Rabu, 19 April 2017

Pengalaman Menggunakan Kurier @ Courier NINJA VAN


Order status
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya membeli barang di Lazada menggunakan perkhidmatan kurier atau Courier NINJA VAN.

Untuk info,  ini kali kedua saya membeli barang yang sama di Lazada iaitu Kitchen scale yang di jual dengan harga RM9.90 sahaja dan kos pengeposan atau penghantaran adalah percuma. 

Kali pertama membeli hanya satu barang yang berharga RM9.90 saya agak terkejut melihat kos pengeposan percuma. 

Al maklum,  sebagai seorang penjual Online,  kos pengeposan ini merupakan satu isu hangat. 

Maka saya menyelidik kurier apa yang diguna pakai oleh penjual Lazada itu,  ketika menerima email dari Lazada,  ia memaklumkan bahawa NINJA VAN ialah syarikat kurier yang digunakan. 

Maka saya mula memasukkan nombor rujukan consignment atau barang pesanan saya di bahagian track Order,  sayangnya saya mendapat mesej reference invalid atau tiada.

Sabar menunggu dan berfikir positif,  3 hari berikutnya juga sama.  

Mesej yang sama di paparkan bahawa No reference saya itu invalid. 

(sebelum terlupa Order saya dibuat pada hari Sabtu di Lazada). 

Pada hari Rabu tiba-tiba saya menerima email dari Lazada,  barang saya tidak dapat di hantar. 

Hanya tuhan yang tahu betapa kecewa hati saya. 

Dan saya memulakan refund. 

Dapat sahaja refund,  hati pun tenang dan sekali lagi saya membeli barang yang sama dengan penjual yang sama. 

Maklumlah sebagai penjual Online saya sendiri ingin mengetahui bagaimana perkhidmatan  kurier NINJA VAN dan berapakah kos perkhidmatan ini. 


Website NINJA VAN mengikut paparan telefon bimbit 
Jika untuk kali pertama tempoh hari saya membeli Online pada hari Sabtu.

Untuk kali kedua saya membeli secara Online di Lazada pada hari Selasa (18/4/2017)

Order kali kedua ini saya mendapat email seperti biasa dari Lazada yang memaklumkan No consignment atau reference saya untuk di rujuk di Website NINJA VAN.

Kali ini semuanya mudah.  Website NINJA VAN terus menunjuk paparan bahawa barang saya telah di bawa keluar dari Lazada store.

Paling istimewa saya turut menerima mesej dari NINJA VAN bahawa barang saya telah dihantar keluar dari stor Lazada.

Di bawah ialah mesej yang di hantar pada hari ini Rabu (19/4/2017).

RM0.00 Hi QISYA KHADEEJA  a Ninja is delivering your order from Lazada Warehse today!

Pada kali pertama pembelian saya sebelumnya,  saya tidak menerima mesej ini.

Ketika melawat website NINJA VAN dan melihat reference barang pembelian saya,  barang pesanan saya masih dalam transit atau perjalanan.

Saya membuat carian Google pengalaman pembeli lain menggunakan NINJA VAN.

Ada sesetengah memaklumkan jika anda berada di rumah,  namun tidak angkat telefon bimbit anda ketika mereka menelefon.  Pihak NINJA VAN akan menganggap anda tiada di rumah.

Maka pastikan anda sentiasa bersama telefon bimbit.

Pengalaman lain penulis Blog.  Operasi NINJA VAN bukan seperti waktu pejabat biasa,  ada waktu selepas waktu pejabat penghantaran tetap dibuat.

Penghantaran pada hari Sabtu juga dilakukan,  dan pekerja NINJA VAN akan menelefon dahulu untuk memastikan penerima berada di rumah.

Paling istimewa ada pembeli Lazada dan Zalora menerima barang yang dibeli tidak sampai 24 jam apabila ia menggunakan perkhidmatan dan kurier NINJA VAN.  

Hebat bukan?. 

Moralnya jika anda menggunakan perkhidmatan ini,  pastikan anda sentiasa dikemaskini dengan perjalanan barangan anda berdasarkan reference consignment yang diberi dan pastikan pada hari sepatutnya barang anda tiba, telefon bimbit anda sentiasa berada di tangan anda.

Saya baru sahaja mendaftar di NINJA VAN untuk mengetahuinya perkhidmatan untuk penjual Online yang ingin menggunakan perkhidmatan ini.

Saya masih tidak mendapat maklum balas dari Pihak NINJA VAN.

Saya tentunya ingin tahu berapa caj yang dikenakan dan selanjutnya mengganggu perkhidmatan NINJA VAN jika kos penghantaran jauh lebih murah dan berpatutan berbanding kurier komersial lain.

Maka ketika ini tentu sahaja saya sedang menunggu barang pembelian saya di Lazada sampai menggunakan kurier NINJA VAN.

Telefon bimbit harus sentiasa berada di sisi.

Maklumat lanjut perkhidmatan NINJA VAN ini akan saya kongsikan dalam artikel akan datang.  Insyallah.

Terima kasih.


*** barang belian saya dari Lazada menggunakan perkhidmatan NINJA VAN selamat diterima hari ini dalam jam 6.20 petang di bawa oleh perkhidmatannya ala-ala Uber atau Grab.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...