Memaparkan catatan dengan label Islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamic. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Disember 2017

11 MANFAAT HABBATUS SAUDA (JINTAN HITAM) DAN CUKA UNTUK KESIHATAN DAN PENYEMBUHAN PENYAKIT


Cuka epal antara cuka paling popular untuk ekzema dan diet serta perubatan, gambar kecil ialah gambar habbatus sauda


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera .

Habbatus sauda atau jintan hitam telah lama terkenal sebagai antara bahan menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali mati.

Selain habbatus sauda, cuka peraman atau cuka buah khususnya semakin sering diketengahkan sebagai makanan sunnah untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dan antara yang sering disebut-sebut sebagai makanan sunnah untuk detoks dan mengubati pelbagai penyakit.

 Terkenal sebagai antara makanan yang menyembuhkan , cuka juga adalah makanan wajib yang sentiasa ditambah dalam setiap menu masakan arab.
Selain cuka, habbatus sauda juga begitu. Di letakkan diatas roti, kuih muih, sup ditambah dalam segala makanan , habbatus sauda turut dijadikan sebagai salah satu bahan pengubatan popular sebagai supplement semulajadi pada zaman moden ini.
Terdapat pelbagai cuka yang popular antaranya cuka delima, cuka buah tin, cuka epal, cuka nipah, cuka kurma dan pelbagai jenis cuka peraman lagi.

Dengan lambakan pelbagai cuka yang dijual dipasaran termasuk di pelbagai kedai arab dan makanan sunnah juga farmasi. Semakin ramai mempunyai pilihan dan kesedaran untuk menambahkan segala pemakanan sunnah yang menyembuhkan dan menyihatkan tubuh ini.

Berikut adalah antara khasiat cuka peraman sebagai rujukan :-

1. Cuka dikatakan boleh membantu mengubati kulit terbakar. Campurkan dengan air untuk kesan yang lebih lembut.

2. Cuka dicampur bersama garam bagi mengubati sakit akibat termakan cendawan beracun.

3. Cuka juga turut membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh.

4. Cuka yang dicampur bersama habbatus sauda atau jintan hitam yang ditumbuk halus, beberapa ulas bawang putih dan minyak habbatus sauda. Akan membantu mengurangkan kebotakkan rambut akibat penyakit.

Ramuan untuk menyembuhkan kobotakkan rambut akibat penyakit ialah

1.       1 cawan cuka cair
2.       1 sudu jintan hitam yang telah ditumbuk halus
3.       1 sudu perahan jus bawang putih
4.       Sedikit minyak habbatus sauda atau jintan hitam
Campur semua bahan diatas sehingga menjadi lotion, sapu ke bahagian kepala yang botak. Anda juga boleh cukur dahulu bahagian tersebut sebelum menyapu bahan diatas.
Balut kepala atau bahagian tersebut, biarkan dari pagi sehingga petang.
Kemudian anda boleh sapu minyak habbatus sauda di tempat tadi.

Ramuan ini juga boleh dicuba jika anda kerap keguguran rambut dan hampir menjadi botak.


5. Penyakit kulit seperti kurap juga boleh disembuhkan dengan campuran cuka dan habbatus sauda (jintan hitam).

Caranya tumbuk habbatus sauda atau jintan hitam hingga halus. Campurkan dalam cuka. Kemudian sapu bahan ramuan ini keatas kurap tadi. Biar kering. Tidak perlu basuh. Amalkan ramuan ini sehingga kurap sembuh.


6. Jika anda atau anak anda dihinggapi kutu dikepala. Anda boleh menggunakan cuka dan bawang putih untuk menyelesaikan isu ini.

Caranya , sediakan ramuan berikut :-

Tumbuk empat ulas bawang putih sehingga menjadi krim atau pekat.
Campur krim bawang putih ini kedalam cuka epal.
Isi bahan dibancuh ini ke dalam botol.
Kemudian jemur di bawah sinaran cahaya matahari selama 8 hari berturut-turut.
Cukup 8 hari, bahan ini sudah siap digunakan.
Sapu ke rambut yang mempunyai kutu tadi, sambil memicit kulit kepala .
Sila amalkan ramuan ini selama 10 hari berturut, ia bukan sahaja akan mematikan kutu, juga turut membasmi kelemumur juga melembutkan rambut.

7. Campuran cuka dan biji habbatus sauda juga amat bagus untuk gigi berlubang. Tumbuk habbatus sauda atau jintan hitam sehingga lumat. Gaulkan dengan cuka. Kemudian masukkan bancuhan atau paste ini kebahagian gigi berlubang. Ia akan mengurangkan sakit gigi anda.

8. Cuka juga amat bagus untuk eczema, ia boleh disapu terus ke kulit yang mempunyai eczema atau tambah halia yang ditumbuk kedalam cuka dan sapukan pada bahagian yang terkena eczema. Sekejap sahaja pedih, kemudian gatal akan hilang. Sapu sehingga eczema anda sembuh.

9. Panau juga boleh dihilangkan dengan campuran cuka dan habbatus sauda atau jintan hitam. Tumbuk jintan hitam lumat-lumat, campur sedikit cuka . Kemudian sapu di kawasan berpanau. Insyaallah isu panau ini akan hilang dan sembuh.

10. Kulit lobak putih dan campuran cuka boleh mengubati sengatan lebah dan tebuan. Amalkan ramuan ini jika terkena sengatan lebah atau tebuan.

11. Cuka epal selain membantu mengurangkan berat badan, ia juga membantu menyelesaikan masalah mereka yang terlalu kurus. Ia sesuai untuk kedua-dua masalah tubuh.

Terdapat jutaan manfaat cuka dan habbatus sauda yang tidak dapat ditulis dalam lembaran kertas yang berjela.

Simpan cuka dan habbatus sauda dirumah anda sebagai bahan makanan utama anda. Campurkan dalam pelbagai masakan dan menu anda.

Ketika sesiapa ditimpa ujian seperti diatas, ambil dan gunakan ia.

Semoga artikel ini akan memberi anda semangat untuk terus menyukai cuka dan habbatus sauda.

Pemakanan sunnah adalah pemakanan terbaik untuk mereka yang bijak menilai.

Terima kasih .

*** sumber rujukan buku ‘ Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam’








Selasa, 19 Disember 2017

6 Petua Mudah Dalam Buku ISLAMIK , Untuk Merawat Penyakit Anda



makan buah delima setiap hari dikatakan boleh menyuburkan rahim


Asssalammualaikum dan salam sejahtera.

Dunia ini kaya dengan petua, dari petua melayu, cina, india, siam , jawa dan sebagainya.

Termasuk petua dari barat dan timur.

Berikut dikongsikan 6 PETUA MUDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT DAN BAGUS UNTUK KESIHATAN yang senang diikuti dan mudah dibuat.


1. Petua Insomnia atau Susah Tidur
Buat jus kurma asli, minum ia sebelum tidur.

2. Petua untuk Kurang Tenaga & Semangat
Rebus buah kurma cina atau kurma biasa dengan longan. Kemudian minum.

3. Petua Menguatkan badan Dan Meningkatkan Stamina
Rebus kurma sebentar (atau celur dalam air mendidih), tambah susu segar asli dan madu kemudian minum sebelum tidur.

4. Petua Masalah Sembelit
Rendam beberapa biji kurma semalaman dalam jumlah ganjil. Minum air rendaman kurma itu pada waktu pagi ketika perut kosong.

5. Petua Panas Badan atau Badan Panas
Makan buah kurma campur tembikai untuk mengurangkan panas sebelum makan.

6. Petua Untuk Mudah Bersalin
Rebus daun zaitun bersama beberapa biji kurma ajwa sehingga mendidih. Jika anda tidak mampu mendapatkan daun zaitun segar, guna sahaja daun zaitun kering. Minum air rebusan tersebut.


*** di baca dan diolah dari buku Indahnya Pemakanan Dan Perubatan

Selamat mencuba petua mudah dan senang dicuba ini.

Terima Kasih.


Rabu, 13 Disember 2017

5 ANTARA KEISTIMEWAAN RASULLAH SAW


sumber gambar dari google :- http://www.akuislam.id/2017/05/nasihat-luar-biasa-rasulullah-untuk.html


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Istimewanya Rasullah SAW, sehingga masyur serata alam , di langit dan dibumi.

Terkenal mempunyai berjuta keistimewaan dari segi akhlak dan mukjizat.

Baginda Rasullah SAW juga turut digelar individu paling berpengaruh di Dunia.

Sehingga kini tiada sesiapa dapat menandingi Muhammad bin Abdullah, Rasul terakhir dan kekasih Allah SWT.

Seiring perkembangan dan pertambahan usia blog ini dan segala ilmu yang digali dan dibaca.

Ini sedikit maklumat dari pembacaan mengenai Rasullah SAW yang boleh dikongsikan:-



1.       Rasullah SAW terkenal berjalan laju dan bertubuh sasa. Sahabat baginda sering berlari anak untuk mengejar baginda berjalan.


2.       Rambut Rasullah SAW berwarna hitam walaupun sudah berusia 60 tahun. Uban di rambut dan janggut baginda tidak lebih 20 urat. Ini menjelaskan betapa RASUL ALLAH ini amat menjaga kesihatan dan pemakanan baginda.


3.       Ketika usia Baginda , Rasullah SAW lebih 50 tahun, baginda berperang sebanyak 80 kali dengan musuh-musuh islam. 28 peperangan ini dipimpin sendiri oleh Rasulllah SAW sebagai panglima.


4. Ramai mengetahui Rasullah sukakan daging kambing. Bahagian paling disukai Rasullah SAW ialah bahagian kaki kambing. Menu seperti Lamb Shank ialah masakan khusus menggunakan bahagian kaki kambing.


5.  Rasullah SAW pernah menggunakan garam dalam pengubatan bersama surah Al-QURAN (ayat Al-Muawwizat) untuk menyembuhkan bisa sengatan. Maka pastikan garam antara bahan wajib ada dirumah dan gunakan ia sebagai antara ubat untuk bisa sengatan.


Terdapat pelbagai lagi keistimewaan Rasul Allah dan kisah yang boleh diambil manfaat dari setiap perbuatan Rasullah SAW yang harus di ikuti sebagai sunnah.

Semoga info ini bermanfaat bagi anda.


Terima kasih.





Selasa, 12 Julai 2016

BUKU :- RASULLAH SEORANG DOKTOR


Antara buku baru pilihan saya
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang,

 Artikel kali ini adalah artikel istimewa untuk saya kongsikan dengan anda, iaitu perkongsian antara buku yang menjadi bacaan saya.

Saya selalu percaya , buku adalah antara senjata paling penting untuk menambah ilmu selain pengalaman dan pengajaran hidup.

Blog atau facebook tidak cukup untuk menjadi medan kita menambah ilmu, malah ada antara info didalam blog atau facebook 'tergantung' dan memerlukan lebih pengalaman dan ilmu yang mendalam/

Ilmu kesihatan bukan semudah yang dikongsi difacebook dan blog berdasarkan pengalaman individu yang tentu sekali mempunyai jenis tubuh, darah dan kondisi berlainan.

antara penerangan ringkas betapa setiap individu mempunyai jenis tubuh berbeza
Didalam setiap artikel saya sering menekankan setiap tubuh individu itu berbeza, baik dari segi darah, penerimaan , cara hidup dan sebagainya.

Jangan pelik jika anda berjumpa individu yang alergik madu walau madu asli , mahupun alergik habbatus sauda @ habatus sawda, jika disapu dikulit atau dimakan.

Saya berjumpa beberapa orang yang tidak boleh berubat dengan menikmati terus habatus sauda tetapi boleh menikmati habatus sauda didalam makanan.

Malah ada individu tidak boleh menikmati madu secara terus tetapi perlu diminum bersama air dingin.

Saya sendiri antara individu yang tidak begitu sesuai menikmati minyak zaitun atau makanan jenis minyak terus kedalam tubuh tetapi perlu ditambah didalam minuman atau makanan lain. Ini termasuk minyak habatus sauda.

khasiat makanan tunggal

Buku ini juga menjelaskan khasiat makanan tunggal dan jenis-jenis makanan. Jenis gandum yang dibuat bubur ketika demam dan jenis labu sebenar yang dinikmati Rasullah SAW.

Anda akan tahu bahagian kurma mana bersifat dingin atau kering. Dan betapa kurma juga punyai banyak jenis dan khasiat berbeza dari segi kurma muda, kurma basah atau kurma kering.

maklumat penting yang lain

Terdapat penjelasan yang lebih mendalam mengenai segala jenis makanan dan khasiat setiap bahagian yang ditulis secara terperinci didalam buku ini.

Saya agak sukar memahami ayat yang ditulis didalam buku ini kerana penggunaan bahasa indonesia yang agak kuat dan saya tidak begitu arif dengan penggunaan bahasa ini, tetapi buku ini tetap memberi saya ilmu yang saya tidak ketahui sebelum ini.

Banyak perkara yang anda akan pelajari dengan membaca buku ini. Saya sendiri sebagai blogger ada masa-masanya tidak sempat menulis kesemua ilmu yang baru saya pelajari sama ada dari pengalaman atau pembacaan saya walau saya sentiasa berazam untuk berkongsi semua sekali di blog ini.

Jika anda punya kesempatan dan budget, mungkin buku ini boleh ditambah didalam carta buku pembelian anda dimasa akan datang. Harga buku ini dalam RM20 lebih sahaja dan ia berbaloi sebagai simpanan dirumah dan rujukan peribadi anda.

Semoga artikel ringkas ini memberi info berguna untuk anda.

Terima kasih.


Jumaat, 4 Disember 2015

ULAMAK SEDUNIA KELUARKAN FATWA SOKONG TURKI




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Salam Jumaat yang penuh berkah.

Ketika dan saat ini POPULAR kisah Negara TURKI yang terkenal dengan kehebatan Presidennya ERDOGAN yang melalui KRISIS dengan negara RUSSIA berikutan TURKI telah menembak jatuh JET RUSSIA setelah memberi beberapa amaran untuk tidak melalui ruang udara TURKI.

Lupakan tentang perkara itu kerana negara BARAT  seperti US dan RUSSIA memang terkenal dengan EGOnya dan tidak menghormati negara ISLAM atau negara kecil lain, tetapi sebagai umat ISLAM tentu sekali kita perlu menyokong negara ISLAM TURKI , kerana RUSSIA kini telah melancarkan SEKATAN EKONOMI ke atas TURKI.

Cukup dengan nasib sengsara yang tidak diketahui keputusannya dan bagaimana keadaan PRESIDENT SEBENAR MESIR DR.MURSI,(Ikhwanul Muslimin) bumi ANBIYA itu, untuk masa ini kita sebagai manusia terutama beragama ISLAM haruslah bersatu padu dan membantu serta MENYOKONG TURKI 100%. terutama dari segi EKONOMI.

Belilah BARANGAN BUATAN TURKI terutama jika anda adalah PENCINTA MAKANAN SUNNAH.  Pilih barangan buatan TURKI berbanding buatan IRAN atau sekutunya.

Jika anda ingin bercuti pergilah ke negara TURKI yang terkenal dengan sejarah RAJAnya yang AGUNG iaitu AL-FATEH yang amat popular diceritakan kisahnya oleh Rasullah SAW, sebelum baginda mangkat dan bagaimana sahabat baginda Nabi yang sanggup dimakamkan di Turki demi untuk mendengar derapan tapak kaki pahlawan-pahlawan RAJA AL-FATEH itu.

Sebagai sebuah negara di bawah kepimpinan ERDOGAN yang amat saya kagumi, dan kerendahan hati negara TURKI yang sudi MEMULIAKAN JENAZAH AHMAD AMMAR , seorang pelajar MALAYSIA yang meninggal di dalam kemalangan di TURKI dan dikebumikan di makam terpilih iaitu MAKAM EYUB SULTAN yang turut menempatkan jasad sahabat Nabi.

Kepimpinan ERDOGAN di puji kerana terkenal banyak membantu anak-anak yatim dan ibu tunggal serta membantu negara-negara islam tertindas termasuk SYRIA dan PALESTIN. Malah menteri-menteri TURKI dibawah pemerintahan ERDOGAN juga di puji kerana keprihatinan mereka terhadap pelarian dari SYRIA, ROHINGYA, kemiskinan Afrika dan pelbagai lagi.

Ketika kebanyakkan pemimpin islam dunia hanya mengutamakan kepentingan diri, gilakan harta dan kuasa semata-mata, ERDOGAN adalah satu-satunya pemimpin ISLAM yang terlihat paling berkaliber.

Turut di katakan bahawa SURAH AL-KAHFI, iaitu surah terkenal mengenai FITNAH AL-DAJJAL bersangkut paut dengan negara TURKI ini. Di mana di negara ini dikaitkan dengan SISTEM KHALIFAH ISLAM.

Dimana sistem KHALIFAH ISLAM ini sedang TIDUR PANJANG DI TURKI (AL-KAHFI dikaitkan dengan fenomena tidur yang panjang).

Berpandukan prinsio "dimana kita tidur, di situ kita akan bangun", dikatakan bahawa di TURKI jualah ISLAM akan bangun. Maka wajar untuk kita sama-sama menyokong TURKI dan ERDOGAN keraja janji ALLAH bahawa ISLAM HANYA AKAN TIDUR TETAPI TIDAK AKAN MATI.


** Kenyataan BERITA di bawah ini :-

"QATAR, Selasa – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.


