Rabu, 25 April 2018

13 PERKARA YANG MENAIKKAN INSULIN ATAU GULA DALAM DARAH



Insulin bukan hanya berkaitan dengan gula sahaja, ia termasuk perkaitan dengan stress



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Insulin sering dikaitkan dengan kadar gula. Hormon insulin sering disebutkan antara penyebab pelbagai penyakit bukan hanya terhad kepada kencing manis atau diabetes sahaja.

Jika sebelum ini gula atau insulin serta kencing manis hanya dikaitkan dengan gula, pada hari ini kajian menunjukkan insulin atau gula bukan sahaja terdapat dalam gula putih tapi terdapat dalam pelbagai maknanan lain termasuk makanan berasaskan gandum iaitu makanan berasaskan bijirin yang sebenarnya telah banyak diubah suai genetiknya.

Antara 10 dari 13 makanan dan perkara yang boleh menaikkan (trigger) insulin dari kajian Dr Eric Berg ialah :-


1. Gula

Tidak kira ia gula mentah, gula organic, gula kabung, gula melaka gula dari tebu . Gula tetap gula, kecuali anda seorang yang benar-benar aktif, berjalan kaki laju, rajin berpeluh, bukan memandu menggunakan kereta hanya jalan kaki. Berpeluh seharian anda boleh menikmati gula lebih dari 1 sudu sehari. Jika anda sukar untuk berpeluh, memang tidak aktif menyangkul, banyak duduk sama ada di pejabat atau dimeja bertemu janji atau duduk memandu lama didalam kereta, adalah disyorkan anda menjauhkan sama sekali gula. Perlahan-lahan kurangkan gula dari pemakanan anda agar tubuh anda tidak terkejut atau memberi kesan kepada tubuh anda. Setiap pemakanan perlu dilakukan secara berperingkat untuk berubah kepada arah lebih baik.


2. Bijirin proses

Sama ada ia bijirin penuh, diiklan tepung gandum penuh, diiklankan sarapan berkhasiat selagi ia adalah bijirin proses ia tetap proses. Pastikan anda makan bijirin dalam bentuknya bukan dalam bentuk tepung, Tentu anda faham beza tepung ubi kayu dan ubi kayu. Tepung jagung dan jagung.


3. Kurangkan kekerapan makan

Kita sering diajar untuk makan 3-4x sehari, kerap makan tapi dalam jumlah yang sedikit. Namun kajian terbaru menunjukkan, lebih baik anda hanya menikmati 2x makanan dalam sehari, kurangkan menikmati snek walaupun ia snek sihat dan pastikan tubuh dan usus anda lebih banyak berehat. Lebih kerap anda menikmati makanan, lebih kerap anda menaikkan kadar insulin anda. Insulin akan naik ketika anda menikmati makanan. Jarakkan jangka masa makan yang lebih lama dari sebelumnya. Berpuasa amat digalakkan.


4. Kurangkan protein atau daging proses

Daging proses seperti sosej, daging burger, nugget, daging kisar adalah antara makanan protein yang menaikkan kadar gula dalam darah. Ini kerana hormon yang terdapat dalam daging tersebut boleh menyebabkan kenaikan kadar insulin dalam tubuh. Adalah disyorkan anda memilih protein sihat dari sumber binatang yang makan rumput segar dan tidak mengandunig hormon. Pastikan anda memilih sumber protein haiwan dalam bentuk sebenar seperti daging lembu sebenar atau ayam sebenar yang masih berbentuk asal setelah dipotong.


5. Terlebih Protein

Jika anda menikmati protein berlebihan ini juga akan menaikkan kadar insulin, Menikmati protein lebih dari kadar disyorkan anggaran 3-6oz dalam sehari akan menaikkan kadar insulin tubuh anda terutama jika anda menikmati kurang sayur-sayuran.


6. Soya

Soya realitinya adalah antara makanan ‘dirty’ yang paling popular dari GMO. Malah soya juga merupakan antara makanan tinggi estrogen tidak termasuk penggunaan bahan kimia dan semburan racun yang banyak keatas soya. Soya juga adalah antara makanan yang boleh meningkatkan hormon insulin. Soya tanpa GMO dan melalui proses penapaian seperti tempe, nato dan sup miso digalakkan sebagai pilihan kepada soya GMO biasa.


7. Transfat

Trans Fat yang telah lama diharamkan di pelbagai Negara dan terbaru di Amerika Syarikat juga adalah antara makanan paling bahaya dan harus dielakkan dalam pemakanan seharian. Sayangnya di Malaysia trans fat adalah antara bahan wajib dalam pelbagai makanan termasuk biskut, roti, kek dan kuih muih. Malah trans fat terdapat dalam makanan bergoreng termasuk kentang goreng dan ayam goreng termasuk pizza. Agak sukar mengelakkan trans fat, namun anda boleh mencuba mengurangkan trans fat dalam pemakanan seharian anda.


8. Hormon Kortisol atau stress

Semakin anda tertekan atau stress semakin tinggi hormon kortisol anda. Hormon kortisol yang tinggi turut menyebabkan hormon insulin semakin tinggi. Kurangkan stress dan ia akan membantu mengurangkan hormon kortisol sekaligus mengurangkan kadar insulin dalam darah dan tubuh anda. Hormon kortisol juga antara penyebab anda sukar tidur. Kesukaran tidur dan stress akan menyebabkan kadar insulin menjadi lebih tinggi.


9. Monosodium Glutamate

Monosodium Glutamate atau MSG yang cukup terkenal sebagai bahan penambah keenakan dan perisa makanan adalah antara bahan paling popular dalam setiap hidangan pada hari ini. Pelbagai nama telah diubah untuk mengelirukan pembeli dan pengguna untuk mengantikan nama MSG. MSG adalah antara penyebab yang menyebabkan kadar insulin dalam tubuh anda naik. Maka jangan terkejut jika anda tidak makan manis atau kuat manis namun anda tetap mengidap penyakit kencing manis atau diabetes.


10. Kekurangan Mineral dan vitamin

Kekurangan Mineral dan vitamin seperti potassium, magnesium, sodium, zink, chromium, vitamin B1, vitamin D, Vit A dan terlebih kalsium dalam tubuh adalah antara factor yang boleh menganggu hormon insulin dalam tubuh. Pastikan anda mendapat cukup vitamin dan galian ini untuk mengurangkan kadar insulin dalam tubuh.

Jika sebelum ini kebanyakan dari kita digembar gemburkan hanya bahaya gula. Maka dengan info ini banyak lagi perkara yang perlu diambil berat dan di jaga dalam pemakanan dan aktiviti harian setiap individu.

Semoga info ini memberi manfaat .

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...