaikkan mood gembira 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Beberapa kali ditegaskan betapa pentingnya mood Ketika makan di jaga. 

Pernah anda dengar orang tua berpesan jangan bersedih ketika makan?. 

Depan makanan kena bersyukur,  dan pelbagai kata nasihat lagi?. 

Ketahuilah mood Ketika anda makan,  amat mempengaruhi kesihatan anda,  lebih-lebih lagi jika anda makan ketika marah. 

Rasullah tidak pernah mencela makanan.  Jika baginda tidak suka,  baginda hanya meninggalkan makanan itu dan membiarkan sahaja. 

Apa lagi jika anda makan dengan perasaan bersalah kemudian menyesal. 

Oh,  lebih baik anda fikirkan yang baik-baik baru anda makan,  atau tinggal sahaja jika ia hanya akan menyebabkan penyesalan setelah makan. 

Ramai yang ingin diet sihat atau menguruskan badan,  menyesal setelah menikmati makanan yang banyak. 

Untuk mengelakkan perasaan ini,  anda harus berusaha keras untuk mendapatkan makanan sihat sahaja. 

Namun,  ramai yang sukar melakukan perkara yang nampak mudah namun ada kesukaran masing-masing. 

Ia makanan sihat agak mahal,  ia juga agak jauh untuk didapati terutama jika anda tinggal jauh dari kampung dan tinggal di kawasan di mana pasaraya yang menjual makanan sihat agak jauh. 

Banyak faktor sampingan lain seperti tiada masa,  waktu yang sibuk dan kekangan Budget dan sebagainya. 

Jika anda punya modal anda ketiadaan masa.  Jika punya masa dan modal,  cara kerja anda yang asyik harus mengembara,  naik flight dari satu tempat ke tempat yang lain juga mencabar anda untuk terus fokus kepada makanan sihat idaman anda.  Maka anda terpaksa redha sahaja dengan rezeki yang diberikan tuhan. 

Setiap individu ada dugaan tersendiri yang diberikan tuhan dalam mengejar azam dan impian. 

Ada kala kita terfikir anda kita ada masa,  andai kita ada modal,  andai kerja anda bukan asyik perlu travel,  kita mudah melakukan apa yang kita impikan. 

Namun ketahuilah apa yang selalu kita inginkan,  itulah apa yang selalu banyak ujian diberikan. 

Tidak semua yang kita mahukan dan nampak senang,  mudah dicapai. 

Setiap perjalanan insan yang berjaya,  punya liku-liku tersendiri yang sukar diceritakan. 

Baik kejayaan dalam kerjaya,  rumah tangga mahupun diet dan kesihatan. 

Ada kisah yang tidak pernah diceritakan. 

Namun sebagai manusia biasa tentu anda sedar. 

Kejayaan hanya datang pada mereka yang benar berusaha dan bersungguh mendapatkan ia. 

Apabila anda sedar perkara ini,  tentu mood dan hati anda wajib dilatih untuk sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa. 

Terima kasih. 





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...