Isnin, 2 Januari 2017

Mengenali Sourdough Starter Aktif dan Tidak Aktif



Starter yang telah aktif dan bertambah menjadi 2x ganda

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah artikel sambungan dari artikel sebelum ini di link di bawah ini, 

Bagaimana mengaktifkan Sourdough starter anda?

Setelah anda 'feed'  atau memberi makan Sourdough starter anda.  Biarkan starter anda selama 3-6 jam bergantung kepada kenaikan starter anda.

Jika anda bernasib baik,  dalam 2 jam lebih sahaja starter anda akan bertambah dua kali ganda dan boleh di gunakan. 

Gambar di atas ialah hasil Sourdough starter yang telah di beri makan atau 'feed'.
Saya terpaksa memindahkan separuh dari Sourdough starter ke dalam bekas lain kerana bimbang Sourdough starter saya akan melimpah.

Untuk info,  jika Sourdough starter anda terlebih aktif ia boleh melimpah keluar botol.
Dan menjadi terlalu banyak.

Anda boleh melihat gambar jumlah Sourdough starter asal di artikel sebelum ini di link di atas.

Sourdough starter yang aktif akan naik menggelembung dan berbuih banyak
Anda boleh mengenali Sourdough starter yang aktif dengan hanya melihat pertambahan kenaikan yis dan buih buih yang kembang dan banyak.

Untuk info anda wajib menggunakan Sourdough starter aktif yang sedang berkembang dan berbuih banyak ini jika anda ingin membuat makanan yang menggunakan yis seperti roti,  donut,  pizza,  pau dan lain-lain sebelum Sourdough starter ini kembali  'berehat'  setelah kekenyangan di beri makan @ 'feed'.

Sourdough starter yang aktif akan kembali berehat setelah kenyang.
Itu antara alasan kenapa anda harus memerhatikan pergerakan Sourdough starter anda.

Penurunan kadar Sourdough starter akan berlaku secara automatik setelah ia kenyang.

Anda harus bijak melihat dan menilai proses ini.

1. Terdapat kes Sourdough starter yang aktif selepas 2-3 jam,  masuk jam 4 ia telah kembali kenyang dan berehat atau tidur.

2. Kes Sourdough Aktif selepas jam 4 dan kembali tidur selepas jam 6.

3. Tiada masa tepat Sourdough Starter aktif dan kembali kenyang.

Anda boleh mengurangkan keaktifan Sourdough atau membiarkan Sourdough starter anda berehat dengan menyimpan Sourdough starter anda di dalam peti jika tidak digunakan.

Anda boleh terus menggunakan Sourdough starter yang sedang tidur atau berehat (setelah feed dan naik (aktif),  kemudian turun balik)  terus ke dalam resipi masakan yang tidak menggunakan yis seperti chapati,  lempeng,  cekodok dan sebagainya.

Kesimpulannya,  tidak perlu terkejut jika Sourdough starter anda melimpah keluar dalam waktu terdekat selepas anda memberi makan walaupun ia hanya mengambil masa sejam.

Juga tidak perlu panik bila melihat Sourdough starter anda kembali turun ke jumlah asal.

Semoga anda kini tahu antara beza Sourdough Aktif dan tidak aktif.

Dan perbezaan resipi yang menggunakan kedua-duanya.

Terima kasih.

**ini sambungan artikel seterusnya

Berapa nisbah Sourdough Starter yang digunakan di dalam adunan @ Resepi?



Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...