|
bergambar di ruangan hadapan cafe antik, Kuantan Picker & Coffee |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Jika anda mencari tempat makan hipster, antik dan menyediakan makanan enak dengan harga berpatutan, anda boleh mencuba kafe atau restoran antik , KUANTAN PICKER & COFFEE.
|
bergambar di hadapan Kuantan Picker & Coffee |
|
Mari kita cari sarapan pagi |
Menyediakan menu sarapan pagi enak seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi lauk ikan, roti dan kacang pool serta sajian jenis kopi enak termasuk kopi vietnam untuk sarapan pagi, CAFE Kuantan Picker & Coffee adalah antara tempat wajib singgah jika anda berada di Kuantan.
|
bergambar 'garang' di cafe antik ini |
|
Menu Kacang Pool dan roti enak beserta kek markisa |
Cafe ini popular untuk sarapan pagi dan petang, antara menu paling popular untuk sarapan pagi disini ialah KACANG POOL dan ROTI yang hanya berharga RM6, disini di turut dihidangkan hidangan kopi VIETNAM yang sunggup enak dan digemari ramai pengunjung cafe ini.
|
kopi vietnam kegemaran ramai pengunjung disini |
Dihiasi denggan pelbagai hiasan antik zaman 70an dan 80an , cafe ini menjadi kegemaran mereka yang gemar mengimbas kembali zaman lampau dan anak muda yang suka bergambar dan melepak di cafe antik ini.
Anda boleh melihat antara ruang sudut yang sempat saya bergambar dan berposing di sini.
|
hiasan antik dan berbaloi untuk mereka yang sukakan suasana cafe 'instaworthy' |
|
bergambar di sebelah freezer kek |
|
cafe antik yang menawan |
|
CD antik Jamal Abdillah |
|
Typewriter yang popular digunakan pada tahun 1990an |
Saya mencuba kek markisa yang sering mendapat permintaan disini, namun ia amat manis di tekak saya, kacang pool dan roti seperti yang diperkatakan memang enak dan lembut, ia menu wajib cuba anda disini.
|
kek yang dipilih kali ini amat manis rasanya |
|
sila lihat signboard di belakang, 'please come again'. |
Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, sila menjengah, menikmati makanan dan mencuba makanan di CAFE ANTIK, KUANTAN PICKER & COFFEE yang terletak di Jalan Besar, Kuantan berhadapan restoran Pagi & Daisy ini.
|
ok, jom kita balik lepas kenyang perut, suka hati. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan