Ahad, 30 Mac 2014

Khasiat Cuka KURMA @ KHAL KURMA



image dari google.. - actually i telah mencuba 2 jenis cuka kurma dari Iran.. brand Varda & Sahra.. jika di tanya taste saya... saya lebih mengemari brand Varda



Assalammualaikum wbt... so kerana sudah lama tidak menulis blog kerana kesuntukkan masa dan kelecehan my internet line.. .hari ini i sedaya upaya menyiapkan satu entry khas untuk pembaca-pembaca my blog tersayang.... 

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan dan manfaat cuka kurma..salah satu makanan sunnah yang cukup famous....terutama di negara arab...Jika anda mencari supplement @ makanan kesihatan yang boleh membantu mengurangkan berat badan dan kolesterol malah amat bagus untuk pesakit kencing manis.. cuka kurma adalah alternatif makanan sunnah terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.... untuk keterangan lanjut tentang keistimewaan makanan sunnah ini.. sila baca entry ini hingga habis..... hehehehehe

So, berikut adalah antara keterangan hadis dan faedah-faedah cuka kurma ini...

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.a), Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi kesihatan yang baik..

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim),  khasiat cuka kurma di antaranya adalah :-

- dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan seperti bisul & kanser
- membuang darah kotor & melancar aliran darah
- mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
- melancarkan pergerakan usus
- merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
- memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
- menurunkan tahap kolesterol
- mengimbang tahap asid & alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
- membakar kalori dengan cepat
- membuang toksin
- merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
- penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang dan gigi
- mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut
- merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu)
- mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
- melancarkan pengeluaran susu ibu - melancarkan perjalanan darah yg berketul dalam perut (masalah gangguan haid)
- memperbaiki fungsi limpa
- menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Actually ramai pengguna cuka kurma di negara kita .. biasanya mengamalkan cuka kurma selepas makan especially selepas makan berat kerana ingin mengurangkan lemak @ mengurangkan lemak badan.. tetapi sebenarnya cuka kurma lebih elok di minum sejam sebelum makan untuk mendapat lebih banyak khasiat dan fungsinya... walaupun begitu di nasihatkan untuk mereka yang menghadapi problem perut @ gastrik.. supaya membancuh cuka kurma ini dengan air suam dan madu. Bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan digalakkan meminum cuka ini satu sudu besar begitu sahaja.

Bagi mereka yang baru sahaja meminum cuka kurma ini.. kebiasaannya anda akan menghadapi sakit tekak dalam satu minggu ke 2 minggu berpandukan badan anda sendiri... ini adalah kerana cuka kurma biasanya akan mengeluarkan semua lendir-lendir dalam tubuh kita... dan kerana sebab itu tekak anda akan berasa sakit.. tetapi setelah 2 minggu penggunaan kebiasaannya. .tekak anda akan berasa normal.

Ada pendapat mengatakan cuka kurma tidak sesuai diminum oleh wanita ketika dalam haid... kerana ia akan menambahkan lagi hari pengaliran haid... jadi digalakkan supaya wanita yang datang haid tidak meminumnya.. jika ingin juga minum dinasihatkan supaya mengurangkan sukatannya @ hanya sedikit sahaja.

Selain cuka kurma terdapat juga cuka epal, cuka anggur dan cuka delima.. tetapi banyak pendapat mengatakan cuka kurma paling sesuai untuk perubatan dan lebih digalakkan. Cuka kurma rasanya jauh lebih manis dan kurang asid dari cuka epal dan cuka anggur.. malah anda tentu mampu meminum cuka kurma tanpa air... berbeza dengan cuka epal dan anggur.. anda terpaksa minum ke 2-2 cuka ini dengan air kerana terlalu masam dan lebih "berasid"... dan cuka epal dan anggur ini lebih digalakkan digunakan dalam masakan. Walau bagaimana pun terpulang pada selera dan badan masing-masing untuk memilih cuka kegemaran.

Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. luv! muuuahhh!!


*** digalakkan untuk minum cuka kurma ini 2x sehari pagi dan malam... base on my mum story.. ada 2 orang jiran di perumahan i yang sembuh sakit jantung dengan hanya minum cuka kurma dan di campur madu... so untuk pesakit jantung... please try.... luv
 


ini adalah link artikel adakah cuka buah selamat di minum ketika haid? Adakah Cuka Buah Selamat Di minum ketika Haid?.

Ini link untuk khasiat cuka epal KHASIAT Cuka Epal



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...