Selasa, 10 Januari 2017

Jatuh dan Bangun


Antara produk hasil tangan dan idea saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Belajar menjual di sekolah untuk 2-3 hari ketika darjah 4 di kelas sendiri, kemudian berhenti, ditambah perangai kuat ponteng sekolah, saya berhenti menjual semenjak itu. 

Ketika tingkatan 3, saya belajar bekerja menjual kasut BATA,  di bandar Jengka ketika cuti sekolah selama sebulan dan ketika itu saya menggunakan gaji tersebut untuk membeli cermin mata. 

Tamat PMR,  terus saya memohon memasuki sekolah menengah Vokasional dalam jurusan pengurusan perniagaan kerana minat saya dalam berniaga dan bercita cita menjadi usahawan berjaya seperti saidatina Khadijah dan meninggalkan kelas Prinsip Akaun serta sahabat karib saya. 

Kembali belajar menjual produk bank dan mempromosi produk bank pada tahun 2004 sehingga saya bekerja sendiri dalam bidang insurans membawa saya bertemu ramai usahawan berjaya dan berstatus usahawan.  Semuanya bermula dari bawah. 

Di bidang perbankan ini juga saya dikurniakan sahabat handal yang baik hati dalam bidang mereka sendiri. 

Ada yang berjaya dan terus berjaya,  ada yang dahulunya berjaya kini jatuh,  ada yang masih struggle dan ada yang dulu jatuh kini berjaya dan ada yang berulang kali jatuh dan naik serta asyik berulang kali melalui pengalaman jatuh naik yang sama. 

Pada tahun 2009 saya berbuddy (menggunakan sistem buddy dalam group)  bersama agen saya Iffah Zaimi dan kami agak berjaya dalam sistem buddy tersebut dan Iffah berjaya mendapat trip melancong ke Luar Negara. 

Kami memutuskan untuk mencuba bidang lain,  Iffah dan saya memilih untuk berpisah dan kami mencuba pelbagai bidang dari MLM,  event dan hartanah.  Iffah berjaya menjadi antara agen popular dan kemudian menulis dan menjual ebook beliau iaitu ejen hartanah. 

Kemudian Iffah membina satu perniagaan baru dalam bidang atur cara dengan tagline EH EH Bazar dan tagline serta company beliau masih kekal sehingga kini. 

Saya percaya sahabat saya Iffah juga sama melalui turun naik perniagaan seperti yang kerap dibicarakan oleh beliau kepada saya. 

Yang pasti setiap usahawan berjaya ialah mereka yang berusaha sehingga berjaya. 

Saya juga seperti Iffah berniat untuk mula berniaga produk sendiri dan menanam impian memiliki syarikat sendiri. 

Produk pertama saya Crunch Flakes by QK pada mulanya mendapat sambutan agak menggalakkan. 

Dengan meletakkan produk crunchy flakes di pelbagai kedai makanan dan restoran ia laku keras untuk bulan bulan pertama.

Sehingga ada restoran yang terpaksa menelefon saya untuk menghantar stok baru segera supaya stok crunchy flakes tidak putus.

Ada tempat Crunchy Flakes by QK hanya terjual sebalang,  2 sahaja.

Setelah berbulan berniaga. Akhirnya saya hanya fokus kepada kedai yang jualannya laku sahaja.

Masuk tempoh 6 bulan jualan Crunchy Flakes mula menurun.

Saya berhenti mempromosikan ia di kedai makan atau restoran.

Mungkin harga RM10 ketika itu tidak sesuai diletakkan di kedai makan dan restoran sebegitu.

Saya mula mempromosikan Crunchy flakes di dalam blog lebih kerap.

Rezeki mempromosi  Crunchy Flakes 2 tahun lepas ketika permulaan  Crunchy Flakes di pasarkan akhirnya mewujudkan pembeli yang berminat hanya bermula dengan membaca Blog ini.

Ada yang membeli 2, 4,6,10,12 malah sampai 60 balang.

Kemudian seiring ramai yang mula berniaga pelbagai jenis makanan, permintaan Crunchy flakes menurun.

Saya mula memikirkan produk lain untuk di perkenalkan.

Jika dulu saya hanya mempromosikan di kedai makan,  Blog dan sesekali Facebook.

Saya merasakan saya harus mula membina database di kala ekonomi dikatakan merundum ini untuk di gunakan di masa akan datang.

Maka bermulalah strategi menambah pengalaman dan pengetahuan seterusnya.


Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...