Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Perkara pertama dalam
menyesuaikan sesuatu perkara baru dalam tubuh sama ada anda bermula bersenam,
mula menjaga pemakanan atau penukaran diet, berhenti menggunakan bahan kimia,
pindah rumah atau kawasan kediaman pasti pertukaran hormon, penyesuaian
diri, ‘healing crisis’ akan berlaku.
Sama ada ia proses lama atau sebentar sahaja. Sedikit atau banyak.
Ada proses yang menunjukkan tubuh semakin
menjadi baik dan kuat, ada juga proses yang menunjukkan tubuh menjadi semakin
teruk dan kurang sihat, ia terpulang sama ada pertukaran itu adalah pilihan
yang baik atau tidak. Sesuai tubuh dan cara hidup atau tidak. Jika ia
menyebabkan tekanan berpanjangan pasti ada sesuatu yang perlu diselidiki dengan
mendalam dan diubah atau ditambah baik.
Berikut dikongsikan TINDAK BALAS
YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH ANDA YANG MENGAMALKAN DIET KETO DAN CARA MENANGANINYA.
Namun bagi anda yang baru berubah meninggalkan diet lama yang tidak sihat kepada yang jauh lebih sihat, kebiasaannya anda juga akan mengharungi proses penyembuhan (healing crisis). Kebiasaanya akan ada 'sakit-sakit badan atau kesan sampingan yang memberi kesakitan kepada tubuh' dalam proses pengalihan ke diet terbaru ini. Maka contoh yang diberi oleh Dr Eric Berg berkenaan tindak balas diet keto ini mungkin boleh diguna pakai oleh anda sebagai rujukan mungkin ia perkara yang sama berlaku pada tubuh ini.
Di bawah ini adalah artikel yang diolah dari
penerangan Dr Eric Berg dalam video beliau yang dikongsikan di saluran youtube.
Dalam menukar diet dan cara hidup
yang lebih sihat, termasuk menukar diet kepada diet keto ia adalah proses
penukaran tubuh membakar lemak bagi menghasilkan gula pada tubuh berbanding
diet lama yang majoritinya menukarkan karbohidrat kepada gula atau diet yang
tinggi gula.
Dalam proses penukaran lemak
kepada gula ini, ketika tubuh baru dalam fasa permulaan pastinya ramai individu
yang menjalani diet keto dan proses ketosis ini memerlukan khasiat nutrient
yang sepatutnya bagi memudahkan proses ini berlaku.
Ketika ini ramai individu akan
dapat merasa proses penyembuhan ini, dan sakit yang dilalui ketika ini adalah
kerana kekurangan pelbagai nutrient. Antara nutrient paling popular (kekurangan) dikalangan masyarakat moden
hari ini ialah potassium, vitamin B1, Magnesium dan sodium.
Berikut di Senaraikan Secara
Ringkas, 16 jenis tindak balas yang biasa terjadi pada tubuh ketika proses
permulaan tubuh mengamalkan diet ketogenic, ingin ditegaskan disini, info
dibawah ini hanya ‘agakan’ atau kemungkinan sahaja, untuk maklumat lanjut
adalah disyorkan anda membuat pemeriksaan dengan mereka yang lebih pakar.
1. Kekejangan otot – kekejangan otot dikaitkan dengan kekurangan
potassium. Maka tingkatkan pengambilan potassium anda. Antara makanan tinggi
potassium termasuk pisang dan avocado. Pilihan lain wheat grass
.
2. Jantung sentiasa berdebar – Tambah lebih potassium dan kekurangan
air, tambah air mineral dalam pemakanan anda.
3. Badan lemah – Tambah sodium dan nikmati pemakanan dengan tambahan
garam laut.
4. Nafas Berbau – Terlalu banyak protein, kurangkan protein dalam
pemakanan anda. Amalkan cuka epal untuk membantu penghadaman yang lebih lancar.
5. Keletihan – Kekurangan vitamin B dari B1- B5. Tambah nutritional
yis untuk tambah tenaga anda.
6. Pening – tambah sodium, pilih air mineral, makan garam laut,
kebiasaannya terjadi kerana kurang air hidup.
7. Kesejukkan – tambah iodine, sea kalp antara makanan tinggi iodin.
9. Sakit Bahu sebelah kanan – Terlebih mengambil makanan mengandugi
lemak atau kekacang, kurangkan pengambilan lemak dan kekacang.
10. Sembelit atau sukar membuang air besar – Kurangkan makanan berunsur
tenusu seperti keju, lebihkan sayur-sayuran segar dan sayur-sayuran peraman
(fermented vegetable).
11. Sakit belakang – Terlebih potassium citrit, sila lebihkan makanan
berunsur citrus seperti buah limau atau lemon. Kemungkinan ada isu dengan buah
pinggang. Sila lakukan pemeriksaan jika sakit berpanjangan.
12. Mimpi pelik – Kurangkan makanan berlemak, amalkan cuka epal dalam
diet 2 ke 3 kali seminggu. Tambahan anda boleh amalkan BILE Salt atau garam
BILE.
13. Rash atau alergi (gegata) – Dikatakan ketika ini hati (liver)
sedang membuang toksin (detoks ). Ia juga mungkin berkaitan kekurangan vitamin
B, boleh amalkan nutrional yeast dan tingkatkan pengambilan cuka epal.
14 . Sakit Kepala – Kemungkinan kadar gula dalam darah sedang bertindak
balas. Cuba perlahan-lahan ubah pemakanan, contoh kurangkan secara perlahan
dari 2 menu ketiga menu dahulu, jangan terlalu memaksa diri untuk perubahan
diet yang lebih sihat.
15. Rasa Cemas – Kebiasaanya berkaitan dengan kekurangan vitamin B1,
cuba amalkan nutritional yeast dalam pemakanan harian anda.
Info diatas adalah sekadar
‘kemungkinan’, anda boleh melakukan ujian kesihatan di klinik dan farmasi
berdekatan untuk mengetahui keadaan sebenar tubuh anda apa yang anda perlu tambah dan kurangkan.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan