Memaparkan catatan dengan label EKZEMA / TSW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EKZEMA / TSW. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Julai 2021

Khas untuk pertanyaan Ekzema, TSW dan Zai's Beauty Formula

 

Antara produk makanan ringan yang bahan-bahannya dikategorikan sihat 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya mendapat banyak pertanyaan mengenai ekzema dan produk Zai's Beauty Formula.

Untuk peminat produk Zai's Beauty Formula, produk ini memang telah di hentikan terus. Saya sendiri tidak dapat membelinya, bagaimana saya boleh menolong anda?. Harap saya tidak lagi perlu menjawab soalan ini.

Bagi soalan mengenai EKZEMA dan TSW. Alhamdulillah, saya pulih sepenuhnya ekzema pada tahun 2018. Saya boleh makan apa sahaja ketika ini, tanpa perlul pantang sangat. Boleh kata seminggu sekali saya makan sahaja mcdonalds, marry brown, kfc, pizza hut, domino's, donut apa sahaja termasuk makanan bergoreng memang saya tak pantang lagi termasuk ice cream, coklat segala.

Bagi mereka yang masih mengharungi proses pantang makan bagi ekzema, lebih baik anda teruskan sehingga ia betul-betul sembuh. Satu perkara paling penting memang sifat sabar dan jauhi stress. Pesanan ikhlas, cuka epal, minyak kelapa dara ( jika berkemampuan digalakkan minyak kelapa dara peraman), makanan organik sebolehnya , wajib kurangkan makanan proses dan tentu sekali banyakkan makan sayuran hijau.

Ketika ekzema dahulu saya memang hanya makan ayam organik. Sekarang memang saya makan sahaja ayam hormon dan apa sahaja makanan saya beli. Ketika sakit memang wajib untuk tambah modal untuk makanan lebih sihat. Saya sendiri ketika mengharungi ekzema tidak berbelanja duit ke benda lain selain makanan sihat. Apabila sudah sihat baru saya menikmati makanan asal sebelum kena ekzema atau TSW.

Jika anda tidak mempunyai budget membeli makanan organik, tak perlu pening kepala. Kurangkan sahaja makanan proses atau amalkan IF, lagi bagus puasa. Beli sahaja sayur kampung dan makan nasi jauh lebih baik dari makan makanan bertepung tinggi dan bergluten. 

Terdapat pertikaian antara makanan gluten dan tanpa gluten untuk ekzema. Ketika badan penat bertarung dengan ekzema terutama TSW fasa pertama, adalah lebih baik untuk pantang gluten. Masuk fasa 2 atau ketiga boleh sahaja makan gluten sekali sekala. Saya bukan jenis straight sangat mengamalkan diet ekzema ketika ekzema. Namun tidaklah terlampau mengikut nafsu jua.

Saya sendiri tak tahu apa lagi saya ingin kongsikan, semua yang saya lalui sepanjang pengalaman saya ekzema dan melalui TSW telah saya kongsikan dalam blog ini di kategori ekzema dan TSW.  Apa yang paling penting, memang kena faham, ketika proses pemulihan biasalah muka cengkung, kulit kusam hitam, nampak tua, itu biasa. Lambat laun apabila pulih, insyaallah anda akan kelihatan lebih awet muda.

Ada yang bertanya saya mengenai dimana ingin dibeli segala produk yang saya gunakan. Kebanyakan produk yang pernah saya kongsikan di blog ini boleh di beli di shopee.  Tambahan untuk mereka yang mengalami ekzema dan masih perlu meneruskan diet ekzema, jika anda teringin makanan ringan anda boleh membeli produk seperti yang saya kongsikan di atas. 10 grains ring snack. Jika inginkan minuman botol, ia tentu sesekali teringin anda boleh membeli minuman botol 100% from fruits. Bukan concentrate. Seperti biasa sila baca betul-betul kandungan setiap produk yang dibeli. Jika anda tak faham sila google. Tetap ingin beritahu saya masih menikmati super ring, mr potato dan segala makan makanan ringan. Namun berpada atau ketika saya teringin sahaja. Minuman kopi di Coffee Bean dan Starbuck juga sesekali saya minum sahaja, sushi juga. Anda tak perlu risau sangat dengan keadaan kesihatan anda, kerisauan hanya menambah masa pemulihan yang panjang. Lebih baik anda ada motivasi kuat untuk pantang betul-betul sehingga sembuh dan bolehlah sekali sekala cheat day makan makanan yang anda ingin makan.

Selain itu saya sudah tidak buat kefir atau kambucha tea sendiri. Bertahun-tahun saya sudah berhenti. Segala benih kefir, cendawan mekah, scooby semua dah mati bertahun dulu. Sembuh banyak sahaja, saya memang mula sambil lewa dengan diet saya. Sepengetahuan saya, banyak sahaja kefir, kambucha yang dijual online di shopee. Paling mudah google sahaja, ramai sahaja penjual. Jika anda tanya saya bagaimana bela, bancuh semua itu sudah ditulis disini. 

Saya kini terpaksa fokus untuk menulis kategori wang digital / kripto, ramai yang mahukan saya menulis kategori ini walaupun semua info mengenai wang kripto boleh diperolehi hujung jari sahaja. Namun ramai sahabat saya kekal tidak faham, sedangkan mereka dikategorikan pandai bahasa english. Maka saya harus mengambil tanggungjawab ini menulis artikel dengan penerangan paling mudah untuk mereka dan follower saya yang lain

Saya harap artikel ini membantu anda dalam mengharungi ujian ekzema dan bagi pengguna Zai's beauty formula, maaf banyak-banyak, memang saya juga buat masa ini tidak berkesempatan untuk google dan cari info produk kosmetik selamat lain. Anda kena belajar cari sendiri buat masa ini. Saya minta maaf tidak dapat membantu anda. Ini sahaja yang saya terdaya buat masa ini.


Terima kasih.





Isnin, 29 Januari 2018

Asyik Cheat Menu dan Cheat Day Akhirnya Ekzema Datang Kembali


sekali anda langgar pantang dan tiada apa terjadi, anda akan terus langgar pantang lagi
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sembuh dari Ekzema atau berakhirnya perjalanan Topical Steroid Withdrawal (TSW) bukan bermaksud anda boleh menikmati apa sahaja makanan bermaharaja lela.

Sekali anda langgar pantang dan tiada apa berlaku, kegatalan atau bintik mahu pun alahan tidak timbul, maka anda terus langgar dan makan sesuka hati anda.

Makan sahaja seafood, MSG, sayur disembur racun, ayam dan telur hormon, makanan manis, alhamdulillah ekzema mahu pun alahan tidak kembali. Anda sedar dan tahu kesan sampingan makanan tersebut terhadap kesihatan, namun nafsu anda sukar dilawan.

Niat di hati ingin menjaga pemakanan, namun insan sekeliling yang enak menikmati dan bergembira makan-makan dan bersukaria diluar, maka anda juga turut serta.

Kini setelah 2 tahun pulih dari ekzema dan menikmati apa sahaja makanan tanpa pantang, akhirnya kesan sampingan meninggalkan pantang dan tidak menjaga pantang larang makanan mula menjelma.

Berbeza di usia remaja, ketika sembuh ekzema atau penyakit alahan. Anda boleh bersuka ria dari 5 ke 10 tahun tanpa penyakit ekzema atau alahan kembali lagi. Namun ia tidak begitu untuk mereka di usia awal 30 an, apatah lagi jika anda berusia hujung dan awal 40 an.

dari hari kehari pemakanan kembali ke tidak sihat


Pesakit berusia 50 an lebih awal menunjukkan tanda jika melanggar pantang larang dan lebih sukar sembuh jika tidak menjaga pemakanan dan diet dengan ketat.

Pemakanan, barangan penjagaan diri dan barangan kelengkapan harian rumah dari pencuci simen dan sebagainya adalah antara faktor yang menyebabkan pelbagai penyakit kembali lagi.

Malah selain pemakanan, corak tidur, stress, udara termasuk asap dari kenderaan juga asap rokok turut menyebabkan kelemahan sistem imun sekaligus menyebabkan penyakit anda kembali.

Ini bukan sahaja terpakai kepada ekzema sahaja, malah asma, gout, kanser dan pelbagai penyakit autoimun lain.

Sembuh dari kanser bukan bermaksud penyakit kanser tidak akan kembali, ada ubat atau penawar yang anda makan sekadar mengandungi antioksidan yang tinggi namun tidak terus membunuh sel kanser dalam tubuh.

Malah dikatakan bahawa setiap tubuh manusia mempunyai sel kanser tersendiri. Ia sama ada sel kanser itu terus membiak atau berkembang seiring cara anda mengawal emosi, pemakanan, stress dan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan harian anda termasuk udara yang anda hirup setiap masa.

Melihat cara hidup dan pemakanan, anda sendiri boleh meneka sama ada penyakit anda boleh kembali semula atau tidak.

Malah individu yang tidak pernah terkena alahan sekalipun akan mula mendapat alergi jika memberi tumpuan kepada tubuh sendiri. Namun kebanyakan individu di zaman serba pantas ini lebih mudah membeli ubat alahan atau terus mendapatkan ubat alergi di farmasi atau klinik tanpa sempat berfikir panjang mengenai kesan sampingan dan apa bahan di dalam ubat pil atau krim yang digunakan.

Diri saya sendiri yang pernah melalui pengalaman ekzema atau Topical Steroid Withrawal (pemberhentian steroid) sembuh dalam jangka masa 9 bulan, namun selepas itu diet dan pemakanan saya sendiri semakin teruk dan kembali ke sebelumnya. Kembali sekali sekala menikmati ayam biasa yang berhormon, makanan laut, makanan manis, makanan bergoreng yang banyak termasuk makanan yang mempunyai trans fat.

Gaya hidup yang sentiasa menikmati makanan diluar bersama keluarga dan rakan-rakan yang rajin belanja dan memberi hadiah, menyebabkan azam untuk menikmati makanan sihat dan fokus sebenar untuk makan 'real food' sentiasa kecundang.

Berjaya membeli makanan versi sihat dari budget diri sendiri namun makanan versi tidak sihat sering diberi percuma dan tentu sahaja sebagai manusia yang agak lemah dengan nafsu sendiri walaupun tahu kesan sampingan akan datang saya menikmati bukan sedikit. Itu kesan sampingan makanan bukan 'real food' yang akan menyebabkan ketagihan dan menyebabkan anda terus makan dan makan tanpa sedar berketul-ketul atau berbungkus makanan tidak sihat itu anda nikmati.

Dua tahun mengamalkan diet tidak sihat akhirnya ekzema saya kembali lagi di kaki. Dari sebesar bintik jerawat ia makin membesar kerana saya tidak ambil peduli dan makin membesar.

Sayang sekali ketika masih membesar ini, saya masih kusyuk menikmati makanan luar yang tidak sihat.

Sedang bersungguh mengumpul semangat (sedangkan baru menghabiskan satu tin biskut mentega dan biskut wafer coklat yang enak), impian dan azam sedang digilap untuk kembali menjaga pemakanan.

Saya melihat sendiri perbezaan kulit di wajah akibat tidak menjaga pemakanan dan alahan ekzema yang semakin membesar.

Maka semakin sedarlah saya bahawa usia saya bukan remaja atau dua puluhan lagi. Saya tidak boleh terus mengikut nafsu saya yang kuat makan dan sekali makan berbekas dan berpeket serta berbotol seperti 3 tahun dahulu yang lansung tidak meninggalkan kesan kepada tubuh.

Mengambil semangat dan kekuatan kembali, nasihat saya kepada anda yang masih melalui Topical Steroid Withdrawal atau anda yang telah sembuh, sila pastikan jangan mengikuti stail saya. Sekali anda menikmati makanan 'tiruan' enak diluar, sukar untuk anda berhenti.

Sekali anda melanggar pantang sukar untuk anda terus berhenti kecuali dengan keazaman yang betul-betul kuat. Maka dinasihatkan, jangan mulakan ia.


Doakan saya kembali mengamalkan diet sihat dan ekzema saya segera sembuh kembali. Doakan juga setelah sembuh saya kekal dengan prinsip dan pemakanan sihat yang berterusan. Anda perlu berada dalam kalangan yang menjaga pemakanan untuk kekal dengan prinsip dan perjuangan anda agar anda tidak asyik terpesong dari sasaran.


Terima kasih.








Sabtu, 28 Oktober 2017

Jangan Terus Berhenti Steroid Mengejut


Delima antara buah kegemaran saya ketika mengalami TSW dahulu,  sila sesuaikan diet pemakanan dengan tubuh anda.  DELIMA amat sesuai dengan tubuh saya.  

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sering membaca banyak kemaskini terkini pemberhentian steroid mendadak terutama di kalangan mereka yang berpuluh tahun mengamalkan krim steroid untuk ekzema atau psoriasis. 

Jika anda sehingga tahap terpaksa memakai krim steroid paling kuat dan mengambil injection steroid,  dinasihatkan agar anda jangan terus berhenti mendadak. 

Mengapa Anda Tidak Digalakkan Berhenti Mendadak Steroid? 

1. Badan anda akan terkejut besar dan Ekzema akan mengamuk teruk.  Pernah lihat orang berhenti dadah mengejut?  Ia akan membawa Stress pada tubuh yang ketara termasuk pada organ tubuh.

2. Anda akan rasa lebih baik mati sahaja.  Saya sudah melaluinya dan beberapa orang individu lain melaluinya.  Terlalu teruk sehingga anda rasa 'ingin bunuh diri'.  Panas yang melampau,  sakit seluruh badan dan steroid itu mengamuk menyerang seluruh anggota tubuh.  Walaupun anda membaca sejuta Blog sekalipun mengatakan parut akan hilang anda tidak percaya dan sukar percaya melihatkan keadaan tubuh anda.  Sokongan moral untuk pemberhentian mendadak amat sukar didapati.  Pasti ramai akan memaksa anda ke pakar kulit,  malah silap hari bulan bawa anda berubat dengan bomoh dan ustaz kerana ingat anda di sihir. Percayalah Stress yang anda akan lalui bertimpa timpa.

3. Mengurangkan stress tubuh dan organ tubuh termasuk stress untuk anda hadapi sendiri. 

4. Tubuh perlu dididik buka  dipaksa.  Didik secara pujukan,  pakai sedikit demi sedikit sehingga berkurang.  Kuatkan usus dengan pemakanan sihat.  Beri masa untuk anda lebih mengenali tubuh dan pemakan sihat dan apa yang akan anda hadapi seterusnya. 

5. Jika anda biasa mengambil injection steroid seminggu sekali,  mohon kurangkan 2 minggu sekali begitu juga ubatan seterusnya kurangkan dan kurangkan.  Mohon belajar berpuasa dan kawal diet serta kuatkan usus. 

6. Dapatkan sokongan kumpulan mereka yang menghadapi ekzema.  Ia ada dalam Group Facebook.  Search sahaja Ekzema. 

7. Sila rajin mengoogle dan membaca Info Topical Steroid Withdrawal (TSW)  dan pengalaman setiap individu adalah berbeza-beza.  Sila membayangkan yang lebih teruk,  Sekurang-kurangnya apabila anda menghadapi pengalaman lebih teruk anda sudah bersedia. 

8. Belajar Eat Clean dan Diet sihat mulai sekarang.  Tinggalkan banyak benda kimia mulai sekarang,  perlahan-lahan kurangkan steroid anda. 

9. Mohon dapatkan nasihat pakar jika anda mampu boleh terus berhubung.  Jika anda tidak punya Budget,  nasihat dari Internet dan Group sebenarnya amat memadai.  Perkara paling penting ialah semangat yang kuat dan tidak putus asa. 

10. SIFAT Mudah terasa dan mengharapkan insan lain dari segi bantuan dan memahami keadaan ketika sakit mohon dijauhkan.  Tiada sifat ini lebih bagus.  Dalam sakit manusia akan lebih sensitif namun sensitif itu akan menyukarkan anda sembuh.  Anda beza mereka yang kuat dan sensitif dalam proses kesembuhan. 

11. Percaya kesembuhan itu dari Allah bukan dari manusia dan Supplement.  Makanan sihat dan semulajadi paling terbaik.  Tiada duit beli Supplement tidak apa,  janji anda makan yang sihat sahaja.  Puasa amatlah di galakkan. 

Untuk anda yang ingin belajar sendiri berhenti menggunakan steroid. 

Boleh belajar kurangkan dari sekarang.  


Jangan tergopoh gapah dan terburu-buru.  Lihat tubuh anda kesanggupan anda sendiri. 

Selamat berjaya untuk anda. 

Jangan lupa berdoa dan berdoa disamping tawakal dan berusaha kuat. 

Terima kasih. 


** untuk info steroid bukan sahaja digunakan oleh pesakit ekzema,  malah di gym dalam banyak Supplement.  Saya pernah berjumpa bekas perenang berjaya yang menggunakan steroid untuk mendapatkan Body fit yang menghadapi kesan sampingan penggunaan steroid yang amat teruk dan dasyat. 



Sabtu, 24 Jun 2017

Bergembiralah Di Aidilfitri


Gambar kenangan raya Aidilfitri 2014 dan 2015 ketika TSW dan ekzema

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Artikel ini khas untuk mereka yang mengharungi proses TSW di hari raya Aidilfitri tidak kira pada tahun ini atau pada tahun akan datang. 

Ketika menulis ini,  otak saya sudah memikirkan hari raya yang bakal disambut berbanding Blogging ketika ini. 

Namun saya faham saya punyai dan insyallah akan punyai berjuta lagi pembaca di masa akan datang yang menjadikan Blog ini sebagai rujukan dan motivasi terutama bagi yang memilih TSW atau proses pemberhentian steroid. 

Saya tidak punya apa-apa untuk dibantu namun diharap segala catatan dibawah ini dapat menambah semangat dan menghidupkan kembali motivasi anda. 

1. Terima hakikat saya memang jarang membalas whatapps dan email anda.  Komen di Blog memang saya sedaya upaya balas walaupun lambat.  Komen di Blog akan dibaca berjuta orang yang menghadapi masalah seperti anda.  Soalan anda di whatapps dan di email semua telah diberi oleh saya di Blog. Andai tiada sekalipun saya pasti akan menulis ia di dalam waktu terdekat. 

2. Jarang kes saya jumpa untuk fasa pertama 1-3 bulan TSW tidak semakin teruk.  Ia memang bertambah teruk sehingga ada individu memakan masa 3-6 bulan.  Untuk info TSW saya reda pada bulan ke 7. Setakat terus naik seluruh badan dan berair itu mohon bersabar. 

3. Saya mengharungi TSW pada fasa pertama di hari raya Aidilfitri tahun 2014 ketika itu baru sebulan saya di serang  TSW dan kaki serta bahagian tangan saya memang teruk di serang ekzema.  Namun saya tetap berhari raya dengan baju raya yang sumpah langsung tidak selesa.  Tergaru-garu saya di bahagian kaki yang paling teruk itu dengan kaki sendiri.  Satu yang ingin saya tegaskan.  Sakit tidak semestinya anda tidak perlu beraya dan mencantikkan diri.  Wajah saya ketika hari raya berkerut menahan gatal. Ketika mengambil gambar saya tenangkan fikiran untuk nampak gambar tetap cantik. 

4. Pemakanan ketika hari raya?  Saya makan sikit sahaja.  Benda yang gatal saya setakat rasa.  Tak perlu bersedih,  berpuluh tahun lepas anda beraya dan menikmati makanan,  berpuluh tahun akan datang juga sama insyallah panjang umur anda boleh makan lagi.  Tengok sahaja tetamu gembira menikmati makanan dan anda harus bergembira akhirnya terpaksa diet sihat. Ok apa diet sihat untuk kesihatan,  selamat tubuh anda dari menikmati makanan berminyak yang banyak itu.  Untuk hari raya pertama makan sahaja apa yang anda ingin makan dalam kuantiti sedikit.  Tak apa,  ingat hari raya pertama di haramkan berpuasa.  Maksudnya hari untuk makan. Maka makan sahaja jika tidak makan boleh menyebabkan anda sedih sekaligus memberi kesan pada emosi dan tubuh anda. 

5. Hadap sahaja sakit anda dan jika insan sekeliling anda komen,  anda boleh minta mereka doa anda cepat sembuh jika tidak,  anda abaikan sahaja komen mereka.  Anda sendiri pun tahu dan faham,  tak ramai manusia tahu apa itu TSW.  So perkara itu langsung tak perlu jadi kudis pun. 

6. Abaikan sahaja sindiran,  anak,  suami atau siapa sahaja.  Anda yang pilih cara ini,  mohon hadap sahaja.  Tidak perlu toleh belakang.  Itu tubuh anda bukan tubuh mereka.  Anda bertanggungjawab pada tubuh sendiri. 

7. Ada pendapat mengatakan tidak boleh terus berhenti menggunakan steroid.  Bimbang badan mengamuk dan membawa stress terutama jika anda telah mengamalkan steroid berpuluh tahun. Di galakkan anda bertemu yang pakar seperti Dr Suriyakatun.  Antara doktor pakar ekzema.  Ada yang bertanya adakah saya pernah bertemu Dr Suriyakatun,  saya tidak pernah bertemu beliau dan tidak pernah mendapat konsultasi dari beliau secara terus juga tidak pernah menggunakan produk beliau.  Saya akui saya rajin membaca Facebook beliau.  Anda perkara sesuai tubuh saya, saya ikut yang saya rasa tidak sesuai saya abaikan. 

8. Untuk kesekian kali,  kesembuhan itu dari Allah,  jaga diet tanpa supplement anda tetap akan sembuh insyallah.  Percayalah. 


***TSW dan tekanan melalui proses ini akan mengakibatkan kulit muka kusam,  berkerut dan gelap.  Mohon abaikan.  Tak perlu stress dengan wajah anda.  Saya dulu juga begitu,  seiring kurang stress dan ekzema makin sembuh,  wajah saya kembali ceria dan makin awet muda kembali. 

Selamat hari raya,  maaf zahir batin dari saya untuk semua. 

Terima kasih. 





Rabu, 14 Jun 2017

Pengorbanan


Menikmati Dim Sum beberapa bulan lalu -  wajah tanpa bedak asas,  tanpa lipstik dan lip balm
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Masih meneruskan artikel untuk kategori ekzema atau TSW.

Kategori ini harus diberikan keutamaan memandangkan saya menerima banyak pertanyaan di email dan whatapps.

Memandangkan raya yang hampir tiba dan tekanan perasaan mereka yang sedang mengharungi TSW,  menjadi tanggungjawab saya untuk terus memberikan galakan dan sokongan agar anda yang melalui proses ini terus tabah dan kekal dengan pendirian.

Untuk info TSW untuk first stage saya ialah dalam bulan puasa 2014, memang teruk keadaan ketika itu di tambah lagi ketika itu Malaysia mengalami musim panas yang membahang.

Anda harus tahu bahawa sebelum memilih menjalani proses TSW ini saya adalah seorang yang gemar bermakeup dan memakai pelbagai wangian.

Tidak cukup wangian pelembut pakaian ketika menggosok pakaian,  Perfume jenama yang mewah dan wangian antara kegemaran saya setiap hari.

Maka jika anda juga sama seperti saya tiba masa untuk anda berkorban untuk melupakan makeup dan Perfume kegemaran anda untuk sementara waktu.

Ketahui barangan penjagaan diri termasuk wangian turut memberi toksid kepada tubuh dan memberatkan lagi proses perjalanan TSW anda.

Untuk info ketika proses TSW ini,  lip Balm juga terpaksa saya tinggalkan.

Wajah saya tanpa Foundation atau bedak asas (sebenarnya Produk Foundation Zai's Beauty Formula boleh sahaja saya gunakan,  namun saya tidak cukup Budget,  Budget saya pergi untuk Supplement ekzema dan diet ketat saya).

Jika anda menggunakan Foundation dan bedak komersial,  saya galakkan anda untuk memberhentikan pemakaian produk ini sehingga sembuh dan lebih bagus jika anda terus meninggalkan selepas anda sembuh.

Sehingga kini saya amat jarang menggunakan Foundation dan lip balm juga lipstik.  Wajah saya lebih senang bersih tanpa semua itu, kecuali untuk hari istimewa seperti raya atau event besar.

Itu antara punca yang saya percaya saya lebih mudah untuk sembuh.

Selain itu sabun mandi,  sabun serbuk yang digunakan juga memberi kesan sampingan kepada tubuh dan pernafasan anda.

Saya tidak terlepas menghidu bau pelembut pakaian dan serbuk pakaian komersial dan pewangi komersial atas asbab tinggal bersama keluarga walaupun saya langsung tidak menggunakannya.

Itu belum kira lagi bedak bayi,  pewangi rumah,  minyak rambut,  mandian dan segalanya yang terdapat di dalam rumah di mana kesemua bahan di dalam produk tersebut kebanyakannya adalah karsinogen.

Ada perkara di luar bidang kuasa yang kira harus abaikan.

Anda yang boleh anda elakkan,  mohon elakkan.

Mengikut pembelajaran di bawah Zai's Beauty Formula hanya makanan asli yang harus diamalkan.

Saya kembali mengamalkan nilam sani dan Tamusari yang di hasilkan oleh Zai's Beauty Formula hanya menggunakan herba atau tumbuhan zaman berzaman melalui proses penapaian.

Hanya satu supplement ketika TSW yang saya amalkan iaitu Sodium Arsobate iaitu vitamin C.

Anda harus ingat pesanan ini,  jangan sesekali ambil supplement yang tidak di Suggest walaupun Supplements itu cukup popular dan diwar-warkan asli.  Apa lagi minuman kesihatan lain. Termasuk jus yang menggunakan perkataan sunnah.  (saya dulu semua vitamin saya amal,  pantang orang jual)

Saya hanya mengamalkan Vitamin C ketika TSW dari tahun 2015 hanya 2 botol sahaja yang dihabiskan oleh saya.  Botol ke 2 masih berbaki dan masih belum berjaya di habiskan sehingga kini.

Saya menikmati vitamin C ini hanya jika saya langsung tidak berjaya mendapatkan buah segar dan beberapa hari tidak menukar diet yang sihat.

Ketika mengharung TSW anda harus melakukan pengorbanan bukan sahaja dari segi diet,  bahan penjagaan diri,  barangan rumah dan emosi serta mendapat tidur awal yang cukup.

Abaikan semua pandangan sekeliling,  itu pengorbanan paling utama yang harus anda buat terlebih dahulu.

Sayangi diri anda,  itu satu- satunya tubuh yang akan anda hidup untuk selamanya.

Ingati ingatan ini,  jika ekzema cukup sengsara anda lalui,  bayangkan penyakit bahaya lain.

Salam sayang dari saya.

Teruskan berjuang.

Terima kasih.






Isnin, 12 Jun 2017

Bukan Mudah


(Gambar dari FB Panching Farm dan diedit oleh saya.)
 Jika anda ada Budget lebih,  anda boleh amalkan susu kambing segar 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. 

Ia bukan mudah untuk  kekal konsisten melakukan pelbagai amalan sunat,  seperti bukan mudah untuk sesiapa pun kekal menulis dan berblogging. 

Perkara yang sama bukan mudah untuk kekal eat clean,  kekal mengawal nafsu dan kekal positif. 

Sebagai Blogger saya sendiri harus mencari idea yang original hasil pemikiran dan sesuai personaliti Blog ini. 

Kata orang bulan Ramadhan ini semua pahala di gandakan beratus kali ganda. 


Maka saya usahakan untuk kekal menulis di bulan ini khas untuk mereka yang memutuskan untuk mengharungi proses TSW atau Topical Steroid Withdrawal. 

Saya mohon maaf bagi pembaca setia atau Follower saya yang bosan dengan kategori ekzema ini,  ketahuilah saya pernah melaluinya dan saya amat faham perasaan individu yang memilih untuk melalui jalan ini. 

Ini sahaja yang boleh saya berikan untuk anda. 

Saya tak mampu membalas semua email dan whatapps setiap orang. 

Jika saya online dan tidak balas mohon jangan sedih dan terasa. 

Perasaan anda hanya akan membuatkan anda bertambah sakit dan sukar sembuh. 

Mohon baca dan tenangkan fikiran. 

1. Saya tegaskan untuk ke puluh kali.  Selagi anda belum melepasi fasa stage TSW yang pertama,  anda pakai,  sapu,  jaga makan,  ekzema anda tetap akan melarat dan bertambah teruk.  Malah kawasan yang anda tidak pernah sapu krim steroid juga akan tumbuh ekzema. Tolong jangan pelik. 

2. Realiti ada sesetengah individu menghadapi sakit sakit belakang,  badan,  sendi dan mungkin kebas ketika menghadapi healing proses (proses kesembuhan)  ini.  Saya sendiri menghadapi sakit belakang yang teruk sebelum proses TSW ini saya lalui.  Anda harus ingat setiap individu pengalaman TSW adalah berbeza sama sekali. 

3. Permulaan TSW,  anda tidak di galakkan menggunakan minyak. Mandi sahaja dengan cuka epal.  Sapu ekzema anda dengan cuka epal.  Anda boleh sapu cuka epal yang ditambah sedikit air atau guna sahaja yang Pure tanpa campuran jika kulit anda tahan. Percayalah saya guna yang Pure.  Bagi saya biar sakit dan pedih dari gatal. 

4. Ketahui ketika ekzema anda mulai kering itu menunjukkan ekzema anda semakin sembuh.  Jika ekzema anda masih berair itu menunjukkan air bisa toksin sedang keluar.  Abaikan sahaja perasaan ingin marah,  panas dan gatal itu.  Mohon ingat penderitaan kanak-kanak kecil Palestin dan Syria yang jauh sengsara pada anda.  Kenapa harus bezakan orang sihat yang sedang hidup bahagia dengan anda yang memilih proses detoks racun dan steroid dari tubuh anda.  Mohon tahu beza,  epal dan epal,  oren dan oren. 

5. Ketika ekzema anda mulai kering,  anda boleh memilih minyak Semulajadi untuk sapuan. Antara minyak asli yang popular ialah minyak kelapa dara dan minyak zaitun asli dari Palestin. 

6. Belajar minum Green Juice,  ikut diet ekzema yang saya tulis di artikel awal dalam kategori ini.  Pada peringkat stage pertama anda wajib tinggalkan produk tenusu,  telur,  tepung gandum, pilih tepung pulut atau beras,  mohon makan ikan bakar bukan ikan goreng.  Ketahuilah pada stage pertama saya mengelakkan ayam walau ayam organik Az Zain sekalipun.  Masuk stage 2 atau 3 baru saya mula menikmati ayam dan telur juga tenusu. Untuk minuman sila tinggalkan kopi dan minum teh Rooibos. 

7. Bertenang jika anda terpaksa lari diet ketika anda sengsara di stage pertama.  Ketahuilah saya ketika stage 1 turut silap dan langgar pantang dalam diet.  Jangan ikutkan kekecewaan hati anda kerana salah pantang atau terpaksa langgar pantang. Jika anda meneliti perjalanan ekzema saya dalam Blog ini,  saya memang makan luar bersama keluarga ketika ekzema saya teruk dan di fasa pertama.

8. Kesedihan dan kekecewaan anda tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan,  kecuali anda menukarkan ia kepada kesedaran. Sedarlah penyakit dan kesembuhan dari Allah maka minta dengan DIA,  jika anda tidak punya Budget untuk Supplement anda jangan bimbang,  saya jumpa ramai yang menghadapi masalah yang sama.  Fokuskan pada diet yang sihat. Lupakan Supplement.  Percayalah diet yang sihat lebih berkuasa berbanding Supplement.  Tidak guna jika anda makan berjuta Supplement mahal jika diet tidak terjaga.  Supplement yang terlalu banyak akan menyebabkan ekzema anda lebih teruk. 

9. Jika anda bertanya pendapat saya,  saya galakkan untuk anda hanya membeli minyak kelapa dara,  cuka epal dan Sodium Arsobate (vitamin C terbaik Vitamin C pilihan Saya)  yang anda boleh baca artikel di dalam Blog ini.  Pilihan Supplements seterusnya gam arabic,  Luban,  teh bidara,  teh belalai gajah,  minyak zaitun Palestin dan kambucha tea.  Mohon sedar suggestion ini berdasarkan Budget anda yang paling minima. Mengikut urutan. Sekali lagi paling utama ialah diet dan anda harus rajin nikmati Green Juice atau jus hijau serta ulaman yang sihat. 

10. Pelik tapi benar,  saya menggalakkan anda menikmati buah terutama buah tempatan.  Percayalah ketika saya mengharungi TSW buah-buahan ialah makanan utama dan jus utama yang saya nikmati.  Ada percanggahan pendapat mengenai buah manis,  namun pengalaman saya menikmati pisang yang banyak tetap memberikan kesembuhan dan kelegaan walaupun di fasa TSW pertama. 

11. Tidak perlu ikut 100% suggestion dari saya atau siapa sahaja.  Mohon kenali tubuh anda dan tentu sekali Life Style anda.  Jangan tertekan,  insyallah kesembuhan itu tetap akan datang lambat atau cepat.  Anda hanya harus bersabar sedikit dan berkorban sekali sekala.

** untuk info ketika TSW saya turut mengamalkan susu kambing segar. 6 bulan sekali saya akan membeli susu ini sebanyak 15 botol sahaja. Ketika stage TSW yang pertama saya beli 1 bulan sekali 15 botol selama 3 bulan berturut.  

Semoga artikel ini membantu anda yang sedang mengharungi proses TSW dan ekzema. 


Terima kasih. 



Jumaat, 9 Jun 2017

Untuk Anda


Sengaja saya pilih gambar saya pada tahun ini,  beberapa bulan lepas
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sejujurnya saya sentiasa menerima pertanyaan mengenai ekzema dan TSW melalui email,  komen dan whatapps. 

Seikhlasnya saya ingin menjawab saya tidak mampu menjawab semua soalan dari email dan whatapps, lebih-lebih  lagi soalannya ialah sama sahaja hampir setiap individu.  Semua sama.

Anda harus faham,  ada masa anda lihat saya Online saya sedang sibuk dan mungkin penat juga tertekan dengan kehidupan seharian,  ada masa saya terus tidak menjawab semua soalan sehingga tiba masa saya akan menulis di dalam Blog ini. 

Jangan persoalkan sama ada saya sombong atau kedekut ilmu,  ketahuilah ketika anda kecewa itu doa anda dan semangat anda untuk mencari ilmu akan lebih berkobar dan anda akan menjumpai lebih banyak ilmu kesihatan seperti mana anda menjumpai Blog ini hasil carian Google. 

Mengetahui kelukaan dan kegusaran hati mereka yang menghadapi masalah ekzema dan memilih mengharungi TSW ketika ini,  di bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelang. 

Ketahuilah beberapa bulan awal TSW,  ketika fasa pertama saya sedang menyambut Aidilfitri,  bayangkan betapa panas cuaca ketika itu dan saya sedang mengharungi TSW fasa pertama. 

Jika anda sedang melaluinya sekarang mohon bayangkan keadaan saya pada hari itu,  saya ingin anda semua tahu bahaya semua gambar anda yang sedang melalui TSW yang ditunjukkan kepada saya,  tidak seteruk yang saya harungi ketika itu. 

Untuk info lagi,  ketika zaman TSW itu Group whatapps dan telegram ekzema baru diperkenalkan,  di dalam Group ekzema itu saya antara paling teruk mengharungi ekzema dan alhamdulillah kuasa tuhan saya sembuh. 

Ingin saya tegaskan disini diet straight saya hampir 3 bulan. 

Mohon pilih siapa sifu sebenar anda ingin pilih. 

Pilihan saya yang utama ketika itu YM Dr Tunku Zaidar pengasas produk Zai's Beauty Formula dan herbalist dan pemilik Blog herba dan pemakanan En.Nizam juga mentor dan sifu dari Group Ekzema termasuk Dato Dr Suriyakatun dan Dr.  Hafiz Sulaiman. 

Tidak seperti hari ini dengan lambakan informasi mengenai diet dan proses TSW,  2 tahun lepas ilmu yang anda dapat tidak sedalam ini,  maka saya percaya anda semua akan mengharungi proses ini dengan lebih mudah. 

Ini nasihat saya untuk anda yang terus bertanya dan rajin menghantar email dan whatapps. 

1. Saya berjumpa ramai mereka yang asalnya memilih mengharungi TSW namun akhirnya separuh jalan.  Kemudian mereka pilih harunginya semula, dan kembali menggunakan steroid. Makan tahun saya sendiri melihat mereka dari golongan ini sehingga hari ini tidak sembuh. Sedangkan individu yang terkemudian dari mereka telah lama sembuh.  Anda tentu jelas apa saya ceritakan di sini. 

2. Terima hakikat.  Sokongan dari orang sekeliling jarang sekali diperolehi. Kritikan dan sindiran berbakul-bakul dari insan terdekat anda itu pasti,  rasa tertekan tidak diberi perhatian atau kemarahan serta ke tidak stabilkan emosi anda itu akan menyebabkan proses TSW anda ini lebih teruk.  Mohon abaikan kritikan,  sindiran dan sebagai,  anda harus kuat,  percayalah kesembuhan dari Allah namun anda harus berusaha keras,  mohon jaga emosi anda secukupnya. 

3. Realiti ketika bulan pertama sehingga bulan ketiga anda tidak mungkin dapat tidur lena.  Atas asbab kegatalan melampau.  Tiada ubat boleh menghilangkan kegatalan anda pada fasa pertama.  Inilah atau sapu apa sahaja pada ketika ini kulit anda mengamuk,  tentu anda pernah lihat anak kecil mengamuk atau orang sedang mengamuk. Apa yang dilakukan tidak akan berjaya menyekat amukan ini,  ia akan reda sendiri.  Mohon sabar.
(mohon balut ekzema anda dengan kain satin atau wrap,  agar anda garu dan tidak teruk). 

4. Terimalah hakikat ketika 3-6 bulan pertama atau tahun pertama TSW anda nampak tua.  Sumpah.  Abaikan wajah anda yang tertekan dan sengsara melalui proses ini,  tidak kira lagi layanan sekeliling yang menambahkan lagi stress di wajah.  Bertenang,  gambar saya sebelum dan sedang mengharung ekzema amat berbeza,  memang nampak terlalu tua.  Alhamdulillah seiring kesembuhan,  syukur ia semakin kembali ke asal. 

5. Mohon baca betul-betul segala diet yang saya terangkan dan ceritakan dalam semua artikel di kategori ekzema @ TSW. Emosi paling utama.  Tolong kawal emosi anda.  Ekzema ini juga antara penyakit berkaitan emosi.  Redha apa yang perlu anda redha.  Jalan Terus. 

6. Perkara penting yang sering saya tekan di setiap artikel saya.  Berhenti inginkan perhatian.  Ia anda pesakit,  sedang sakit hati sensitif,  cepat sensitif ,  cepat terluka.  Apabila ada yang tidak memahami menghiris hati anda akan lebih terasa.  Terima hakikat zaman mencabar ini ramai tiada masa ingin ambil tahu anda sakit,  lebih-lebih  lagi bagi mereka TSW ini adalah sakit anda cari sendiri. Mohon cerdik kan minda anda untuk tubuh dan kesembuhan anda sendiri.  Tolong berhenti sensitif dan mencari perhatian.  Beri perhatian apa yang sepatutnya agar anda cepat sembuh. 

7. Berdoa itu penting,  fikiran positif juga penting.  Kesembuhan dari Allah.  Bersyukurlah anda hanya ekzema bukan penyakit bahaya lain.  Ketahuilah sahabat atau kenalan anda yang penuh jerawat di wajah,  di belakang badan,  mungkin penyakit panau yang sekejap ada sekejap hilang,  atau rakan anda yang kulit sensitif asyik terkena alahan atau gegata realitinya seperti anda.  Mereka hanya belum di beri kesedaran berhenti apa yang perlu mereka berhenti.  Anda harus bersyukur diberi ilham untuk berubah.  Ubat yang cepat menyembuhkan kebiasaannya mengandungi steroid yang amat bahaya untuk tubuh. 

8. Saya mohon anda tidur awal.  Jangan tidur lewat.  Namun jika tidur anda terganggu akibat kegatalan redha sahaja.  Ia bukan sepanjang masa seperti yang berlaku di Palestin atau Syria.  Bersyukurlah.  Mohon lihat dan bayangkan insan lain yang jauh derita dari anda. 

9. Rajin makan delima segar,  sayur hijau segar,  kurangkan makanan bertepung dan tinggalkan benda manis bukan asli.  Rajin makan buah segar.  Jaga diet anda.

10. Jangan menangis dan tertekan melihat anda telah tinggalkan segala bahan kimia,  menjalani diet ketat sekali,  namun ekzema anda semakin banyak dan semakin menjalar ke bahagian tubuh lain. Bertenang.  Itu yang saya hadapi dulu. Usah risau tentang parut alhamdulillah parut ekzema saya hilang terus. Saya sendiri masih bersyukur sehingga hari ini.  Alhamdulillah.  Bonus untuk anda yang menghadapi urat timbul di kaki,  seiring proses TSW,  urat kaki ini akan hilang sendiri (urat di betis).  Bonus besar bagi saya yang dahulu menyangka urat timbul di betis itu akibat memakai kasut tumit tinggi.  Rupanya kesan steroid. 

Semoga  artikel ini membantu anda. 

Terima kasih.






Jumaat, 7 April 2017

Pengalaman Ekzema & Topical Steroid Withdrawal ( TSW) Part 1


Mengenali diet dan bahan lebih sihat semenjak melalui proses Topical Steroid Withdrawal 
Assalammualaikum  dan salam sejahtera.

Ada banyak pendapat berbeza mengenai keputusan hidup kita.

Anda mungkin bersetuju dalam hal ini,  dia dan mereka mungkin membangkang.

Namun jika ia melibatkan diri sendiri,  anda harus memilih yang terbaik untuk diri anda.

Di kala tidak mendapat apa apa sokongan dan hanya kritikan itu sebenar jawapan yang kuat untuk anda meneruskan keputusan anda.

Itulah yang di lalui oleh mereka yang langsung tidak mendapat sokongan ketika ingin berhenti dari terus menggunakan krim steroid,  pil mahu pun suntikan.

Merasai pengalaman Ekzema dari zaman sekolah,  dan kembali ke alam dewasa yang sekali sekala datang kembali dengan kadar yang sedikit dan hanya menganggap ia sebagai alahan atau salah makan,  hanya klinik dan farmasi menjadi rujukan ketika itu.

Mengejar jadual waktu kerja dan Target,  suntikan steroid paling cepat jika alahan menikmati makanan luar menjangkiti kulit.

Dahulu selalu terfikir jika di kaki tumbuh kudis buta yang berair kerana terlalu lama Mandi dan berendam di dalam air.

Jika bintat-bintat tiba-tiba naik di tubuh tersalah makan.

Jika tangan atau anggota badan naik gegata kerana terkena ulat bulu atau habuk yang terlalu banyak.

Maka jalan paling singkat dan mudah hanya pergi ke klinik untuk mendapatkan pil dan krim steroid.  Amat Mudah sekali hidup.

Sehingga satu hari,  ekzema atau alahan kembali menyerang kaki setelah beberapa tahun tidak terkena alahan.

Kali ini saya malas menggunakan krim econazine yang kerap saya gunakan walau pun stok krim tersebut masih banyak.

Saya hanya menggunakan tamu sari produk Zai's Beauty Formula dari herba asli dan penapaian.

Tiada disangka rupanya ekzema itu makin teruk.  Saya lupa bahawa bahan alami terutama produk Zai's Beauty Formula adalah bahan detok alami jika berhenti menggunakan bahan kimia.

Ekzema dan alahan tersebut semakin besar.

Saya terlupa terus bahawa ketika menggunakan Zai's Beauty Formula ketika fasa pertama dahulu,  detok yang teruk berlaku kepada wajah.

Namun ketika itu saya fikir mungkin ini kesan sampingan dan detoks  akibat saya mula mengamalkan cuka kurma, langsung tidak terfikir kerana berhenti menggunakan krim steroid dan bertukar kepada bahan asli.

Maklumlah ketika saya belajar menggunakan produk Zai's Beauty Formula itu tahun 2007, sedangkan saya berhenti menggunakan krim econazine dan pil alahan tahun 2014, setelah 7 tahun berlalu.

Mana mungkin saya ingin peristiwa lepas 7 tahun lampau dan paling istimewa saya lupa terus apa itu detoks.

Maka bermula saat saya mengharung ekzema yang amat teruk.

Pemberhentian krim steroid secara mendadak menyebabkan tubuh saya mengamuk seteruk-teruknya.  (pengalaman Ekzema saya berhenti steroid secara mendadak tidak digalakkan okey,  berhenti peringkat demi peringkat bagi mengelakkan ekzema anda mengamuk dan anda sendiri terkejut).

Bayangkan apa perasaan saya ketika itu?

Selama ini pengalaman Ekzema yang saya lalui ketika kecil hanya sedikit-sedikit dan sekejap sahaja.  Itu pun sekali sekala naik.  Malah kadang kala bertahun tidak terkena alergi kini tiba-tiba ia meletus bagai gunung berapi.  Seingat saya hanya jika alahan kecil saya terus menyapu krim econazine di tempat kulit yang mengalami alahan itu dan tidak sampai 3 hari alahan kulit atau sebenarnya ekzema itu sembuh.

Itulah pengalaman Ekzema saya dari kecil yang jarang- jarang terkena dan tidak merebak seteruk itu.

Berhenti menggunakan sabun dan mandian bermula tahun 2012.

Ketika ekzema melarat ia adalah tamparan hebat untuk saya yang berhenti menggunakan bahan penjagaan diri komersial atau bahan kimia termasuk lotion.

Saya hanya menggunakan pencuci baju cecair jenama dynamo dan menggunakan tangan mencuci baju.

Di akui ketika membuang air cucian baju saya mencurahkan ke kaki tanpa memikirkan kesan sampingan.

Ketika itu pelbagai persoalan mulai timbul.

Kenapa saya?

Kenapa saya yang tidak menggunakan bahan kimia lagi ditubuh namun kini dihimpit dugaan di timpa masalah ekzema?

Waktu itu saya sedar yang menentukan ini semua ialah Allah SWT,  saya atau bahan lain tidak punya kuasa.

Saya insaf.

Dan ketika itu saya membulatkan tekad untuk terus berhenti menggunakan econazine sekaligus krim kimia lain.

Namun Allah menduga saya.

Ekzema saya naik begitu teruk sehingga hitam dan berkerak dan berkedut.

Hitam sehitam-hitamnya seperti terbakar. Macam kulit pokok kayu tebal yang hangus terbakar.

Bukan sahaja di kaki namun di tangan serta pergelangan tangan.

Ahli keluarga dan ibu bapa saya terkejut,  mula merasakan saya terkena sihir.

Maka amalan menghilangkan sihir dimulakan.

Namun untuk seminggu pertama bolehlah percaya,  masuk minggu kedua agak mustahil.

Maka berubatlah saya dengan bomoh kayap.

Macam-macam ayat keluar,  jika bercantum akan mati kerana memang ekzema saya yang teruk itu cepat betul melarat dan bakal bercantum.

Namun dalam era moden walaupun rasa kecut agak sukar untuk saya percaya.

Saya mula ke homeopati Bukit Goh.

Doktor homeopati ini diiktiraf majlis homeopati dan saya menjumpai alamat klinik dan nombor telefon di website majlis homeopati.

Saya mengamalkan ubat yang diberi.

Ekzema saya makin teruk.

Saya bernasib baik kerana doktor homeopati tersebut ialah bekas ahli farmasi,  juga pernah terkena ekzema yang teruk.

Banyak cerita orang sembuh pelbagai penyakit yang melalui ekzema termasuk penyakit kencing manis.

Maka saya meneruskan ubat homeopati hampir 2 bulan dan semestinya ekzema saya terus teruk kerana homeopati akan mengeluarkan semua penyakit dalam tubuh.

Untuk info, ketika saya ekzema pada tingkatan 5, saya telah pergi ke pelbagai klinik dan hospital,  namun ekzema saya tidak sembuh. Akhirnya saya pergi ke klinik homeopati Kuantan di Bangunan MARA dan alhamdulillah saya sembuh.  Itu alasan mengapa saya percaya pada homeopati.

Pengeluaran ekzema yang makin menjadi jadi memaksa keluarga,  ibu bapa dan rakan saya menyuruh saya berhenti menggunakan homeopati.

Desakan dan asakan serta kritikan saya terima hampir setiap hari dan jam.

Atas paksaan dan desakan,  akhirnya saya terpaksa akur ke klinik kulit popular di Kuantan.

Seminggu ubat dan krim hampir RM200.

Kata doktor saya perlu datang setiap minggu dan segala ubat saya ialah steroid.

Proses penyembuhan dalam 3 tahun.

Untuk minggu pertama saya menghabiskan ubat steroid tersebut.

Dalam waktu yang sama saya sibuk bermesej dan menelefon therapist  Zai's Beauty Formula.

