Memaparkan catatan dengan label Sourdough. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sourdough. Papar semua catatan

Isnin, 2 Januari 2017

Berapa Banyak Sourdough Starter yang perlu digunakan dalam Resepi @ Adunan?


Adunan chapati menggunakan Sourdough 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah ini, 


Untuk anda yang masih baru menggunakan Sourdough Starter dan belajar memasak menggunakan Sourdough di dalam resipi,  berikut adalah nisbah Sourdough Starter yang kebiasaannya di jadikan ukuran di dalam resipi masakan yang menggunakan tepung. 

Ini nisbah yang biasa digunakan dan di kongsi di dalam Group Sourdough. 

1.  Puan Maisarah 
1/2 cawan Sourdough Starter untuk 3 cawan tepung 
Atau
3 cawan Sourdough Starter untuk 6 cawan tepung 

2.  Puan Haslina
6 sudu Sourdough Starter untuk 500 gram tepung

3. Puan Nihayah 
1/3 cawan Sourdough Starter untuk 3 cawan tepung 

Untuk info,  adunan chapati di atas saya menggunakan 2 sudu Sourdough Starter untuk 2 cawan tepung.. 

Ia naik 2 kali ganda dan rasa chapati saya agak masam kerana saya membiarkan adunan dari pukul 6 petang sehingga 7 pagi. 

Chapati saya menjadi amat gebu dan lembut. 

Rasa masam chapati adalah kerana kehadiran bakteria baik. 

Rasa chapati ini lebih masam dari rasa tosai dan idli. 

Jika anda pernah menikmati yogurt Arab asli yang amat masam,  chapati ini jauh kurang masam berbanding yogurt Arab dan tentu sahaja saya berjaya menghabiskan chapati ini. 

Selamat belajar memasak menggunakan Sourdough. 

Terima kasih. 







Mengenali Sourdough Starter Aktif dan Tidak Aktif



Starter yang telah aktif dan bertambah menjadi 2x ganda

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah artikel sambungan dari artikel sebelum ini di link di bawah ini, 

Bagaimana mengaktifkan Sourdough starter anda?

Setelah anda 'feed'  atau memberi makan Sourdough starter anda.  Biarkan starter anda selama 3-6 jam bergantung kepada kenaikan starter anda.

Jika anda bernasib baik,  dalam 2 jam lebih sahaja starter anda akan bertambah dua kali ganda dan boleh di gunakan. 

Gambar di atas ialah hasil Sourdough starter yang telah di beri makan atau 'feed'.
Saya terpaksa memindahkan separuh dari Sourdough starter ke dalam bekas lain kerana bimbang Sourdough starter saya akan melimpah.

Untuk info,  jika Sourdough starter anda terlebih aktif ia boleh melimpah keluar botol.
Dan menjadi terlalu banyak.

Anda boleh melihat gambar jumlah Sourdough starter asal di artikel sebelum ini di link di atas.

Sourdough starter yang aktif akan naik menggelembung dan berbuih banyak
Anda boleh mengenali Sourdough starter yang aktif dengan hanya melihat pertambahan kenaikan yis dan buih buih yang kembang dan banyak.

Untuk info anda wajib menggunakan Sourdough starter aktif yang sedang berkembang dan berbuih banyak ini jika anda ingin membuat makanan yang menggunakan yis seperti roti,  donut,  pizza,  pau dan lain-lain sebelum Sourdough starter ini kembali  'berehat'  setelah kekenyangan di beri makan @ 'feed'.

Sourdough starter yang aktif akan kembali berehat setelah kenyang.
Itu antara alasan kenapa anda harus memerhatikan pergerakan Sourdough starter anda.

Penurunan kadar Sourdough starter akan berlaku secara automatik setelah ia kenyang.

Anda harus bijak melihat dan menilai proses ini.

1. Terdapat kes Sourdough starter yang aktif selepas 2-3 jam,  masuk jam 4 ia telah kembali kenyang dan berehat atau tidur.

2. Kes Sourdough Aktif selepas jam 4 dan kembali tidur selepas jam 6.

3. Tiada masa tepat Sourdough Starter aktif dan kembali kenyang.

Anda boleh mengurangkan keaktifan Sourdough atau membiarkan Sourdough starter anda berehat dengan menyimpan Sourdough starter anda di dalam peti jika tidak digunakan.

Anda boleh terus menggunakan Sourdough starter yang sedang tidur atau berehat (setelah feed dan naik (aktif),  kemudian turun balik)  terus ke dalam resipi masakan yang tidak menggunakan yis seperti chapati,  lempeng,  cekodok dan sebagainya.

Kesimpulannya,  tidak perlu terkejut jika Sourdough starter anda melimpah keluar dalam waktu terdekat selepas anda memberi makan walaupun ia hanya mengambil masa sejam.

Juga tidak perlu panik bila melihat Sourdough starter anda kembali turun ke jumlah asal.

Semoga anda kini tahu antara beza Sourdough Aktif dan tidak aktif.

Dan perbezaan resipi yang menggunakan kedua-duanya.

Terima kasih.

**ini sambungan artikel seterusnya

Berapa nisbah Sourdough Starter yang digunakan di dalam adunan @ Resepi?



Sabtu, 31 Disember 2016

Bagaimana 'feed' @ 'bagi makan' Sourdough Starter


Bahan-bahan diperlukan untuk feed Sourdough 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jika anda telah mendapat Sourdough starter atau berjaya membuat Sourdough starter hasilan sendiri,  masa untuk belajar 'feed' Sourdough untuk mengandakan jumlah kuantiti yis liar ini untuk di masukkan ke dalam resipi anda.

Artikel ini akan menerangkan cara-cara meng 'feed'  atau mengaktifkan Sourdough starter anda. 

Kebiasaannya anda hanya perlu bahan-bahan ini untuk feed Sourdough starter anda:-

A. Bahan-bahan

1 cawan tepung unbleached 

1 @ 3/4 cawan air filter (bukan RO)  atau
Air mineral

Sudu stainless steel bukan besi untuk digunakan

**untuk anda yang baru belajar di nasihatkan gunakan nisbah 1:1
* 1 cawan tepung : 1 cawan air

Cara-caranya:-

Anda boleh mencampurkan terus ke dalam botol Starter anda kedua-dua bahan tersebut kacau sebati cukup likat dan pekat. 

Biarkan Sourdough starter ini selama 3-6 jam untuk naik sendiri menjadi 2 kali ganda dari berat asal (bahagian asal).

**kebiasaannya saya hanya memerlukan 3 jam sahaja masa untuk Sourdough starter saya aktif dan menjadi 2 kali ganda. 


Pastikan kepekatan bancuhan okay dan mampu naik
Anda boleh tandakan bahagian asal dengan getah.

Gambar di atas saya menandakan menggunakan getah hijau.

Cuci sekeliling botol anda untuk menampakkan botol anda 'clean' @ bersih supaya mudah untuk anda melihat dengan jelas jumlah kenaikan Sourdough starter anda. 


B. Tempoh dan suhu

Tempoh 6 jam ke atas atau kurang adalah berdasarkan suhu sekeliling. 

Jika suhu agak sejuk lebih lama masa diperlukan. 

Suhu panas lebih singkat masa diperlukan.


C.  Sourdough starter untuk diberikan kepada kenalan

Jika anda sekadar ingin feed Sourdough starter untuk diberi kepada kenalan atau keluarga anda,  tukarkan sahaja jumlah tepung kepada 2 sudu dan sesuai kan ia dengan jumlah air. 

Kemudian seperti biasa,  tunggu sahaja Sourdough starter anda mula menaik dan berubah menjadi 2 kali ganda berat. 

D.  Cara rehatkan Sourdough starter jika tidak digunakan.

Andai Sourdough starter anda terlalu aktif. 

Anda boleh rehat atau sejukkan ia sebentar di dalam peti ais. 

Jika anda mahu menggunakan Sourdough starter anda sila keluarkan kembali Sourdough starter anda ini. 

E.  Penggunaan Sourdough  Aktif dan tidak aktif

Untuk memudahkan tahap pemahaman anda, sila fahami info dibawah:-

1. Resipi menggunakan yis anda perlukan Sourdough yang aktif.  Contoh resipi roti, donut, pau dan lainlah.

2. Resipi tidak menggunakan yis seperti chapati,  lempeng,  cekodok anda boleh terus menggunakan Sourdough starter dari peti ais (tidak aktif).

F.  Info lain mengenai masakan

Anda hanya perlu menambahkan sesudu atau 2 sudu Sourdough starter ke dalam resipi adunan anda berdasarkan firasat anda sendiri.  Saya hanya menambahkan sesudu atau 2 sudu sahaja Sourdough starter di dalam bancuhan adunan chapati saya.

**saya menggunakan 1 sudu Sourdough Starter untuk secawan tepung.

Adunan chapati saya dibiarkan selama 3 jam untuk Sourdough starter itu menguraikan gluten di dalam adunan.

Jika anda ingin membuat roti atau menu menggunakan yis, anda perlu aktif kan Sourdough starter 3-6 jam kurang atau lebih.

Setelah selesai bancuhan resipi anda dikehendaki membiarkan adunan anda menjadi 2 kali ganda dan pastikan adunan itu telah naik gebu kerana fungsi Sourdough ialah menggantikan yis komersial.  Ini terpulang kepada masa adunan anda naik menjadi 2 kali ganda (6-9jam bergantung pada suhu dan nasib).  

Perhatian :-  Pastikan anda tidak memasukkan garam secara terus di dalam Sourdough starter anda.  Ini mungkin membunuh Sourdough itu sendiri (risiko Sourdough mati dan tidak lagi boleh digunakan).  Jauhi menggunakan air REVERSE osmosis yang di tambah garam Pink untuk menggantikan air mineral atau air berlapis. 

Semoga info ini membantu anda.

Terima kasih.

** di bawah ini link sambungan artikel seterusnya.

Mengenal pasti Sourdough starter Aktif dan Tidak Aktif




Rabu, 28 Disember 2016

Pertama kali Menggunakan Starter Sourdough


Starter Sourdough yang diberikan oleh yanie untuk saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah setelah bertahun mengenali Sourdough atau yis liar purba,  akhirnya hari ini saya berjaya dan diberi kesempatan dan rezeki dari Allah  untuk menerima pemberian Sourdough starter dari sahabat yang saya hanya kenali di Facebook iaitu Yanie,  insan yang sama menghadiahkan saya benih kefir bertahun lepas. 

Untuk info sourdough starter juga boleh dibuat sendiri.  Anda boleh Google dan belajar dari YouTube bagaimana menghasilkan Sourdough starter ini. 

Sourdough starter boleh terus digunakan jika anda hanya ingin memasak chapati, lempeng,  cucur atau apa sahaja resipi yang menggunakan gandum atau tepung yang mempunyai gluten termasuk wholemeal. 

Sourdough starter perlu di 'feed' atau diberi 'makan' untuk menggantikan yis komersial untuk menu masakan yang menggunakan yis komersial seperti pau,  roti, apam dan sebagainya. 

Untuk pembuatan chapati,  saya hanya perlu mengambil sesuatu Sourdough starter dan tambahkan sahaja ke dalam adunan chapati saya dan peram adunan selama 3 jam sebelum menguli adunan chapati saya. 

Berbeza jika dimasa akan datang saya ingin membuat roti,  saya perlu memberi makan starter Sourdough saya beberapa sudu tepung dan membiarkan ia membiak selama beberapa jam berdasarkan cuaca dan ketinggian penambahan starter. 

Contoh starter Sourdough seperti gambar di atas asalnya hanya setinggi garis getah hijau.  Setelah di beri makan,  hanya beberapa jam Sourdough starter ini telah naik tinggi dan mengembang.  Alhamdulillah. 

Untuk pembuatan roti atau pau yang perlu menggunakan yis,  saya wajib menggunakan Sourdough starter yang telah di beri makan ini dan membiarkan adunan kembang 7-8 jam berpandukan keadaan adunan dan resipi adunan itu sendiri. 

Untuk permulaan cukuplah saya hanya menggunakan Sourdough starter ini di dalam resipi chapati saya.  

Bancuhan adunan yang bercampur Sourdough ini,  insyallah akan membantu menghuraikan gluten yang terkandung dalam adunan chapati saya di mana saya menggunakan tepung unbleached dan tepung wholemeal. 

Untuk individu yang menghadapi masalah gluten intolerance seperti saya yang kebiasaannya mereka yang menghadapi masalah auto imun seperti usus bocor,  ekzema,  asma,  arthritis dan pelbagai penyakit auto imun termasuk resdung dan migrain. 

Kebanyakan manusia kini menghadapi masalah pencernaan gluten atas pengaruh makanan moden dan diet yang tidak menentu selain stress. 

Mengurangkan gluten di dalam diet amat digalakkan untuk mereka yang menghadapi masalah penguraian gluten ini. 

Sourdough tidak membuang gluten terus dari makanan ia sekadar menguraikan gluten agar lebih mudah dicerna.

Ia amat berbeza dengan makanan tanpa gluten.  Jika anda mengamalkan diet gluten free atau diet tanpa gluten,  makanan berasaskan  Sourdough bukan pilihan tepat untuk diamalkan (masih mengandungi gluten). 

Semoga info ini membantu anda yang menghadapi masalah gluten intolerance. 

Terima kasih. 


** di bawah ini link sambungan artikel seterusnya

BAGAIMANA aktifkan @ beri makan Sourdough Starter?



Sabtu, 10 Disember 2016

Apa itu SOURDOUGH?



Donut sourdough coklat yang dibeli oleh saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Mengenali Sourdough ketika menjalani proses Topical Steroid Withdrawal (TSW) adalah antara ilmu baru mengenai pemakanan yang saya saya pelajari. 

Sourdough atau yis liar melalui penapaian adalah yis yang digunakan oleh masyarakat purbakala zaman dahulu sebelum kehadiran yis komersial yang banyak digunakan di pasaran dan pemakanan zaman moden ini. 

Sourdough ialah ragi masam,  ia terhasil dari Sourdough starter yang di beri 'makan'  dan di 'bela'. 

Anda boleh menghasilkan yis starter sendiri dari Strach atau hampas tertentu sama ada dari gandum,  sayur sayuran atau buah buahan  (ia akan dibincangkan dalam artikel seterusnya). 

Tahukah anda,  dengan pemakanan moden kini,  usus masyarakat moden kebanyakan bermasalah. 

Ada ramai penduduk dunia zaman moden ini mengalami masalah 'gluten intolerance'  atau masalah penguraian gluten terutama mereka yang mengalami masalah usus bocor. 

Sourdough adalah yis liar atau bahan utama dalam penguraian gluten di dalam makanan yang menggunakan bahan tinggi gluten seperti gandum dan bahan-bahan lain. 

Sourdough dipercayai telah digunakan oleh masyarakat Mesir purbakala 4000 tahun dahulu.  Ia digunakan dalam. Pembuatan roti khususnya. 

Di Itali Sourdough dikenali sebagai 'levain'  dalam pembuatan roti. 

Kini seiring zaman Sourdough juga digunakan untuk membuat cookies, biskut,  cucur,  kraken,   roti,  donut dan bun. 

Kini semakin ramai yang mengetahui keistimewaan Sourdough dan membelanya. 

Saya masih belum berkesempatan untuk membela dan belajar menggunakan Sourdough dan lebih selesa membelinya buat masa ini. 

Untuk mereka yang menghadapi masalah usus bocor atau masalah auto imun seperti asma,  eczema,  gout,  arthritis atau masalah penyakit lain yang berkaitan dengan penghadaman anda boleh mencuba resipi Sourdough atau membeli makanan dari Sourdough ini yang kini banyak dijual di kedai organik dan Facebook. 

Insyallah jika punyai masa dan kesempatan saya sendiri akan membela Sourdough dan menghasilkan produk dari Sourdough ini termasuk biskut dan cookies gluten free untuk dipasarkan.

Saya memerlukan masa untuk mengkaji resipi dan cara terbaik untuk membela dan menghasilkan produk yang lebih sihat. 

Doakan. 

Terima kasih. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...