Assalammualaikum wbt dan
salam sejahtera.
Keguguran rambut adalah
perkara biasa di zaman moden, ia disebabkan oleh pemakanan dan diet yang tidak
seimbang, udara bertoksik, bahan kegunaan harian yang kaya bahan kimia yang
merosakkan hormon serta tekanan kerja dan perhubungan.
Isu
keguguran rambut juga berkait rapat dengan hormon tertentu dalam tubuh.
Antara
cara yang paling mudah untuk anda mengurangkan masalah atau isu keguguran
rambut ialah :-
1.
Kurangkan penggunaan bahan kimia dalam produk penjagaan diri terutama
produk rambut.
Produk
seperti syampu, pelembab, serum, minyak rambut dan vitamin dan serum rambut
realitinya terlalu banyak bahan kimia. Anda harus rujuk setiap bahan yang
digunakan dalam produk rambut anda. Hasil kajian dan penelitian produk yang
mewar-warkan sebagai vitamin dan supplement rambut juga mengandungi bahan kimia
merbahaya. Dapatkan syampu dan produk rambut yang menggunakan bahan kimia
lembut, kurangkan penggunaan syampu dan perapi atau produk rambut lain. Jika
anda biasa menggunakan syampu sebesar syiling 50 sen sekali bersyampu,
kurangkan menjadi sebesar duit syiling 20 sen.
2. Guna minyak atau sapu minyak di rambut
sebelum bersyampu
Minyak
boleh mendap atau menyebabkan kelemumur jika terlalu banyak disapu diatas kulit
kepala. Anda harus faham, sekalipun ia minyak asli 100% risiko komodegenik
tetap ada.
Salah
satu cara untuk memakai minyak ialah hanya sapu dihujung helaian rambut sahaja.
Bukan keseluruhan rambut.
Namun
salah satu cara mengelakkan risiko rambut gugur dan syampu terus ke rambut anda
(syampu mengandungi bahan kimia kuat),
ialah dengan menyapu minyak sebelum anda mandi. Antara minyak yang disyorkan
termasuk minyak zaitun, minyak kelapa dara atau minyak argan. Sapu hanya untuk
2 jam sahaja, kemudian cuci dan mandi. Minyak diakui membantu melebatkan dan
menguatkan rambut namun anda harus tahu cara sebenar dalam menggunakan minyak
di rambut.
3. Santan Kelapa sebagai penganti syampu
atau masker rambut
Selain
minyak kelapa, santan kelapa juga amat bagus untuk menguatkan rambut serta
melebatkan rambut juga mengurangkan rambut gugur. Bonus untuk anda yang rajin
mengamalkan santan kelapa, rambut anda juga akan hitam berkilat dan lambat di
tumbuhi uban.
Anda
boleh menukar syampu anda kepada santan kelapa jika anda rajin, cairkan santan
kelapa dan tambah daun pandan untuk bau wangi.
Pilihan
lain anda boleh buat masker rambut dari paste lemak santan. Biar santan dalam 5
jam, sampai lemak pekat naik ke atas. Ambil lemak pekat itu dan sapu ke rambut
buat sebagai masker. Biarkan selama 5 jam dirambut anda kemudian cuci
bersih-bersih. Pilihan lain jika anda sanggup anda boleh membalut rambut anda
dengan santan kelapa sebelum tidur. Pagi esok sila cuci dengan 5 biji limau
nipis sebersih-bersihnya.
Harus ditegaskan disini santan kelapa atau lemak
kelapa jika tidak dicuci dengan bersih akan menyebabkan pemendapan minyak
sekaligus kelemumur. Ramai yang tidak menyedari akibat ini kerana tidak cukup
ilmu. Jika kepala anda jenis cepat berminyak dan berkelemumur jauhkan dari
memakai santan pekat atau lemak santan ini di waktu malam. Hanya pakai siang
kurang dari 5 jam dan cuci bersih.
4. Bunga Raya dan daunnya
Bunga
raya selain membantu mengurangkan uban juga menyejukkan rambut. Ia mengurangkan
risiko rambut gugur. Kepala yang panas kerana dipenuhi toksin diotak selain
stress dan terlalu banyak berfikir dan mengingati pelbagai perkara menyebabkan
keguguran rambut. Ambil beberapa kuntum bunga raya dan beberapa helai daun
bunga raya segar. Ramas dan sapukan seluruh kepala dan rambut. Amalkan selalu.
Insyaallah cara ini akan mengurangkan kepanasan kulit kepala dan mengurangkan
risiko rambut gugur.
5. Sebiji Telur
Telur
terkenal sebagai sumber protein dan lemak baik yang sihat. Makan sebiji telur
rebus sehari, jangan tinggal kuning telur tersebut. Selain makan sebiji telur
rebus anda juga digalakkan mencuci rambut dengan sebiji telur dan perapkan ia
dalam 2 ke 3 jam. Cuci bersih dengan limau nipis. Jangan terus syampu. Syampu
sahaja pada hari esok. Telur bukan sahaja menguatkan rambut sekaligus ini
membantu mengurangkan rambut putus dan rambut gugur. Bonus rambut anda pasti
akan lebih berkilat.
6. Lidah Buaya untuk menyejukkan kulit
kepala
Harus
diakui lidah buaya bukan sahaja berguna sebagai minuman detoks dan supplement
asli yang bagus untuk tubuh. Malah lidah buaya juga membantu menyejukkan kepala
yang panas, membuang toksin dikepala sekaligus ia menerbitkan rasa dingin
sekaligus menguatkan rambut. Rambut yang berasaskan kepala yang panas pasti akan
memudahkan risiko keguguran rambut terjadi. Sapu lidah buaya dirambut anda dan
jangan lupa minum isi lidah buaya tersebut. Pastikan anda kenal lidah buaya
yang boleh dibuat jus dan dimakan dengan tidak. Jika tidak lebih baik anda sapu
sahaja dirambut anda tanpa perlu diminum.
7. Menjaga Pemakanan dan Persekitaran
Terimalah
hakikat pemakanan memang berhubung kait dengan hormon sekaligus rambut anda.
Ini termasuk persekitaran anda dari bahan yang anda gunakan udara dan cara anda
menguruskan tekanan atau stress.
Perubahan
hormon akibat usia, mengandung, keguguran, sakit, perubatan dan pelbagai lagi
menyumbang kepada keguguran rambut dan masalah kesihatan lain. Jaga pemakanan
seharian anda. Amalkan menikmati makanan kaya zink, biotin, omega3, lemak baik,
minyak biji labu, biji-bijian terpilih, kekacang yang sihat dan kurangkan
makanan tinggi gula dan proses. Rajinkan berjalan dan bermain dengan matahari
pagi atau petang.
8.
Minum air menyejukkan badan seperti air kelapa muda atau barli
Badan
yang panas, penuh toksin dan sering mengabaikan nutrisi penting adalah antara
penyebab rambut gugur dan kulit kering. Nikmati air kelapa atau air barli
antara minuman menyejukkan badan yang disyorkan bagi mengurangkan risiko panas
badan yang turut memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut.
Selain itu anda
juga boleh mencuba basuh rambut atau kepala dengan air kelapa untuk kulit
kepala yang lebih sihat dan rambut yang lebih kuat dan cantik. Air kelapa tidak
sesuai bagi wanita dalam pantang dan baru lepas bersalin. Selain itu air kelapa
juga boleh menyebabkan sakit tulang bagi mereka yang mengalami sensiviti tubuh
pada air kelapa. Kenali tubuh anda sebelum mengamalkan sesuatu remedy dan
makanan.
Dengan
8 cara mudah dilakukan ini, insyaalah isu keguguran rambut anda akan mudah
diatasi.
Selamat
mencuba 8 cara mudah bagi melebatkan
rambut ,mengurangkan dan mengatasi masalah rambut gugur ini.
Terima
kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan