Minuman Yogurt adalah antara produk rendah lemak yang popular |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Di tanam dalam fikiran semenjak kecil bahawa lemak itu tidak sihat, boleh meninggikan kolesterol dan membuat jantung tersumbat, ramai antara kita yang mengelakkan makanan berminyak dan berlemak.
Mereka yang berdiet dan mementingkan kesihatan pasti akan memilih produk rendah lemak yang terkenal di pasaran.
Antara produk rendah lemak di pasaran yang sering menjadi pilihan pengguna ialah susu rendah lemak dan Yogurt rendah lemak serta keju dan Mentega rendah lemak.
Saya juga begitu. Pilihan utama sejak dulu ialah susu segar Marigold rendah lemak perasa Vanilla juga susu coklat rendah lemak.
Itu tidak termasuk Yogurt rendah lemak dan segala makanan yang tertulis rendah lemak atau low fat itu.
Namun seiring zaman teknologi dan media sosial. Maklumat di hujung jari. Maka semakin ramai sedar maksud di sebalik label rendah lemak itu.
Realiti, terdapat lemak baik dan lemak sihat di dalam setiap menu dan bahan makanan.
Isu ketakutan kepada lemak ini timbul bertahun dulu akibat salah faham kebaikan lemak kepada tubuh khususnya lemak baik.
Antara lemak baik untuk tubuh ialah lemak susu segar dan lemak yang terdapat di dalam Yogurt.
Ada kajian mengatakan kebanyakan makanan dan produk berlabel rendah lemak mempunyai kadar gula yang lebih tinggi sebanyak 20% berbanding makanan sama tanpa label rendah lemak.
Adalah merugikan untuk produk rendah lemak yang tinggi kandungan gula itu adalah susu atau Yogurt yang terkenal sebagai bahan kandungan lemak yang baik untuk tubuh.
Tubuh memerlukan lemak yang baik untuk mengurangkan lemak tidak perlu di dalam badan.
Selain tinggi kandungan gula berbanding produk asal tanpa label rendah lemak, proses mengurangkan lemak terutama pada biskut atau kraker atau produk lain turut menggunakan proses hidrogen yang mengakibatkan kewujudan trans fat atau lemak terhidrogen yang tidak bagus untuk kesihatan.
Anda harus bijak mengenali lemak baik dan lemak jahat.
Minyak zaitun adalah antara minyak yang mengandungi lemak baik. Tidak perlu terlalu mencari produk berlabel 'fat reduced', 'low fat' atau 'less fat' Jika ia melibatkan makanan yang mempunyai lemak baik.
Ada artikel yang mengatakan terdapat sesetengah produk rendah lemak yang tidak mengandungi tambahan gula, namun adalah satu kerugian jika lemak yang baik dibuang dan tidak digunakan untuk tubuh.
Makanan sihat yang mengandungi lemak yang sihat tidak akan mendapat tujuannya jika tidak digunakan oleh tubuh sepenuhnya untuk mengoptimumkan penggunaan lemak baik untuk pemulihan tubuh.
Semoga artikel ini mengubah anda dalam membaca setiap label dan memahami kandungan label sebenar.
Rajin-rajinlah menggunakan carian Google dan membaca mengenai info kesihatan terbaru di hujung jari anda.
Semoga artikel ini disukai dan berguna untuk semua.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan