Ahad, 4 September 2016

Khasiat Asam Gelugor

           

Semenjak kecil, ketika balik Kampung di Temerluh, saya sering melihat arwah nenek saya mengupas Buah Asam gelugur Yang seakan Buah labu kecil untuk dijemur.

Ke kadang saya menikmati Buah Asam gelugur mentah-mentah, rasanya masam tetapi sedap.

Kini di Melaka ini , saya berkesempatan bertemu lagi dengan ramai penjual yang menjual Asam gelugur yang Segar dan cantik yang masih Baru dijemur kering dengan harga yang murah. Alhamdulillah.

Terdapat pelbagai KHASIAT ASAM GELUGUR antara yang terkenal ialah untuk 

1. Sebagai amalan wanita dalam pantang Dan mereka yang ingin menguruskan badan.

2. Asam gelugur juga dikatakan membantu mengecutkan rahim.

3. Kandungan Asid utama asid hydroxycitric atau HCA di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. 

4.HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak. Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan. 

5. Penggunaan asam gelugur juga telah lama mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

9. Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

10. Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. 

11. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. 

12.Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan airdaun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

13. Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadisedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

14. Cara Paling mudah untuk mengamalkan Asam gelugur ialah menambahkan asam gelugur sebagai bahan penyedap masakan seperti singgang, sup Ayam atau sup Kambing yang bukan sahaja membantu menghuraikan khasiat yang berada dalam tulang-tulang binatang Dan ikan tersebut malah ia turut menambah kesedapan rasa makanan.

Saya kini makin kerap menambah Asam gelugur didalam sup Dan singgang hampir 3-4 keping sekali masak.

Dari pengalaman saya, bukan sahaja masakan makin enak malah pembuangan najis Dan toksin dalam tubuh juga lebih mudah Dan puas.

Dengan harga yang murah, Asam gelugur jauh lebih selamat berbanding supplement terproses diluar yang dijual jauh lebih mahal.

Untuk anda yang ingin menurunkan badan atau menambah lagi khasiat Dan rasa enak dalam masakan anda. Amalkan Asam gelugur mulai Sekarang.

Ini sahaja perkongsian untuk Kali INI, semoga mendapat manfaat.

Terima Kasih. 










Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...