Selasa, 7 Februari 2017

Teringin Pakai Braces..


Gambar tahun 2012
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Melihat ramai memakai Braces,  saya mula menemani sahabat saya Mizi untuk membuat Braces di Klinik Gigi Dr.  Zarin di Taman Putra,  Ampang dalam tahun 2010.

Ramai sahabat saya dan sepupu saya yang saya syorkan ke klinik ini kerana perkhidmatan beliau yang bagus dan harga yang amat berpatutan. 

Di klinik gigi inilah klinik gigi yang paling saya percaya semenjak saya bekerja di CIMB bank. 
Menemani sahabat saya dan sepupu saya.  Saya sendiri mula berminat memakai Braces. 

Sahabat saya Awin tidak menggalakkan saya memakai Braces,  bagi Awin gigi saya dan bentuk wajah saya sudah cantik dan tiada kekurangan. 

Kata Awin memakai Braces itu boleh mengubah bentuk muka sedikit sebanyak. 

Sayang kepada bentuk muka saya yang sering dipuji sahabat, dan kurniaan Illahi saya membatalkan hasrat saya. 

Dari tahun 2010, tahun 2012 sekali lagi saya berniat memakai Braces kerana menemani sepupu saya ke Klinik Dr Zarin.  Atas nasihat Dr. Zarin saya membatalkan niat saya memakai Braces,  saya tidak jelas sebab beliau tidak menggalakkan saya memakai Braces.  Mungkin kerana gigi saya Yang sensitif dan Gusi saya yang kurang kuat kerana amalan memberus gigi Yang kuat menggunakan berus gigi jenis kasar yang menghakis gigi dan Gusi saya.  (atas saranan Doktor Zarin saya perlu menggunakan berus gigi ekstra lembut @ extra soft) 

Tahun seterusnya sahabat saya Rima pula memakai Braces.  Saya melihat dengan jelas betapa gigi Rima yang dulu tidak teratur dan tidak kemas makin cantik seiring beliau lama memakai Braces. Setelah hampir 3 tahun memakai Braces Rima menanggalkan Braces beliau atas nasihat doktor gigi beliau sendiri. 

Kata Rima,  doctor beliau menasihati beliau kerana rongga Gusi atau apa ntah saya pun tidak pasti yang semakin ke dalam.  (ini kena tanya pakar pergigian) 

Pujian harus diberikan kepada kepakaran Doctor gigi Rima itu.  Saya melihat sendiri betapa berbeza dan cantik susunan gigi Rima dan bentuk wajahnya. 

Cerita Rima doktor gigi beliau menggunakan komputer dan menyesuaikan dengan bentuk wajah,  sekaligus wajah rima terlihat cantik dari sebelumnya kerana bentuk wajah kesan memakai Braces. (setiap kali rawatan,  doktor gigi Rima akan berpandukan komputer untuk mendapat bentuk bersesuaian dengan wajah dan keadaan gigi yang kemas dan cantik.)

Rima mula menggalakkan saya membuat Braces,  malah sepupu Rima turut memakai Braces tetapi dengan perkhidmatan doktor gigi berlainan. 

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini sahabat saya Wan pula mula menelefon saya bertanya mengenai Braces. 

Maklumlah seiring usia, gigi dikatakan semakin renggang maka beliau berminat untuk memakai Braces.  Cerita Wan,  kawan dia yang sedang memakai Braces memberitahu promosi braces sekarang yang hanya RM750 di bahagian atas dan RM550 di bahagian bawah.

Wan meminta saya mencari baik dan buruk memakai braces.  Ia,  realiti yang harus diakui dari zaman persekolahan sayalah yang sentiasa menjadi 'rujukan'  dan, 'perpustakaan' untuk ilmu am seperti ini kerana sifat saya yang rajin membaca dan ke perpustakaan negeri. 

Maka bermulalah saya merujuk pengalaman dan menggunakan Google mencari maklumat.  Tiada banyak kesan buruk memakai braces melainkan jika Gusi anda lemah atau bermasalah. 

Rima pula bercerita bagaimana pengalaman beliau memakai braces dan pendapat beliau mengenai braces.  Betul anda kena memilih doktor yang benar benar pandai dan bijak dalam perawatan dan pemakaian braces ini.  Dari pengalaman individu sekeliling Rima ada yang memakai braces tapi selepas menanggalkan braces gigi mereka tidak sekemas gigi Rima. 

Mengikut kata Rima,  selepas menanggalkan braces beliau,  beliau kena memakai alat di belakang gigi beliau supaya gigi itu tidak beralih dan kekal cantik dan kemas.  Tetapi oleh kerana agak sakit dan ke tidak keselesaan,  maka beliau tidak memakainya dan hanya memakai 'retiner'  atau sejenis macam 'gam'  sahaja. 

Cerita Rima ketika memakai braces 4 batang gigi hadapan beliau dibuang untuk kekemasan barisan gigi baru beliau.  Ia benar,  bagaimana ingin memakai braces jika ada gigi yang tidak dibuang (bagi kes tertentu). 

Permulaan memakai braces memang sakit dan kurang selesa. Saya melihat pengorbanan Rima sendiri yang kerap diserang ulser sepanjang tahun tahun beliau memakai Braces. 

Banyak makanan yang anda harus elakkan bagi mengelakkan ia melekat di braces anda.  Anda harus rajin mencuci braces anda dan gigi anda.  Terdapat berus gigi khas yang lembut untuk ini. 

Bonus untuk anda yang memakai braces,  saya membaca di Google bahawa siapa yang kerap minum kopi braces membantu mengurangkan kekuningan gigi kerana minuman kopi tidak terus terkena gigi anda. 

Hari ini Wan menghubungi saya lagi,  memberitahu Klinik gigi itu menawarkan harga yang lebih murah iaitu RM500 untuk bahagian atas dan RM500 untuk bahagian bawah.  Sebulan sekali untuk cuci hanya bayar RM50 sahaja. 

Wan sekali lagi bertanya pendapat saya. 

Setelah memikirkan tiada benda yang kekal,  rasanya saya sendiri kurang berminat untuk memakai braces.  Alhamdulillah gigi saya masih tersusun walaupun mungkin makin renggang seiring usia.  Jika menanggalkan braces pun gigi akan kembali renggang saya tidak sanggup merisiko kan gigi dan kesihatan Gusi saya. 

Tentu ada alasan kukuh mengapa Doktor Zarin yang baik hati dan baik dengan saya itu tidak membenarkan saya memakai braces sedangkan sahabat saya dan sepupu saya beliau izinkan.

Untuk anda yang mempunyai kesihatan dan Gusi yang kuat,  anda dipersilakan memakai braces.  Bagi anda yang tidak yakin akan kekuatan gigi dan Gusi anda.  Mungkin anda perlu menulis pro dan kontra di atas kertas dan memikirkan sekali lagi.

Memakai Braces memang menampakkan gigi yang cantik tersusun dan bagi saya menambah kecantikan dan kekacakan wajah. Malah doktor gigi yang pakar meratakan gigi untuk menambah kecantikan gigi anda. 

Saya serahkan artikel ini untuk anda berkongsi pengalaman anda di komen di bawah.  Tentu sekali saya dan sahabat saya ingin membaca pengalaman berbeza dari anda. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

Terima kasih. 


7 ulasan:

Hasrul Hassan berkata...

Hmmm bagus cerita ni .. ada penerangan juga ttg bracelet ni ..

Dah baca - Kerja Dari Rumah Dengan iLancee di HASRULHASSAN.COM

Qisya Khadeeja berkata...

Wah..tak sangka Blog saya berjaya disinggah. Baca Blog tuan ingatkan Blog saya antara lambat loading dan tidak sempat tinggal komen. Terima kasih.

Unknown berkata...

ktmana klinik yg rm500 atas bwh tu? cam best je

Qisya Khadeeja berkata...

Dekat Kuantan. Rasanya dah habis promosi. Coz baru-baru ini rakan saya buat habis Rm2000 di klinik yang sama.

Tanpa Nama berkata...

Sahabat cik Rima buat braces di klinik mana? Terima kasih�� blog menarik��

Qisya Khadeeja berkata...

Sahabat saya Rima buat Braces di klinik di Ampang Park dengan doktor gigi berstatus Dato. Saya tidak pasti nama klinik beliau. Nanti saya akan tanyakan Rima kembali dan Update di komen anda. Terima kasih atas pujian Blog.

Qisya Khadeeja berkata...

Di David orthodontist.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...