Umat Islam juga diseru berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.

“Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata pihak kesatuan dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Turki, Anatolia.

Kenyataan itu berkata, Kesatuan Ulama mengikuti perkembangan terkini keadaan kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria, dan apa yang dilakukan oleh Zionis Israel di Palestin.

“Kejadian minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syria dan Russia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Russia dan menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Russia ke atas barangan buatan Turki.

“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik.

“Umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syria yang berdepan dengan pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.

“Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW.

“Oleh itu, Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan.

“Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas seluruh dunia,” kata kenyataan itu.

– Agensi




Marilah kita bersama-sama bersatu padu menyokong Negara TURKI dan KEPIMPINAN ERDOGAN. 


Beli PRODUK TURKI dan jika ingin melancong pilihlah negara ISLAM, TURKI. 

Terima kasih.






Khamis, 18 Jun 2015

DOA YANG BAGUS DI AMALKAN KETIKA BULAN RAMADHAN - PART 1


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yang berkah ini.

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda antara doa yang bagus diamalkan oleh kita sebagai umat islam dibulan puasa. Semua imej doa ini diambil dari google. Terima kasih kepada pemilik blog imej-imej ini, mohon dihalalkan segala imej ini.

Antara doa yang bagus diamalkan di bulan Ramadhan ini adalah :-

1. Doa Memohon Keampunan yang dianjurkan diamalkan setiap hari dan jika berjumpa malam Lailatul Qadar

Doa  malam Lailatul Qadar atau doa pengampunan 

2. Doa agar mendapat Rezeki dan peluang yang besar dan ditidak disangka serta mengelakkan musibah @ malapetaka.
Doa agar mendapat rezeki dan peluang yang besar dan tidak disangka-sangka serta mengelakkan musibah.


3. Doa bagi penyembuhan penyakit

doa yang elok diamalkan bagi mereka yang sedang sakit

4. Doa memohon ketetapan Iman @ hati

doa bagi anda yang sering merasa was-was

5. Doa memohon jodoh @ pasangan yang baik @ soleh

bagi mereka yang bujang , doa ini amat sesuai diamalkan

6. Doa memohon keturunan @ anak.



7. Doa menghindarkan perasaan malas, kesedihan dan kesempitan hutang



8. Doa yang masyur bagi mengelakkan hutang dan pembuka rezeki



9. Doa atau zikir ringkas , murah rezeki dan cepat kaya



10. Doa berlindung dari Ilmu yang tidak bermanfaat dan nafsu yang tidak pernah puas



Baiklah sekian sahaja artikel untuk kali ini. Anda boleh mencetak atau menampalkan dimana-mana salinan doa ini agar mudah dibaca dan diamalkan. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.



Isnin, 14 Julai 2014

Ramadhan : Amalan Wanita Yang Boleh dilakukan Ketika Dalam Haid Dan Nifas


Assalammualaikum wbt...

Oleh kerana saya dah berkongsi dengan anda 2 entry tentang motivasi yang saya baca pada hari ni.. so, untuk entry last yang saya kongsikan dengan anda pada hari ini.. saya ambil dan baca dari link ini http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/08/05/35-amalan-sunat-ketika-kaum-hawa-haid-dan-nifas/

Ini adalah blog berunsur keagamaan , so digalakkan anda untuk membaca blog ini untuk menambah ilmu..heheheheh.. so berikut entry yang juga dicopy seratus peratus dari link diatas... sila baca dan fahamkan... huhuhu...

35 Amalan Sunat Ketika Kaum Hawa Haid Dan Nifas | Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal ketika didatangi haid dan nifas. Malahan wanita beruntung kerana diberi cuti tanpa rekod tapi dapat bonus pahala berganda walaupun tanpa melakukan ibadah solat, puasa dan tawaf.

Atha’ berkata mengenai apa yang diterimanya dari Jabir, iaitu, “Aisyah haid dan dia melaksanakan semua ibadah haji kecuali tawaf sekitar Kaabah dan tidak solat.”
.
.
Amalan Ketika Haid Dan Nifas

Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
                                               a.      Bermunajat
                                               b.      Bertafakur
                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid berikut:






Allah سبحانه وتعالى berfirman:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Sekali lagi, jika anda berminat dengan entry keagamaan yang lain, anda  boleh pergi ke blog ini



Terima kasih kerana membaca entry ini. ... jumpa lagi pada entry akan datang . Selamat beramal dan menyambut Ramadhan... Salam sayang dari saya... luv!!! muahhzzz...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...