Ahad, 5 Februari 2017

16 Khasiat dan Kegunaan Akar Beluru atau Akar Sintok


Akar beluru atau Akar sintok seikat rm5
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ibu saya pernah bercerita mengenai akar beluru yang berbuih dan boleh dibuat sebagai pencuci pakaian. 

Ketika zaman ibu saya kecil akar beluru yang berbuih itu digunakan untuk mencuci pakaian. 

Semalam, saya akhirnya mengenali akar beluru dan berjaya mendapatkan ia dengan harga Rm5 seikat.  Untuk info saya membaca di Google di pasar siti khadijah,  Kota Bharu akar sintok atau beluru ini dijual seikat dengan harga hanya RM1.

Akar beluru atau Akar sintok direndam dalam air panas atau air sejuk
Dari pembacaan saya di Google, ini info yang saya dapati mengenai kegunaan akar beluru atau Akar sintok ini:-

1. Akar beluru ini sesuai dijadikan sebagai mandian untuk mereka yang menghadapi sakit kulit.  Harus ditegaskan disini jangan pula anda gunakan di tempat kulit yang luka. 

2. Akar beluru ini telah diguna lama dahulu sebagai mandian dan sabun oleh nenek moyang kita sebelum kehadiran sabun malah ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan ia sebagai sabun badan. 

3. Akar beluru terkenal sebagai syampu rambut.  Ia menghilangkan kelemumur dan menjadikan rambut hitam berkilat. 

4. Ketika anda menggunakan akar beluru sebagai syampu pastikan ia jangan terkena bahagian mata, kerana ia dipercayai boleh memedihkan mata. 

5. Saya ada terbaca akar beluru yang di rebus dan direndam juga boleh digunakan untuk perawatan wanita.  Saya tidak berani menggunakan ia untuk perawatan wanita termasuk minum air rendaman akar beluru atau sintok ini selagi tidak mendapat maklumat lanjut dari individu lebih arif. 

6. Akar beluru terkenal sebagai akar sintok di kawasan Utara dan sesetengah tempat yang lain.  Di Timur ia lebih dikenali sebagai akar beluru. 

7. Anda perlu merendam akar beluru dan meramas akar beluru sehingga keluar buih sebelum menggunakan ia. 

8. Pada hari ini didalam rancangan Nasi Lemak Kopi O,  di bahagian jemputan ustaz mengenai pengurusan jenazah,  ustaz itu memberitahu akar beluru atau Akar sintok turut digunakan dalam mandian jenazah selain daun bidara.

Hampas akar beluru yang telah digunakan boleh diulang pakai berkali-kali sebagai ganti berus kaki dan kuku 

9. Saya telah menggunakan akar beluru sebagai mandian dan syampu pertama kali untuk hari ini.  Rambut saya terasa bersih.  Saya turut menggunakan hampas kering akar beluru sebagai loofah ketika mandi. 

10.  Jika teknik 'dry brushing' menggunakan berus dan loofah yang dibuat daripada petola kering,  untuk menjimatkan kos, 2 dalam 1 akar beluru ini juga boleh digunakan sebagai loofah selain sebagai syampu rambut dan badan. 

11. Hanya gosokkan sahaja akar beluru yang direndam didalam air di bahagian tumit dan bahagian tubuh lain secara lembut. 

12. Akar beluru atau Akar sintok juga adalah antara bahan dalam syampu Babydoll PRODUK Zai's Beauty Formula. 

13. Pastikan anda membuat 'pacth tech'  terlebih dahulu untuk memastikan akar beluru ini sesuai untuk kulit dan tubuh anda.

14. Selain syampu rambut anda juga boleh menggunakan air akar beluru sebagai pengganti sabun termasuk sabun tangan dan di isi di dalam botol semburan kecil.

15. Ramas-ramaskan akar beluru didalam air selepas direndam dalam 2 jam sehingga berbuih dan baru ia sesuai digunakan sebagai sabun atau syampu.

16. Akar beluru yang telah digunakan juga boleh dijadikan sebagai berus tubuh sebagai ganti loofah-sponge di tubuh bagi membangunkan menanggapi sel kulit mati,  stretch Mark,  selulit dan parut di tubuh.  Anda boleh terus menyimpan akar beluru yang telah digunakan dan guna ia kembali sebagai berus di bahagian kaki anda termasuk bahagian kuku. 


Semoga info ini bermanfaat untuk anda pencinta bahan semula jadi. 

Terima kasih. 





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...