Memaparkan catatan dengan label Beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beauty. Papar semua catatan

Selasa, 4 Disember 2018

BAHAYA BAHAN KIMIA DALAM PRODUK BEDAK MUKA, KOSMETIK DAN KEGUNAAN HARIAN


masih dalam proses trial dan error

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Produk kegunaan diri termasuk produk kosmetik sering diwar-warkan antara bahan karsinogenik atau karsinogen yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan sama ada penyakit auto imun, kanser, asma, depressi dan pelbagai lagi.

Isunya masyarakat hari ini tidak mampu hidup tanpa sabun, bedak, gincu dan produk keperluan diri lain.  Maka semakin banyak produk natural dan organic muncul di pasaran. Malangnya produk yang dilabelkan organic namun bahan-bahannya amat mendukacitakan bercampur bahan kimia lain, nano partikel yang juga alah bagi sesetengah individu dan pelbagai bahan campuran lain yang sebenarnya turut tergolong dalam bahan karsinogen dan membahayakan kesihatan.

Dari isu talc dan pelbagai bahan lagi, penggunaan bedak baik bedak bayi, padat atau serbuk, ia tetap meninggalkan kesan bahaya pada kulit kerana bahan-bahan dalam bedak mahu pun produk kosmetik lain ini boleh memasuki salur darah melalui pori-pori dalam kulit.

Bayangkan jika setiap hari seorang individu memakai bedak waktu pagi dan tengah hari sahaja, berapa banyakkah bahan karsinogen ini memasuki salur darah di kulit dalam sebulan apa lagi setahun atau seumur hidup?.

Cuba bayangkan jika bayi memakai bedak talcum semenjak hari pertama lahir? Berapa banyakkah bahan karsinogen ini telah berkumpul dalam badan jika bayi itu membesar menjadi dewasa.

Antara bahan kimia popular yang dikatakan berbahaya dan karsinogen yang sering terdapat dalam produk produk kosmetik dan kegunaan harian ialah :-

1.       sulfates
2.       parabens
3.       phthalate
4.       BHA (hidroxianisol butilado)
5.       AHA (alpha hydroxy acid)
6.       Poloxamer
7.       Lead
8.       coal nego
9.       Octinoxato
10.   Triclosan

Anda boleh melihat sama ada senarai bahan ini terdapat dalam produk kosmetik dan kegunaan harian anda.

Pada zaman teknologi dan sosial media ini, kerajinan mencari dan melakukan research mengenai produk semulajadi yang sesuai dengan kulit tanpa sebarang penggunaan bahan kimia hanya dihujung jari.

Pastikan anda tidak tertipu dengan iklan produk ‘natural’, ‘semulajadi’, ‘homemade’ mahu pun produk yang menggunakan tagline ‘organik’.

Pemerhatian yang dilakukan di pasaran terlalu banyak produk kosmetik yang claim natural dan organic yang dijual di pasaraya mahu pun farmasi turut mengandungi bahan kimia yang dikaitkan dengan punca kanser dan membahayakan kesihatan.

Anda harus membaca semua ingredient bahan-bahan yang terpapar di produk anda, jika anda kelliru anda hanya perlu mengoogle kesan-kesan dan bahaya bahan yang terkandung itu.

Sebagai contoh jika anda melihat di kandungan bahan nama bahan triclosan, anda google sahaja triclosan, pasti akan keluar fakta mengenai bahan ini di paparan telefon bimbit anda. Paling istimewa banyak perkara yang akan anda belajar jika anda mencuba melakukan kajian dan pemerhatian sendiri dengan pelbagai bacaan dan artikel yang dipaparkan oleh website yang dipercayai.

Malah pada hari ini wujud di pasaran , produk Bedak sejuk yang tertulis sebagai bedak sejuk traditional tetapi bahan-bahannya terdiri dari ‘talc’ yang amat terkenal bahaya untuk kesihatan. Pastikan anda membeli produk bedak sejuk asli yang kandungannya ialah beras atau beras pulut asli 100%.


Ketika ini bedak serbuk untuk wajah yang diperbuat dari bahan semulajadi mula diperkenal secara kecil-kecilan oleh pencinta produk semulajadi. Anda hanya perlu menyesuaikan dengan wajah anda dan membaca dengan jelas bahan-bahan yang digunakan. Anda harus ingat tidak semua individu mempunyai kulit yang sama. Tidak semestinya bahan semulajadi yang digunakan dalam membuat bedak serbuk sesuai untuk kulit anda walaupun ia 100% dari bahan semulajadi. Kenali kulit anda dan kenali apa yang kulit anda alah.

Dalam proses mengeluarkan bedak wajah berbentuk serbuk, trial dan error dilakukan beberapa kali. Ia juga mengambil masa berbulan untuk mencuba dan melihat tindak balas. Tidak kira ia dibuat dari 100% bahan tumbuh-tumbuhan dan dari produk makanan sekali pun, pengalaman menggunakan setiap produk harus diambil kira termasuk kesesuain kulit.

Insyaalah jika masa mengizinkan dan rezeki di berikan, produk bedak serbuk wajah akan diperkenalkan untuk produk homemade natural dalam waktu terdekat ini. Ketika ini proses mengenal pasti bahan-bahan sesuai dengan pelbagai jenis dan masalah kulit masih berjalan.

Selamat belajar membaca dan mengenali bahan-bahan yang terdapat dalam produk kosmetik harian anda.


Terima kasih.

Isnin, 1 Oktober 2018

Bahaya Bahan Toksid Dalam Produk Kosmetik Wajah



Assalammuaalaikum wbt dan salam sejahtera.

Di zaman media sosial ini, semakin hari semakin ramai menggunakan produk kosmetik, baik golongan lelaki mahu pun wanita.

Lima puluh tahun dahulu, hanya golongan wanita yang terkenal memakai bedak di wajah, pada hari ini anda mula melihat lelaki mula berdandan dan memakai pelindung matahari dan bedak diwajah. Malah ada segelintir memakai pelembab bibir. Ini bukan bermakna mereka mempunyai perwatakan dan ciri-ciri untuk menjadi wanita, namun perubahan cuaca panas, kering dan penggunaan penghawa dingin di dalam kereta, pejabat mahu pun di rumah menyebabkan kaum lelaki juga semakin menitik berat perubahan kulit wajah yang semakin hari semakin ketara dengan permasalahan kulit. Maka anda tidak perlu hairan melihat jika dahulu hanya pencuci wajah dan syampu untuk lelaki diiklankan, kini mandian dan pelbagai lagi bahan kosmetik untuk lelaki diperkenalkan termasuk minuman kecantikan kulit.

Sayang seribu kali sayang, untuk menjadikan bahan kosmetik tahan lama dan mampu milik serta mempunyai kesan cepat serta kelihatan menarik, pelbagai bahan kimia digunakan sama ada bahan kimia itu memberi kesan toksid, karsinogen atau tidak.

Terdapat pelbagai bahan-bahan toksid dalam kosmetik, untuk hari ini kita belajar mengetahui dan jika boleh menghafal 5 nama bahan toksid ini. Selepas ini jika anda berjumpa produk yang mengandungi 5 bahan ini, cuba elakkan dari membeli produk tersebut.


1. Talc

Jangan terkejut. Talc bukan sahaja terkandung didalam bedak bayi atau bedak talkum wajah. Talc juga bahan yang terkandung dalam eyeshadow, bahan mandian, losyen, produk penjagaan peribadi wanita, bedak asas, gincu bibir, deodorant dan masker wajah. 

Tahukah anda, talc dikatakan karsinogen sehingga boleh mendatangkan risiko penyakit kanser paru-paru, malah jika disapu dibahagian tempat peribadi wanita, ia juga dipercayai boleh meningkatkan risiko kanser ovari.

Malah ada antara kes popular penggunaan talc dalam bedak bayi telah menyebabkan kes saman besar keatas syarikat jenama bayi terkemuka kerana dipercayai menyebabkan kanser.

Adalah lebih baik anda mengelakkan bahan mengandungi talc dan bertukar kepada bahan yang lebih selamat dan semulajadi.


2. Parabens

Bahan ini juga dikatakan terdapat dalam gincu bibir wanita dan produk penjagaan wajah seperti krim wajah dan sebagainya. Namun antara produk yang sering menggunakan bahan ini termasuk syampu, perapi, losyen, pencuci wajah dan skrub.

Dalam bahasa paling mudah, parabens ini dikatakan menggangu hormon wanita, termasuk hormon seks wanita. Tentu anda semakin faham betapa penting hormon yang stabil. Kaitan paraben dan hormon estrogen boleh ditemui jika anda melakukan research. Selain itu paraben juga dikatakan turut ditemui dalam tisu barah payudara sekaligus, dipercayai paraben turut meningkatkan risiko barah payudara. 


3. BHA / BHT

Bahan ini juga dijumpai dalam produk minyak bayi, lebih baik anda membaca kandungan minyak tubuh atau minyak wajah yang anda gunakan hatta produk itu tertulis minyak zaitun.

Selain itu BHA / BHT ini juga turut terdapat dalam produk bibir, produk rambut , makeup (eyeshadow, blusher dan sebagainya), produk pelindung matahari, deodorant, pewangi tubuh juga krim kecantikan wajah.

BHA / BHT dikatakan boleh menimbulkan alergi kepada tubuh. Selain itu BHA / BHT juga dikatakan berisiko menyebabkan kanser serta menggangu kesihatan reproduktif tubuh manusia. Jika anda menghadapi masalah kesuburan, seboleh-bolehnya elakkan bahan ini.


4. SLS / SLES

Sodium Laureth Sulfate ialah bahan paling kerap digunakan dalam produk berbuih. Sama ada mandian, sabun, syampu, ubat gigi, bahan pencuci pakaian, dan apa sahaja produk yang memerlukan buih (foam)  untuk digunakan diwajah dan tubuh. 

Penggunaan jangka masa panjang, produk yang mengandungi bahan ini dikatakan akan meninggalkan kesan sampingan seperti, kerosakan mata, depressi, kesukaran bernafas dan cirit birit. 

Dikatakan bahawa SLS / SLES ini kekal didalam sistem sehingga 5 hari. Ia memasuki organ hati dan mencemarkan ia termasuk paru-paru dan otak.  Malah ada pendapat mengatakan SLS / SLES turut menganggu sistem imun kulit dan merosakkannya.

SLS / SLES juga dipercayai tercemar dengan bahan 1,4-dioxane yang dikatakan antara penyebab kanser.

Kini terdapat pilihan ubat gigi tanpa SLS / SLES dipasaran, malah ia juga dijual dengan harga mampu beli.


5. Polyethylene Glycols (PEGs)

Polyethylene Glycols  ini antara bahan popular dalam produk seperti syampu, mandian, buih mandian, mandian bom yang popular sekarang juga produk yang memberi kesan lembut dan lembab pada kulit wajah dan rambut.

Produk yang memberi kesan lembut dan lembab ini juga dipercayai antara bahan karsinogen.  Pendedahan berpanjangan dan berlebihan kepada bahan ini dipercayai menggangu sistem saraf sekaligus tubuh manusia. 

Lebih membimbangkan, bahan ini dikatakan berbahaya digunakan atas kulit yang terluka, terbakar atau sensitif. Selain itu bahan ini juga dipercayai jika dicampur dengan bahan karsinogen lain akan meningkatkan gandaan penyerapan bahan berbahaya tersebut ke dalam kulit.

Seboleh-bolehnya elakkan terus produk yang mengandungi bahan  Polyethylene Glycols (PEGs) ini.

Setelah selesai anda membaca artikel ini, cuba lihat salah satu bahan-bahan yang terkandung dalam produk kegemaran anda.

Adakah ada antara 5 bahan diatas ini terdapat dalam kandungan produk penjagaan diri anda?. 

Jangan pelik, jika anda membeli produk penjagaan diri di drugstore atau farmasi, namun bahan-bahan ini tetap terkandung dalam produk yang anda gunakan. Jenama terkenal, mahupun perkataan organic tidak melambangkan produk itu selamat dari bahan-bahan yang disebutkan ini.

