Popia enak yang di buat sendiri |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah
Tempat Makan Best Di Kuantan Part 34
Jika anda pengemar masakan sihat berasaskan sayur-sayuran, anda tentu mengemari popia basah.
Jika anda bercuti atau berada sekitar area Kuantan, anda boleh singgah di area Sungai Karang berhadapan Swiss Garden Residents Kuantan untuk menikmati popia enak ini.
Jika anda pengemar masakan sihat berasaskan sayur-sayuran, anda tentu mengemari popia basah.
Jika anda bercuti atau berada sekitar area Kuantan, anda boleh singgah di area Sungai Karang berhadapan Swiss Garden Residents Kuantan untuk menikmati popia enak ini.
Kulit popia yang di buat di rumah |
Istimewa mengenai popia basah enak ini, semua bahan di buat sendiri.
Kulit popia dibuat di rumah di bawa ke kedai
Isi sayuran juga tentunya di buat sendiri.
Sayuran menggunakan lobak dan kobis |
Sayuran yang di gunakan tidak seperti popia basah lain yang kerap menggunakan tauge.
Sayur yang digunakan di dalam penyediaan popia ini ialah kobis dan lobak merah.
Kacang tanah dan bawang goreng juga dibuat sendiri |
Paling istimewa kacang tumbuk dan bawang goreng juga di buat sendiri di rumah.
Saya bukan peminat sos, maka awal-awal lagi saya sudah memesan untuk kurangkan sos dalam popia saya.
Sos di buat sendiri. Saya hanya meminta sedikit sos sahaja |
Harga popia basah ini hanya RM5 untuk 4 popia basah yang enak. Ia dibuka dari pukul 12 tengah hari.
Sos dan kulit popia |
Rasa sos dan kulit popia ini sedap, dan sos ia kurang manis.
Anda boleh melihat penyediaan popia basah ini di hadapan mata anda sendiri |
Popia basah yang di buat 'fresh' atau segar ini, di sediakan di hadapan mata anda.
Cara penyediaan juga bersih dan tersusun.
Popia basah sedang di sediakan |
Di sini juga turut dijual keropok lekor lebih ikan dan tanpa msg.
Hanya RM1 sebatang. Bagi anda yang alah pada ajinomoto, keropok lekor ini tidak menggunakan ajinomoto sebagai bahan penambah rasa.
Keropok lekor ori |
Anda boleh mencuba keropok lekor ori dengan isi ikan lebih ini.
Keropok lekor tanpa ajinomoto |
Saya berkesempatan membeli keropok lekor ikan lebih tanpa ajinomoto atau MSG ini semalam dan rasanya amat sedap sekali.
Keropok lekor |
Keropok keping juga di jual di sini |
Sayang sekali ketika saya datang, kawasan sekitar menghadapi masalah air, maka hidangan ini tidak dijual pada hari tersebut.
Berada di hadapan Swiss Garden Residences Kuantan sebelah Al BAyt |
Gambar popia juga saya terlupa ambil, sehingga ia telah selamat di makan sekeping.
Saya minta sos sikit dan kacang serta bawang goreng sikit sahaja sebenarnya jauh banyak dari ini. Satu telah selamat di makan. |
Ini adalah tempat Makan wajib singgah anda.
Pasti anda akan datang berkali kali ke sini nanti.
Semoga artikel ini membantu anda.
Terima kasih
**di update 18hb February 2017
Semalam saya berkesempatan menikmati hidangan laksam di sini.
Laksam disini antara yang terbaik di area Kuantan.
Kuah laksam disini sedap dan laksam pun lembut.
Anda di galakkan mencuba menu ini
Berikut gambar yang sempat diambil oleh saya semalam.
Laksam yang enak |
Kuah laksam. Yang pekat dan sedap |
Laksam dan laksa |
Antara menu di sini |
** ini adalah Sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Kuantan Part 36
2 ulasan:
As salam. Sedap tul makanan yg dijual kat situ. Nanti abam kie nak pi sana la.
BTW, abam kie jd follower ke 47. TQ.
Memang sedap dan amat disyorkan. Terima kasih sudi jadi folower Blog ini.
Catat Ulasan