Sabtu, 21 April 2018

KHASIAT BULGUR, Bijirin Purba yang kaya khasiat.


gambar bulgur dan bubur bulgur

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bulgur adalah antara makanan arab popular. Bulgur juga ialah antara 'ancient grain' atau makanan bijirin yang insyaallah bukan dari benih hybrid, kahwin, atau GMO.

Bulgur adalah antara bijirin purba yang digalakkan dimakan walaupun ia juga tergolong dalam makanan bijirin yang mengandungi gluten.

Bulgur kaya zat besi, vitamin A, serat, rendah kalori dan amat mudah dimasak.

Bagi anda yang kekurangan vitamin B anda boleh menikmati bulgur kerana bulgur diperbuat dari gandum yang terkenal dengan kandungan vitamin B.

Bulgur juga mengandungi mangan, mangan amat bagus untk kekuatan tulang, tiroid dan kesihatan otak. Fungsi mangan turut membantu mengawal gula dalam darah.

Selain mangan, bulgur juga kaya dengan sumber protein. Jika anda inginkan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan, bulgur ialah antara pilihan makanan bijirin terbaik. Selain protein tembaga dan magnesium turut terdapat dalam Bulgur. 

Bulgur dahulu kala terkenal sebagai makanan golongan miskin. Namun kini ia terkenal sebagai makanan sihat yang menambah tenaga dan menguatkan tubuh.

Cara paling mudah memasak bulgur ialah dengan menambah bulgur ketika memasak nasi atau masak sahaja bubur bulgur.  Rendam bulgur semalaman dan esoknya anda boleh membuat bubur bulgur dengan campuran santan dan gula melaka serta daun pandan.

Ia sungguh enak dan lazat.

Anda boleh mendapatkan atau membeli  Bulgur ini di kedai Arab terpilih.

Selamat Mencuba bulgur dan resepi berasaskan bulgur.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...