Rabu, 7 Oktober 2020

BAGAIMANA ANDA INGIN MEMASTIKAN BAHAWA PLATFORM ATAU MATA WANG DIGITAL YANG ANDA GUNAKAN ADALAH SAH, TULEN DAN SELAMAT



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya akan cuba menulis secara ringkas artikel setiap pertanyaan pembaca kepada saya mengenai kekeliruan dan pertanyaan mengenai bitcoin dan perkara berkaitan blockchain dengan cara yang paling ringkas dan mudah. 

Ini jawapan untuk mereka yang ingin pastikan platform pertukaran / exchanger mata wang digital / kripto yang sah.

Platform matawang digital / kripto yang sah, wajib menggunakan platform blockhain tulen. Ini kerana blockhain ini adalah rangkaian yang saling bersambungan. Maka jika platform itu adalah tipu dan bukan blockchain tulen, platform atau exchanger itu tidak boleh menerima mana-mana mata wang digital tulen. Sebagai contoh bitcoin. Bitcoin hanya boleh diterima oleh exchanger atau platform blockchain tulen sahaja.

Contoh yang paling mudah, kita gunakan sahaja LUNO (ini kerana semua tahu LUNO adalah platform blockhain tulen).

Gambar diatas menunjukkan paparan platform luno. Luno ini adalah exchanger dan wallet mata wang kripto. Luno hanya menyediakan 4 jenis mata wang kripto buat masa ini iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Lite coin. Anda boleh membeli dan menjual ke empat- empat mata wang digital ini di Luno.

Sekarang tujuan kita ingin tranfer kan bitcoin dari Remitano ke Luno.

Perkara pertama yang perlu anda buat ialah, klik wallet bitcoin dan dapatkan alamat received. Anda nampak alamat received berbentuk url dibawah yang bersimbol Bitcoin. Itu alamat wallet bitcoin anda. Copy atau salin alamat tersebut. Sila pastikan tiada silap, ini kerana jika ada silap, bitcoin itu tidak sampai ke wallet anda tapi akan ke alamat wallet pemilik lain. Ingat anda tidak akan tahu siapa pemilik wallet tersebut. Maka pastikan alamat anda tidak silap diisi.

sila lihat alamat tertera disimbol Bitcoin berwarna kuning.
 

Kemudian anda boleh terus ke akaun remitano / wallet remitano anda dan isikan alamat bitcoin wallet luno anda di ruangan BTC Address di remitano dan jumlah amaun yang ingin di pindahkan ke luno, kemudian tekan submit / hantar.


wallet remitano, boleh terus copy masuk ke dalam bahagian BTC Address dan tekan submit


Kemudian dalam beberapa minit, anda akan menerima bitcoin dalam wallet luno anda. Apabila bitcoin selamat berada dalam wallet luno anda, maka anda boleh menyakini bahawa REMITANO adalah platform sah yang boleh jual, beli dan memindahkan mata wang kripto sekaligus ia menggunakan blockchain tulen. Ingat, hanya blockhain sahaja boleh bersama blockhain. Blockhain tulen dan asal kerana prinsip asas blockhain ialah rangkaian block yang saling bersambungan.



penerimaan bitcoin dalam wallet luno dari Remitano


Begitu seterusnya jika anda ingin menghantar bitcoin anda ke Remitano, anda hanya perlu melakukan perkara yang sama, hanya isikan alamat address bitcoin anda di Remitano dan klik send sahaja. Pastikan alamat wallet bitcoin remitano anda adalah betul.


alamat wallet bitcon remitano perlu diisi untuk pindahan bitcoin ke remitano

Untuk alamat deposit bitcoin anda perlu klik deposit di wallet bitcoin remitano untuk mendapatkan alamat tepat. Anda juga boleh menggunakan barcode.


alamat wallet bitcoin di Remitano

Harus ditegaskan disini bahawa, terdapat caj yang dikenakan untuk pindahan ini. Bagi saya caj pindahan ke luno adalah tinggi. Bayangkan dari 0.0005 bitcoin yang di pindahkan, 0.0002 adalah caj pindahan sahaja. Maka adalah tidak sesuai anda memindahkan bitcoin anda ke luno dan lebih baik anda jual sahaja di remitano kepada pembeli di sana.

Pada tahun 2017, platform Luno ini pernah di bekukan sementara. Ketika itu ramai pemilik bitcoin di dalam luno terperangkap sehingga Luno di luluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada tahun 2019.

Bagi mereka yang memahami prinsip blockhain, pada hari luno di bekukan, mereka tetap boleh memindahkan bitcoin dan ethereum ke platform mata wang digital lain seperti Remitano.

Maka jika anda terasa, anda ditipu oleh mana-mana skim, tidak pasti mata wang digital atau bitcoin anda adalah palsu atau tulen, cuba tanya bolehkah anda pindahkan bitcoin atau mata wang kripto anda ini ke remitano atau luno. Harus ditegaskan disini, mata wang kripto itu mestilah mata wang kripto yang sama. Bitcoin dengan bitcoin wallet. Remitano dengan remitano wallet. Ethereum dengan ethereum wallet.

Sebenarnya anda tidak perlu mengetahui terlalu mendalam mengenai blockhain dan mata wang kripto jika tujuan anda sekadar untuk pelaburan.

Kecuali jika anda berminat dengan dunia akan datang dan teknologi, ia masanya untuk anda memahami blockhain yang cukup hebat jika anda gali sedalam-dalamnya 'kuasa blockhain ini'. Anda akan berjumpa dengan 'protocol', 'white paper', 'satoshi' dan segala rahsia teknologi yang hanya peminat dunia blockhain dan kripto memahaminya.

Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu anda.

Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.



 

CARA TERBAIK DAN SELAMAT MEMBELI BITCOIN DI MALAYSIA (LUNO, REMITANO & BINANCE)

 


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ramai individu di dunia ini mendengar nama bitcoin, namun tidak pernah tahu cara sebenar membelinya terutama di Malaysia.

Lebih dikesalkan lagi terbit pelbagai skim Bitcoin di Malaysia yang disasarkan kepada mereka yang meminati pelaburan dengan menjual nama bitcoin. Untuk maklumat anda, Bitcoin tidak mempunyai apa-apa skim. Untuk lebih mudah jika anda tidak ingin bersusah payah mencari dan mengoogle maklumat bitcoin dan hanya ingin menyimpan sebagai pelaburan masa hadapan, anda hanya perlu mendaftarkan akaun LUNO sahaja. Semudah ABC. Pendaftaran akaun LUNO ini turut boleh di buat hanya dihujung jari menggunakan telefon bimbit anda sendiri. Hanya download aplikasi LUNO dan mula membuat pendaftaran diri anda. Aplikasi LUNO ini turut di iktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Saya sertakan artikel mengenai LUNO di link ini untuk rujukan anda LUNO - APLIKASI SELAMAT UNTUK PELABURAN BITCOIN.


Selain Luno, applikasi lain yang di percayai seluruh dunia untuk jual beli wang kripto atau digital ialah BINANCE dan REMITANO. Buat masa ini Binance dan Remitano tiada dalam kelulusan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, namun bagi pemain kripto atau mata wang digital berpengalaman, aplikasi dan platform Binance dan Remitano ini adalah lubuk pelaburan mata wang digital bagi mereka.

Luno hanya menyediakan 4 jenis wang kripto utama iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Lite Coin. Sedangkan Remitano dan Binance menyediakan lebih banyak mata wang kripto yang lebih murah selain bitcoin dan lebih agresif, amat sesuai bagi pelabur intraday dan jangka pendek.

Jika anda ingin membeli bitcoin, ethereum, ripple dan lite coin, saya mengesyorkan supaya gunakan sahaja platform atau exchanger LUNO. Jika anda berminat dengan alt coin yang lebih agresif dan memberikan pulangan yang lebih banyak berbanding kenaikan bitcoin dan ethereum anda boleh membeli alt coin di remitano dan binance.

