Paparan dashboard Adsense yang di gabungkan |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Syukur alhamdulillah saya masih diberi rezeki untuk menulis dan mendapat pendapatan pasif dari Blog.
Ada beberapa pembaca yang keliru mengenai pendapatan dari saluran YouTube dan Adsense.
Maka saya cuba untuk jelaskan dengan mudah.
Anda sebagai Blogger harus punyai iklan di Blog atau YouTube untuk mendapatkan pendapatan pasif.
Iklan ini dibayar berdasarkan jenis iklan dan harga bayaran juga berdasarkan klik iklan.
Dengan ringkasnya ada iklan mahal. Ada iklan murah.
Iklan yang dipaparkan berdasarkan artikel yang dibaca oleh pelayar Blog.
Jika anda bernasib baik pelayar Blog akan klik iklan itu dan iklan yang di klik akan dibayar lebih mahal.
Itu terpakai di saluran YouTube dan Blog.
Paparan jumlah pengunjung semalam 19/4/2017 |
Untuk info, jumlah pendapatan harian Adsense berlainan setiap hari.
Ada waktu ia turun ada masanya ia naik.
Untuk info pendapatan pertama pendapatan pasif dari Blog ini pada bulan pertama memegang akaun Adsense dalam USD3.
Kini hampir 2 tahun menjadi pemegang akaun Adsense pendapatan bulanan dari Blog ini mencecah USD20 sebulan kurang dan lebih berdasarkan jumlah pengunjung iklan dan klik.
Ada pembaca bertanya adakah bayaran iklan Adsense di Blog lebih murah berbanding di video YouTube.
Saya tidak pasti. Namun apa yang pasti Adsense membayar berdasarkan jenis iklan dan klik.
Ia pasti bergantung kepada berapa jumlah paparan dan pengunjung.
Untuk info saluran YouTube saya masih tidak punyai pengunjung yang ramai.
Ia masih berusia 2 hari dan masih banyak yang belum dikongsi kan.
Anda boleh melihat paparan dashboard akaun Adsense saya yang di printscreen pada pagi ini dan tengah malam tadi diatas.
Sengaja saya gabungkan keduanya.
Anda boleh lihat perbezaan naik turun yang ditunjukkan.
Di bawah ialah dashboard Blog ini.
Jumlah paparan pengunjung Blog ini semalam 1 ribu lebih dan pendapatan akaun Adsense ini semalam hanya USD1.11. Ia adalah satu jumlah yang banyak untuk Blog ini yang hanya mempunyai berapa ratus artikel. (Blog ini pernah mencapai jumlah pengunjung 2500 paparan sehari).
Ada waktunya pendapatan harian Blog ini kurang USD0.50. Ada waktu ia mencanak naik.
Untuk info pemilik akaun Adsense yang aktif dan Blogger atau vlogger sepenuh masa ada yang mendapat pendapatan Adsense sehari melebihi USD100 malah USD1000 sehari terutama jika Blog itu Blog yang punyai jutaan pengunjung, viral dan musimnya. Contoh saluran YouTube bola sepak atau Blog bola sepak.
Ia kerap di tonton dan dibaca ketika musim bola sepak dunia.
Anda boleh memilih untuk menjadi Blog atau saluran viral mahupun Blog atau saluran organik yang berinformasi tinggi.
Terpulang pada tujuan dan sasaran anda.
Nasib dan rezeki serah sahaja pada tuhan.
Semoga artikel ini menjawab kekeliruan anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan