Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan kepelbagaian food vendor, di KUANTAN tidak terkecuali. Lemari Emkay adalah antara food vendor yang terkenal di Kuantan.
|
gambar bahagian hadapan cafe food vendor ini |
Terletak di JALAN BUKIT UBI , Lemari Emkay ini dibuka pada pukul 12pm sehingga 6pm pada hari Isnin hingga Jumaat.. dan pada hari SABTU dari jam 2pm sehingga 6pm. Cafe ini tidak beroperasi pada hari Ahad.
|
setiap hari Jumaat terdapat makanan percuma di sini |
|
antara menu disini |
|
menu makanan dan minuman yang murah |
Isitmewa tentang cafe atau food vendor cafe Lemari Emkay , Kuantan ini. Disini selain terdapat pelbagai desert dari pilihan kek, nasi, brownies, cup cake, macaroni, pasta dan pelbagai makanan lain lagi, di sini juga turut di jual NASI KASIH SAYANG dari warung terkenal di KUANTAN iaitu warung aja, yang hanya dijual dengan harga RM3.50 sahaja dengan pelbagai pilihan lauk pauk yang enak dan berkhasiat.
|
antara pilihan makanan lain |
|
sahabat saya sedang memilih makanan |
Di bawah ini adalah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil untuk perkongsian di dalam artikel ini.
|
antara pilihan kek enak disini |
|
serius sedap-sedap belaka |
|
saya sempat selfie di sini |
Di bawah ini pula adalah antara menu-menu yang terdapat di sini.
Ini pula adalah antara gambar-gambar menu yang sempat saya dan rakan saya beli dan nikmati di LEMARI EMKAY ini. Untuk info, semua nasi dalam gambar di bawah ini hanya berharga RM3.50 dan ia adalah nasi kasih sayang yang di bawa khas dari Warung Aja.
|
nasi dan filet ikan serta ulam tomato mini hanya berharga RM3.50 sahaja satu set |
|
set nasi kasih sayang yang berharga RM3.50 ini juga percuma sup |
|
laksa ini berharga RM5, kuih ketayap dan mee kuning ini pula adalah makanan percuma pada hari Jumaat. |
|
nasi dah sambal bilis, serta sambal fish cake nipis serta salad hanya RM3.50 untuk nasi kasih sayang |
|
nasi kasih sayang ini berbentuk hati menambah lagi keunikkan nasi ini |
|
kedua-dua ini adalah set nasi kasih sayang yang berharga RM3.50 |
Lemari Emkay ini juga turut mengambil tempahan hantaran untuk sebarang majlis perkahwinan atau pertunangan. Untuk maklumat lanjut sila follow instagram LEMARI EMKAY , untuk maklumat lanjut.
|
disini juga turut menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran |
Di bawah ini adalah antara makanan percuma pada hari Jumaat yang sempat saya ambil , saya datang lewat ke food vendor ini pada Jumaat yang lepas. Makanan percuma pada hari Jumaat ini adalah berubah-ubah. Begitu juga menu Nasi Kasih Sayang adalah berbeza setiap hari.
Anda boleh request atau memohon , lauk untuk nasi kasih sayang anda, dengan membuat pesanan lebih awal lagi.
|
sudut makanan percuma pada hari Jumaat |
Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi pemilik LEMARI EMKAY seperti maklumat yang tertera di bawah ini.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan