pisang emas yang ditanam sendiri oleh ibu saya |
Pisang emas adalah antara pisang kegemaran ramai. Rasanya lemak dan manis. Amat sesuai dimakan begitu sahaja. Malah, pisang emas ini adalah antara menu utama puding raja yang terkenal di negeri Pahang.
Berikan pisang emas kepada bayi atau kanak-kanak sebagai snek dalam menu diet mereka, tentu sahaja mereka amat mengemarinya.
Walaupun pisang emas tinggi kandungan gula, ia tetap tinggi dengan khasiat dan kebaikan sendiri.
Di bawah ini adalah antara KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH PISANG EMAS :-
1. Isi pisang emas yang lemak manis tinggi dengan kandungan vitamin dan mineral membantu menambah tenaga tubuh anda.
2. Kulit buah pisang emas dikatakan mampu menyerap racun-racun dan bahan kimia yang terdapat pada buah pisang emas itu sendiri. Oleh kerana keistimewaan ini, kandungan nutrisi buah pisang emas terjamin dan zat-zat kimia yang tidak berguna tidak masuk ke dalam tubuh.
3. Semakin masak dan tua buah pisang emas, semakin buah pisang emas tersebut tinggi nutrien vitamin dan galian di dalam isinya.
4. Buah pisang emas yang tinggi karbohidrat dan mineral terutama kalium amat bagus di ambil sebagai sarapan pagi dan di amalkan oleh atlet.
5. Buah pisang emas terkenal dan digemari kanak-kanak, gantikan kuih muih manis dengan pisang emas sebagai makanan yang lebih berkhasiat untuk anak-anak anda.
6. Pisang emas yang tinggi kandungan serat membantu pencernaan sistem penghadaman dan sekaligus mengurangkan risiko sembelit dan penyakit buasir.
7. Jika anda kekurangan kalium atau potasium di dalam tubuh, pisang emas akan membantu masalah ini sekaligus membantu anda menenangkan fikiran kerana potasium membantu memberikan ketenangan kepada otak anda.
8. Jika anda berasa stress, sebiji pisang emas boleh membantu.
9. Potasium yang terdapat dalam pisang emas juga membantu melindungi ginjal.
10. Kandungan prebiotik di dalam pisang emas iaitu fructooligosaccharide membantu tubuh anda menyerap nutrisi dengan lebih mudah.
11. Pisang emas membantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih mudah sekaligus membantu membina tulang yang lebih kuat serta mengurangkan risiko tulang rapuh atau osteoporosis.
12. Mereka yang menghadapi masalah darah tinggi , boleh mengurangkan tekanan darah dengan menikmati pisang emas sebiji sehari.
13. Pisang emas juga membantu memperkuatkan saraf penglihatan sekaligus membantu penglihatan yang baik.
Pisang emas adalah antara buah yang tinggi kandungan gula.
Bagi pesakit kencing manis , sila ambil pisang emas dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam diet dan menu harian anda.
Jika anda menghadapi masalah kulit muka atau parut yang susah di hilangkan di bahagian tubuh badan, sapu perlahan-lahan kulit pisang emas di bahagian bermasalah.
Insyaallah kulit pisang emas ini akan membantu mengurangkan dan menghilangkan parut degil tersebut.
Pokok pisang emas mudah di tanam dan mudah berkembang subur. Anda digalakkan menanam sendiri pokok pisang kerana jantung pisang, batang pisang dan daun pisang amat banyak sekali kegunaannya.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan