bahagian hadapan restoran East Grill Steak House |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link Tempat Makan Best di Kuantan Part 52 :- Loft by Loteng.
Peminat masakan barat jika anda berada di Kuantan anda boleh mencuba menu masakan barat East Grill Steak House.
Eastt Grill Steak House ini telah wujud di Kuantan semenjak tahun 1997 lagi.
antara ruang tempat menikmati hidangan di restoran ini |
Berada di Jalan Beserah, lokasi restoran ini berada di belakang KFC Jalan Beserah sahaja.
Tempat ini menjadi kunjungan pelbagai kaum dari melayu, cina dan india.
ruang menikmati hidangan |
Luas dan penuh privasi, restoran ini antara restoran masakan barat yang amat sesuai untuk sambutan dan majlis tertentu termasuk majlis keramaian dan perpisahan.
Anda boleh menikmati hidangan bersama keluarga tersayang atau mengadakan sambutan hari jadi disini disamping menikmati hidangan malam bersama yang tersayang disini.
gambar antara mereka yang pernah menikmati hidangan disini termasul Sultan dan Sultanah Pahang |
East Grill Steak House ini juga menjadi tempat kunjungan Sultan dan Sultanah Pahang, sekaligus menyaksikan betapa hidangan steak disini antara hidangan steak yang popular dan diakui keenakkannya di Kuantan.
Ruang Restoran yang cantik dan menarik |
Harus diakui restoran ini menggunakan konsep ringkas dan bersifat peribadi terutama pada mereka yang sukakan privasi.
ruang makan yang cantik sesuai untuk pelbagai majlis |
Saya dan keluarga saya berkesempatan menikmati hidangan makan malam disini ketika berbuka puasa tempoh hari.
Anda pasti sukakan suasana privasi dan dekorasi malap seperti ini.
Berikut beberapa menu yang dicuba oleh keluarga kami di restoran East Grill Steak House ini.
ayam panggang dan sosej |
lamb shark |
ayam dan sosej |
ayam panggang dan fish chip |
antara gambar makanan yang sempat diambil |
spaghetti dan daging lembu berkeju berserta salad |
Rayyan kegembiraan menikmati hidangan di luar |
Zara dan Harris memilih menu |
Firdaus dan Harris menunggu hidangan tiba |
amboi Rayyan |
kakak saya mengambil gambar untuk instagram |
saya kusyuk menikmati hidangan tak pandang apa dah |
pencuci mulut banana split |
licin licau menikmati hidangan disini |
jumlah bil keseluruhan |
Kali kedua menikmati masakan disini, saya harus akui, restoran ini adalah antara restoran terbaik untuk masakan barat di Kuantan. Menu masakan barat disini memang enak. Jika kali pertama saya tidak dapat merasai betul keenakannya kerana menikmati masakan di sini pada bulan puasa. Kali ini bukan sahaja jus oren disini enak malah dessert banana pizza juga sedap.
Berikut antara gambar yang sempat diambil oleh saya di sini ketika menikmati menu disini untuk kali ke 2 bersama keluarga.
Untuk penjimatan hebat, adalah disyorkan anda memilih menu mix & match. Contohnya lamb shank dan lamb chop, lamb chop dan chicken chop dan pelbagai menu yang terdiri dari 2 masakan berlainan.
Sos di restoran ini tersedia dari 3 jenis, black pepper, mushroom dan bbq. Black pepper sos bagi saya agak masin, mushroom biasa sahaja dan bbq terbaik. Maka untuk akan datang kemungkinan untuk sos bbq menjadi pilihan saya kerana anda hanya boleh memilih satu sos sahaja.
Untuk kali ini lebih 11 orang menikmati makanan di restoran ini, jumlah harga keseluruhan bil tidak sampai rm500. Sebelum terlupa, bagi kami sekeluarga menu masakan tempatan di sini adalah amat biasa.
Tempat ini yang lebih 'privacy' amat disyorkan untuk majlis istimewa keluarga anda atau untuk pasangan yang ingin 'privacy'.
Untuk video pemandangan dan hiasan di dalam restoran East Grill Steak House ini anda boleh menonton video ini
Jika anda berada di Kuantan, tunggu apa lagi, anda boleh mencuba menikmati hidangan barat di restoran ini.
Artikel tempat makan best seterusnya di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 54 :- CEKUR MANIS CAFE
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan