gambarajah dari google |
Assalammualaikum wbt dan
salam sejahtera.
Kita terus ke Bagaimana
memuncaknya popularity bitcoin seterusnya mata wang digital atau kripto ini di
mata dunia dan kemunculan mata wang digital / kripto kedua yang amat
berpengaruh pada masa kini iaitu ETHEREUM.
Bermulanya satu transaksi
pembelian pizza menggunakan 10000 bitcoin dan tercatat di dalam ledger blockchain,
maka seterusnya berlakulah transaksi kedua, ketiga sehingga ke ribuan
transaksi. Transaksi ini membentuk ledger-ledger, ledger-ledger ini membentuk
blok dalam satu rantaian yang dikenali dengan nama blockhain.
Tahun demi tahun, bitcoin
terus diterima. Dari tahun 2009 harga bitcoin terus meningkat naik dan semakin
meningkat naik semenjak tahun 2015 ke 2016 dan memuncak naik pada tahun 2017 melebihi
USD19000 , dimana diseluruh dunia dan dunia internet hanya menyebut mengenai
BITCOIN sebagai mata wang digital utama yang bakal menggantikan wang fiat dan
mata wang masa hadapan.
Bayangkan bitcoin digunakan dalam pelbagai transaksi
belian dari makanan, tiket kapal terbang, tempahan hotel dan pelbagai lagi.
Mesin ATM bitcoin mulai wujud. Beberapa Negara mula menerima dan mengiktiraf
bitcoin atau mata wang digital ini.
Jutawan dunia terkenal
seperti Bill Gates, Richard Branson mula melabur dalam teknologi blockhain atau
mata wang digital ini. Bukan itu sahaja beberapa syarikat besar juga mula
melabur dan menerima teknologi blockchain dan wang digital ini.
Harga bitcoin meningkat naik
sehingga USD19,978.60 (melebihi RM80,000) pada tahun 2017. Walau pelbagai
spekulasi dan kenyataan buruk dilemparkan kepada bitcoin. Bitcoin terus
meneruskan pengaruhnya keseluruh dunia dan pengguna dan penerima bitcoin terus
meningkat hari demi hari.
Apabila dunia melihat
kontroversi dan viralnya bitcoin ini, ia bermaksud bitocin itu sendiri sudah
mula mempunyai nilai dan dunia mula menerima bitcoin sebagai pertukaran dalam
bidang ekonomi bersamaan dengan nilai wang.
5 tahun selepas kewujudan
bitcoin, muncul satu lagi mata wang kripto atau mata wang digital yang kini juga
amat berpengaruh besar dalam dunia digital iaitu ETHEREUM sebagai mata wang
kripto / mata wang digital kedua di dunia.
ETHEREUM
Pada tahun 2014, 5 tahun
setelah kemunculan bitcoin, ETHEREUM diwujudkan dalam sistem blockhain dan
muncul sebagai mata wang digital (crypto currency) / mata wang kripto kedua di
dunia.
Menyedari kuasa dan pengaruh
komuniti BITCOIN yang amat besar dan amat sukar di tembus dan ditandingi, maka
pengasas ETHEREUM membuka platform ERC20 (ledger blockchain).
ERC20 (blockchain ledger)
bagi platform ETHEREUM ini sekarang telah diupgrade atau ditingkat beberapa
kali dan kini dikenali sebagai ERC223.
ERC223 ini anda boleh lihat
rujukannya di Etherscan.io
Ketika ini jika anda membaca
mengenai mata wang digital atau kripto mahupun teknologi blockhain. Anda pasti
akan berjumpa dan tahu bahawa 2 mata wang yang sedang kuat mendominasi dunia
digital dan kripto ialah BITCOIN & ETHEREUM.
Semenjak 2014 dalama masa 3 tahun ETHEREUM meningkat sebanyak 5000 kali ganda.
Tajuk seterusnya akan
menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kuasa dan pengaruh ETHEREUM yang
mendominasi kewujudan mata wang digital lain selepas bitcoin. Dimana beratus
wang digital atau kripto yang wujud ketika ini adalah datang dari platform
ETHEREUM melalui smart contract (kontrak
yang dikatakan akan menggantikan jawatan peguam di masa akan datang).
Bagaimana anda ingin mengenali sama ada wang kripto atau wang digital itu
genuine (benar) atau tidak, anda akan ketahuinya dalam artikel seterusnya.
Terima kasih.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan