Isnin, 10 April 2017

12 Cara Mengurangkan @ Mengawal Ketagihan Gula



Buku Keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang " Gula Memudaratkan Kesihatan". 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Gula sama ada gula Putih,  gula perang,  sukrosa atau yang bersangkutan paut dengannya adalah makanan yang kini semakin kerap di war-warkan memudaratkan kesihatan dan mengakibatkan pelbagai penyakit merbahaya  dari kencing manis, kanser,  alahan kulit,  asma,  gout dan pelbagai penyakit merbahaya lain.

Gula terdapat hampir didalam setiap makanan di muka bumi ini.
Dikatakan gula mula diperkenalkan pada kurun 1930an dan pelbagai penyakit mula muncul di era 1950an.

Selain mengurangkan gula di dalam masakan seharian dan mengurangkan menikmati makanan manis.

Berikut adalah antara cara paling mudah dan berkesan untuk anda MENGAWAL KETAGIHAN GULA.

1.  Buat catitan diet harian anda.  Dari diari pemakanan anda, anda akan tahu berapa banyak anda menikmati gula.

2. Mula kurangkan penggunaan gula di dalam minuman pagi anda sama ada teh atau kopi.  Dari 2 sudu ke 1 sudu dan terus tanpa gula.  Ia lebih enak lagi berkhasiat.

3. Belajar untuk tidak menyimpan stok gula dan makanan manis di rumah.  Simpan banyak buah-buahan segar penganti gula jika anda teringin menikmati manis.

4. Belajar untuk menikmati makanan sedikit dengan kerap.  Kacang rebus,  telur,  keju asli adalah antara makanan yang boleh mengurangkan Ketagihan gula.  Jangan biarkan perut anda kosong,  isi ia dengan buah-buahan atau air mineral. Kelaparan akan menyebabkan anda lagi inginkan gula.

5. Kacang dan bijirin amat bagus dalam membantu mengawal Ketagihan gula.  Nikmati badam,  biji bunga matahari,  gajus,  kacang cerdik dan gandum penuh asli untuk rasa kenyang.  Makanan ini juga turut membantu mengurangkan Ketagihan gula.  Sesekali minum susu segar asli untuk rasa lebih kenyang yang lama. Kekacang dan bijirin kompleks yang tinggi karbohidrat terbukti boleh mengurangkan Ketagihan gula. Untuk lebih pilihan sihat buat susu badam dari kacang badam yang sungguh enak lagi berkhasiat.

6. Bersenam terbukti membantu dalam menangani isu Ketagihan gula.  Rajin-rajin kan diri anda bersenam. Bersenam tiap hari membantu tubuh mengawal glukosa. Dengan mengamalkan bersenam setiap hari insulin juga kurang diperlukan untuk mengawal Ketagihan gula.

7. VITAMIN B dikatakan mampu mengurangkan Ketagihan gula.  Vitamin B kompleks ialah vitamin terbaik dalam mengawal tabiat Ketagihan gula.  Vitamin B memastikan gula didalam darah bekerja pada tahap optimum.  Rajin-rajinkan diri anda menikmati makanan tinggi vitamin B kompleks seperti Germa gandum,  sayuran hijau segar dan bijirin tulen.

8. Daging merah adalah punca mengapa anda ketagih makanan manis.  Maka elakkan daging merah dalam diet harian dan tukar menu anda dengan lebih ikan atau ayam.

9. Baca label makanan anda.  Belajar nama gula tersembunyi. Sirap jagung,  fruktosa, deskstrosa,  madu semua itu bertemu mengandungi banyak gula.

10. Hindari mesin minuman termasuk kordial dan jus buah di pasaran.  Buah-buahan kering yang tinggi kandungan gula juga elok dijauhi secara peringkat demi peringkat.

11. Tambah zat zink,  kromium dan Manggan dalam diet harian anda. Ketiga tiga zat ini membantu anda mengurangkan Ketagihan gula.  Antara makanan yang mempunyai zat ini termasuk Nenas, brokoli, cendawan,  tiram,  kekacang, gandum tulen dan bayam.

12. Rajinkan diri anda menikmati buah-buahan segar.  Jika perlu dibawa berjalan bawa sahaja buah itu ke pejabat atau ketika bersiar.  Buah bukan sahaja membantu anda mengurangkan Ketagihan gula malah memberi khasiat yang amat banyak dan bagus untuk kesihatan.


Mulakan mengawal pengambilan gula anda dari sekarang.

Sikit sikit lama lama tinggal terus.

Terima kasih.




2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

alamak.. hari2 consume makanan bergula =(

Qisya Khadeeja berkata...

Samalah kena plak jika keluar dan makan luar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...