12 JAN 2016 sesekali selfie sebelum ke pejabat |
Secara peribadi , sesekali saya sukakan kulit "sunburn" dan adakalanya saya lebih suka kulit lansung tanpa makeup dan tentu sekali sesuai situasi dan tempat kadang kala saya tetap akan bermakeup dengan makeup yang amat nipis sekali.
Sebagai pencinta bahan kecantikan semulajadi serta pengguna setia PRODUK KECANTIKAN ZAI BEAUTY FORMULA yang di formulasi oleh YM DR. TUNKU ZAIDAR, untuk kali ini saya berkongsi dengan anda petua yang pernah disalin oleh saya dari portal ZAI BEAUTY FORMULA ini.
Kadangkala masalah kedut dan geleber bukan sahaja terjadi kerana faktor usia yang semakin tua. Selain faktor banyak terdedah kepada cahaya matahari, merokok, kerap bersalin, tidur yang tidak mencukupi, stress akibat tekanan perasaan dan persekitaran, tetapi faktor utama masa kini ialah penggunaan BAHAN KIMIA dalam produk kecantikan dan makanan kesihatan yang semakin diabaikan oleh golongan masa kini kerana ingin kelihatan 'pantas cantik'.
Bagi anda yang mempunyai masalah KULIT BERKEDUT DAN SEMAKIN KENDUR , diharap 3 PETUA yang di kongsikan ini dapat membantu masalah anda.
1. 10 liter air dicampur dengan 500 gram serbuk teh (digalakkan / terbaik menggunakan 'white tea' jenis daun teh cina yang tidak di proses peram). Campurkan dengan 300 gram gambir.
Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air menjadi separuh.
Embunkan ramuan ini semalaman selama 3 malam berturut-turut, sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi dan insyaalah masalah anda akan perlahan-lahan sembuh.
2. Petua kedua ini juga turut membantu menambahkan seri wajah.
Ambil lempoyang sebesar ibu jari, lempuyang wangi, kunyit sebesar ibu jari.
Bersihkan bahan-bahan tersebut dan kisar halus.
Campurkan bahan ini dalam segelas air sluing atau mineral.
Ramuan tadi dibahagi 2 untuk 2 kali minum.
Ketika ingin menikmati minuman ini, pastikan anda campur madu dan kuning telur.
Kacau dengan sudu plastik atau kayu.
3. Ini pula 3 petua lama untuk awet muda, anda boleh selang selikan dengan amalan dan petua di atas :-
A) Daun katuk atau Cekur Manis 10 lebar di kisar lumat.
Campurkan dengan 1/2 cawan air bersih atau suling atau mineral yang dimasukkan pecahan (cebisan) hempedu ayam organik atau kampung.
Ratakan pada wajah dan biarkan 10 minit , kemudian bilas bersih dengan air suling atau bertapis.
Lakukan setiap malam.
B) Campurkan sebiji kuning telur ayam kampung atau ayam kampung organik dengan 1 camca teh minyak bijan.
Sapukan pada wajah.
Biarkan bancuhan ini kering, kemudian bilas dengan air bertapis yang bersih.
C) Cari pisang embon 2 biji. Lumatkan pisang embon ini bersama 1/4 cawan susu segar. Ratakan pada muka.
Biar dan tunggu sehingga kering. Kemudian bilas bersih dengan air suling.
D) Dapatkan kulit 2 biji pisang, kikir kulit pisang tersebut sehingga tinggal kulit pisang luaran sahaja.
Jika anda berkulit kering, kisarkan bancuhan ini bersama 1/4 cawan susu segar.
Jika anda berkulit berminyak, kisarkan bancuhan ini dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air bersih bertapis.
Gunakan kapas muka bersih dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit dengan lembut ke wajah.
Biarkan kering , kemudian bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba semua petua yang saya kongsikan dari portal ZAI BEAUTY FORMULA yang kini tidak lagi di jual di pasaran tetapi hanya di jual kepada pelanggan-pelanggan terpilih (PELANGGAN VVIP ZAI BEAUTY YANG TELAH LAMA DAN SETIA MENGGUNAKAN ZAI BEAUTY PRODUK SAHAJA.)
** saya adalah antara pelanggan VVIP ZAI BEAUTY PRODUK yang menggunakan produk ini semenjak September 2007 sehingga kini.
Semoga petua ini boleh membantu anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan