Imej Google pertama saya juga berusia 4 tahun selari usia Blog pertama penulisan saya ini |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Mula mengatur jari jemari menaip dan menulis di Blog ini pada 2 Februari 2013, empat tahun dahulu, alhamdulillah Blog ini kekal aktif sehingga kini.
Bukan mudah mencari idea untuk ditulis, lebih lebih lagi saya agak sukar mendapatkan gambar yang cantik dan menarik.
Tiada support atau sokongan yang boleh diharapkan melainkan diri sendiri dan ilmu serta izin dari Allah SWT.
Bermula dengan tulisan perkongsian tempat Makan Best, perkongsian tentang cinta, khasiat dan pelbagai lagi artikel termasuk motivasi, akhirnya Allah memberikan hadiah istimewa untuk saya dalam menjalani proses topical steroid withdrawal sekaligus menambahkan lagi sumber idea untuk penulisan pengalaman di Blog tercinta ini.
Seiring usia dan kemajuan Internet dan dunia teknologi media sosial, saya insyallah akan terus menulis perkongsian ilmu dan pengalaman hidup serta informasi yang lebih terkini dan terbuka untuk di kongsi bersama.
Blog pertama saya ini lebih bersifat peribadi, sekaligus memudahkan urusan menulis artikel mengikut isi hati dan asas asal penulisan Blog ini.
Bermula hanya tagline 'Journey Of Fear & Joy' kemudian bertukar kepada 'walk in my stilettos', kini tagline 'Keep Walking' menjadi tagline blog ini seiring segala artikel info, kuasa media sosial, ilmu bermanfaat dan motivasi yang bakal di kongsi bersama.
Tagline 'keep walking' bermaksud teruskan berjalan atau jalan terus.
Ada beberapa perkara yang perlu anda abaikan, atau lupakan juga belajar darinya tetapi anda harus terus berjalan untuk sampai ke arah tujuan anda.
Semoga dari hari ke hari Blog ini akan terus memberi manfaat dan dilawati serta di gemari oleh ramai pembaca dan peminat di seluruh dunia.
Semoga saya juga diberi kesihatan dan idea menarik yang bagus dan bermanfaat untuk di kongsi di Blog ini.
Doakan.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan taan terima kasih atas segala sokongan dan minat anda melayari Blog ini, akhirnya Satu Juta paparan telah dilepasi oleh Blog ini sebelum Blog ini berusia 4 tahun.
Doakan.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan taan terima kasih atas segala sokongan dan minat anda melayari Blog ini, akhirnya Satu Juta paparan telah dilepasi oleh Blog ini sebelum Blog ini berusia 4 tahun.
Sejujurnya saya sendiri agak kurang yakin Blog ini boleh melepasi angka 1 juta paparan sebelum ia genap berusia 4 tahun. Terima kasih berjuta kali lagi.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan