Tagline dan header Untuk Blog Keep Walking |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ramai bertanya apa istimewa Blogger.
Banyak istimewa bergelar Blogger terutama jika Blog anda mengenai konten dan Info berguna serta bermanfaat.
Antara keistimewaan menjadi Blogger.
1. Paksaan untuk rajin membaca pelbagai Info dan maklumat terkini mengikut kategori yang di persembahkan di Blog.
Satu waktu dulu, saya peminat fesyen. Kini saya masih peminat fesyen namun atas alasan kekurangan Budget, Blog ini lebih kepada memberi manfaat mengenai kesihatan, pemakanan, pengalaman Ekzema @ eczema, motivasi, petua dan pelbagai lagi.
Sekaligus memaksa saya atau Blogger itu sendiri meminati dan mencari maklumat terbaru dan mendalaminya.
2. Kurangkan masa dengan aktiviti tidak berfaedah
Jika selama ini masa dihabiskan dengan Blog fesyen dan hiburan 24 jam, kini Blog berbentuk ini masih dibaca namun Blog informasi perniagaan, penulisan, kesihatan dan pemakanan turut kerap di kunjungi, malah di Facebook saya berhenti terus mengikuti pages hiburan, jika terlintas di wall saya mula membiarkannya sahaja.
3. Kurang tekanan dalam komunikasi
Sebagai Blogger, perkara yang membuat anda agak tertekan apabila cuba mendapatkan pendapat rakan sekeliling yang berlainan dunia dengan anda. Agak sukar mendapat idea dari rakan yang bukan pembaca Blog anda apa lagi jika mereka bukan berjiwa penulis.
Bonus besar jika anda punyai rakan atau sahabat dalam bidang penulisan.
Bonus sebagai Blogger anda sudah tidak peduli jika rakan atau sesiapa sahaja membalas what apps atau pesanan teks anda.
Anda ada banyak waktu untuk membaca dan mencari idea penulisan.
Paling penting kini anda boleh meluah rasa dan pendapat diatas Blog yang membantu ramai orang dan masyarakat berbanding bergosip atau mendengar keluhan yang tidak sudah.
4. Sentiasa mencari idea
Menjadi Blogger membuatkan anda wajib berfikir sentiasa untuk terus menulis.
Memperkenalkan produk di bawah label sendiri antara pengalaman yang boleh di tulis di Blog dan lebih mematangkan hidup selain menambah cabang kerjaya baru.
Itu alasan kuat mengapa saya salah seorang Blogger inginkan produk hasil pengalaman dan Kegunaan sendiri bukan OEM sebagai antara hasil produk pertama idea diri sendiri untuk masa akan datang saya tidak pasti.
5. Menambah minat baru
Suka atau tidak, minat baru akan datang sendiri seiring anda rajin menulis dan berkongsi pengalaman dan maklumat.
Minat saya datang sendiri seperti rajin memasak makanan lebih berkhasiat, mula terfikir untuk menanam sendiri, belajar menghasilkan produk sendiri, berkongsi manfaat apa yang digunakan bersama pembaca dan sebagainya.
6. Keuntungan jangka panjang
Menulis Blog pastikan artikel anda evergreen.
Artikel yang bermanfaat untuk hari ini esok, akan datang, 5 tahun atau 10,20,30 atau 100 tahun lagi sekali pun.
Cepat atau lambat, hakikatnya jika anda berkongsi Info dan manfaat untuk insan lain, kebaikan dan keuntungan akan kembali pada anda.
Biarkan sahaja masa dan tuhan menentukan.
7. Menjadikan anda lebih berdisiplin
Bermula dengan satu komen, teks atau mesej anda pasti akan lebih bersemangat membantu insan lain melalui penulisan artikel anda. Jika anda rasa tiada siapa mendapat manfaat, anggap sahaja ia manfaat untuk memotivasikan diri anda dan sebagai ingatan untuk diri anda.
Buat sehingga anda merasakan artikel itu ditujukan untuk diri anda sendiri jika masa boleh di perbaiki.
Ini supaya setiap orang terasa pengajaran dan manfaat dari setiap artikel anda.
Menulis Blog juga menjadikan anda lebih berdisiplin.
Tidak memandang ke belakang lagi.
Pengalaman lampau sesekali datang hanya sebagai peringatan agar ia tidak berulang.
Pastikan anda menulis setiap artikel setiap hari.
Latih diri anda sehingga membuatkan anda tidak boleh tidur jika langsung tidak menulis artikel di Blog dalam satu hari.
Itu disiplin istimewa yang dilatih ketika anda bergelar Blogger.
8. Pendapatan Pasif
Realiti, berapa ramai ahli perniagaan berjaya dan popular lahir dari Blogger dan minat berblogging.
Vivy Yusof, fashion Blogger berjaya sehingga kini aktif berblogging.
Malah ramai Blogger muncul sebagai model, celebrity dan artis.
Tidak dinafikan menjadi Blogger juga adalah medan untuk memperkenalkan diri dan mencipta jenama diri dan produk sendiri.
Realiti, berapa ramai ahli perniagaan berjaya dan popular lahir dari Blogger dan minat berblogging.
Vivy Yusof, fashion Blogger berjaya sehingga kini aktif berblogging.
Malah ramai Blogger muncul sebagai model, celebrity dan artis.
Tidak dinafikan menjadi Blogger juga adalah medan untuk memperkenalkan diri dan mencipta jenama diri dan produk sendiri.
Sejujurnya kebanyakan jualan produk di bawah label QK untuk setakat ini majoriti datang dari Blog.
Terlalu jarang dan lama tidak mempromosikan produk QK di Facebook, jarang sekali di instagram, namun Blog membantu saya untuk kekal memperkenalkan produk ini untuk sebutan setiap pembaca yang singgah di Blog ini.
Paling istimewa, alhamdulillah rezeki dari Allah yang memberi saya akaun Adsense turut memberi pendapatan pasif untuk saya.
Akaun Adsense jika anda bijak menggunakan ia, ia akan menghasilkan keuntungan ang banyak terutama jika anda mempunyai akaun YouTube.
Saya sendiri bercadang untuk mempunyai akaun YouTube sendiri dan bergelar Vlogger di masa akan datang insyallah.
Link akaun dan video YouTube saya tentu sekali akan di kepil di Blog ini untuk rujukan yang lebih mudah dan mendalam. Insyallah.
Doakan.
Ini sahaja keistimewaan Blogger yang dapat saya fikirkan untuk petang ini.
Jika anda bercita-cita menjadi penulis atau Blogger, belajar menulis dari sekarang.
Jangan bandingkan anda yang masih baru dengan Blogger yang telah lama.
Usah merendah-rendahkan diri sendiri.
Tiada semangat yang lebih kuat dan kuasa kepercayaan lebih tinggi selain diri anda sendiri.
Bermula sekarang.
Fakta yang tidak boleh disangkal, semakin hari semakin ramai Blogger dan vlogger serta penulis muncul di alam maya.
Lupakan persaingan. Hanya berikan yang terbaik.
Jadi diri anda sendiri.
Dan sentiasa bersyukur.
Alhamdulillah.
Semoga artikel penulisan saya semakin hari semakin baik dan semakin memberi anda info. Dan motivasi yang hebat.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan