Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah walau perniagaan Crunchy Flakes by QK saya agak perlahan tetapi paling penting ia tetap berkembang dan masih mempunyai permintaan termasuk dari pelanggan yang sering ulang membeli dengan kata-kata pujian untuk produk pertama saya ini.
antara balang-balang botol yang bakal di poskan kepada pelanggan |
Saya akui saya tidak seperti peniaga lain yang rajin mempromosikan produk mereka di facebook atau intagram. Alasan saya ialah kerana saya berasa segan untuk mempromosikan produk saya difacebook kerana saya bimbang rakan-rakan saya di facebook akan rimas dengan iklan yang sama. Sungguh negatif sekali fikiran saya. Malah saya sendiri tidak mempromosikan blog saya ini di facebook saya sendiri. Satu perangai yang tidak patut dicontohi oleh orang lain.
antara balang botol Crunchy Flakes by QK ini terdapat 60 balang botol crunchy flakes yang ditempah oleh pelangan baru yang mengetahui produk Crunchy Flakes by QK melalui blog. |
Walau bagaimana pun sempena minggu terakhir bulan Ramadan saya sempat mempromosikan hanya beberapa hari sahaja produk Crunchy Flakes by QK saya dalam intagram dan blog (dengan menulis artikel mengenai produk ini) . Alhamdulilah saya telah mendapat pelanggan baru dari iklan di media sosial ini termasuklah seorang pelanggan yang memesan 60 balang botol Crunchy Flakes by QK untuk acara Syarikat atau pejabat beliau. Pelanggan ini telah menemui produk Crunchy Flakes by QK dari blog saya ini. Pelanggan terbaru saya dari Kampung Baru ini telah diberi PENGEPOSAN PERCUMA ke tempat beliau oleh saya menggunakan city-link sebagai tanda terima kasih kerana memilih saya untuk program mereka kali ini. Saya juga akan memulakan promosi kos pengeposan percuma jika anda membeli 24 balang Crunchy Flakes by QK selepas ini menggunakan penghantaran City-Link ke tempat anda.
Harga promosi bagi produk CRUNCHY FLAKES by QK masih RM10 , harga sebenar ialah RM12. Saya masih memanjangkan promosi produk ini kerana saya mempunyai ramai pelanggan sedia ada yang mengemari produk ini. Terima kasih kerana masih mempercayai produk saya sebagai produk "KUNYAH-KUNYAH" pilihan keluarga anda. Saya akan mula mempromosikan produk ini dengan lebih bersungguh lagi selepas ini. Insyaalah saya akan mula membuang perasaan segan untuk mempromosikan produk saya ini di facebook dan intagram juga diblog.
Terima kasih sekali lagi. Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan