kafe Loft By Loteng |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 51
Seiring perkembangan sosial media, pelbagai kafe moden kini dibuka malah mendapat sambutan hebat jika sesuai lokasi dan sasaran pelanggan disamping menu dan perkhidmatan yang cepat.
Kafe Loft By Loteng antara kafe yang mendapat pujian ramai. Menghidangkan menu yang enak dan perkhidmatan yang pantas serta harga yang berpatutan meletakkan kafe ini antara kafe popular di Kuantan sebagai tempat sambutan hari jadi dan menikmati santapan bersama keluarga, rakan dan insan tersayang.
Pintu masuk Loft By Loteng |
Terdapat 2 bahagian tempat makan di atas dan dibawah |
Selain menyediakan masakan panas melayu, cina dan barat. Kafe Loft by Loteng ini amat terkenal dengan keenakan kek keju yang ditawarkan.
Antara kek keju ais krim popular disini termasuk kek keju mangga, durian, blueberry dan strawberry yang dibentuk dan dihias cantik.
antara menu kek yang di jual disini |
nampak sedap sangat kek inni |
Kek disini wajib dicuba kerana rasa kek yang enak ini amat kena dengan bentuk kek yang cantik.
barisan kek yang cantik |
Untuk masa ini tawaran harga serendah RM7.90 untuk set makan tengah hari ditawarkan di kafe ini. Anda boleh melayari facebook Loft by Loteng untuk barisan menu yang menarik dan gambar makanan menarik disini.
gambar diambil dari tingkat atas |
Kafe Loft by Loteng ini dikira besar dan luas. Antara kafe menarik di Kuantan untuk apa-apa sambutan dan tempat yang sesuai untuk menikmati menu dengan lebih tenang terutama di musim panas membahang ini.
antara gambar meja di bahagian atas kafe ini |
ais krim percuma untuk set menu makan tengah hari |
Thai Style Kuew Tiaw Goreng |
Saya mencuba set menu makanan tengah hari set kuew tiaw goreng ala Thai yang berharga RM11.90 . Ia percuma ais krim dan teh hijau.
Porsi yang agak besar berbanding restoran dan gerai biasa dan ia amat enak. Ini antara menu anda harus cuba jika menikmati makanan disini.
mee tom yang udang enak rm14.90 satu set |
Set menu mee tom yam udang juga enak. Ini juga set menu yang harus anda cuba jika anda peminat tom yam. Harga set ini hanya RM14.90.
Oreo Ice Cream Cheese Cake |
Tidak lengkap jika anda tidak mencuba kek keju ais krim disini. Saya sudah mencuba kek durian dan kek mangga disini. Sungguh sedap. Sila cuba.
Jika anda peminat oreo anda boleh mencuba kek keju ais krim oreo.
chicken chop |
Peminat chicken chop, disini turut ditawarkan menu chicken chop. Anda boleh mencuba menu chicken chop disini. Ayam disini juga dalam potongan yang agak besar berbanding restoran lain.
Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, sila singgah kafe ini.
Untuk video ringkas suasana dalam Loft by Loteng ini anda boleh melihat video pendek dibawah ini .
Terima kasih.
*** ini artikel seterusnya Tempat Makan Best di Kuantan Part 53 :- East Grill Steak House