Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Tahun 2019 hanya 3 artikel
ditulis di blog ini, tahun 2020 insyaallah blog ini akan kembali aktif.
Mengenangkan bermulanya abad
2020, untuk artikel pertama tahun ini blog ini akan membicarakan mengenai
crypto currency, yang lebih dikenali sebagai mata wang digital.
Malah facebook ketika ini juga
sedang dalam perancangan mengeluarkan crypto currency sendiri yang bakal di
panggil LIBRA. Tiada maklumat tepat bila pelancaran LIBRA namun kini ura-ura
pelbagai kerjasama antara LIBRA dan syarikat besar mengenai digital sedang
diusahakan.
Terdapat 2 pendapat terkuat
mengenai pendapat berbeza mengenai crypto currency.
Pendapat pertama golongan kuat
yang mengelarkan crypto currency sebagai mata wang digital.
Pendapat kedua golongan pemain
crypto currency yang mengelarkan crypto currency sebagai asset digital.
Namun di tengah kedua-dua
pendapat ini, tentu sahaja semua harus akui mata wang atau wang juga adalah di
bawah asset semasa atau asset cair yang juga turut boleh di panggil asset.
Pada pemikiran pemain crypto
ketika ini adalah antara waktu paling tepat untuk mempelajari mengenai crypto
currency dan mula menyimpan crypto currency sebagai asset masa hadapan.
Sebagai salah satu cabang
instrument pelaburan, crypto currency ( mata wang digital) turut mengalami
harga turun dan naik. Seperti pelaburan lain, crypto currency juga mempunyai
risiko. Ketika anda melakukan pelaburan pastikan anda sanggup menghadapi risiko
turun naik nilai pelaburan anda. Tiada jaminan harga crypto currency ( mata
wang digital ) akan terus naik dan kekal tinggi.
Untuk mengelakkan terjebak dalam
golongan scammer ini ada pelbagai butiran yang harus diambil kira bagi
memastikan sama ada golongan ini adalah golongan pemain crypto currency atau
mata wang digital yang genuine (sah) atau tidak. Butiran penting ini akan
diterangkan secara terperinci dalam artikel seterusnya selepas ini.
Terima kasih.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan
disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis
tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh
pembaca atas ulasan dan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan