Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Penglihatan adalah satu anugerah
tidak ternilai dari tuhan namun seiring usia, jarak penglihatan mulai kabur,
malah kanak-kanak yang mengalami isu penglihatan juga semakin meningkat tahun
demi tahun. Mereka yang memakai cermin mata semakin menambah ‘power’ kanta
cermin mata kerana isu ini.
Antara yang disyorkan untuk
penjagaan dan kesihatan mata ialah senaman untuk mata. Terdapat pebagai senaman
mata direka khas untuk isu mata. Antara senaman mata yang disyorkan ialah
seperti berikut :-
1. Mengelipkan Mata
Lakukan senaman mengelipkan mata
anda beberapa kali secara perlahan-lahan. Lakukan sehingga 10 kali dan berhenti
berehat sebentar kemudian lakukan lagi. Senaman ini dikatakan membantu
melembabkan mata yang kering dan letih.
2. Melihat pemandangan jauh
Belajar melihat pemandangan yang
jauh. Lebih jauh lebih bagus, kurangkan melihat benda yang terlalu berdekatan
mata anda. Lebih jauh anda melihat pemandangan lebih baik untuk kesihatan mata
anda.
3. Melihat warna hijau semulajadi atau pemandangan semulajadi yang hijau
Melihat pokok menghijau terutama
pemandangan hutan menghijau yang jauh adalah antara senaman mata yang bagus.
Adalah lebih baik dan menyegarkan mata jika diwaktu pagi anda melihat pokok dan
pemandangan menghijau. Malah pemandangan alam semulajadi seperti gunung ganang,
laut yang terbentang biru dan bersih merehatkan mata dan menguatkan mata anda.
4. Menggerakkan Kepala ke Pelbagai Arah
Dengan mata memandang kearah
hadapan. Gerakkan kepala ke kanan, kiri, atas dan bawah secara perlahan-lahan
sambil mata hanya fokus memandang ke hadapan. Gerakkan kepala ke kanan,
berhenti sebentar, kemudian ke kiri, berhenti sebentar, kemudian ke atas,
berhenti sebentar dan kemudian kebawah. Berhenti sebentar dan ulang lagi
gerakan ini beberapa beberapa kali.
5. Menggerakkan Mata Ke Kanan dan Ke Kiri
Senaman mata mudah lain yang anda
boleh lakukan bila-bila masa ialah melakukan senaman mengalihkan pandangan mata
ke kanan dan ke kiri, sebentar anda pandang ke kanan kemudian secara perlahan-lahan alih pandangan anda ke
bahagian kiri pula. Pejamkan mata sebentar , kemudian ulang beberapa kali
senaman ini.
6. Pejam Mata Dan Tenangkan Diri
Pejamkan mata anda secara
perlahan-lahan. Tenangkan diri dan sandarkan badan anda ke sofa lembut. Relax
atau tenangkan tubuh anda. Bayangkan pemandangan hijau yang indah, pantai yang
memukau yang mengembirakan hati anda, hanya bayangkan perkara indah. Pejam mata
dengan tenang ini selama 30 saat. Kemudian anda boleh ulang lagi sehingga anda
puas hati.
7. Tutup Dan Buka Mata Anda
Tutup mata anda secara
perlahan-lahan selama 5 saat kemudian buka selama 5 saat. Lakukan senaman tutup
dan buka mata ini 7 kali.
8. Letakkan 2 Jari Anda di Tepi Kanan Dan Kiri Mata Anda
Secara perlahan-lahan letakkan 2 jari
jemari anda di tepi hujung mata kanan dan kiri anda. Letak secara perlahan.
Tutup dan buka mata anda. Anda akan merasa tenang. Ulang beberapa kali.
9. Senaman Melukis Pelbagai Bentuk Dengan Bola Mata
10. Senaman Mata Tertutup Namun Bebola Mata Bergerak ke Atas Dan Bawah
Secara perlahan-lahan pejamkan
mata anda. Kemudian ketika anda pejamkan mata, gerakkan secara perlahan-lahan
bola mata ke atas secara perlahan-lahan, kemudian ke bawah secara
perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.
11. Letakkan Jari Dihadapan Mata Anda
Letakkan satu jari di depan anda,
jari telunjuk contohnya. Fokuskan mata anda pada jari telunjuk anda. Kemudian
fokus kepada objek di belakang jari anda, kemudian di belakang lagi, tukar
kepada objek lebih belakang.
Senaman ini ialah mengenai fokus
kepada apa yang ada paling hadapan, dan berubah kepada yang belakang dan lebih
belakang lagi.
Kemudian kembali secara
perlahan-lahan fokus kepada ke hadapan kembali iaitu jari anda.
Selamat mencuba 11 senaman mata
mudah ini.
Anda juga perlu menikmati makanan
berkhasiat mata sihat dan kuat. Kurangkan terlalu lama mengadap skrin computer, telefon bimbit atau gadjet anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan