Khamis, 23 Januari 2020

MATA WANG DIGITAL / MATA WANG KRIPTO SEBAGAI ASET DIGITAL






Mata wang kripto / matawang digital seperti Bitcoin, Ethereum, litecoin, dogecoin, ripple menggunakan internet untuk dikirimkan ke pemilik lain di seluruh dunia tanpa menggunakan bank dan tanpa perlu mengisi maklumat diri.

Di anggarkan 600 juta ke 1 trillion wang di pindahkan ke seluruh dunia setiap tahun menggunakan remittance,perkhidmatan bank, paypal , western union dan money gram. Setiap urusan pemindahan melalui perkhidmatan ini memakan caj yang banyak dari 5% sehingga 30%, sama ada dari caj perkhidmatan juga pertukaran mata wang. Dimana kos ini jika dikira adalah dalam 60 juta ke 100 juta setahun.

Dengan bitcoin, pemindahan wang ini hanya memakan kos yang amat rendah. Ada info mengatakan bahawa hanya dalam 2.5 sen buat masa ini terpulang kepada mata wang kripto yang digunakan.

Jika dahulu internet hanya beberapa orang sahaja yang mampu menggunakannya, kini kebanyakan Negara dan manusia mempunyai talian internet hatta di telefon bimbit yang boleh di bawa kemana sahaja.

Tentu anda boleh imbas pada tahun 1999 dahulu berapa orang sahaja yang mempunyai talian internet di rumah dan perlu pergi ke cyber café atau pusat computer berbayar untuk menggunakan perkhidmatan internet.

Kini internet boleh di dapati di mana sahaja. Malah secara percuma jika ada tallian perkhimatan wifi percuma yang disediakan oleh kerajaan khususnya.

Atas wujudnya kemudahan internet inilah, manusia hanya duduk dirumah atau di mana sahaja menjalankan perniagaan dan transaksi dan tahu pelbagai info melalui google, boleh berhubung dan menjalinkan persahabatan melalui facebook termasuk mencari sahabat yang hilang, berhubung dan menelefon dengan kos yang murah melalui whatapps, membina kelompok dan kumpulan di whatapps dan facebook, menonton video dan berkongsi video melalui youtube, mengakses akaun bank melalui telefon bimbit dan pelbagai perubahan teknologi lagi sehingga menaiki kenderaan seperti grab dan order makanan juga melalui grabfood.

Malah teknologi ini juga memudahkan kita mengakses portal penghantaran barang seperti pos laju dan j&t kita tahu barang kita berada dimana dan sudah sampai di mana. Malah lebih canggih lagi kita boleh menerima sms memberitahu runner dari ninja van dalam perjalanan untuk menghantar barang kepada kita.  Begitu canggihnya teknologi.

Sebagaimana banyak barangan di dunia dalam bentuk digital seperti surat bertukar kepada email, rakan pena kepada rakan facebook, majalah dan suratkhabar kepada website atau portal, album gambar juga kepada digital begitulah juga yang akan berlaku kepada wang.

Mata wang kripto ialah satu medium pertukaran yang sama dikeluarkan oleh kerajaan, yang membezakan mata wang kripto tidak dikeluarkan oleh kerajaan. Seperti mana sesiapa sahaja boleh membuat laman web sendiri, mana-mana individu juga boleh membuat mata wang sendiri. Semua orang boleh melakukannya.

Dalam bidang ekonomi dan kewangan , sesuatu itu dianggap sebagai wang apabila mempunyai 3 fungsi berikut :-
1. Boleh menyimpan kekayaan
2. Satu medium pertukaran
3. Unit akaun


Secara asasnya wang mempunyai nilai apabila kita bersetuju ia mempunyai nilai.

Anda tahu sesuatu akaun instagram itu mempunyai nilai apabila ia mempunyai ramai follower setia dan anda sanggup membeli atau membayar pemilik akaun instagram itu untuk mengiklankan perkhidmatan dan perniagaan anda.

Begitu juga dengan akaun facebook anda tahu ia mempunyai nilai apabila ia punyai ratusan kawan dan follower, komen yang banyak, share yang banyak dan facebook live yang ramai tontonan. Anda tahu satu akaun facebook itu amat bernilai dari ciri-ciri diatas yang boleh menghasilkan jualan kepada perniagaan anda.

Begitu juga dengan akaun youtube, anda tentu tahu saluran youtube tv3, awani, kesihatan yang punyai jutaan pengikut adalah satu akaun yang bernilai.

Begitu juga dengan akaun shopee, lazada, sesuatu perniagaan yang mudah mendapat pelanggan dari portal ini akan tahu bernilainya akaun shopee mall mereka di sini. SHOPEE itu sendiri adalah aplikasi bernilai yang mempunyai billion data pembeli dan penjual.

Dari sini anda tahu, sesuatu yang bernilai ada harga dan akan dibeli dan dilawati pengguna. Seperti bernilainya instagram yang mempunyai jutaan pengikut, facebook yang mempunyai kawan dan pengikut setia, akaun shopee yang terus dilawati setiap saat untuk jual beli, pemilik akaun ini atau kita sendiri faham akaun instagram, facebook page atau akaun facebook, applikasi seperti shopee adalah antara aset digital yang amat bernilai kepada pemiliknya kerana ia menghasilkan pendapatan.

Akaun seperti ini adalah bentuk aset digital dimana ia bermula dari pelaburan kecil membina satu akaun dan akhirnya terjalin hubungan dengan pengikut dan rakan-rakan akhirnya berlaku perniagaan jual beli disitu.

Inilah aset digital, selain blog, akaun instagram, akaun facebook, akaun youtube, aplikasi shopee atau lazada, mata wang digital / mata wang kripto juga adalah aset digital.

Mata wang kripto / mata wang digital ini dikira sebagai aset kerana ia ada masa naik dan turun. Ada waktu ramai membeli mata wang kripto ini, ada juga waktu mata wang digital ini kurang pembeli.

Buat masa ini ramai mengangap mata wang digital ini sebagai ganti wang. Ia terpulang apa pendapat anda, namun harus diakui wang juga berbentuk aset.

Mata wang kripto atau mata wang digital ini sebenarnya adalah aset kripto. Ia bukan hari ini anda beli, esok dijamin harga ia akan naik.  Mata wang kripto sama seperti pelaburan lain seperti emas, saham atau rumah yang turut dikategorikan sebagai aset. Ada waktu emas, saham dan rumah itu sendiri ada masa harga turun ada masa harga naik.

Rumah akan turun harga jika tiba-tiba kawasan itu kawasan banjir besar atau ada berita lif rosak sehingga terhempas dan pengurusan tidak bagus. Begitu juga emas dan saham, bila mana wujud spekulasi akan terjejaslah harga emas dan saham.

Aset digital atau wang kripto ini juga sama. Apabila banyak permintaan akan naiklah ia, apabila wujud spekulasi akan turunlah harga wang kripto atau aset digital ini.

Berikut ialah Analisa pembangunan Cryptocurrency

-Bitcoin 2009, dalam masa 8 tahun meningkat 26,000,000 kali ganda

-Ethereum 2014, dalam masa 3 tahun meningkat 5,000kali ganda.
-Litecoin 2011, meningkat 7500 kali ganda.
-Ripple 2013, meningkat 2500 kali ganda.
-Dogecoin 2013, meningkat 1000 kali ganda.


Sebagaimana anda melihat meningkatnya pengguna whatapps, pengguna facebook dan instagram, juga pembeli dan penjual atas talian, janganlah terkejut apabila melihat peningkatan harga dan pemilik mata wang kripto atau cryptocurrency ini.

Adalah lebih logik untuk mengangap mata wang kripto atau mata wang digital ini sebagai aset digital. Ia adalah pelaburan digital yang tetap punyai risiko sendiri. Kita semua Cuma harus bijak memilih mata wang kripto mana untuk dibeli dan disimpan sebagai aset digital.

Cuma satu harus dipersetujui, akan datang mata wang kripto ini akan terus diterima baik dan digunakan oleh masyarakat dunia seperti mana teknologi lain yang dibawa oleh internet yang terus berkembang pesat.

Diharap artikel ini Berjaya menjelaskan mengapa cryptocurrency atau mata wang kripto ini kini di gelar Aset Digital di kalangan pemain senior cryptocurency (pioneer).

Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...