Benarlah hasil asas dan didikan YM Dr. Tunku Zaidar kepada staf Zai's Beauty Formula dan setiap ingatan yang diberikan oleh saya,  saya mendapat kekuatan luar biasa untuk berhenti terus steroid dan mengharung pengalaman berbisa itu.

Dalam waktu yang sama saya mula menggunakan carian Google untuk mengetahui mengenai ekzema dengan lebih mendalam dan saya menjumpai NAAE atau ekzema Malaysia di Facebook.

Maka perjalanan Ekzema dan Topical Steroid Withdrawal saya di teruskan.

Untuk sambungan perkongsian pengalaman Ekzema dan Topical Steroid Withdrawal  di artikel seterusnya di label kategori TSW / Ekzema selepas ini.

Insyallah.

Terima kasih.


Ahad, 2 April 2017

Skrub Untuk Kulit Sensitif dan Ekzema


Original Body Scrub dalam bekas lebih kecil anggaran berat 180gram berharga RM8.50. 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sering mendapat pertanyaan mengenai Original Body Scrub dan kesesuaian kulit maka artikel ini khas untuk anda. 

Ini juga bagi menjawab soalan pembaca yang mempunyai kulit bermasalah,  berjerawat dan mereka yang menghadapi masalah ekzema. 

Baik,  untuk memudahkan anda mencuba produk Original Body Scrub ini saya kini menyediakan bekas kecil mudah guna untuk anda di dalam botol plastik jenama Apple Lady. 

Tentu saya tidak ingin pelanggan saya membuang begitu sahaja botol yang dibeli dan menggalakkan anda mengulang penggunaan bekas plastik ini untuk kegunaan lain. 

Botol plastik ini juga boleh digunakan untuk merendam dan membancuh original Body Scrub jika telah habis digunakan. 

Set original Body Scrub rm8.50 dan hair gone RM3.50 untuk sebekas 
Berikut soalan dan jawapan untuk soalan pembaca melalui whatapps 

1. Kulit wajah berjerawat dan bermasalah.  Telah guna pelbagai pencuci namun semakin teruk. 

Jawapan :- 

Sila jaga diet anda.  Kurangkan makanan bertepung, Gluten, beryis dan bergoreng.  Termasuk masakan manis dan susu komersial. 

Untuk pencuci wajah

Gunakan susu tepung yang dibancuh atau di Kisar bersama timun hijau.  Buat pes dan jadikan sebagai pencuci wajah. 

Ia membantu mencuci kulit,  menyegarkan dan mencerahkan serta Memutihkan wajah anda.  Sila cuba. 

Untuk seminggu sekali guna kan Original Body Scrub  yang direndam di dalam peti ais selama 6 hari (digalakkan tukar air setiap hari) 

Hari ke 7 buang air.  Campurkan dengan jus timun dan sapu perlahan di wajah.  Tunggu kering bilas dengan air bertapis.  Lap dengan kapas muka.  Siap. 

Peringatan:- pencuci wajah dan Skrub tidak boleh digosok kuat,  hanya sapu perlahan-lahan seolah olah diatas angin.  Pastikan paste Skrub atau pencuci wajah anda lembab atau tidak kering sentiasa lembab.  Jangan sekali-kali gosok ketika paste kering atau Skrub kering di wajah. 


2. Jika anda penghidap ekzema. 

Jawapan untuk jaga diet anda adalah seperti diatas. 

Untuk sapuan ke atas kulit yang mempunyai ekzema.  Untuk wajah adalah sama seperti diatas. 

Cuma Original Body Scrub anda buka  di campur jus timun. 

Tukarkan jus timun kepada kunyit hidup yang ditumbuk dan dicampur ke dalam bancuhan Skrub. 

Untuk kesan lebih bagus tambah sekali paste daun sireh segar yang ditumbuk dan berair ke dalam bancuh Skrub yang telah ditambah paste kunyit hidup. 

Sapu perlahan ke kulit wajah anda. 

Untuk tubuh.  Hanya rendam Skrub semalaman dan campurkan kunyit hidup yang ditumbuk dan daun sireh segar yang ditumbuk bersama airnya. 

Sapu lembut di tubuh secara mengurut. 

Harus diingatkan paste Skrub harus sentiasa berair dan berbentuk paste. 

Bilas dan sapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara. 

Minyak zaitun dan minyak kelapa dara amat bagus untuk pelbagai masalah kulit. (untuk wajah sila sesuaikan dengan kulit wajah anda). 

Pilih minyak zaitun original bukan komersial yang boleh dimakan dan diminum. 

3. Jika anda ingin menghilangkan parut kulit lama atau baru.  Campak,  jerawat,  ekzema dan lain-lain. 

Jika anda menggunakan Original Body Scrub untuk tujuan menanggalkan parut ekzema atau parut campak dan sebagainya, sila campurkan Original Body Scrub bersama sedikit serbuk kayu manis.  Jenis ceylon diutamakan.

Jika tiada serbuk tumbuk sahaja kayu manis dan campurkan dalam bancuhan Skrub. 

Sapu buat urutan secara membulat perlahan-lahan. 

Mandi bilas kemudian sapukan minyak argan.

Minyak argan amat membantu menghilangkan parut. 


Sebarang pertanyaan dan pembelian produk Original Body Scrub 

Anda boleh terus whatapps ke 

016 276 2636 


Semoga artikel ini membantu anda. 


Terima kasih 


Isnin, 27 Mac 2017

RESEPI NASI GORENG MUDAH


Nasi goreng ringkas paling mudah
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ketika mengharungi proses TSW (Topical Steroid Withdrawal) 2 tahun lepas, nasi goreng adalah antara menu utama sarapan pagi untuk saya. 

Jangan salah faham,  ekzema memang tidak bagus untuk nikmati makanan berminyak dan bergoreng yang menggunakan minyak sawit atau minyak sayuran lain,  namun ia terkecuali untuk minyak zaitun Dari Palestin atau Turki. 

Harus ditegaskan disini,  nasi goreng diamalkan hanya selepas TSW berada di stage ketiga,  iaitu ekzema telah kering dan hanya tinggal beberapa peratus sahaja lagi. 

Untuk info kulit wajah saya tidak sesuai menggunakan produk berminyak sebagai sapuan,   walaupun minyak itu minyak asli 100% namun ia berbeza dengan kulit tubuh saya yang amat sesuai menggunakan minyak sebagai sapuan. 

Malah,  tubuh saya juga agak tidak sesuai mengamalkan minyak secara terus melalui pemakanan ,  kecuali dicampur kedalam masakan seperti salad atau minuman seperti kopi.  Itulah penerimaan tubuh saya.

 Harus diingatkan setiap manusia tubuh,  kulit muka melibatkan penerimaan berbeza.

Anda sendiri yang harus mengenali kulit,  tubuh dan penerimaan tubuh anda sendiri. 

Smoothie Roselle, kurma,  mangga dan Nenas ditabur Chia seed
Sepanjang proses penyembuhan TSW tentu sekali menu makanan yang terpaksa di pantang untuk sementara waktu ialah telur, susu,  Gluten, tumbuhan nightshade seperti terung, lada Benggala,  lobak merah,  tomato,  keju (makanan berasaskan susu) dan antara makanan paling digalakkan ialah nasi dan minyak kelapa dara juga minyak zaitun. 

Untuk info ketika fasa TSW yang ke 2,  saya telah pun menikmati makanan nightshade,  Gluten dan susu kambing dan susu lembu jenama farm fresh. 

Kembali kepada tajuk asal,  belajar dari pelbagai makanan harus di pantang,  maka saya sering menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling untuk menyediakan makanan ketika pantang TSW. 

Ini Resepi mudah nasi goreng ringkas kegemaran saya tanpa sebarang telur,  ikan bilis atau sayur yang ditakuti mengandungi racun serangga dan sebagainya. 

A.  Bahan-bahan 

Nasi Basmathi parboiled @ rebus (pilihan lain nasi beras perang) - ditanak bersama daun pandan segar 

3 helai daun limau purut 
1 batang serai
Beberapa biji cili api
2 biji bawang besar bersaiz kecil
4 ulas bawang putih 
Minyak zaitun dari Palestin atau Turki
Garam Pink himalayan 

Semua bahan diatas ditumbuk,  kecuali nasi yang di leraikan. 

B.  Penyediaan

Panaskan kuali dengan api perlahan. 

Terus masukkan minyak zaitun. 

Masukkan bahan yang ditumbuk tanpa perlu menunggu minyak panas. 

Automatik minyak akan panas sedikit.  

Terus masukkan nasi ketika bahan diatas hampir masak. 

Gaul sahaja dengan api sederhana. 

Dalam waktu yang sekejap nasi goreng anda telah siap. 

Nikmati ia panas panas bersama ulam segar. 

C.  Info lain

Tidak seperti anda menggunakan lada kering,  lada kering perlu dimasak lebih lama sehingga garing,  cara diatas lebih mudah. 

Tanpa mengisar dan tidak menggunakan sebarang air,  bawang lebih mudah dimasak dalam waktu yang pantas. 

Lada kering tinggi kandungan bahan kimia,  cili api juga tinggi kandungan racun kimia namun khabarnya lada kering lebih banyak. 

Penderita Ekzema anda tidak digalakkan menggunakan lada kering dalam masakan.  Sesekali boleh namun jangan selalu. Kadar yang sedikit dibenarkan,  namun pastikan anda detoks kembali dengan amalan diet sihat. 

Untuk resepi lebih enak,  anda boleh menambah sehiris nipis halia dan kunyit dan ditumbuk serta dicampurkan ke dalam masakan ketika menumis. 

Masukkan juga daun pandan segar untuk bau lebih harus ketika menggoreng nasi. 

Pilihan lebih segar,  tomato yang dibuang isi di dalamnya (buat smoothie),  bahagian luar yang keras dicampur ke dalam nasi goreng untuk rasa jauh enak. 

Nikmati nasi goreng bersama Smoothie buah-buahan untuk menyempurnakan hidangan lebih sihat dan berkhasiat. 

Selamat Mencuba resepi mudah dan ringkas ini. 

Terima kasih. 







Rabu, 1 Februari 2017

Skrub Teh Rooibos


Original Body Scrub dan campuran teh rooibos
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jika anda menghadapi masalah kulit sama ada ekzema,  psoriasis,  panau,  jerawat,  alahan dan sebagainya,  mengurangkan atau menjauhi penggunaan bahan kimia amatlah di syorkan. 

Teh Rooibos adalah antara bahan yang sering digunakan sebagai mandian untuk pesakit dan penghidap ekzema atau yang masih mengharungi proses pemberhentian krim steroid atau topical steroid withdraw (TSW). 

Saya ada menulis kebaikan dan khasiat teh rooibos khususnya untuk kulit dan detoks di artikel di link di bawah 


Teh Rooibos kebiasaannya di rebus dahulu kemudian air rebusan akan digunakan sebagai mandian bagi pesakit ekzema sama ada untuk golongan dewasa mahupun  kanak-kanak. 

Hampas teh Rooibos juga sesuai sebagai rawatan Skrub dalam mandian pesakit ekzema dan pesakit kulit lain. 

Teh Rooibos turut diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kulit,  juga bagi mereka yang menjaga kesihatan. 

Teh Rooibos tidak mengandungi kafein ia adalah pengganti yang bagus untuk teh hitam berkafein dan mereka yang menghadapi masalah toleransi kepada kafein. 

Jika anda peminum dan pengemar teh Rooibos,  anda kini boleh menambah hampas teh Rooibos yang telah digunakan itu kedalam bancuhan Original Body Scrub anda.

Jika anda tidak mempunyai teh Rooibos ini,  jangan risau,  anda boleh dapatkan teh Rooibos ini di farmasi berdekatan dan juga pasaraya berhampiran anda.

Original Body Scrub untuk Pelbagai Masalah kulit
Jika menikmati teh Rooibos,  kebiasaannya saya tidak akan membuang hampas teh ini.

Sebaliknya saya menjadikan teh Rooibos sebagai Skrub mandian saya.

Ada waktunya saya menambahkan hampas teh Rooibos ini kedalam bancuhan Original Body Scrub keluaran saya sendiri.

Tidak perlu risau,  anda boleh menggunakan bancuhan ini pada bila-bila masa.

Hanya simpan bancuhan ini didalam peti sejuk selama mana anda kehendaki.

Untuk anda yang tidak punyai peti sejuk.

Bancuhan ini tahan 2-3 hari di luar.

Skrub dengan tambahan teh Rooibos ini berfungsi mengurangkan toksin didalam tubuh,  berfungsi untuk detoks luaran dengan syarat anda harus belajar mengurangkan bahan kimia dalam produk penjagaan tubuh anda selain menjaga pemakanan yang lebih sihat.

Sepanjang berurusan dengan mereka yang menghadapi masalah kulit Skrub ini dan campuran teh Rooibos amat bagus dalam mengurangkan kegatalan dan parut serta masalah kulit ekzema dan masalah kulit lain.

Malah Skrub ini juga turut membantu mengurangkan bau badan.

Untuk maklumat lanjut mengenai original Body Skrub ini anda boleh membaca pelbagai maklumat dan cara guna skrub ini di bawah label Skrub di Blog ini (pastikan anda menggunakan paparan desktop).

Pembelian sila what app

KHADEEJA di 016 276 2636

Original Body Scrub ialah produk home made dan 100% Dari Bahan Semulajadi.

Terima kasih.






Khamis, 26 Januari 2017

Ubat Gigi Natural


Ubat gigi jenama Dentiste

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Akhirnya setelah hampir setahun mengfokuskan penggunaan kayu sugi semata-mata akhirnya saya membeli ubat gigi baru jenama Dentiste di kedai organik kegemaran saya. 

Untuk info,  sebelum proses TSW saya menggunakan ubat gigi jenama sensodyne atas isu gigi sensitif yang saya hadapi. 

Dalam proses mengharungi TSW saya terpaksa berhenti menggunakan ubat gigi sensodyne bagi mengurangkan jumlah penggunaan bahan kimia dalam aktiviti seharian saya dan saya hanya mengfokuskan pengguna kayu sugi semata-mata. 

Seiring kesembuhan dan TSW yang semakin sembuh saya kini kembali belajar menggunakan ubat gigi natural dan ini adalah jenama ubat gigi yang baru saya ingin gunakan. 

100% SLS Free
Ubat gigi ini tidak mengandungi SLS (sodium laureth sulfate)  yang terkenal sebagai bahan karsinogen. 

Ia amat sesuai untuk gigi dan Gusi sensitif dan saya juga menghadapi isu gigi dan Gusi yang sensitif. 


Xylitol juga antara bahan kandungan ubat gigi ini

Terdapat isu kebaikan dan keburukan xylitol dalam kajian yang dilakukan.  Namun xylitol dipercayai amat bagus untuk kesihatan gigi dalam mengurangkan pembentukan plak dan Kaviti. 

Xylitol juga antara kandungan ubat gigi jenama Dentiste ini. 

Antara bahan kandungan ubat gigi ini
Terdapat pelbagai ekstrak tumbuhan asli dalam ubat gigi ini yang mengurangkan bau nafas dan memberi kesegaran kepada bau mulut. 

SLS Free dan nighttime protection

Juga mengurangkan pembentukan pelbagai masalah gigi dan fungsi selain

Ubat gigi tanpa SLS,  melindungi pembentukan plak,  Kaviti dan masalah karies Gusi dan gigi,  perlindungan di waktu malam dan pelbagai fungsi lagi.

Namun ubat gigi Dentiste ini tetap mengandungi xylitol dan sorbitol yang turut menjadi isu dan perdebatan.

Namun sepanjang pencarian saya 98% ubat gigi natural tetap mempunyai bahan ini. 

Pakej lengkap penjagaan gigi saya
Melengkapkan penjagaan gigi saya,  saya harus menggunakan berus gigi ekstra soft atau ekstra lembut.  Jenama pilihan saya dari dahulu untuk berus gigi kekal Oral-B. 

Kayu sugi tetap menjadi kegemaran. 

Saya kekal menggunakan kayu sugi selepas saya selesai memberus gigi dengan ubat gigi. 

Untuk makluman ketika bangun tidur saya hanya menggunakan kayu sugi sahaja,  setelah bersarapan pagi,  baru saya menggunakan ubat gigi kemudian kayu sugi kembali. 

Ini sahaja perkongsian pengalaman untuk kali ini.

Jika anda mahukan ubat gigi natural yang lebih murah anda boleh membaca ia di sini UBAT GIGI NATURAL YANG LEBIH MURAH

Pengalaman seterusnya akan saya ceritakan di masa akan datang.  Insyallah. 

Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...