Selamat mengetahui dan menghafal 5 bahan bahaya ini.  Terdapat beberapa senarai bahan karsinogen lain yang juga perlu dielakkan dan akan diterangkan dalam artikel seterusnya .

Perlahan-lahan, anda perlu bertukar kepada produk yang lebih selamat. Terdapat pelbagai produk semulajadi kini diperkenalkan dipasaran. Anda hanya perlu rajin mencari, membaca dan menyelidik.


Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda, keluarga  dan insan tersayang.



Terima kasih.





Rabu, 4 Julai 2018

Zai's Beauty Formula dan Proses Penapaian serta Probiotik dalam produk Rawatan Wajah



antara kandungan brochure Produk Zai's Beauty Formula yang diperkenalkan semenjak lebih 20 tahun lalu

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan entri sebelum ini di link ini Produk Zai's Beauty Formula dalam Kenangan

Jika anda mencari produk kecantikan semulajadi, pilih produk tanpa pewarna, pengawet, penyatu dan pewangi juga semestinya tanpa bahan kimia merbahaya dan bahan asli.

Terdapat pelbagai senarai bahan berbahaya dalam kandungan produk kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki, anda hanya perlu rajin membaca dan mengoogle kandungan bahan yang terdapat  dan tertulis dibelakang setiap produk.

Selain Paraben, antara bahan penyebab kanser lain termasuk DMDM hydantoin, imidazolidinyl urea, allantoin, diazolidinyl Urea, Paraben termasuk menthylparaben, ehylparaben, propylparaben, PEG, paraffin, petroleum jelly dan pelbagai lagi.

antara bahan kandungan dalam produk Zais Beauty Formula termasuk saffron atau zaffron
Ramai yang masih bellum celik mengenai bahaya pelbagai bahan ini yang boleh menyerap melalui kulit dan masuk kedalam tubuh melalui salur darah.

Selain itu, bahan-bahan ini juga beoleh mengakibatkan keradangan kulit, ekzema, kedut dan sensitif juga boleh menyebabkan kanser, kecacatan bayi dan kerosakan pada hati, jantung dan buah pinggang.

produk Zai's Beauty Formula dalam kenangan, produk ini mempunyai kilang dan makmal sendiri

Apabila anda memilih produk kecantikan pilih produk berkualiti tinggi yang mengandungi kurang bahan kimia kuat dan berbahaya.

Kini dengan kecerdikan pelbagai golongan di barat, semakin ramai golongan yang semakin celik dan mula membuat produk semulajadi dari bahan selamat. Namun apa sekali pun anda tetap perlu menyemak setiap bahan yang digunakan dalam produk tersebut.


setelah beroperasi lebih 20 tahun, Pengurusan Zai's Beauty Formula mengambil keputusan menamatkan ia

Kebiasaanya produk organik dan selamat kurang mengandungi pelbagai bahan, jika anda membaca senarai bahan yang sukar disebut dan dieja serta bukan bahan yang anda kenali, elakkan membeli produk tersebut.

Selain boleh melakukan pemeriksaan bahan merbahaya di google anda juga boleh merujuk laman web Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan membeli pelbagai buku yang disyorkan untuk anda bagi mendalami antara bahan-bahan penyebab kanser yang terdapat dalam bahan-bahan kosmetik dan bahan kegunaan harian kita setiap hari.

Rajin-rajinlah membaca dan membuat kajian sendiri dengan mengoogle dan google.

Terima kasih.


Selasa, 3 April 2018

Zai's Beauty Formula Dalam Kenangan :- Produk Penapaian dan Rahsia Kecantikan Istana Zaman Silam


Brochure Zai's Beauty Formula

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Produk Zai's Beauty Formula adalah antara carian yang sering dipaparkan di 'reference dashboard' blog ini, sekaligus membuktikan masih ramai yang mencari produk Zai's Beauty Formula.

Apa istimewa produk Zai's Beauty Formula ini berbanding produk traditional lain?.

Selain berada di pasaran lebih 20 tahun, produk ini yang pertama mewar-warkan cara didikan dalam mempromosikan produk Zai's Beauty Formula.

Mengetengahkan bahaya bahan kimia yang sering digunakan dalam produk komersial dan produk yang konon dilabelkan herba dan bahan asli antara yang sering ditekankan dalam brochure Zai's Beauty Formula adalah bahaya pewangi, pewarna, penyatu, pengawet dan kimia berbahaya seperti DMM Hydantoin, Allantoin, Mineral oil, Butylene Glycol, Petroleum Jelly, butylparaben dan pelbagai bahan kimia lain yang sehingga kini masih tidak diketahui masyarakat umum bahayanya.

Untuk masa sekarang kebanyakan mereka yang mula belajar mengenai bahan semulajadi hanya tahu bahaya paraben, Sodium Laureth Sulfate, SLS, SLES, BHT dan florida sahaja, bahan-bahan lain masih ramai tidak tahu bahayanya termasuk bahan berunsur TALC.

Iklan bedak Zai's Beauty Formula telah lama membahaskan bahaya talc, maka bonus untuk para pengguna Produk Zai's Beauty Formula yang 'alert', anda akan pelajari banyak perkara yang sukar anda dapati dari pembacaan jika anda menggunakan produk ini 20 tahun dahulu sebelum internet dan google mendominasi.

penerangan mengenai proses pembuatan dan penapaian yang digunakan oleh Zai's Beauty Formula. Suatu waktu dulu saya tidak faham kenapa asyik sebut organisma dan probiotik dalam proses penapaian, kini saya semakin faham dan faham.

Pengasas Zai's Beauty Formula ialah YM Dr. Tunku Zaidar, beliau belajar banyak ilmu kecantikan dan istana zaman silam dari moyang beliau.

Tahukah anda, berkurun dan berabad dahulu, di tanah melayu, Istana dan golongan bangsawan menjadi pelopor bidang keilmuan termasuk ilmu kecantikan kerana pada masa itu, istana merupakan pusat pentadbiran, kebudayaan dan keilmuan. Sebagai puat tumpuan masyarakat setempat, pelbagai keramaian sentiasa diadakan diistana. Jadi, tentu sekali penting untuk wanita bangsaawan sentiasa kelihatan  cantik, berseri dan awet muda supaya menjadi kebanggaan suami mahupun keluarga mereka sendiri. Disinilah bermulanya amalan dan rahsia ilmu kecantikan puteri di DiRaja Melayu.

Istimewa YM Dr Tunku Zaidar amat berminat dengan bidang kecantikan istana zaman silam dan beliau sempat belajar ilmu ini dengan moyang beliau, dengan ilmu yang penuh didada YM Dr Tunku Zaidar mengabungkan teknologi saintifik terkini dengan rahsia ilmu kecantikan warisan DiRaja Melayu.

YM Dr Tunku Zaidar bukan sahaja lulusan dari kedoktoran vaterinar, malah saya melihat sendiri betapa cinta beliau kepada ilmu falak dengan pelbagai info yang saya lihat dan baca sendiri di portal khas untuk pengguna Zai's Beauty Formula terpilih yang diberi pangkat tertentu sekaligus bahagian tertentu sahaja untuk dibaca. Saya bernasib baik kerana terpilih berada dalam bahagian tertinggi untuk mendalami portal dan ilmu yang disampaikan disitu.

Untuk info, cinta YM Dr Tunku Zaidar kepada ilmu falak (semua produk Zai's Beauty Formula berdasarkan ilmu falak terutama ekstrak bunga dan batu, serta bahan tertentu yang mempunyai waktu paling berkembang dan paling banyak ekstak berpandu tarikh falak atau cahaya bulan) membolehkan beliau tersenarai antara 3 individu ahli NASA Malaysia. Saya melihat sendiri sijil atau pengesahan nama penuh beliau dari NASA dan gambar bulan serta gambar istimewa tertentu yang diberikan oleh NASA kepada ahlinya dalam tahun 2008-2012. Tidak sia-sia saya sering bertandang ke salon Zai's Beauty Formula membaca dan berkongsi ilmu serta berborak dengan ramai pelanggan Zai's Beauty Formula yang memasuki 3 generasi.

Saya akan menyambung kisah mengenai beberapa individu yang saya jumpa di salon Zai's Beauty Formula untuk artikel sambungan akan datang.

Bagi anda yang baru belajar mengenai penapaian, ketahuilah produk Zai's Beauty Formula menggunakan proses penapaian dan mempunyai yis sendiri. Satu produk mengambil masa bertahun untuk proses ekstrak dan penapaian. Malah paling istimewa ilmu penapaian ini turut menggunakan ilmu falak diraja. Masih teringat Beautician Zai's Beauty Formula berkata bahawa segala herba, tumbuhan, buah delima digunakan dalam produk ini ditanam di ladang milik Zai's Beauty Formula sendiri, ketika itu saya masih tidak faham apa itu organik dan kepentingan tanaman ditanam sendiri. Apabila terkena ekzema dan melalui proses TSW (Topical Steroid Withdrawal), saya akhirnya faham kenapa organik dan tanam sendiri itu penting. 

Banyak lagi mengenai rahsia proses dan produk Zai's Beauty Formula yang akan saya kongsikan di artikel sambungan akan datang.

Bagi anda yang terus mencari produk Zai's Beauty Formula dan menghubungi saya, ketahuilah bahawa produk Zai's Beauty Formula kini tidak lagi dijual di pasaran dan tidak diberi hak oleh mana-mana syarikat untuk di jual atau diberi formula untuk menjaga kualiti dan nama baik produk Zai's Beauty Formula itu sendiri.

Berkenalan dengan produk Zai's Beauty Formula seterusnya terkena ekzema dan melalui proses TSW memberikan satu nikmat ilmu dan didikan yang pasti sukar difahami jika jalannya tidak seindah diatur oleh Illahi.


Terima kasih.





Isnin, 2 April 2018

8 CARA MUDAH BAGI MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Keguguran rambut adalah perkara biasa di zaman moden, ia disebabkan oleh pemakanan dan diet yang tidak seimbang, udara bertoksik, bahan kegunaan harian yang kaya bahan kimia yang merosakkan hormon serta tekanan kerja dan perhubungan.

Isu keguguran rambut juga berkait rapat dengan hormon tertentu dalam tubuh.

Antara cara yang paling mudah untuk anda mengurangkan masalah atau isu keguguran rambut ialah :-

1.  Kurangkan penggunaan bahan kimia dalam produk penjagaan diri terutama produk rambut.

Produk seperti syampu, pelembab, serum, minyak rambut dan vitamin dan serum rambut realitinya terlalu banyak bahan kimia. Anda harus rujuk setiap bahan yang digunakan dalam produk rambut anda. Hasil kajian dan penelitian produk yang mewar-warkan sebagai vitamin dan supplement rambut juga mengandungi bahan kimia merbahaya. Dapatkan syampu dan produk rambut yang menggunakan bahan kimia lembut, kurangkan penggunaan syampu dan perapi atau produk rambut lain. Jika anda biasa menggunakan syampu sebesar syiling 50 sen sekali bersyampu, kurangkan menjadi sebesar duit syiling 20 sen.


2. Guna minyak atau sapu minyak di rambut sebelum bersyampu

Minyak boleh mendap atau menyebabkan kelemumur jika terlalu banyak disapu diatas kulit kepala. Anda harus faham, sekalipun ia minyak asli 100% risiko komodegenik tetap ada.

Salah satu cara untuk memakai minyak ialah hanya sapu dihujung helaian rambut sahaja. Bukan keseluruhan rambut.

Namun salah satu cara mengelakkan risiko rambut gugur dan syampu terus ke rambut anda (syampu mengandungi bahan kimia kuat), ialah dengan menyapu minyak sebelum anda mandi. Antara minyak yang disyorkan termasuk minyak zaitun, minyak kelapa dara atau minyak argan. Sapu hanya untuk 2 jam sahaja, kemudian cuci dan mandi. Minyak diakui membantu melebatkan dan menguatkan rambut namun anda harus tahu cara sebenar dalam menggunakan minyak di rambut.


3. Santan Kelapa sebagai penganti syampu atau masker rambut

Selain minyak kelapa, santan kelapa juga amat bagus untuk menguatkan rambut serta melebatkan rambut juga mengurangkan rambut gugur. Bonus untuk anda yang rajin mengamalkan santan kelapa, rambut anda juga akan hitam berkilat dan lambat di tumbuhi uban.

Anda boleh menukar syampu anda kepada santan kelapa jika anda rajin, cairkan santan kelapa dan tambah daun pandan untuk bau wangi.

Pilihan lain anda boleh buat masker rambut dari paste lemak santan. Biar santan dalam 5 jam, sampai lemak pekat naik ke atas. Ambil lemak pekat itu dan sapu ke rambut buat sebagai masker. Biarkan selama 5 jam dirambut anda kemudian cuci bersih-bersih. Pilihan lain jika anda sanggup anda boleh membalut rambut anda dengan santan kelapa sebelum tidur. Pagi esok sila cuci dengan 5 biji limau nipis sebersih-bersihnya.

Harus ditegaskan disini santan kelapa atau lemak kelapa jika tidak dicuci dengan bersih akan menyebabkan pemendapan minyak sekaligus kelemumur. Ramai yang tidak menyedari akibat ini kerana tidak cukup ilmu. Jika kepala anda jenis cepat berminyak dan berkelemumur jauhkan dari memakai santan pekat atau lemak santan ini di waktu malam. Hanya pakai siang kurang dari 5 jam dan cuci bersih.


4. Bunga Raya dan daunnya

Bunga raya selain membantu mengurangkan uban juga menyejukkan rambut. Ia mengurangkan risiko rambut gugur. Kepala yang panas kerana dipenuhi toksin diotak selain stress dan terlalu banyak berfikir dan mengingati pelbagai perkara menyebabkan keguguran rambut. Ambil beberapa kuntum bunga raya dan beberapa helai daun bunga raya segar. Ramas dan sapukan seluruh kepala dan rambut. Amalkan selalu. Insyaallah cara ini akan mengurangkan kepanasan kulit kepala dan mengurangkan risiko rambut gugur.


5. Sebiji Telur

Telur terkenal sebagai sumber protein dan lemak baik yang sihat. Makan sebiji telur rebus sehari, jangan tinggal kuning telur tersebut. Selain makan sebiji telur rebus anda juga digalakkan mencuci rambut dengan sebiji telur dan perapkan ia dalam 2 ke 3 jam. Cuci bersih dengan limau nipis. Jangan terus syampu. Syampu sahaja pada hari esok. Telur bukan sahaja menguatkan rambut sekaligus ini membantu mengurangkan rambut putus dan rambut gugur. Bonus rambut anda pasti akan lebih berkilat.


6. Lidah Buaya untuk menyejukkan kulit kepala

Harus diakui lidah buaya bukan sahaja berguna sebagai minuman detoks dan supplement asli yang bagus untuk tubuh. Malah lidah buaya juga membantu menyejukkan kepala yang panas, membuang toksin dikepala sekaligus ia menerbitkan rasa dingin sekaligus menguatkan rambut. Rambut yang berasaskan kepala yang panas pasti akan memudahkan risiko keguguran rambut terjadi. Sapu lidah buaya dirambut anda dan jangan lupa minum isi lidah buaya tersebut. Pastikan anda kenal lidah buaya yang boleh dibuat jus dan dimakan dengan tidak. Jika tidak lebih baik anda sapu sahaja dirambut anda tanpa perlu diminum.


7. Menjaga Pemakanan dan Persekitaran

Terimalah hakikat pemakanan memang berhubung kait dengan hormon sekaligus rambut anda. Ini termasuk persekitaran anda dari bahan yang anda gunakan udara dan cara anda menguruskan tekanan atau stress.

Perubahan hormon akibat usia, mengandung, keguguran, sakit, perubatan dan pelbagai lagi menyumbang kepada keguguran rambut dan masalah kesihatan lain. Jaga pemakanan seharian anda. Amalkan menikmati makanan kaya zink, biotin, omega3, lemak baik, minyak biji labu, biji-bijian terpilih, kekacang yang sihat dan kurangkan makanan tinggi gula dan proses. Rajinkan berjalan dan bermain dengan matahari pagi atau petang.


8. Minum air menyejukkan badan seperti air kelapa muda atau barli

Badan yang panas, penuh toksin dan sering mengabaikan nutrisi penting adalah antara penyebab rambut gugur dan kulit kering. Nikmati air kelapa atau air barli antara minuman menyejukkan badan yang disyorkan bagi mengurangkan risiko panas badan yang turut memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut.

Selain itu anda juga boleh mencuba basuh rambut atau kepala dengan air kelapa untuk kulit kepala yang lebih sihat dan rambut yang lebih kuat dan cantik. Air kelapa tidak sesuai bagi wanita dalam pantang dan baru lepas bersalin. Selain itu air kelapa juga boleh menyebabkan sakit tulang bagi mereka yang mengalami sensiviti tubuh pada air kelapa. Kenali tubuh anda sebelum mengamalkan sesuatu remedy dan makanan.

Dengan 8 cara mudah dilakukan ini, insyaalah isu keguguran rambut anda akan mudah diatasi.

Selamat mencuba 8 cara mudah bagi melebatkan rambut ,mengurangkan dan mengatasi masalah rambut gugur ini.


Terima kasih.




Isnin, 12 Mac 2018

9 RAHSIA DAN CARA UNTUK AWET MUDA DAN SIHAT


9 RAHSIA AWET MUDA DAN SIHAT


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagaimana cara bagi membantu anda sihat dan awet muda?.

Anda boleh mencuba 9 CARA MUDAH UNTUK AWET MUDA DAN SIHAT ini.


1. Nikmati lemak sihat

Tambah lemak sihat dalam diet anda seperti Avocado, minyak kelapa dara, minyak kelapa, vitamin E, minyak kelapa sawit merah, minyak ikan, ikan salmon liar, mentega asli, minyak sapi asli, ikan laut dalam, kacang walnut, minyak ikan dan pelbagai makanan yang mempunyai minyak sihat lain.

2. Belajar Menggunakan Minyak Pati Asli

Minyak pati tanpa tambahan kimia, berlabel ‘dietary supplement’, organic dan 100% semulajadi amat sesuai digunakan untuk tubuh dan kesihatan.  Antara minyak pati terkenal dunia organic dan bermutu tinggi serta selamat ialah jenama YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS. Anda boleh mendapatkan minyak pati ini dengan menghubungi atau Whatapps KHADEEJA di 016 276 2636 untuk maklumat lanjut.


3. Tambah kolagen asli dalam diet anda

Kolagen amat terkenal dalam kecantikan kulit, pembentukan tulang dan pembaikan sendi. Amalkan pemakanan tinggi kolagen seperti bone broth atau sup tulang, makanan yang melalui proses penapaian dan fermentasi, minyak ikan, telur ikan, cendawan seperti cendawan chaaga, cendawan reishi, fungus, buah-buahan citrus, limau, lemon, limau purut, rumpai laut dan makanan tinggi vitamin C untuk membantu meningkatkan kolagen dalam tubuh anda.


4. Kurangkan racun luar dan dalam tubuh

Racun ada dimana-mana tanpa disedari, diudara dan didalam makanan serta produk penjagaan diri. Kurangkan penggunaan racun dalam kosmetik anda, kurangkan penggunaan makeup, beri muka anda bernafas sekali sekala, kurangkan penggunaan pewangi komersial dirumah, dipejabat juga dalam kereta, nikmati sayur dan makanan organic tanpa semburan racun serangga.


5. Hindari Stress atau tekanan

Elakkan stress sama ada mental dan fizikal. Kurangkan kerja yang terlalu berat untuk tubuh serta berada dalam kawasan suhu panas dalam jangka masa lama. Jangan terlalu kerap bersenam dalam jangka masa lama. Jauhi stress emosi dan belajar untuk bertenang, amalkan penafasan dalaman, hirup udara segar dan belajar bersyukur, redha dan berfikir positif.


6. Nikmati Makanan mengandungi Asid Organik

Makanan yang ditapai seperti cuka epal khususnya, makanan fermentasi lain seperti sayur jeruk, kambucha, kefir, yogurt, kimchi, miso sup membantu untuk tubuh kembali seimbang. Ia bukan mengenai tubuh harus berada dalam keadaan alkali namun keadaan seimbang kerana setiap bahagian dalam tubuh mempunyai nilai PH berbeza.


7. Tambah Makanan Tinggi Enzim Dalam Diet Seharian

Makanan yang mempunyai enzim yang sihat dan segar kebiasaannya ialah makanan yang tidak terkena api, seperti buah-buahan yang popular dengan kandungan enzim iaitu nenas yang kaya bromelain, betik yang kaya papain, buah kiwi yagn kaya cyrtin, buah fig yang kaya serat, anggur, halia yang kaya zinzabin dan anti radang serta madu manuka yang popular dari New Zealand.

8. Berpuasa dan kurangkan makan 4 kali kepada 2 kali sehari

Berpuasa mempunyai pelbagai manfaat kepada tubuh dan kesihatan serta kecantikan. Untuk awet muda, tubuh harus berehat dari sentiasa memproses membuang toksin yang kerap masuk ke tubuh terutama melalui pemakanan. Kurangkan jumlah makanan yang anda makan. Snek atau hitea yang sering diajar adalah tidak sihat jika diamalkan dalam jangka masa panjang. Kajian menunjukkan lagi anda kurang makan dan lagi lama jangka masa makan anda dari satu sesi ke satu sesi ia lebih bagus untuk tubuh terutama masyarakat moden hari ini amat kurang aktif berbanding masyarakat 50 tahun lalu.
  

9. Belajar berbekam
Bekam ialah satu cara untuk mengurangkan toksin selain berpuasa. Pengeluaran darah kotor dikeluarkan terus dari tubuh. Namun paling utama ialah menjaga  pemakanan anda. Tidak berguna anda berbekam kemudian terus menikmati makanan tidak sihat, seperti juga berpuasa, andai anda berbuka puasa dengan sesuatu yang tidak sihat anda hanya akan memberatkan kembali tubuh anda untuk membuang toksin yang telah dinyah ketika anda berpuasa. Berpuasa selain mengajar mengawal nafsu ia sewajarnya mengajar anda untuk memilih makanan halal dan toyib.

Selamat Mencuba 9 CARA BAGI MEMBANTU ANDA AWET MUDA DAN SIHAT ini.

Terima Kasih.





Ahad, 18 Februari 2018

Cara Buat Lulur Tubuh atau Skrub Badan Homemade dan Selamat


buat sendiri lulur sendiri senang dan mudah


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari cuti ialah hari paling sesuai untuk anda menyediakan bahan selamat untuk tubuh dan kulit anda jika anda ingin berjimat cermat dan lebih rasa selamat dan yakin dengan bahan yang digunakan di depan mata. 

Tanpa bahan kimia bahaya,  hanya bahan asli dari sumber makanan.  Harus ditegaskan disini setiap bahan asli mengandungi sebatian kimia tersendiri,  malah jika dicampur sekali pun tetap akan memberi tindak balas. 

Maka antara bahan asas asli yang kerap digunakan untuk bahan lulur dan Skrub ialah beras pulut dan kunyit. 

Maka berikut ialah bahan-bahan untuk lulur tubuh atau Skrub Badan yang di galakkan digunakan untuk campuran selamat yang jarang memberikan alahan atau alergi kepada tubuh badan. 

Bahan-bahan 

1. Beras pulut direndam 2 hari 2 malam 
2. Segenggam kunyit hidup@ibu kunyit 

Bahan alternatif lain jika kulit anda tidak mudah gatal kepada daun
1. Daun limau purut
2. Daun pandan

Alternatif untuk tambahan menghilangkan parut dan mencerahkan kulit 
1. Kulit kayu manis yang direndam bersama beras pulut

Sedikit air untuk mengisar bahan-bahan. 

Cara Membuat Lulur Badan @ Skrub Tubuh 

Kisar semua bahan-bahan atau Kisar separuh bahan dahulu, kemudian tambah sahaja baki bahan yang tinggal.  Simpan bahan dalam bekas dan untuk tahan lama dan tidak rosak terus simpan dalam peti ais untuk 2 hari.  

Gunakan lulur ini selepas 2 hari berada dalam peti sejuk tingkat bawah. 

Anda boleh campurkan lulur ini dengan bahan lain seperti hampas kelapa atau hampas teh, kopi atau sebagainya ketika ingin mandi. 

Pastikan setiap bahan sesuai dengan kulit anda. 

** untuk Info saya tidak menggunakan kulit kayu manis dalam bancuhan ini kerana sifat kulit kayu manis yang panas terutama jenis cassia.  Kulit kayu manis ceylon saya agak sayang untuk gunakan di tubuh,  saya lebih rela makan.  Jika kulit anda tidak sensitif dan sunburn bukan jenis halus, digalakkan menambah kulit kayu manis tanpa menambah daun pandan dan daun limau purut. 

Soalan 1

Bolehkah beras pulut ditukar kepada beras biasa? 

Jawapan 1

Boleh, namun beras ini bersifat lebih kering dan kasar berbanding beras pulut.  Beras pulut lebih melembapkan tubuh dan beras biasa boleh mengeringkan kulit.  Jika kulit anda jenis halus dan sensitif lebih baik anda gunakan beras pulut sahaja. 

Soalan 2

Selain daun dan kulit kayu manis apa lagi sesuai di Kisar untuk menggantikan bahan ini?.

Jawapan 2

Anda boleh Kisar beras pulut ini dengan beberapa biji buah limau purut beserta kulit buah limau purut. 

Soalan 3

Adakah saya boleh menambah minyak zaitun atau apa sahaja minyak dalam bancuhan lulur ini? 

Jawapan 3

Air tidak bersatu atau boleh pergi dengan minyak,  begitu juga minyak.  Adalah digalakkan guna sahaja lulur ini,  setelah mandi dan badan anda lembab atau kering sendiri sapu sahaja tubuh anda dengan minyak pilihan anda. 

Berikut ialah video proses CARA MEMBUAT LULUR TUBUH  @ SCRUB BADAN HOMEMADE yang direkodkan ringkas untuk anda di Chanel YouTube Qisya Khadeeja. 


Selamat Mencuba lulur tubuh atau Skrub Badan tradisi ini. 


Terima kasih. 


Original Body Scruhb

**** untuk anda yang tiada kesempatan dan masa untuk membuat sendiri lulur homemade ini, anda boleh menempah Original Body Scrub yang diperbuat dari bahan asas beras pulut dengan menghubungi atau whatapps ke 


016 276 2636








Selasa, 23 Februari 2016

PROBIOTIK DAN PRODUK ZAI'S BEAUTY FORMULA


petikan dari blog ZAI'S Beauty Formula yang bertahun lama

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ketika ini heboh mengenai kepentingan PROBIOTIK dan PREBIOTIK kepada tubuh manusia, dan betapa pentingnya ilmu penapaian dalam menghasilkan makanan dan minuman untuk kesihatan serta tahun ini kelihatan produk kecantikan dari hasil penapaian mula dihasilkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Jika anda bertanya kepada saya mengenai adakah produk-produk yang dijual ini sama dengan produk ZAI'S  BEAUTY FORMULA, cukup saya katakan bahawa teknologi dan cara ZAI'S BEAUTY FORMULA menggunakan teknik penapaian di raja dan ilmu falak di raja yang dipelajari oleh YM Dr. Tunku Zaidar dari moyang YM Dr.Tunku Zaidar sendiri.

Produk-produk ZAI'S beauty formula menggunakan herba-herba terpilih yang ditanam di ladang milik kilang Zaimal sendiri. Proses penapaian juga mengambil masa lama lebih dari setahun dan keatas.

Walaupun ketika ini telah mula popular tentang PENAPAIAN ,dan PROBIOTIK, mungkin anda boleh bermula dengan menternak cendawan mekah atau cendawan mud-mud atau lebih popular dengan panggilan SCOOBY. Scooby atau cendawan mekah ini akan menghasilkan minuman probiotik yang dipanggil jus cendawan mekah atau kambucha tea dan ia adalah minuman dari proses penapaian dan probiotik terbaik untuk usus anda malah teh kambucha atau teh cendawan mekah yang telah lama juga boleh digunakan sebagai pencuci dan penyegar muka.

Khasiat dan maklumat lanjut mengenai teh cendawan mekah atau teh kambucha ini terdapat dalam blog kedua saya. Anda boleh melihat alamat blog kedua saya ini di maklumat akaun google QISYA KHADEEJA yang terdapat di blog ini atau google sahaja nama saya QISYA KHADEEJA untuk maklumat lanjut.


Terima kasih.


Jumaat, 5 April 2013

Khasiat MANDI PANTAI atau MANDI LAUT



sambil mandi pantai ..sambil minum minuman buah lagi best ye...


Uols  I selama ini kusyuk dengan ber”spa” bagai sampai terlupa kepada “spa asli” di muka bumi ini…heheheeh.. . .pernahkah uols tersedar selama ini uols asyik di sogokkkan dengan mandi susu , lulur, sauna, steam bagai. ... sehingga uols hampir terlupa satu lagi anugerah alam terbesar iaitu Laut atau Pantai…..  maybe uols ada yang buat-buat lupa dan ada juga yang risau jika mandi pantai atau laut , kulit uols akan gelap atau terbakar.. so  that why uols tidak berminat untuk mandi pantai atau berkelah dan bercuti di pantai…

Hahahaha.. I time kecil-kecil dulu memang rajin mandi pantai.. bila remaja dan berkerja semakin kurang mandi pantai dan bertahun-tahun tidak ke pantai…hehehehe.. bila start “blogging” dan mula membawa  anak –anak saudara berjalan-jalan  dan bersiar-siar .. akhirnya kerana tidak tahu lagi tempat ingin dituju seterusnya ..akhirnya I membawa anak saudara  i ke pantai ye uols… bermula sejak itu I mula jatuh hati kembali ke pantai.. yang sebenarnya mengamit banyak memori ketika I kecil dan study…

