Memaparkan catatan dengan label insurance & Takaful. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label insurance & Takaful. Papar semua catatan

Ahad, 1 April 2018

3 KLAUSA PENGECUALIAN YANG HARUS ANDA AMBIL TAHU DALAM POLISI TAKAFUL @ INSURANS


Klausa Pengecualian Dalam Polisi Takaful @ Insurans

Jika anda merancang untuk menyertai pelan Takaful, cuba dapatkan risalah atau Product Disclosure Sheet (PDS) dari wakil Takaful untuk produk yang anda ingini. Risalah atau PDS juga boleh dimuat turun dari laman web pengendali Takaful jika anda ingin membuat perbandingan di antara beberapa produk-produk. Penting ke risalah atau PDS ni?...Secara peribadi, saya rasa penting untuk mendapat ‘First-Hand’ information bagi beberapa produk sebelum membuat pilihan...Ingat, pelan Takaful adalah pelan jangka panjang dan anda perlu berkira dan berhati-hati ketika memilih.

Jika anda menerima risalah atau PDS, cuba cari klausa atau peruntukan mengenai Pengecualian atau ‘Exclusion’ untuk pelan Takaful tersebut. Secara umumnya, Jika anda mengalami perkara-perkara di bawah klausa Pengecualian, peluang anda untuk menyertai pelan Takaful tersebut mungkin nipis atau jika diterima, jumlah caruman atau ‘Contribution’ yang perlu dibayar agak mahal dari biasa. Maklumlah, risiko anda telah berubah dan jika ingin juga dilindingi, ‘Special Conditions’ mungkin akan dikenakan. Di sini, saya ingin berkongsi 3 klausa Pengecualian yang biasa di dalam mana-mana pelan Takaful:

1) Penyakit atau keadaan sedia ada. Selalunya, ia merujuk kepada penyakit atau keadaan ketika ingin menyertai pelan Takaful. Contoh, jika anda pernah mengalami penyakit kronik sepert jantung atau kanser, peluang anda untuk mendapat perlindungan mungkin nipis atau tiada. Sama juga jika anda pernah masuk hospital atau menerima rawatan berkala seperti dialisis atau diabetic, chances untuk mendapat perlindungan agak sukar. Mengapa? Profil risiko anda berubah dan kebarangkalian untuk membuat tuntutan mungkin tinggi. Pelik tapi inilah realiti. Ingat, ambil pelan Takaful ketika sihat. 

2) Kecederaan yang dilakukan ke atas tubuh badan. Ini boleh berlaku dengan atau tanpa niat. Mesti anda terfikir, siapalah yang nak cederakan diri semata-mata untuk mendapat pampasan Takaful...jawapan saya, ada dan keadaan sekarang terlalu kerap. Melalui pengalaman, ada yang sanggup memotong jari untuk mendapat ganti rugi dari pengendali Takaful...Macam-macam kan? Mencederakan diri sendiri adalah dilarang dalam Islam dan mana-mana agama lain. So, perkara ini dikecualikan dan tidak layan memohon pampasan pelan Takaful.

3) Penyakit-penyakit kritikal yang simptom pertamanya dikesan 30 hari selepas tarikh sijil Takaful dikeluarkan. Sesetengah pengendali Takaful meletakkan diantara 15-30 hari dan yang mana lebih awal. Keadaan sebegini sukar dielakkan dan kadang-kadang menjadi beban kepada pemegang sijil Takaful. Cara untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, saya nasihatkan anda melakukan ‘Health Screening’ dengan kerap supaya anda tidak terkejut nanti. 

Ada banyak lagi Pengecualian di dalam pelan Takaful dan ia juga bergantung kepada produk yang dipilih (untuk maklumat tepat sila rujuk polisi anda). Jangan khuatir atau resah, rujuk dulu kepada agent Takaful anda jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai Pengecualian.  Satu lagi, jika anda rasa apa yang saya kongsikan hari ini bermanfaat, sila panjangkan perkongsian ini kepada yang lain. Semoga bertemu lagi. Terima Kasih.

-FN-





Isnin, 15 Januari 2018

5 PERKATAAN YANG BASIC BAGI MEMBEZAKAN INSURANS DAN TAKAFUL





Pernah tak anda terfikir, mengapa sesetengah terma/perkataan di dalam kontrak insurans berbeza dengan kontrak Takaful?.

Topik ini tiba-tiba muncul sebab rakan lama saya ingin tahu (or ambil tahu) bagaimana nak membezakan dokumen Insurans dengan dokumen Takaful. Kalau sekali baca, memang tiada beza...betul tak?. Perlindungan dan manafaat semuanya sama. So macamana nak tahu Insurans or Takaful (selain penerangan agent)...
 
Secara basic, saya kongsikan 5 perkataan/ terma yang boleh dikatakan 'spot on' perbezaan Insurans atau Takaful. Jika anda banyak pengalaman, benda nie kacang jer..kan?. Tapi takpe, tak rugi rasanya bertukar idea. Nampak remeh bagi sesetengah orang tapi sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menentukan whether produk yang dijual itu Insurans atau Takaful. 


Perkataan-perkataan tersebut adalah:


1. Policy/ Polisi (Insurance) - Certificate/ Sijil (Takaful)

2. Premium/ Premium (Insurans) - Contribution/Caruman/Sumbangan (Takaful) 

3. Sum Insured/ Jumlah Yang Diinsurans (Insurance) - Sum Covered/ Jumlah Yang Dilindungi (Takaful) 

4. Insured/ Orang Yang Diinsuranskan (Insurans) - Person Covered/ Orang Yang Dilindungi (Takaful) 

5. Nominee/ Penama (Insurans) - Hibah or Wasi (Takaful) 

Cuba anda semak polisi/ sijil insurans/Takaful anda nanti. Confirm, anda akan notis terma-terma yang dinyatakan...so lepas, anda boleh tahu secara basic whether pelan itu insurans ataupun Takaful dengan hanya mengenalpasti beberapa perkataan sahaja..cubalah!



-FN-




Jumaat, 5 Januari 2018

RUMUSAN RINGKAS CONTOH QUOTATION UNTUK PRODUK TAKAFUL I-CARE HASANAH, PRODUK TAKAFUL BAYARAN PENDEK, PERLINDUNGAN LEBIH PANJANG DAN TUNAI SETIAP TAHUN



Antara email pertanyaan produk Takaful I-CARE HASANAH dari Hong Leong MSIG Takaful


Assalammuaalaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini contoh ringkas jawapan untuk anda yang berminat mengetahui dengan lanjut mengenai produk Takaful, Hong Leong MSIG , I-Care Hasanah yang diberikan oleh saya melalui email berserta salinan quotation.


Berikut ialah contoh ringkas quotation I-Care Hasanah untuk Cik Puan Noraida (subjek hanya diwujudkan sebagai contoh).


Nama Cik Puan Noraida :-
berumur 30 tahun
bekerja di sektor perkhidmatan sebagai pembantu admin
tidak merokok dan 
memohon di sediakan quotation khas dengan anggaran bayaran bulanan RM150 sebulan sahaja.

Cik Puan Noraida setuju untuk menerima bayaran minima Living Assistance Care , iaitu bayaran tunai setiap tahun sebanyak RM600.


Dengan pembayaran premium takaful I-Care Hasanah sebanyak RM153.50 mengikut umur Cik Puan Noraida.




Rumusan ringkas ialah :-


1. Saya mengandaikan Cik Puan mengambil khas untuk diri Cik Puan sahaja.

2.Cik Puan boleh meletakkan suami sebagai pembayar jika berkahwin. Bonus untuk pembayar mereka turut dilindungi rider untuk pembayar jika menambah rider ini.


3. Perlindungan asas untuk Cik Puan ialah RM100,000 dan pendapatan harian hospital untuk Cik Puan untuk satu hari ialah RM150 sehari selama 365 tahun.




contoh quotation I-Care Hasanah dari Hong Leong MSIG Takaful

4. Pembayaran premium produk I-Care Hasanah ini ialah selama 10 tahun sahaja. Cik Puan Nik Suhaila akan menerima perllindungan selama 20 tahun.


5. Mulai akhir tahun ke 10 ,Cik Puan akan menerima Living Assistance Care  (tunai) sebanyak RM600 setahun, selama 10 tahun berturut-turut. Ketika ini Cik Puan sudah berhenti membayar premium.




tertera pembayaran Rider Livng Assistance Care sebanyak RM600 setiap tahun di quotation


6. Diandaikan, 'sebarang kejadian yang dilindungi berlaku' kepada Cik Puan pada bila-bila masa Cik Puan akan menerima jumlah dilindungi RM100,000 bersama jumlah 'cash value' akaun Cik Puan.


7. Produk ini matang setelah tamat tempoh 20 tahun. Cik Puan akan menerima jumlah tunai mengikut anggaran jumlah yang tertulis di lembaran 'quotation' cik Puan.


8. Berpandukan pada quotation @ illustration pada tahun terakhir tempoh 20 tahun , Nilai tunai ialah RM10,144.95.

10. Andaian tahun ke 20, 'sebarang kejadian yang dilindungi berlaku' kepada cik Puan, cik puan atau pewaris cik puan akan menerima anggaran tunai RM 110,144.95.



Semoga rumusan ini mudah di fahami.



Segala maklumat terperinci terdapat dalam quotation yang disertakan bersama email ini.


Sila rujuk quotation dan polisi untuk maklumat lebih tepat dan padat.



Sebarang pertanyaan lanjut Cik Puan Noraida boleh membalas email ini atau terus what apps ke 016 - 276 2636.



Pertanyaan dan maklum balas puan amat dialu-alukan.



Terima Kasih.



Ahad, 24 Disember 2017

Standalone Medical Card Atau Medical Card Rider? 4 SEBAB KENAPA SAYA PILIH MEDICAL CARD RIDER.


gambar imej medical card atau kad perubatan dari google


Minggu lepas, saya berkesempatan melawat anak rakan yang admitted di Hospital GlenEagles akibat high fever. Bertuah badan, parents dia sudah mendapatkan kad perubatan seawal umur 2 tahun. Merasalah untuk mendapat rawatan di “one of the expensive hospital” kat Kuala Lumpur ni. Alhamdulillah, anak mereka pulih within 4 days dan segala bil dibayar menggunakan medical kad. Bukan tidak mahu menggunakan benefits yang diberi oleh company, tapi sekadar ingin mencuba benefits yang disediakan oleh pihak Takaful...takut apa yang di terangkan dahulu (ketika sign-up) hanya menanam tebu dibibir.


Tapi Alhamdulillah, mana-mana syarikat Takaful akan membayar segala bil jika conditions yang digariskan di dalam sijil/polisi dipenuhi...tak begitu?. Saja ingin berkongsi tentang kelebihan medical card di bawah pelan investment linked (IL) berbanding standalone. Ramai yang prefer standalone sebab flexibility untuk bertukar dari satu Takaful ke Takaful/insurans yang lain. Jika di google, majoriti bercanggah pendapat tentang perbandingan. Sebagai pengguna seperti saya, saya nak share 4 sebab mengapa saya memilih medical card IL berbanding standalone. Tepuk dada, tanya selera.


1. Medical card jangka panjang. Selalunyalah medical card standalone ni renewable every year mengikut umur dan juga penyakit (jika ada). And of course, harga meningkat mengikut kelas umur yang ditetapkan oleh pihak Takaful. Pendek kata, bertambah umur, bertambahlah mahal. Lain pula jika anda guna medical card IL. Tak ikut umur dan tak perlu renew. Sebagai contoh, jika anda membayar sijil sekarang, anda akan bayar benda yang sama sampai tempoh yang ditetapkan (kadang-kadang mencecah 50-55 tahun) dan kemudian anda tidak perlu bayar lagi kerana account value yang terkumpul sudah cukup untuk menampung jumlah kad perubatan...untungkan?

2. Bayaran yang sama sampai jangkamasa yang ditetapkan. Seperti point pertama, bayaran will remain the same. Tak kira umur, jika anda membayar RM 200 sekarang, bayaran yang sama akan dikenakan sampai bila-bila (tertakluk pada sijil). Mudah untuk anda buat budget bulanan. Betul kata orang, ambil Takaful ketika muda supaya bayaran yang ditetapkan berkemampuan sampai bila-bila. Betul tak?

3. Medical Card nie subject to repricing yang ditetapkan oleh Takaful/ Insurance. Memandangkan kos perubatan meningkat setiap tahun, bayaran untuk sijil/polisi anda juga akan meningkat. Jika tak kena gaya, mungkin 100%. Sebagai contoh, umur 30 tahun, bayaran yang dikenakan RM 1200 per year. Jika medical repricing berlaku, bayaran mungkin naik ke RM 1800. So bayaran RM 100 per month mungkin berubah ke RM 150 sebulan. Tapi jika anda menggunakan medical card IL, senario yang sama mungkin berlaku tapi kadar caruman tetap sama bergantung kepada jumlah account value.

4. Benefits yang pelbagai under Medical card IL berbanding dengan standalone. Secara amnya, medical card IL adalah rider dan basic plan mungkin membenarkan anda mengambil pelbagai rider under satu pelan Takaful. Contoh, basic plan hanya cover kematian dan kurang upaya+cacat kekal. Dengan rider tambahan, anda boleh menambah rider -rider lain seperti medical card, penyakit kritikal dan manafaat hospital. Bayaran? Selalunya, tiada bayaran tambahan untuk rider kerana ia akan dipotong menggunakan IL yang dibeli.

Tapi, jika anda rasa apa yang saya kongsikan ini agak kurang difahami, saya galakkan anda menghubungi agent Takaful anda untuk pencerahan. Jika tiada agent buat masa ini, anda boleh hubungi rakan saya Cik Khadeeja di 016 276 2636. Insya-Allah, dia boleh membantu. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan pembacaan buat manafaat anda. Yang ok anda boleh gunakan dan yang kurang pasti, sila rujuk pada pakar dan kongsikan bersama. Tak rugikan share pengalaman?

-FN-







Sabtu, 23 Disember 2017

I-CARE HASANAH, PRODUK TAKAFUL DENGAN TEMPOH BAYARAN PENDEK, PERLINDUNGAN LEBIH PANJANG DAN TUNAI SETIAP TAHUN UNTUK ANDA.



contoh ilustrasi produk I-CARE HASANAH dari Hong Leong MSIG Takaful.

Assalammulaikum wbt dan salam sejahtera.


Satu lagi produk terbaru yang hebat dan memenuhi gaya hidup zaman millennia dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL iaitu produk , I-CARE Hasanah.

Antara keisitimewaan utama produk I-CARE HASANAH dari Hong Leong MSIG Takaful :

1. Jumlah minima untuk memiliki produk I-Care Hasanah ialah RM50 sebulan sahaja.

2. Pilihan pembayaran tempoh premium yang pendek.

3. 2 pilihan tempoh premium untuk Takaful I-care Hasanah, sama ada 8 tahun atau 10 tahun.
Perlindungan selama 20  tahun (bayaran premium takaful hanya 8 @ 10 tahun, ekstra 12 @ 10 tahun perlindungan, disamping bayaran tunai  (setiap tahun untuk anda, atas pilihan anda) yang di namakan ‘Living Assitance Care’ ).

4. Pilihan Face Plus polisi dimana anda akan menerima jumlah keseluruhan amaun di lindungi berserta nilai tunai. Kebanyakan insurans atau takaful hanya mempunyai pilihan Level Face iaitu hanya salah satu pilihan ,sama ada jumlah amaun dilindungi atau nilai tunai.

Untuk mendapatkan Living Assistance Care ini, anda wajib menambah rider , Living Assitance Care ini dalam polisi anda.

Ini Keisitimewaan Living Assitance Care :-

1. Pembayaran tahunan Living Assistance hampir 50% jumlah premium tahunan anda.

2. Bayaran minima Living Assistance Care ialah serendah RM600 setahun khas untuk anda.

3. Anda boleh memilih untuk menerima Living Assistance Care bermula akhir tahun pertama polisi I-care Hasanah anda atau akhir tahun ke 10 polisi I-care Hasanah anda sehingga akhir tahun ke 20.



Kesimpulan produk I-CARA HASANAH dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL ini ialah,

Tempoh jangka masa pembayaran premium yang singkat. Adalah ciri utama produk I-CARE Hasanah beserta ‘wang tunai’ setiap tahun selama 20 tahun. Ia sesuai untuk semua kategori dari baru bekerja, sedang bekerja, berkahwin dan menunggu untuk pencen atau bersara.

Polisi I-Care Hasanah dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL ini boleh dimiliki dengan bayaran serendah RM50 sebulan. Jumlah bayaran rendah yang mampu untuk semua kategori pendapatan.

Pilih tempoh bayaran yang anda suka dan sesuai dengan matlamat anda 8 tahun atau 10 tahun. Anda akan dilindungi selama 20 tahun. Tentu anda akan tenang tanpa memikirkan bayaran premium akan datang , malah bonus anda juga boleh menikmati  living care assistance , iaitu satu bayaran yang diberikan setiap tahun untuk anda yang menyamai hampir 50% bayaran premium tahunan anda untuk I-Care Hasanah ini.

Tunggu apa lagi, untuk maklumat lanjut produk I-CARE HASANAH dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL ini, anda boleh menghubungi talian atau whatapps ke

016 276 2636

Untuk maklumat lanjut produk.


Terima Kasih.







4 Perkara Menarik Tentang Pelan Takaful HLMT i-Care Rahmat Yang Anda Perlu Ambil Tahu



produk I-Care Rahmat dari Hong Leong MSIG Takaful

Pernah tak terfikir untuk mengambil pelan Takaful tapi buntu untuk memilih yang bersesuaian dengn anda. Jangan terlalu memandang pada brand atau terlalu percaya kepada pengalaman pengguna lain. Kan orang dulu-dulu dah pesan, lain padang, lainlah belalangnya. Bukan nak promote cuma nak kongsikan pelan yang bermanafaat untuk anda consider. Bukan sahaja menyeluruh, tapi saya rasakan pelan Takaful ini, mampu milik. Pelan yang dimaksudkan adalah HLM Takaful i-Care Rahmat.