Harus ditegaskan disini bahawa Binance tidak menyediakan apa-apa skim BITCOIN. Saya membaca dan mendengar beberapa gosip yang digunakan oleh beberapa orang atau sindiket yang menjual skim bitcoin melalui Binance. Binance ialah exchanger. Ia adalah untuk pembelian dan jualan wang digital. Selain Binance dan Remitano terdapat beratus lagi exchanger cryptocurrency di dunia ini, namun pilihlah yang betul-betul established untuk kemudahan anda di masa hadapan.

Disini saya sertakan video bagaimana membeli Alt Coin di Remitano untuk kemudahan anda. Cara pembelian dan jualan di Binance akan saya usahakan dalam waktu terdekat ini dalam bentuk video.

Anda boleh melihat video bagaimana membeli mata wang digital / alt coin di Remitano di video di bawah


1. Bagaimana membeli wang kripto / altcoin di Remitano https://youtu.be/-W9jKYFW32Y




2. Bagaimana membeli USDT di Remitano https://youtu.be/MYu6pyCqB7A


3. Cara buka pelaburan di Remitano https://youtu.be/Y0ola3d7VIM



Semoga video ini membantu anda dalam melakukan jual beli di Remitano. Jangan lupa klik link di video youtube ini untuk pendaftaran akaun Remitano anda.

Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.





Rabu, 17 Jun 2020

CARA MUDAH MELABUR WANG DIGITAL DI MALAYSIA MELALUI SALURAN YANG DI IKTIRAF


LUNO Malaysia adalah platform pertukaran mata wang digital / mata wang kripto pertama yang diiktiraf di Malaysia dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Adakah anda sedang mencari cara paling mudah untuk melabur BITCOIN, ETHEREUM atau wang kripto / wang digital di Malaysia?.

Di Malaysia wang kripto atau wang digital seperti bitcoin, ethereum, ripple dan mata wang kripto lain di kategorikan sebagai ASET DIGITAL. 

Aset digital ini adalah di bawah pengendalian SECURITIES COMISSION MALAYSIA (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

Terdapat 3 applikasi / platform pelaburan wang digital / wang kripto / aset digital yang di iktiraf di Malaysia. Yang paling mudah , popular serta yang pertama di iktiraf ialah LUNO Malaysia, link artikel mengenai LUNO mendapat kelulusan SC, di sini LUNO MENDAPAT KELULUSAN SC.

Bagaimana anda ingin memulakan pelaburan wang digital / wang kripto (aset digital) ini melalui LUNO, anda hanya perlu muat turun (download) aplikasi /platform LUNO di telefon bimbit anda.

Search  (carian) sahaja LUNO, pasti anda akan mendapat aplikasi LUNO ini.

Jika anda menggunakan laptop atau komputer anda boleh terus ke laman web LUNO MALAYSIA di sini https://www.luno.com/en/my.


klik / tekan butang sign up dan anda boleh mula melayari platform ini dan mula belajar melabur mata wang kripto.

Ikuti sahaja arahan SIGN UP dan seterusnya akaun LUNO anda telah siap sedia untuk anda melabur di dalam platform pertukaran mata wang kripto / mata wang digital pertama yang diiktiraf di Malaysia ini.

Dengan menggunakan platform dan aplikasi LUNO MALAYSIA ini, anda boleh memulakan pelaburan tukaran mata wang digital/ mata wang kripto ini dengan serendah RM3 sahaja.

referal saya F97YV

Jangan lupa untuk key in referal (rujukan) saya F93YV ketika mendaftarkan aplikasi ini. Anda dan saya akan menerima bonus RM25 setelah selesai urusniaga dalam anggaran RM250 di Luno (keterangan lanjut anda boleh baca di LUNO sendiri).

Jika tiada sebarang referal (rujukan) tiada bonus akan anda dapati.

Selamat menggunakan aplikasi / platform LUNO ini.

Artikel selanjutnya, akan di terangkan bagaimana pembelian mata wang kripto / mata wang digital / aset digital ini boleh di lakukan di platform LUNO ini.

Semoga penerangan ringkas ini menjawab persoalan anda, BAGAIMANA INGIN MELABUR BITCOIN / WANG DIGITAL DI MALAYSIA? .

Terima kasih.



Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.