Sabtu, 29 April 2017

12 KHASIAT & KEBAIKAN BUAH KEDONDONG


Buah kedondong yang murah dan enak
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Manusia diberi pilihan untuk memilih dengan bijak sesuai keadaan diri.

Jika anda hanya punyai Budget yang rendah bulan ini untuk buah-buahan tempatan selain jambu batu,  buah kedondong boleh menjadi pilihan..

Kurang racun dan senang dijaga,  maklumlah buah tempatan,  ia insyallah jauh lebih selamat dari menikmati buah import yang anda sendiri tidak tahu bagaimana prosesnya untuk sampai ke Malaysia.

Buah kedondong ialah buah yang senang di tanam dan tumbuh subur di Malaysia.

Ia berbuah sepanjang tahun.  Pokoknya rendang sahaja.

Antara KHASIAT BUAH KEDONDONG yang dapat saya kongsikan untuk anda dalam artikel kali ini seperti berikut :-

1.  Sesuai sebagai ubat batuk.  Pelik tapi benar buah kedondong dikatakan boleh menyembuhkan batuk.  Maka jika anda dihinggapi penyakit batuk sila nikmati buah ini.

2. Enak di buat jeruk sebagai kudapan wanita hamil.  Pastikan anda menggunakan bahan sihat seperti cuka buah Semulajadi untuk membuat jeruk buah kedondong sendiri yang lebih sihat dan selamat.

3. Buah kedondong paling enak di makan bersama rojak buah.  Selain itu ia juga enak dibuat kerabu dan salad.

4. Seperti buah-buahan lain buah kedondong kaya dengan khasiat yang membantu proses pencernaan sekaligus bagus untuk tubuh.

5. Kandungan serat di dalam buah kedondong dalam anggaran 0.83-3.60mg untuk 100 gram amat bagus untuk anda yang kurang menikmati makanan berkhasiat.

6. Buah kedondong juga digunakan sebagai remedial atau ubat sakit perut.  Caranya anda hanya perlu merebus buah kedondong selama 15 minit bersama 2 cawan air berlapis.  Pastikan buah kedondong telah dipotong dan dicuci bersih.  Minum remedi atau air rebusan ini 2 kali sehari.

6. Untuk ubat batuk anda boleh menikmati buah kedondong sambil cicah garam Pink himalaya.  Ia lebih cepat berbanding menikmatinya sahaja.

7. Buah kedondong kaya dengan zat besi.  Dalam 100 gram buah kedondong terdapat anggaran 30 mg zat besi.  Buah yang bagus untuk kaum wanita khususnya.

8. Seperti buah lain,  buah kedondong turut mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.  Buah kedondong juga mempunyai kandungannya vitamin A yang bagus untuk penglihatan anda.

9. Buah kedondong juga bagus untuk kesihatan jantung. Kaya dengan Vitamin A dan zat galian lain buah kedondong turut mempercepatkan penyembuhan luka. Kandungan vitamin C di dalam buah kedondong pasti memudahkan lagi penyembuhan luka dan kecantikan kulit tubuh dan wajah.

10. Buah kedondong turut mempunyai vitamin B1. Vitamin yang terkenal amat bagus untuk tubuh yang turut membantu sel darah merah dan oksigen di dalam tubuh sekaligus bagus untuk mereka yang kekurangan darah.

11. Anda yang berisiko mempunyai kandungan kolesterol tinggi.  Sila amalkan menikmati kedondong. Buah kedondong dipercayai mengurangkan risiko ini.

12. Buah kedondong juga dipercayai boleh mengurangkan penyakit sariawan atau ulser.  Jika anda memakai Braces dan sering terkena ulser anda boleh amalkan buah enak ini.

Dikatakan menikmati buah kedondong dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan ngilu.  Saya tidak pasti kerana saya tidak menghadapi masalah ini ketika menikmati buah kedondong ini.

Selamat membeli buah kedondong.

Buah kedondong ini kebiasaannya banyak di jual di mana-mana sahaja.


Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...