Di sini saya kongsikan 4 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang produk HLM Takaful i-Care Rahmat. Hopefully, perkongsian sebegini dapat membantu anda untuk memilih perlindungan yang tepat dan bersesuaian dengan budget anda.

1. Pelan Takaful pertama (setakat ini) yang memberi perlindungan untuk Old Age Disablement (OAD). Dalam bahasa mudah, jika anda menjadi kurang upaya ketika mencecah usia 66 tahun ke atas, anda akan di lindungi di bawah pelan ini. So, situasi sebegini is unexpected and unpredictable. Mungkin anda boleh bekerja mencecah umur 66 tahun or tidak. Insua-Allah, kita hanya boleh plan, tapi semua adalah ketetapan Ilahi. 

2. Khidmat-khidmat tambahan yang jarang sekali di offer oleh mana-mana pelan Takaful. Pernahkah anda terfikir, jika anda tiada nanti, pasangan or anak-anak anda, akan melakukan Badal Haji atau mewakafkan Al-Quran atau melakukan Qurban untuk anda? Mungkin ya or mungkin tidak. Jika diwasiatkan, Insya-Allah, akan di kerjakan. But how jika tidak diwasaiatkan? Pelan Takaful ini ada perkhidmatan- perkhidmatan sebegini jika atau meninggal atau kurang upaya. So, as a Muslim, benefits sebegini memang dinantikan untuk bekalan akhirat kelak. 

3. Rider-rider tambahan yang boleh di customise mengikut keperluan dan budget anda. Based on my understanding, ada 6 rider tambahan yang boleh dipilih seperti Medical Card (Medi-Auni), Duit tambahan harian ketika warded (Hospital Income Benefit), perlindungan kematian atau kecacatan disebabkan kemalangan (Accidental Death and Dismemberment), manafaat untuk orang dilindungi jika anda meninggal atau kurang upaya kekal atau menghidap penyakit krital (Living Care and Payor Care or Top-up Care) dan bayaran tambahan jika anda menghidap penyakit kritikal (Additional Critical Care). Agak comprehensive juga rider-rider yang ada tapi make sure pilih yang bersesuaian dengan keperluan anda.

4. Since pelan Takaful ini pelan berkaitan pelaburan, anda boleh menambah (top-up) atau mengeluarkan nilai akaun (account value) yang terkumpul. Flexibility sebegini memang dicari. Ya lah, jika anda mempunyai duit lebih, anda boleh top-up ke dalam pelan takaful ini. Jika memerlukan dana, anda boleh withdraw bila-bila masa. Janji, account value anda cukup untuk menampung coverage Takaful anda.

Apa yang saya kongsi di atas mengkin terlalu ringkas dan memerlukan penerangan lanjut dari agent. Mereka lebih arif dan professional dalam ini. Jika anda berminat untuk nak tahu lebih lanjut pasal pelan Takaful ini, anda boleh hubungi Cik Khadeeja di 016 276 2636 , atau whatsapp dia pun boleh. Insya-Allah, di boleh membantu. Hopefully, posting kali ini dapat memberi manafaat yang berguna untuk anda. Nak share untuk rujukan readers lain pun boleh.

Wassalam

-FN-







Selasa, 19 Disember 2017

TAKAFUL UNTUK SEMUA , 1 POLISI UNTUK 10 AHLI KELUARGA ANDA



Antara Produk Takaful Baru dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masih kekal dalam bidang takaful, dunia takaful berubah seiring zaman penyakit dan gaya hidup yang berubah.

Jika 20 tahun lepas, anda tidak mempunyai banyak pilihan produk takaful. Kini lautan pilihan produk takaful sesuai keperluan dan gaya hidup serta keluarga anda diperkenalkan.

Kekal setia bersama HONG LEONG MSIG TAKAFUL semenjak 2013, kini HONG LEONG MSIG TAKAFUL memperkenalkan 3 lagi produk takaful terbaru iaitu :-

I-Care RahmatPolisi Takaful berkaitan pelaburan yang melindungi anda sehingga usia 100 tahun
Medi AuniKad perubatan dan takaful tanpa had limit dan had tahunan yang boleh ditingkatkan lebih satu juta setahun.  Kad ini juga boleh dimiliki oleh 10 orang ahli keluarga termasuk pasangan, anak-anak dan ibu bapa anda , asalkan mereka tidak berusia lebih 70 tahun.
I-Care Hasanah – polisi takaful dengan premium bayaran jangka masa pendek ,yang memberi anda living assistance payout sehingga 50% dari premium yang anda bayar.

Istimewa untuk anda yang mencari polisi takaful yang tidak memeningkan dan mudah faham, juga amat sesuai untuk keluarga anda, anda boleh memikirkan untuk mengambil produk I-Care Rahmat berserta kad perubatan dan takaful.

Jika anda sudah mempunyai kad perubatan, tambahkan sahaja kad perubatan didalam polisi takaful anda untuk anak anda yang baru lahir atau anak anda yang belum mempuyai kad perubatan.

Polisi I-care Rahmat ini boleh diubah suai bila-bila masa, apabila anda ada ahli keluarga baru, anda boleh terus tambah ke polisi sedia ada , I-Care Rahmat anda. Jika anak anda telah bekerja dan dewasa, sudah punyai pekerjaan sendiri anda boleh mengeluarkan kad perubatan mereka dan kekalkan untuk anak anda yang masih kecil. Begitu hebatnya reka bentuk produk I-care Rahmat ini.

Istimewa Medi Auni, ia adalah kad perubatan yang boleh dimiliki sehingga 2 kad perubatan oleh satu individu. Terdapat pelbagai keistimewan Medi Auni , ini termasuk perubatan alternatif juga perubatan di Luar Negara.

I-Care Hasanah, selain memberi perlindungan kepada anda , ia truut memberi anda pilihan tempoh bayaran premium yang pendek, 8 tahun atau 10 tahun dan ia melindungi anda sehingga 20 tahun disamping memberi anda living assistance payout (dalam bentuk bayaran tahunan sehingga 50%). Bayangkan anda boleh memilih menerima Living Assistance Payout ini semenjak tahun pertama lagi sehingga tahun ke 20 atau mengikut pilihan bayaran anda sendiri .                                                                                                                                                         

Terdapat banyak lagi keistimewaan ketiga-tiga produk dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL ini.

Anda boleh terus ke blog ke 2 QISYA KHADEEJA, di link ini untuk membaca dan merujuk mengenai segala produk takaful bawah HONG LEONG MSIG TAKAFUL ini.


Anda juga boleh terus menghubungi dan what apss ke

016 276 2636

Untuk maklumat dan keterangan lanjut.


Terima Kasih



Khamis, 17 November 2016

PENULISAN INSURANS & TAKAFUL



gambar sekadar hiasan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seiring dengan bidang penulisan blog yang semakin mendapat tempat dihati saya, saya berkongsi dengan anda mengenai insurans dan takaful di blog ke 2 milik saya di link ini

PENYELESAIAN TAKAFUL MENGIKUT KEPERLUAN DAN BUDGET

Perkongsian saya lebih kenapa pelbagai produk yang ditawarkan oleh HONG LEONG MSIG TAKAFUL dimana saya masih setia menjadi agen takaful di Syarikat ini semenjak tahun 2013 lagi.

Istimewa mengenai produk-produk HONG LEONG MSIG TAKAFUL ia bukan sahaja menyediakan pelan takaful mampu milik dari serendah RM50 malah turut menyediakan pelan perlindungan takaful dengan tempoh premium terhad selama 7 tahun sahaja berbanding pelan-pelan takaful lain yang memakan masa pembayaran sehingga 99 tahun.

Produk Hong Leong MSIG Takaful juga kalis gawat dan sesuai untuk dimiliki oleh pelbagai golongan.

Hong Leong Msig Takaful terkenal dengan caj wakalah yang rendah dan mampu milik. Caj wakalah yang rendah mengurangkan kesan sampingan insurans atau takaful 'lapse' jika anda terlupa atau terlebih budget dibulan-bulan tertentu.

Di blog ke2 ini juga saya sertakan info-info insurans dan takaful lain yang menarik juga pengalaman saya dalam bidang ini, Insyaalah.

Anda juga boleh memperolehi maklumat terkini Produk SSPN-i dengan kerjasama HONG LEONG MSIG TAKAFUL dibeberapa artikel yang saya kongsikan dengan anda diblog ke 2 milik saya ini di link ini.

Produk SSPN-i Plus Produk Simpanan TERBAIK untuk Anak Anda

Diharap anda sudi melawat blog ke 2 saya untuk maklumat dan info lanjut produk takaful di bawah Hong Leong Msig Takaful ini.

Sebarang pertanyaan dalam artikel blog ke 2 ini juga boleh dihantar melalui borang pertanyaan produk yang turut dilampirkan disetiap artikel di blog ke 2 milik saya ini.

Terima kasih.





Selasa, 3 November 2015

KERJAYA SEBAGAI PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS





Buat masa ini saya adalah PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS bagi syarikat HONG LEONG MSIG TAKAFUL dan HONG LEONG ASSURANCE BERHAD.

Menyentuh mengenai semua BLOG penulisan saya yang jarang saya bangkitkan mengenai bidang kerjaya saya, dan perkongsian saya mengenai DIET YANG LEBIH SIHAT serta perniagaan CRUNCHY FLAKES by QK yang baru diperkenalkan, saya akui saya jarang mendapat pertanyaan mengenai bidang kerjaya saya sebagai PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS.

Cuma beberapa minggu ini , wassap dan mesej di FACEBOOK mula menjengah mengenai pertanyaan tentang INSURANS dan TAKAFUL.

Jika anda adalah antara mereka yang pernah atau mula meminta pendapat saya mengenai PRODUK TAKAFUL DAN INSURANS yang HONG LEONG MSIG TAKAFUL dan HONG LEONG ASSURANCE tawarkan, saya mengucapkan jutaan terima kasih walau mungkin anda akhirnya bukan menjadi pelanggan saya.

Sebagai tempat rujukan walau saya bukan pakar mengenai bidang insurans dan takaful, saya hanya berkongsi apa yang saya tahu juga mengenai produk saya.

Harus di akui saya mempunyai beberapa permintaan quotation dan pertanyaan ikhlas dari pembaca-pembaca blog saya dan juga sahabat facebook yang saya sendiri tidak kenali tetapi mengikuti setiap status dan perkongsian pages milik saya atau status insan lain di facebook yang kini saya semakin aktif berkongsi.

Secara ikhlas pertanyaan mengenai produk takaful dan insurans saya bermula tahun ini dan bulan ini. Bulan ini sahaja 2-3 pertanyaan diajukan kepada saya di FACEBOOK dan di WASSAP.

Dari perkongsian mereka yang berminat mengetahui tentang produk yang HONG LEONG tawarkan,


Mereka menjumpai saya melalui google dari forum cari juga dari butang carian di facebook.

Seterusnya membawa kepada facebook milik saya.

Sejujurnya saya cukup susah menulis mengenai insurans dan takaful di wall facebook milik saya.

Setahun rasanya tidak sampai 5 kali saya menulis status mengenai produk atau kerjaya takaful dan insurans saya. Itu di facebook apa lagi di BLOG milik saya sendiri.

Melihat senario ini, sudah masanya saya akan aktif untuk mewar-warkan mengenai status dan kerjaya saya kepada pembaca, sahabat facebook dan follower saya juga di google.

Menulis mengenai produk INSURANS DAN TAKAFUL serta pengalaman dalam bidang insurans dalam blog kerjasama terbaru yang akan bergerak aktif dalam tahun 2016 nanti, saya akan berkongsi dengan anda tentang segala pengalaman suka duka saya di bidang insurans dan takaful

Setiap insan ada pengalaman masing-masing.

Saya tidak pernah menyesal dengan setiap yang pernah terjadi dalam hidup ini, yang penting ia adalah pengajaran dan pengalaman paling berharga dalam hidup.

Jika anda berminat mengetahui mengenai produk TAKAFUL & INSURANS, anda boleh menghubungi saya melalui email, mesej di facebook atau wassap saya.

Pertanyaan mengenai produk sahaja akan di layan.

TERIMA KASIH.







Khamis, 1 Oktober 2015

INSURANS DAN TAKAFUL MURAH


ANDA BENCI DAN MALAS DENGAN KOMITMEN INSURANS ATAU TAKAFUL BULANAN YANG  MEMAKAN MASA LAMA?

MENCARI DAN BERDOA AGAR TERDAPAT INSURANS ATAU TAKAFUL YANG SINGKAT SAHAJA TEMPOH BAYARAN PREMIUM?

INGINKAN BAYARAN PREMIUM YANG RENDAH?

TETAP INGINKAN NILAI TUNAI DAN TIDAK INGIN WANG ANDA HANGUS BEGITU SAHAJA?

MENCARI BAYARAM PREMIUM INSURANS DAN TAKAFUL YANG RENDAH?

TERUSKAN MEMBACA ARTIKEL DI BAWAH INI...

Bagi anda yang mencari INSURANS ATAU TAKAFUL MURAH dari SERENDAH RM50 sebulan anda boleh memikirkan untuk melanggani produk TAKAFUL ini.


PREMIUM TAKAFUL bermula serendah RM50 Sebulan 

Pelan ini hanya MELINDUNGI 36 PENYAKIT KRITIKAL, KEMATIAN & KETIDAK UPAYAAN KEKAL.

ISTIMEWANYA PRODUK INI, 

ANDA HANYA PERLU MEMBAYAR SELAMA 7  @ 10 TAHUN SAHAJA PREMIUM, mengikut pilihan anda.

DAN ANDA DILINDUNGI  SELAMA 20 TAHUN

(DARI 36 PENYAKIT KRITIKAL ,KETIDAK UPAYAAN KEKAL DAN KEMATIAN )

Genap tempoh polisi 20 tahun ,

NILAI TUNAI anda akan di kembalikan.

Anda boleh menghubungi saya sendiri untuk maklumat lanjut ,

HANYA WASSAP & TELEGRAM :-

KHADEEJA DI TALIAN 016 - 276 2636

atau email sahaja maklumat diri atau keluarga anda ke email :-



Maklumat diri atau ahli keluarga anda yang diperlukan hanyalah :-

1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Jantina
4. Pekerjaan
5. Merokok atau tidak


Terima kasih.




Khamis, 4 Jun 2015

INSURAN @ TAKAFUL ISI RUMAH



imej dari google


Assalammuaalaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang insurans @ takaful isi rumah dan MENGAPA ANDA PATUT MEMIKIR UNTUK MENGAMBILNYA. 

Pernahkan anda risaukan keselamatan barang-barang didalam rumah anda? Termasuk duit dan barangan peribadi yang lain serta keselamatan tubuh badan anda sendiri?

Pernahkah anda terfikir adakah rumah anda tahun ini terselamat dari malapetaka seperti banjir atau tanah runtuh walaupun setelah hampir seratus tahun anda hidup dan kawasan rumah anda bebas serta terselamat dan tidak menunjukkan tanda-tanda kawasan yang berisiko untuk kejadian banjir atau tanah runtuh.

Pernahkah anda berasa takut ketika petir dan guruh sambar menyambar, barangan elektrik  @ gadget kesayangan anda mengalami akan mengalami kerosakan kerana litar pintas?

Adakah pernah terlintas di kotak fikiran anda  kecurian yang mungkin berlaku ditempat anda , lebih-lebih lagi dengan tambahan pendatang asing yang mungkin berkerja dikawasan pembinaan yang amat hampir dengan rumah anda. Pernahkah anda terfikir?.

Jika anda pernah terfikir kemungkinan kejadian atau bencana diatas. Anda patut memikirkan untuk mengambil perlindungan TAKAFUL ISI RUMAH. Jangan risau perlindungan ini amat murah sekali berbanding kerugian yang akan anda tanggung jika malapetaka diatas terjadi.

Apakah maksud perlindungan Takaful Isi Rumah?.. dibawah ini adalah maksud @ pengertian Takaful Isi Rumah yang saya perolehi dari nota peperiksaan TBE (General) saya tempoh hari.

TAKAFUL ISI RUMAH
Perlindungan Isi Rumah meliputi perkara berikut seperti perabot, kelengkapan perabot, peralatan dapur, televisyen dan radio, pakaian, barang peribadi dan barang-barang berharga dan juga memberi perlindungan kepada peserta untuk kecederaan yang parah.

Perlindungan Asas – Kerugian atau kerosakan  kepada barang-barang dalam rumah (termasuk pereabot, kelengkapan perabot, barangan dalam rumah, barang peribadi dan barang-barang berharga) yang disebabkan oleh :-

1. Kebakaran, kilat , petir dan kebakaran bawah tanah
2. letupan
3. Pesawat dan peranti udara yang lain dan / atau benda yang gugur daripadanya
4. kerosakan impak oleh kenderaan, kuda dan lembu
5. tangki air, peralatan atau paip pecah dan melimpah, tidak termasuk RM50 pertama untuk setiap kerugian dan kemusnahan atau kerosaka manakala bangunan yang dilindungi ditinggalkan kosong
6. kecurian dengan pecah masuk atau keluar bangunan secara paksa dan ganas atau sebarang cubaan sepertinya.
7. taufan, siklon , taufan , rebut
8. gempa bumi, letusan gunung berapi
9. banjir (termasuk limpahan air laut)

Harta / barang yang dipindahkah sementara tetapi masih berada di Malaysia akan dilindungi terhadap bahaya seperti yang tersebut diatas. Harta / Barang dalam perjalanan atau ada pada seseorang, tidak akan dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi, letusan gunung berapi, hurikan, siklon, taufan , ribut dan banjir. Liabiliti di bawah perluasan ini adalah terhad kepada 15% daripada jumlah yang dilindungi.


1. Kerugian sewaan (seperti Takaful Empunya Rumah)
2. cermin pecah (selain daripada cermin tangan)
3. Kecederaan parah yang berlaku kepada peserta didalam kediaman persendirian akibat keganasan yang berlaku disebabkan oleh pencuri atau kebakaran. Syarikat takaful akan membayar RM10,000 atau separuh daripada jumlah yang dilindungi yang mana lebih rendah.
4. kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana risikio yang dilindungi kepada pakaian dan barang peribadi pembantu rumah.
5. liability yang melindungi peserta terhadap orang ramai berkenaan dengan kejadian kemalangan yang berlaku didalam atau pada sekitar premis peserta yagn dilindungi sebagai kediaman persendirian dan menduduki dalamnya, sehingga had RM50,000 termasuk kos guaman tertakluk kepada persetujuan syarikat takaful.

Perlindungan Takaful tidak termasuk perkara berikut :

A. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh
- peperangan , rusuhan dan risiko seumpamanya
-pencemaran radioaktif

B. Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh hurikan, siklon , taufan atau ribut angin kepada perkara berikut :-

-          -Mana-mana bangunan dalam pembinaan, pembinaan semula atau pembaikan

-        - Cerobong asap logam, kajang, birai , papan tanda dan lain peralatan dan kelengkapan luar termasuk pintu pagar dan pagar.

-    -Kerugian atau kerosakan yang disebebabkan oleh penenggelaman tanah dan gelinciran tanah kecuali disebebkan oleh gempa bumi atau letusan gunung berapi.

TAMBAHAN

Perlindungan Takaful Isi Rumah boleh diperluaskan kepada perkara berikut dengan kos tambahan:

-       - Kecurian penuh (tidak terhad kepada pecah masuk ke dalam dan keluar bangunan dengan paksa dan ganas)

-         - Rusuhan, mogok, dan perbuatan khianat
-
-       -  Plat kaca melebihi RM500 setiap satu

Kesimpulannya Takaful Isi Rumah bukan sahaja melindungi barang-barang didalam rumah anda. Paling penting ia melindungi barang peribadi anda termasuk diri anda sendiri (perlindungan peserta untuk kecederaan parah).
Anda tidak perlu risau untuk mengambil insurans @ takaful untuk perlindungan barangan elektrik juga barangan peribadi anda dari kilat atau petir kerana  insurans @ takaful ini turut merangkumi perlindungan ini. (So ibu-ibu tak perlu susah-susah tutup plug peti sejuk @ television lagi jika petir sambar menyambar ok).

Harga perlindungan insurans & takaful isi rumah ini adalah standard contohnya  seperti kes dibawah.

A. Encik Amran ingin melindungi barang-barang didalam rumahnya iaitu :-

1. Peti Sejuk 2 pintu RM2000
2. Penghawa Dingin RM1000
3. Telefon Bimbit 2 biji RM4000
4. Sofa RM700
5. Pelbagai Perabot RM2000
6. Pinggan Mangkuk RM500
7. Cadar , Tilam , Bantal RM2000
8. Langsir, pakaian, kasut, beg tangan , accessories RM1000
9. Komputer Peribadi (2 biji) RM5000
10. Ketuhar, oven, blender dan lain-lain RM1000
11. Barang kemas dan jam tangan RM2000
11. barang-barang lain RM1800
 Jumlah keseluruhan Perlindungan dianggarkan RM23000

Pengiraan Takaful Isi Rumah RM23000 X 0.398% = RM91.54 + GST 6% RM5.50 + Stamp duty RM10 = Jumlah Bersih RM107.04

Jumlah anggaran bayaran Takaful Isi Rumah bagi Encik Amran adalah RM107.04

Dengan bayaran RM107.04 Encik Amrah bukan sahaja mendapat perlindungan bagi isi rumah diatas tetapi turut mendapat perlindungan dibawah :-
a. Kecederaan parah yang berlaku kepada peserta didalam kediaman persendirian akibat keganasan yang berlaku disebabkan oleh pencuri atau kebakaran. Syarikat takaful akan membayar RM10,000 atau separuh daripada jumlah yang dilindungi yang mana lebih rendah.

b. liability yang melindungi peserta terhadap orang ramai berkenaan dengan kejadian kemalangan yang berlaku didalam atau pada sekitar premis peserta yagn dilindungi sebagai kediaman persendirian dan menduduki dalamnya, sehingga had RM50,000 termasuk kos guaman tertakluk kepada persetujuan syarikat takaful.

Contoh yang diberi diatas adalah secara kasar sahaja. Jika anda berminat untuk mendapatkan perlindungan insuran @ takaful isi rumah ini, adalah boleh menghubungi mana-mana insurans @ takaful agen .

Baiklah ini sahaja yang boleh saya coretkan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Jumpa lagi di entry berikutnya. Salam sayang dari saya, love , huge & kiss.


Rabu, 27 Februari 2013

Insurans Kemalangan Diri RM24 sajork.... siap cover KANSER WANITA lagi tuhzzz...

uolssss... i rs la uolsss..semua wanita harus memiliki product PA Takaful Pesona Lady from Maybank, coz nihz 1-1nya PA (Personal Accident Insurance) yg include cover Kanser Wanita ye... cover 20k tuhhz ye uolsss (untuk lelaki uols leh tgk booklet Takaful Hero15 pun cover kanser lelaki & kehilangan barangan sukan lagi tuhz ye, juga dr Maybank)... tp kalau uols xnak pun xpe.. doa2 la semoga sentiasa di lindungi Allah & amal Bismillah Lima tuhz ye.. nihz link dia http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/02/pendinding-sihir-ikhtiar-penyembuhan.html.. utk melindungi diri... ye lah.. kena faham walau pun murah, ada sajorkkk orang yang tidak cukup budget krn byk lg benda yg lbh penting & harus di utamakan .. tak gitew????... huhu so if uols ada budget & rasa ini lebih penting dr beli shawl mahal  yg sesekali sajork pki tuhz... beter uols beli la product nihz.. i xjual ye uols... tp product nihz terdapat kat semua cawangan Maybank Seluruh negara yea....

untuk yang tidak tahu, kemalangan nihz termasuklah jatuh pokok, terkena air panas, jatuh toilet, tengah-tengah jalan tetiba terpijak batu terjatuh coz high heel patah pun kemalangan ye... so apa-apa kecederaan terjadi kalau bukan kerana penyakit tuh biasanya dipanggil kemalanganlah, bezanya kemalangan kecil @ kemalangan besar sajork ye uolssss....

ok.. selain perlindungan Kanser Wanita, Insurance ini juga melindungi perkara-perkara di bawah termasuk ragut & penculikan serta pengeluaran tunai di ATM .

sila baca sendiri ye...
tengok tu sehingga RM200,000 ye perlindungan untuk kemalangan

Termasuk kompilasi Bersalin ye...

termasuk tunai ikhsan utk keganasan rumahtangga & bonus kelahiran anak kembar. Sumbangan monthly RM24 & yearly RM265, tp utk yg berumur 41-60 Rm43 mthly &Rm485 yearly
mesti ramai uols yg xtaw apa beza Insurans kemalangan diri (Personal Accident Insurance) dengan Medical Card (Kad Perubatan) @ Insurans Perubatan (Medical Insurance) kanzzzzzz??? coz ramai sgt sebenarnya pemilik-pemilik polisi Insurans tidak tahu apa sebenar produk yang di ambil & apa yang dilindungi...

4 uols info.. mmg di antara insurans paling murah, Personal Accident la... that why kalau uols tgk Digi pun siap bg free PA accident lg kt dia punya subcriber.. i pnh dpt ye sms tuhz.. belum kira shopping-shopping mall lg... pulak tuhz tinggi lak tuhz cover plng rendah 10k... free lg... uols xpyh pelik la kalau ambil PA insurance byr xsampai RM150 1yr tp cover sampai 300k pun coz PA insurance biasalah.. kalau setakat cover ratus-ratus ribu tuhz mmg murah.. yg mahal insurance perubatan, xpun investmentlink Insurance (Insurans berlandaskan pelaburan... bukan medical card (Kad Perubatan) ok...jangan tersalah beza plak...(ada masa nanti i akan tulis entry ke 3-3 perbezaan insurans nih ye)

mungkin bg lelaki di luar sana.. maybe uols pun leh beli kat chenta hati anda.. xkira lah wife, tunang, anak, gf, adik, kakak, ibu, nenek.. hehehhe nenek mertua pun boleh... untuk lelaki dont worry Maybank pun offer product PA yang lelaki @ wanita pun boleh beli dr serendah RM19.90 sajork, kalau ambil dgn psngn RM32 & if nak include family RM39.80 sajork., tp lg better bg lelaki yang dah berkahwin ambil Takaful Hero15 tuhz . (Sila pi Maybank ye utk keterangan lanjut),

Hari Isnin tuhz i p Maybank Jalan Beserah, Kuantan . Sales person dia lelaki bersongkok, sungguh baik & sopan layanannya .. walau i nak cepat & dia kelihatan agak busy, tp still melayan i dengan baik sgt...(walaupun i jwb i dh ambil PA nihz dgn branch len, sajork nk) dia tetap dgn baik hatinya, pergi meng"photostat" bgi & pilih pemplet yg cun2 utk i yg xbeli pun product dgn dia.. so bg uols from Kuantan, maybe leh jupe dia utk beli Takaful PA nihz.. i sempat minta namecard dia wlu nak cepat ye... hehehehe :-

Jalaluddin bin Puteh - Maybank Jln Beserah, Kuantan H/P : 0136796079

oklah darlingz tersayang.. maybe bg mrk yg xcukup budget.. ye la yg budget under RM200, leh fikirkan untuk membeli product di Ampro Personal Accident... RM180 sajork yearly... sebelum uols nak negative thinking ttg betapa pendeknya Jadual Faedah Ampro Personal Accident nihz... sila tgk betul2 jadual pengiraan elaun yang diberi ye.. & harga tahunan yang di bayar.. product nihz cukup sesuai la untuk mereka yang age 41 above yang budgetnya below RM200 & rasa tak mampu nak bayar RM43 monthly... tapi sendiri mau hengat yea darlingzzzz...... no coverage for Female Cancer.. hehehehehe biasalah age effect... kanzzzz??? tapi oklah ada PA insurance dr tak de... tp kalau RM200 pun xada budget.. coz tinggi ye kos sara hidup sekarang.. tak apa.. doa lah supaya tiada kecelekaan berlaku & sentiasa berhati-hati.. its not mean yg di cover tak perlu berhati-hati ye... len wei.. keselamatan kita dgn duit.. duit leh di cari lg ye... tp atleast feel tuhz len la bila di cover.... tp yg penting kita mesti minta perlindungan dr Allah.. kuasa Allah lebih jauh kuat dr kuasa insurans.. tak gitewwww... oklah enjoy pic below..

I ambil brochure nihz kt Ambank, Jln Beserah kat tempat isi borang tuhz jek....

nihz Ampro PA punya coverage... sila pandai mengira ye.. sebelum negative thinking... lg elok jumpa sales person product ini..
Ampro PA



if uols interested uols leh dptkn produk Ampro Personal Accident nihz kat mana-mana cawangan Ambank @ Amassurance ye.... utk maklumat lanjut...


**** UNTUK INSURANS DAN TAKAFUL MURAH DAN BAYARAN UNTUK TEMPOH SINGKAT SERTA MEMPUNYAI NILAI TUNAI. ANDA BOLEH RUJUK ARTIKEL DI LINK INI INSURANS DAN TAKAFUL MURAH

Juga pelbagai artikel mengenai takaful dan insurans di link ini Pelbagai Pilihan Takaful Mengikut Kesesuaian Budget dan Risiko anda


Pemberitahuan : i tdk bertanggungjawab ye uolss.... atas salah kefahaman uols ttg penerangan produk-produk di atas didalam artikel ini (lagi pun pic yg i msk pun sekerat-sekerat so beter uols tgk btl brochure nya).. uols leh dapat penerangan sebenar & lanjut dari Sales Person di Bank-bank yang terlibat... artikel ini di tulis atas pendapat i sendiri tiada kena mengena dgn di sponsor @ berkait dgn institusi kewangan yang terlibat... berminat pls direct pi Institusi yang menawarkan ke 2-2 produk hebat ini.. nnti i tgk la brochure produk PA kat bank len plak kalu ada masa ye... luvvvvv!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...