Isnin, 2 Januari 2017

Tanam Ubi kayu


Cuaca panas kering.. Hujan di akhir tahun.. Alhamdulillah pokok tetap hidup dan berbakti 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Cuaca di Malaysia,  sekejap panas,  kering,  hujan dan tidak menentu tidak menjadi masalah untuk berkebun dan bercucuk tanam. 

Antara tumbuhan paling mudah di tanam ialah pokok ubi kayu. 

Alhamdulillah,  sahabat saya, Wan telah menghadiahkan batang ubi kayu untuk di tanam. 

Ibu saya yang rajin telah menanam batang ubi kayu itu dan akhirnya setelah 9 bulan,  ubi kayu itu di gali dan batang pokok ubi kayu di tanam kembali. 

Perkara yang menarik mengenai ubi kayu atau singkong dalam bahasa Indonesia ini kerana ia telah dikongsi acap kali di dalam setiap Group what apps sebagai bahan anti kanser dan agen penyembuhan kanser. 

Istimewa lagi jika pohon ubi kayu ini mula berdaun,  anda boleh memetik pucuk ubi kayu dan direbus untuk dijadikan ulam atau gulai lemak pucuk ubi kayu. 

Ada pendapat mengatakan memetik pucuk ubi kayu akan menyebabkan rasa ubi kayu itu pahit,  tetapi jiran kami mengatakan ia tidak benar,  malah pokok ubi kayu dan pucuk ubi kayu akan bertambah subur. 

Setelah bereksperimen ternyata pengalaman kami mengatakan mengambil pucuk ubi kayu tidak menyebabkan rasa ubi kayu pahit malah pokok ubi kayu makin subur termasuk pucuk ubi kayu itu sendiri. 

Untuk info,  tahun 2016 adalah tahun pertama kami tidak perlu membeli ubi kayu yang pada tahun 2015 mencecah Rm4 sekilogram. 

Ubi kayu ketika di kerat dari akar mestilah tidak menampakkan isinya.  Anda mesti menebang akarnya dah pastikan ubi kayu tertutup penuh bagi mengelak ubi kayu dari teroksida dan berubah warna (masuk angin). 

Ini alasan kuat mengapa ubi kayu harus dimakan segar selepas di cabut. 

Satu perkara yang saya belajar daripada ibu saya,  ubi kayu walau pun dikerat dari pohon dengan cermat (tertutup semua bahagian)  jika dijemur atau terkena matahari dalam jangka masa lama,  akan menyebabkan pening kepala atau sakit kepala jika memakannya bagi sesetengah individu.  Ia juga adalah perkara sama disampaikan oleh arwah nenek saya. 

Memang berbaloi menanam ubi kayu sendiri.  Tidak seperti tahun sebelumnya saya terpaksa mencari ubi kayu segar yang masih putih bersih di jual di luar,  kini cukup 6 bulan ke 9 bulan saya boleh menikmatinya bila-bila masa. 

Pokok ubi kayu tidak memerlukan penjagaan khusus.  Walau bagaimanapun ada pendapat mengatakan menanam ubi kayu menarik perhatian babi hutan kerana babi hutan boleh bau pokok ubi kayu dari jauh.  Wallahu'alam. 

Ubi kayu enak dinikmati secara rebus,  digoreng atau sebagai kerepek.  Memang sedap. 

Lebih beruntung anda tidak perlu pening kepala mencari ulam atau sayur jika anda kehabisan stok,  petik sahaja pucuk ubi kayu,  rebus dan jadikan ulam.  

Tak perlu risau mengenai semburan racun dan bahan tahan lain. 

Jika anda berada di bandar.  Tidak perlu risau.

Terdapat pelbagai tumbuhan lain yang anda boleh tanam di dalam pasu seperti cili,  lada,  capsicum,  lidah buaya dan pelbagai lagi. 

Tunggu apa lagi,  mula bercucuk tanam sedikit demi sedikit mulai sekarang. 

Ia menjimatkan kos dan yang utama menanam tumbuhan sendiri menjauhkan penggunaan racun yang menakutkan. 

Terima kasih. 


Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...