Maybe ramai dari uols yang tidak tahu betapa banyak khasiat dan keistimewaan pantai atau laut .. anugerah alam yang menakjubkan ini… selain menghilangkan stress.. mengubati hati uols yang kecewa bercinta.. konon-kononnya.. pantai dan laut juga tempat yang selalu dipaparkan dalam drama dan filem sebagai tempat berbulan madu dan bercinta.. juga tempat berkelah dan beristirehat family dan insan single bersama rakan-rakan… banyak ye keistimewaan dan khasiat mandi pantai kepada tubuh badan dan kecantikan antaranya adalah seperti dibawah :-

1. Tahukah uols yang dikatakan pasir pantai mampu mengubati stroke?... arwah nenek I dulu kena stroke atau tidak boleh bergerak dan my dad telah menanam badannya didalam pasir pantai sebelum subuh…  lebih kurang sejam… dan Alhamdulillah.. arwah nenek I menunjukkan peningkatan tubuh yang boleh bergerak.. .dan pulih dari stroke @ badan tidak boleh bergerak… I juga berjumpa banyak kes yang seperti ini.. termasuk family kenalan-kenalan i.. .. kenalan I ada yang memberitahu.. walau ditanam didalam pasir… pesakit stroke akan tetap rasa sakit kerana pasir pantai itu berat dan berbisa… (ada kes pesakit yang menangis ketika ditanam.. ).. iyalah ubat…tentu sakit.. tetapi akhirnya sembuh setelah lama mengamalkannya… rawatan ini juga boleh digunakan kepada pengidap penyakit “Gout” ye…

2. Mandi pantai juga elok untuk kecantikkan kulit… terutama uols yang mengidap penyakit kulit , tidak kira kanak-kanak atau dewasa.. malah uols yang berjerawat pun boleh hilang jerawat.. jika rajin mandi pantai… ini kerana kandungan garam yang tinggi didalam laut… amat elok untuk kesihatan badan dan kulit… (tapi still kena berhati-hati dengan binatang laut yang menyebabkan alahan ye)

3. Mandi pantai juga elok untuk uols yang mengalami sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan.. malah dengan berenang atau mandi pantai.. ia  umpama bersenam dan membakar banyak kalori..  that why, lepas mandi pantai.. uols akan rasa penat sangat dan lena tidur… kerana pembakaran kalori dan tenaga.. so nak slim??? Leh mandi pantai..

4. Dengan berjalan kaki diatas pasir pantai (tanpa kasut atau selipar)…. ia umpama uols melakukan refleksologi ye…  pasir-pasir yang halus akan mengurut kaki uols dan ia juga bahan pengelupasan semulajadi untuk kulit mati… so jimat duit untuk pedicure ye…

5. Air laut juga elok untuk membuang sel kulit mati, membuang racun dari badan dan melembutkan kulit.. ini kerana laut amat kaya dengan magnesium yang dapat menenangkan dan menghilangkan tekanan dan kepenatan.

6. Udara pantai kaya dengan ion negative ia membantu uols bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan tingkat hestamine yang mampu menyebabkan rasa demam….malah dikatakan juga mandi laut turut mengurangkan “senggugut’… tapi kena mandi before “datang bulan”  ye… juga mengurangkan sakit kepala.. .. that why kena mandi basahkan kepala dan rambut sekali.. don’t worry. .uols leh je mandi pakai tudung… I mandi pakai tudung apa.. hehehehe

7. Melihat “sunset” juga menghilangkan tekanan dan mengurangkan stress… so uols leh lihat sunset di pantai-pantai yang berdekatan ye… amat cantik sekali pemandangannya.. I likeeee!!

8. Apa sekalipun.. bagi uols yang ingin berkemah atau tidur dia pantai.. dinasihatkan melapik kertas atau kain atau benda tebal.. elakkan tidur diatas tanah atau bumi… ini kerana dikatakan udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin. ...uols dinasihatkan menaburkan garam ditempat tidur sebelum tidur ditepi pantai.. (fakta ini I dapat dari internet ye.. maybe betul kot.. coz banyak cerita yang I baca.. lepas berubat… pesakit atau ustaz akan “membuang” jin atau benda-benda berkaitan didalam laut atau sungai… ada juga I baca kisah jin laut dan macam-macam lagi..).. walau bagaimanapun… satu perkara penting yang perlu diingat dan dipegang.. bahawasanya banyak ayat-ayat AL-QURAN menyebut bahawa SEMUA KEJADIAN DI MUKA BUMI INI ADALAH UNTUK MANFAAT DAN KEGUNAAN MANUSIA SEJAGAT….lebih baik uols amal pendinding diri seperti surah Al-Fatihah dan ayat Kursi dan amalkan bacaan LAILAHAILLAH.. 10x dan keatas sebelum tidur dan mandi… kerana tiada jin atau syaitan atau makhluk dibumi ini dapat menandingi ayat Al-Quran jika uols betul-betul yakin dan mengamalkannya…

Sekian saja untuk entry kali ini… terima kasih kerana sudi membaca my blog..jumpa di next entry… salam sayang dari saya.. LUV !

*** dia katakan orang zaman dulu.. jika anak-anak kena penyakit kulit..mereka akan membawa anak-anak mereka mandi pantai.. dan penyakit kulit anak-anak mereka akan sembuh.. jika anak-anak uols pun mengidap penyakit kulit dah puas ke klinik ..berubat guna krim segala bagai.. boleh try mandi pantai ye… heheehhee..

*** pantai @ laut paling famous dekat muka bumi ini dan dalam Al-Quran ialah Laut Mati ye.. (kisah Nabi Luth)… dikatakan laut mati ini amat kaya dengan kandungan garam dan tiada hidupan pun boleh hidup didalamnya kerana kandungan garam yang amat tinggi.. bestnya lah kalau dapat mandi laut mati… insyaallah ada rezeki.. I pi mandi kat sini satu hari nanti.. Aaaminn…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...