Brochure Zai's Beauty Formula |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Produk Zai's Beauty Formula adalah antara carian yang sering dipaparkan di 'reference dashboard' blog ini, sekaligus membuktikan masih ramai yang mencari produk Zai's Beauty Formula.
Apa istimewa produk Zai's Beauty Formula ini berbanding produk traditional lain?.
Selain berada di pasaran lebih 20 tahun, produk ini yang pertama mewar-warkan cara didikan dalam mempromosikan produk Zai's Beauty Formula.
Mengetengahkan bahaya bahan kimia yang sering digunakan dalam produk komersial dan produk yang konon dilabelkan herba dan bahan asli antara yang sering ditekankan dalam brochure Zai's Beauty Formula adalah bahaya pewangi, pewarna, penyatu, pengawet dan kimia berbahaya seperti DMM Hydantoin, Allantoin, Mineral oil, Butylene Glycol, Petroleum Jelly, butylparaben dan pelbagai bahan kimia lain yang sehingga kini masih tidak diketahui masyarakat umum bahayanya.
Untuk masa sekarang kebanyakan mereka yang mula belajar mengenai bahan semulajadi hanya tahu bahaya paraben, Sodium Laureth Sulfate, SLS, SLES, BHT dan florida sahaja, bahan-bahan lain masih ramai tidak tahu bahayanya termasuk bahan berunsur TALC.
Iklan bedak Zai's Beauty Formula telah lama membahaskan bahaya talc, maka bonus untuk para pengguna Produk Zai's Beauty Formula yang 'alert', anda akan pelajari banyak perkara yang sukar anda dapati dari pembacaan jika anda menggunakan produk ini 20 tahun dahulu sebelum internet dan google mendominasi.
Pengasas Zai's Beauty Formula ialah YM Dr. Tunku Zaidar, beliau belajar banyak ilmu kecantikan dan istana zaman silam dari moyang beliau.
Tahukah anda, berkurun dan berabad dahulu, di tanah melayu, Istana dan golongan bangsawan menjadi pelopor bidang keilmuan termasuk ilmu kecantikan kerana pada masa itu, istana merupakan pusat pentadbiran, kebudayaan dan keilmuan. Sebagai puat tumpuan masyarakat setempat, pelbagai keramaian sentiasa diadakan diistana. Jadi, tentu sekali penting untuk wanita bangsaawan sentiasa kelihatan cantik, berseri dan awet muda supaya menjadi kebanggaan suami mahupun keluarga mereka sendiri. Disinilah bermulanya amalan dan rahsia ilmu kecantikan puteri di DiRaja Melayu.
Istimewa YM Dr Tunku Zaidar amat berminat dengan bidang kecantikan istana zaman silam dan beliau sempat belajar ilmu ini dengan moyang beliau, dengan ilmu yang penuh didada YM Dr Tunku Zaidar mengabungkan teknologi saintifik terkini dengan rahsia ilmu kecantikan warisan DiRaja Melayu.
YM Dr Tunku Zaidar bukan sahaja lulusan dari kedoktoran vaterinar, malah saya melihat sendiri betapa cinta beliau kepada ilmu falak dengan pelbagai info yang saya lihat dan baca sendiri di portal khas untuk pengguna Zai's Beauty Formula terpilih yang diberi pangkat tertentu sekaligus bahagian tertentu sahaja untuk dibaca. Saya bernasib baik kerana terpilih berada dalam bahagian tertinggi untuk mendalami portal dan ilmu yang disampaikan disitu.
Untuk info, cinta YM Dr Tunku Zaidar kepada ilmu falak (semua produk Zai's Beauty Formula berdasarkan ilmu falak terutama ekstrak bunga dan batu, serta bahan tertentu yang mempunyai waktu paling berkembang dan paling banyak ekstak berpandu tarikh falak atau cahaya bulan) membolehkan beliau tersenarai antara 3 individu ahli NASA Malaysia. Saya melihat sendiri sijil atau pengesahan nama penuh beliau dari NASA dan gambar bulan serta gambar istimewa tertentu yang diberikan oleh NASA kepada ahlinya dalam tahun 2008-2012. Tidak sia-sia saya sering bertandang ke salon Zai's Beauty Formula membaca dan berkongsi ilmu serta berborak dengan ramai pelanggan Zai's Beauty Formula yang memasuki 3 generasi.
Saya akan menyambung kisah mengenai beberapa individu yang saya jumpa di salon Zai's Beauty Formula untuk artikel sambungan akan datang.
Bagi anda yang baru belajar mengenai penapaian, ketahuilah produk Zai's Beauty Formula menggunakan proses penapaian dan mempunyai yis sendiri. Satu produk mengambil masa bertahun untuk proses ekstrak dan penapaian. Malah paling istimewa ilmu penapaian ini turut menggunakan ilmu falak diraja. Masih teringat Beautician Zai's Beauty Formula berkata bahawa segala herba, tumbuhan, buah delima digunakan dalam produk ini ditanam di ladang milik Zai's Beauty Formula sendiri, ketika itu saya masih tidak faham apa itu organik dan kepentingan tanaman ditanam sendiri. Apabila terkena ekzema dan melalui proses TSW (Topical Steroid Withdrawal), saya akhirnya faham kenapa organik dan tanam sendiri itu penting.
Banyak lagi mengenai rahsia proses dan produk Zai's Beauty Formula yang akan saya kongsikan di artikel sambungan akan datang.
Bagi anda yang terus mencari produk Zai's Beauty Formula dan menghubungi saya, ketahuilah bahawa produk Zai's Beauty Formula kini tidak lagi dijual di pasaran dan tidak diberi hak oleh mana-mana syarikat untuk di jual atau diberi formula untuk menjaga kualiti dan nama baik produk Zai's Beauty Formula itu sendiri.
Berkenalan dengan produk Zai's Beauty Formula seterusnya terkena ekzema dan melalui proses TSW memberikan satu nikmat ilmu dan didikan yang pasti sukar difahami jika jalannya tidak seindah diatur oleh Illahi.
Terima kasih.
1 ulasan:
Saya ambil ilmu haq sahaja dari blog tuan lain tiada
Catat Ulasan