Sabtu, 8 Julai 2017

Hobi



Berfesyen juga adalah antara satu hobi



Blog sebagai hobi

Setiap individu punyai hobi,  sama ada membaca,  menulis,  menonton filem atau televisyen, tidur,  memasak,  mengemas,  berjalan atau sebagainya. 

Begitu juga Blogger, ada yang gemar memasak,  mencantikkan diri, berkongsi Info dan bercerita. 

Bezanya cara penceritaan sama ada ia mengenai kisah kehidupan atau pengalaman juga pendapat masing-masing. 

Blogging tidak mengambil masa yang lama untuk artikel berdasarkan tulisan pengalaman dan cerita yang dikisahkan dari asal pengalaman. 

Ia semudah anda yang kerap mengemaskini status facebook atau semudah anda berchating dengan kawan anda. 

Bezanya dari segi praktis.  Sebagai Blogger aktif sama ada sepenuh masa atau separuh masa,  kebiasaannya mereka pantas menaip artikel yang memang kepakaran mereka sendiri terutama jika artikel itu tidak memerlukan rujukan dan atas pengalaman sendiri. 

Ia semudah menikmati air suam,  hanya mengambil masa kurang 5 minit. 

Dan jika dahaga lagi anda boleh tambah segelas lagi air suam. 

Umpama anda boleh menulis artikel seterusnya dalam lingkungan waktu sama. 

Bezanya pandangan pembaca dan follower masing-masing yang mempunyai pendapat masing-masing sama ada Blog atau penulisan anda ialah penulisan syok sendiri atau memberi manfaat kepada pembaca sekaligus memberi minat untuk pembaca terus mengikuti Blog anda sebagai bacaan utama mereka seterusnya menjadikan anda sumber inspirasi dan idola. 

Bernasib baik jika ada pembaca dan follower setia sudi mempromosikan Blog anda bukan setakat di Facebook, instagram, twitter atau Google malah dalam Group whatapps dan mulut ke mulut. 

Ramai yang suka memandang rendah penulisan yang bagi mereka amat mudah dan senang terutama bagi artikel pendek dan ringkas. 

Harus diingatkan masa yang melatih setiap penulis untuk tahu setiap rentak dalam penulisan. 

Tanyalah mereka yang tidak punyai bakat dan kesungguhan menulis,  untuk menulis artikel 100 patah perkataan mungkin langsung tidak terbuat. 

Seperti seorang penulis yang bukan minat pada menjahit,  untuk menjahit sapu tangan kecil mungkin mengambil masa berbulan atau langsung tidak disiapkan. 

Tidak bermaksud kita dapat menyiapkan sebiji kek coklat dalam 10 minit,  jiran sebelah anda juga sama. 

Setiap individu dilahirkan dengan kepakaran dan minat masing-masing yang di asah hari demi hari yang akan lahir dari passion diri sendiri. 

Jiwa penulisan hanya dibentuk setelah mengambil masa yang agak lama. 

Seperti kecintaan kepada bidang pilihan anda sendiri. 

Bezanya bernasib baik anda bukan sahaja menjadikan apa sahaja minat anda sebagai hobi malah boleh menjana pendapatan sampingan atau mungkin pendapatan yang tinggi untuk anda suatu hari nanti. 

Pilih satu hobi yang bagus dan memberi manfaat. 

Dan bermulalah sekarang. 


Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...