Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
3 Artikel sebelum ini telah diterangkan
secara ringkas bagaimana teknologi itu berubah dan diterima.
Artikel ini akan menerangkan
dalam bahasa mudah segala teknologi yang dipaparkan di bawah ini.
ROBOTIK ramai faham iaitu teknologi menggunakan robot.
Perbankan elektronik juga ramai yang faham, menggunakan mesin ATM
sebagai mesin keluar dan masuk duit.
Perbankan dan jual beli atas talian (online) juga ramai mula faham,
jual beli yang berlaku atas talian menggunakan teknologi internet. Jika
sambungan internet itu tiada maka tiada transaksi dapat dijalankan.
Aplikasi juga tentu ramai faham, iaitu aplikasi yang anda boleh
download / install dari google store atau apple store. Terdapat pelbagai
aplikasi dari aplikasi perbankan, aplikasi beli beli belah, aplikasi media
sosial, aplikasi hiburan, aplikasi media sosial, aplikasi komunikasi, aplikasi
game, aplikasi untuk gambar, aplikasi untuk peta (maps) yang memudahkan carian sesuatu tempat
siap serta dengan satelit dan segala jenis aplikasi mengikut kategori yang
pengguna inginkan. Semua aplikasi ini menyelesaikan masalah pengguna dan
memberikan pengalaman indah sekaligus diterima dan digunakan seluruh dunia.
BLOCKCHAIN – Ia adalah tempat penyimpanan data-data dalam bentuk
ledger. Ia akan disimpan selamanya dan tak akan terpadam. Ia tidak boleh di
hack. Blockchain ini wujud pada tahun
2008 dan diperkenalkan oleh Satoshi Nakamoto. Satoshi Nakamoto ialah individu / kumpulan yang sama
memperkenalkan bitcoin iaitu cryptocurrency / mata wang digital pertama di
dunia.
AI – ARTIFICIAL INTELIGINCE (KECERDIKAN BUATAN)
KECERDIKAN BUATAN ATAU KEPANDAIAN
BUATAN. SATU SISTEM KOMPUTER YANG MEMPUNYAI OTAK MANUSIA YANG PAKAR PADA
SESUATU PERKARA.
Antara contoh paling popular dan
mudah faham dalam teknologi AI ialah teknologi AI dalam telefon bimbit. Jika
dulu kita tangkap gambar, gambar Itu bergegar, condong, malap, kabur. Jika
malam sahaja tak jelas. Tidak center. Kena ambil angle atau sudut tertentu
untuk nampak menarik. Kini teknologi AI itu sudah dimasukkan dalam sistem
telefon bimbit. Gambar tetap cantik walaupun yang ambil itu bukan professional.
Even budak, nenek atau moyang sekali pun jika ambil gambar, gambar itu akan
menghasilkan keputusan yang memuaskan hati.
Begitu juga tidak perlu guna
photoshop nak edit atau apa, pelbagai aplikasi dalam telefon bimbit semua
semakin memudahkan. Budak tadika pun zaman sekarang tahu ambil gambar yang
cantik. Kerana AI itu sudah berubah menjadi otak manusia yang mempunyai
kepakaran photography. Maka contoh teknologi AI disini
ialah kepakaran fotografi.
Sewajarnya artikel ke 4 ini sudah
menunjukkan secara jelas beza setiap teknologi yang dipaparkan diatas.
Blockchain adalah berbeza dengan
teknologi robotic. Begitu juga aplikasi adalah aplikasi bukan blockchain. Semua
ini menggunakan internet.
Ketika ini paling popular
menggunakan blockchain ialah cryptocurrency atau mata wang digital.
Kita akan terus ke artikel
blockchain dan Artificial Inteligience / kecerdikan buatan selepas ini.
Terima kasih.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan