Memaparkan catatan dengan label Love. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Love. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Disember 2017

Yang Mendorong



anda ialah insan utama yang wajib mendorong diri sendiri sebelum dorongan dari insan lain

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera

Ketika anda memilih insan untuk terus bersama anda terutama ke akhir hayat.

Pilih insan yang paling kuat mendorong.

Yang Nampak segala kelemahan anda yang boleh dibaiki, kelemahan anda yang boleh diterima dan ditutupi.

Yang yakin anda tetap boleh Berjaya walau jutaan cabaran dugaan datang menguji.

Insan yang Nampak kelebihan anda, dan mendorong anda untuk memperkembangkan ia.

Membantu anda melaksanakan ia walaupun hanya sekadar kata motivasi.

Sering memberi anda kata-kata positif. Bersama anda susah dan senang.

Tidak pernah meninggalkan anda diwaktu-waktu sukar.

Yang ikhlas menyayangi dan mencintai anda. Akan cuba cari waktu dalam kesibukan menjawab soalan dan tanda soal anda.

Akan memberi masa untuk anda berfikir dan bangun kembali .

Yang paling mempercayai anda ketika anda dihentam, kanan, kiri, depan, belakang , atas dan bawah.

Yang mmeperkembangkan segala bakat anda.

Melihat anda boleh pergi jauh ketika anda bukan sesiapa.

Yang dari jauh kekal meluangkan masa walaupun ketika dalam lrt, flight yang hampir berlepas, ketika menunggu makanan tiba, hanya untuk mententeramkan hati anda dan menyokong anda.

Itulah sahabat, dan cinta yang harus anda hargai.

Ia satu dalam sejuta. Namun jika anda telah ketemu, simpan ia rapat-rapat, hargai ia sementara ada dan doa ia kekal selamanya sebagai punca bahagia dan kejayaan anda bersama-sama.

Anda boleh dapat insan yang telah Berjaya, yang memberi anda segala hadiah kerana mereka lebih dari mampu, yang memberi anda masa yang banyak kerana mereka punya waktu terluang yang banyak dan berlebih.
Namun untuk mendapat insan yang betul-betul meluangkan waktu pendek yang terluang begitu pantas sanggup menghabiskan untuk anda, itu yang harus anda kekal sayang dan kenang sampai bila-bila.

Hargai sahabat , rakan dan cinta hati anda jika anda sedang dan telah punyai dia disisi.

Tiada galang ganti diwaktu yang semua berkejar hanya untuk material.

Seriring usia dan kehidupan, anda akan kenal dan tahu siapa sahabat dan kekasih yang patut anda hargai dan cintai.

Andai ujian terus melanda, dan anda kekal kukuh bersama, rakan dan dia kekal mendorong dan mempercayai anda, sokongan demi sokongan terus diberi tanpa lelah. Nasihat demi nasihat bertahun-tahun kekal diberi tanpa penat. Maka simpan mereka sebagai asset paling berharga yang anda tak akan mampu beli dimana-mana walaupun anda punya berbilion ringgit didalam akaun bank sekalipun.

Rezeki paling besar, mendapat insan yang menyokong, memberi bahagia ketika anda berduka, memberi nasihat dan dorongan ketika anda jatuh, terus memberi semangat ketika anda stress dan terus mempercayai anda ketika anda jatuh untuk terus bangun dan bangkit kembali.

Tiada rezeki lebih mahal dan indah dari ini selain kesihatan dan iman yang diberi Illahi.

Ada bahagia dalam kekecewaan dan kejatuhan apabila anda bersama insan yang sering mendorong dan menghargai anda.

Mendoakan anda dalam diam dalam kejauhan atau duduk berhampiran anda melihat anda membuat kerja dalam peluh dan ketegangan.

Jagalah persahabatan itu, andai satu hari giliran rakan anda diuji. Jadi seperti dia yang menghargai anda, sanggup berkorban masa, kepercayaan untuk anda.

Itu rezeki dan kejayaan dalam hidup yang jarang dirai. Mempunyai insan, sahabat, rakan dan ahli keluarga ketika susah senang dan kejayaan yang mengiringi anda.

Berikut ialah pesan , wanita intelek yang berpengalaman untuk anda , video pendek ini amat bagus ditonton dan dijadikan rujukan, mengapa anda harus memilih insan yang mendorong anda disamping beriman.

Pilih Bakal Suami Anda


Terima Kasih.



Selasa, 19 Disember 2017

Love Conquer All





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Realitinya, tiada manusia mampu hidup tanpa cinta dan kasih sayang.

Ramai yang sembuh dari penyakit bahaya adalah kerana cinta dan kasih sayang orang sekeliling terutama insan paling dicintai.

Lihat betul-betul sekeliling anda, anda akan lihat dengan jelas, kejayaan datang bersama cinta dan sokongan insan sekeliling.

Malah kesihatan dan kesembuhan datang dari hati dan pemikiran dahulu baru ia datang dari pemakanan dan ubat-ubatan.

Maka jika anda ingin bahagia, pilih insan yang membahagiakan anda. Lupakan yang menyakitkan. Tinggalkan dan pergi jauh, kerana ia hanya akan menambah beban dan dosa anda.

Jika anda masih ingin selamatkan, selamatkan bersungguh-sungguh. Berdoa dan berusaha. Tuhan tidak kejam , kecuali anda sendiri yang kejam kepada diri anda.

Lihat sekeliling anda dan dunia, betapa air muka tak akan mampu menipu. Dilimpahi kejayaan dan kekayaan, namun bukan dikongsi dengan orang tersayang akan terlihat diwajah walaupun ketika senyum dan ketawa.

Ada beza air muka berseri gembira bersama insan tersayang dan ada beza kelukaan diwajah ketika tersenyum juga air muka kosong yang sukar digambarkan ketika mengecapi nikmat kejayaan dan impian selama ini.

Begitulah hidup, apabila anda mementingkan diri dan tidak menghargai apa yang didepan mata, ia akan menghancurkan hati anda sendiri lambat laun walaupun anda diulit sejuta kemewahan sekalipun.

Pernah lihat, keluarga yang miskin dan papa kedana, namun penuh kasih sayang diwajah dan air muka.

Suami yang punyai isteri kanser dan anak kanser namun terlihat jauh bahagia dari keluarga yang kaya raya dan sihat?.

Apabila cinta dihargai dan dibalas dengan ikhlas, ada banyak perkara didunia ini boleh disangkal dan ditewaskan.

Jika tidak masakan ada putera raja yang sanggup meninggalkan kerajaan hanya untuk bersama cinta hati, rakyat biasa.

Di zaman millennium ini, untuk mendapat cinta yang ikhlas agak sukar.

Namun ketika anda menemuinya, usah kejar perkara lain dan mementingkan diri dan nafsu anda semata-mata.

Sekali anda tersilap, kebahagiaan lepas tak akan mungkin kemana.

Kata hikayat lama, Tuhan hanya memberikan anda sekali sahaja cinta yang betul-betul suci dan ikhlas.
Apabila anda mencuranginya sekali, tidak menghargai.

Cinta suci untuk anda tak akan kembali lagi.

Walaupun ia mungkin dari orang yang sama atau berbeza.

Sekali anda pernah mencintai dengan penuh mendalam.

Tak akan ada cinta yang lebih mendalam itu lagi terutama sekali jika anda dikecewakan dengan cinta mendalam itu.

Namun jika anda menghargai, mencintai dengan sepenuh hati akan banyak kejayaan akan dicapai.

Kejayaan bukan diukur dengan wang ringgit dan popularity.

Kejayaan diukur dalam trek anda sendiri. Kejayaan sebenar ialah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ketika anda menjaga dan menghargai insan yang anda cintai, segalanya akan kembali kepada kebahagiaan anda sendiri.

Ketika anda berkorban untuk cinta hati anda, tiba masa cinta hati anda akan berkorban untuk anda kembali.

Usah terpedaya dengan kata-kata, dunia ini materialistic, manusia tidak ada yang setia atau sebagainya.

Anda ialah siapa sekeliling anda dan apa yang anda bicarakan, setiap perkara yang anda percaya.

Realitinya mereka yang sering mengatakan negative mengenai cinta dan kehidupan ialah insan yang kekurangan kasih sayang dan tidak pernah menjumpai cinta sejati. Cinta sejati sendiri akan menjauh dari insan seperti ini.

Selagi anda tidak melihat dengan mata kepala anda, melihat kisah cinta sejati yang berlaku didepan mata. Selagi itu sukar untuk anda percaya, kecuali anda mahu percaya.

Kenyataan hidup yang berada didepan mata, manusia yang sering mengecewakan insan dan cinta manusia lain, mereka tidak percaya dunia ini adalah balasan atas sikap dan sifat kita sendiri. Sehingga ia betul-betul berlaku dalam hidup mereka terutama dihari-hari tua.

Apabila anda mengecewakan seseorang, usah harapkan lagi insan itu menjaga hati anda seperti dulu. Kembali mencintai anda seperti dulu.

Cinta yang kuat datang hanya dari cinta yang tidak berbelah bagi sesama sendiri, apabila ia telah terbelah, kepercayaan juga begitu.

Tidak cukup kepercayan terbelah , pengorbanan juga begitu. Jika dahulu cinta hati sanggup berkorban apa sahaja, kali ini pengorbanan belum tentu sanggup dilakukan untuk anda lagi.

Maka, apabila anda berdua diikat bom, percayalah pasti ada salah seorang akan cuba menyelamatkan diri sendiri dulu dari merisikokan diri menyelamatkan kedua-dua sekali.

Perkara seperti itu tidak akan berlaku, selepas cinta dikhianati.

Yang tinggal dan ada, ialah selamatkan diri sendiri sebelum insan lain.
Jika anda ingin hidup seperti itu , hiduplah. Namun percayalah , hati dan hidup anda pasti kosong.

Andai ketika ini cinta anda masih kukuh, hargailah.

Kerana apabila ia sudah ditewaskan, anda bukan sahaja membezakan hidup anda dengan pasangan lain, malah anda hanya akan Nampak kekurangan pasangan anda semata-mata tanpa sedar kesilapan diri dan kelemahan diri sendiri yang pasangan anda tidak pernah nyatakan.

Apabila anda sudah mulai tidak bersyukur dengan kehidupan anda, maka anda akan mula tidak menghargai pasangan anda. Kesyukuran dengan menambah baik kehidupan, saling menyokong dan memberi semangat dalam melebarkan sayap masing-masing juga impian masing-masing ialah kehidupan cinta sebenar.

Sokongan dan kepercayaan sesama sendiri akan mewujudkan kekuatan untuk anda saling mendorong dan mengejar kejayaan masing-masing.

Ketika anda mencintai, pilih seseorang yang mampu mendorong anda. Bukan meninggalkan anda ketika badai melanda.

Ketika anda kecewa, pastikan insan yang anda cintai , insan pertama yang memberi semangat dan motivasi dan percaya kepada anda.

Andai anda hanya mampu menerima bunga , coklat, diajak makan , percayalah ramai yang mampu memberikan anda semua itu.

Cari insan yang membahagiakan anda dan mengeluarkan semua perkara positif dari diri anda, menjadikan anda jauh lebih baik dari dulu.

Insan yang sentiasa melegakan hati anda, tidak pernah membuat anda rasa tertekan dan sama-sama menyelesaikan masalah yang melanda pasangan masing-masing.

Kita hanya akan tahu erti cinta sebenar setelah diuji, selagi tidak diuji kita tak mungkin tahu.

Andai selepas diuji cinta itu makin kuat, percayalah, hargai cinta itu dan usah cari yang lain atau pandang yang lain lagi.

Di zaman milenia ini, bukan setakat suami orang, isteri orang dan tunang orang turut digilai.
Andai anda sudah mempunyai cinta hati yang telah anda janjikan macam-macam, yang anda berikan harapan dan kasih-sayang. Hargailah. Bimbang dihari tua nanti anda akan menyesal dan malu berjumpa mereka lagi atas kesalahan yang telah anda lakukan.

Tidak kira bagaimana anda Berjaya, popular, berkuasa, tiada satupun mampu membeli hati terluka dan hormat manusia pada insan yang pernah melukakan.

Hati anda pasti tidak akan bahagia selagi ada hati yang pernah terluka.

Jangan jadikan anda manusia yang menjadi sebab insan lain terluka.

Kerana bayang-bayang sejarah itu, akan terus mengejar kehidupan anda sehingga anda mati.

Tulisan ini dari pengalaman dan pelbagai kisah peribadi di depan mata dan di pelbagai perkongsian status dan cerita hidup.

Terima Kasih.









Sabtu, 2 Disember 2017

Fight For This LOVE



Remember,  Love is Worth fighting for,  but not if you are the only one fighting. 

Pernahkah anda ingin fight untuk cinta anda,  tapi anda tidak tahu ingin 'fight'  untuk apa? 

Anda tidak tahu si dia apakah sama seperti anda? 

Atau anda sendiri tidak rela berkorban untuk si dia? 

Anda sendiri tidak tahu fight apa untuk cinta,  walaupun anda ingin menjadi fighter sekali pun. 

Membaca setiap artikel luahan cinta saya di Blog,  mahupun cetusan rasa di media sosial... 

Andai perjalanan cinta itu semudah menulis artikel cinta. Sepantas kemaskini status. 

Nasihat terbaik yang termampu, anda hanya perlu menurunkan ego dan menyelamatkan cinta anda. 

Walaupun penasihat cinta anda itu,  mungkin sendiri tidak mampu menurunkan ego dan menyelamatkan cintanya. 

Anda mungkin mampu mengucap I Love you berjuta kali untuk semua sahabat handai dan insan sekeliling, namun kini mengucapkan I Love you Dan rindu untuk insan yang anda rindu dan sayang,  anda langsung tidak berupaya.

Untuk menghubungi pun anda tidak mampu. Walaupun sepatah perkataan 'hai'  atau 'salam'  di whatapps. 

Untuk memberitahu hati siapa sebenarnya yang anda cinta dan rindu pun,  anda tidak mampu. 

Menunjukkan betapa anda memang di peringkat tidak memahami hati sendiri yang paling kritikal. 

Anda merujuk coach cinta,  mereka sendiri tidak mampu beri anda apa-apa nasihat mengenai cinta apa lagi bab perkahwinan. 

Mereka hanya boleh beritahu kahwin dulu.. Baru boleh cerita. 

Selagi anda belum kahwin saya tidak tahu,  dan jika anda berkahwin pun apa yang akan berlaku seterusnya saya tidak tahu. 

Bagi anda yang mempunyai masalah perkahwinan,  saya langsung tidak boleh memberikan nasihat apa-apa. 

Tapi sekurang kurangnya mencuba itu jauh lebih baik dari menyerah kalah. 

Ingatlah apabila seorang itu benar benar ingin bersama anda, dia tidak akan sama sekali meninggalkan anda, walau pun ada sejuta alasan kukuh bagi dia meninggalkan anda.

Tidak kiralah,  sahabat handai anda,  keluarga anda mengatakan betapa logik alasan dia meninggalkan anda,  dan jika anda di tempat dia sekalipun  anda akan melakukan perkara yang sama sekalipun,  kenyataan sebenar tiada langsung alasan jika ingin sesuatu yang diingini itu berjaya.

Anda berhak untuk menerima insan baru,  berkenalan dengan insan baru walaupun insan yang pernah anda cinta telah berubah sejuta kali lebih baik dari dulu.

Realitinya kebanyakan pujuk rayu hanya sebelum mendapatkan sesuatu yang diingini.

Anda hanya tahu realiti dan anda benar-benar diingini sehingga satu jangka masa panjang yang sukar di terjermahkan.

Jika anda benar-benar cintakan seseorang.

Apa yang anda sanggup lakukan dan korban kan untuk CINTA itu?

Sanggupkah anda BERJUANG untuk cinta yang anda sendiri tidak pasti?

What will you do for love?








Dancing In The Dark


Ada waktunya anda hanya ingin menghiburkan diri dalam kegelapan seorang diri

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dunia ini ada siang,  ada malam. 

Ada matahari,  ada bulan. 

Ada kala cerah,  ada kala terang. 

Ada waktunya sinar matahari memancar,  ada waktunya hanya gelap malam menemani. 

Pujangga mengatakan,  di dunia ini,  bahagia lebih singkat dari sengsara. 

Susah lebih banyak dari senang. 

Waktu miskin lebih panjang dari kaya. 

Malah rasa sakit lebih panjang dari rasa sihat. 

Senyuman di wajah lebih pendek dari muka yang sedang berduka. 

Mata bersinar lebih sekejap dari mata yang berduka. 

Itulah hidup. Banyak yang kita mahukan jarang kita dapat. 

Apabila kita dapat ada perkara yang terpaksa di korbankan. 

Adakala kita rasakan itu yang perkara utama,
 benar-benar kita inginkan,  kemudian apabila kita sudah mendapat ia,  baru kita sedar apa yang kita korbankan sebelum itu jauh bermakna. 

Ada waktunya ketika insan lain menari di malam hari ditemani terang cahaya bulan, terang, namun anda terpaksa menari dalam gelap seorang diri. 

Pernah anda berjalan di tengah malam hitam pekat. Tiada cahaya bulan atau kerlipan bintang. 

Tiada sinar neon malam,  gelap gelita. 

Insan lain berpasangan menari,  anda seorang diri. 

Namun jika terpaksa menari untuk menghiburkan hati, menari sahaja.

Dalam tidak sedar,  kekal ada yang menemani.

Kepercayaan dan tawakal anda kepada Tuhan,  realitinya anda kekal ditemani malaikat dalam perjalanan gelap yang panjang itu dan sampai ke destinasi di tuju dengan selamat.


Dancing In The Dark.

Most day I'm keeping to my self
Living in my little buble
Throwing my weight and moving my body
Through the sea,
You could come join me
Moving like the weekend
I don't need nobody

If you ever want to join me baby
I'm dancing in the dark
If you ever want to joint me baby
I'm dancing in the dark

*** lirik lagu Dancing In The Dark

Ada beza mereka yang terus berjalan dalam gelap dari mereka yang berhenti berjalan menunggu hari terang.

Mereka sampai lebih lama dahulu dari mereka yang takut berjalan di dalam gelap gelita.

Ada beza mereka yang menunggu pasangan untuk menari dengan mereka yang terus menari dengan yakin seorang diri.

Seperti berbezanya mereka yang menunggu lampu dipasang dan petikan piano dengan mereka yang terus menari walau dalam hujan atau dalam gelap.

Ada waktu tidak perlu semuanya sempurna untuk melakukan sesuatu dan melepaskan rasa.  Peluang tidak selalunya ada.

Pernah ada waktu anda terpaksa menaip dalam gelap.  Menulis dalam gelap.

Mungkin nampak ia tidak sempurna,  namun ia kerja paling ikhlas anda lakukan.

Atas keterpaksaan dan semangat itu,  hasil kerja itu pasti anda akan ingat sampai mati.

Begitu juga dengan waktu.

Seabad berlalu,  waktu paling berharga dan bermakna itu akan anda hargai.

Kenangan itu paling kekal di lubuk hati.

Tidak kira walaupun itu adalah waktu sukar anda dengan si dia.

Itu waktu paling indah paling  anda ingat dan kenang selamanya.

Ia,  kadang kala kita tidak ingat tarian kita di dewan utama yang dihias segala kerlipan dan lampu piano.

Tarian yang paling diingati ialah tarian dalam gelap gelita,  kerana tiada syarat utama untuk merealisasikan tarian paling indah dalam hidup anda.

Siapa bilang menari dalam gelap tidak indah?
Tarian dalam gelap tidak sempurna?


If you even want to join me baby
I'm dancing in the dark  ðŸŽ¶
If you even want to join me baby
I'm dancing 🎶 in the dark
I'm dancing 🎶 in the dark


Terima kasih






Ahad, 29 Oktober 2017

Ketenangan


SUSHI KING KUANTAN kini ada cop Halal Jakim,  makan makanan lebih sihat seperti SUSHI berbanding Pizza atau ayam goreng membantu otak anda lebih tenang dan lebih sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Ada waktu anda menulis hanya ingin memberitahu seseorang luahan hati anda. 

Anda tahu,  dia tidak akan membaca sampai mati,  tapi anda tetap tulis. 

Untuk apa?  Untuk menjaga hati sendiri dan mempertahankan diri dan memenangkan diri anda yang sebenarnya memang tak akan menang. 

Ketahuilah ketika anda berusaha keras untuk membuktikan anda benar menunjukkan dengan jelas, anda sebenarnya telah lama kalah. 

Tiada apa yang perlu dibuktikan, kerana kemenangan yang utama ialah ketenangan hati. 

Apa guna menang jika hati anda tidak tenang dan redha. 

Berbalah dan menegakkan benang yang basah tidak akan kemana. 

Ia akan merosakkan lagi hubungan yang sedang genting. 

Lebih banyak anda bercakap dan mempertahankan diri,  lebih teruk anda sendiri yang akan tersakiti. 

Lebih bagus jika anda tidak menulis ketika marah dan sedih. 

Seperti lebih jauh baik anda diam ketika anda marah dan tidak berpuas hati.

Ada waktu tidak perlu terang apa-apa,  masa akan menentukan segalanya.

Hidup bukan untuk menang sahaja. 

Biar kalah asal anda tidak lagi menghiris hati sesiapa. 

Sering usia dan pengalaman,  anda akan belajar menjaga hubungan jauh lebih selamat dari menegakkan kebenaran. 

Meminta maaf jauh lebih tenang dari menunggu insan lain memohon maaf terlebih dahulu. 

Sekurang-kurangnya anda anda bersyukur dan tenang kerana anda dahulu meminta maaf. 

Meminta maaf tidak pernah menjatuhkan maruah sesiapa. 

Biarlah mereka atau siapa sahaja mengatakan anda salah kerana meminta maaf,  cukuplah abaikan sahaja. 

Jika terpaksa mengaku salah mengaku sahaja,  tiada apa yang rugi untuk itu.

Dalam mengejar kebahagiaan dan lebih banyak peluang,  meminta maaf itu amat indah, malah memuji mereka Yang pernah melukakan jauh lebih membuatkan anda tenang dan gembira dari mencerminkan keburukan insan lain. 

Ramai mengatakan setelah 30 tahun,  masa masih tidak menunjukkan apa-apa. 

Namun ketahuilah ada perkara yang telah terbukti namun tidak pernah ditunjukkan kepada anda dan hanya diketahui oleh mereka yang melaluinya sahaja. 

Ada doa dan kemaafan yang hanya disimpan dalam hati dari jauh. 

Biar kalah dahulu,  menang kemudian. 

Kerana ketenangan itu lah kemenangan. 

Selagi masih bernyawa ada banyak kisah lagi bakal dilalui.

Semoga ketenangan menjadi teman abadi. 

Terima kasih. 




Sabtu, 28 Oktober 2017

Melepaskan


Hari gelap akan cerah,  hari cerah akan gelap. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Apabila anda mengejar sesuatu,  mungkin ada benda lain anda harus korbankan. 

Mengejar kejayaan,  banyak masa yang tidak dapat diluangkan untuk perkara lain. 

Itu mungkin masih boleh diterima. 

Namun berbeza pendapat dan destinasi,  terutama membabitkan perasaan sayang,  adalah satu perjalanan panjang yang susah untuk di terjemahkan. 

Berada di dunia media social dan internet. 

Anda akan berjumpa rakan yang setuju dengan pilihan anda,  malah anda juga akan berjumpa rakan yang kurang menyokong pilihan anda. 

Ada bayaran besar untuk popular,  kesusahan ia sampai anda menutup mata. 

Kurang suka semua ditulis dan dikongsi di media sosial,  hidup adalah privasi. 

SEABAD dulu mungkin anda berjumpa insan yang tidak setuju dengan kerjaya pilihan anda. 

Beberapa tahun kemudian anda akan berkenalan dengan insan yang tidak menyukai anda terlalu expose dengan media sosial walaupun ia sekadar untuk pemasaran dan Branding. 

Begitulah hidup,  ada kata beruntung mempunyai mereka yang menyokong anda dalam apa yang lakukan. 

Ada yang berasa terkilan apabila insan yang diharap memahami, lebih sedih lagi jika ia menjadi alasan untuk hubungan anda semakin menjauh. 

Begitulah hidup tidak semua yang kita pilih akan disokong atau cuba difahami. 

Mungkin apa yang dikatakan oleh si dia adalah benar belaka,  namun perasaan dan impian yang anda pandang versi berbeza. 

Perhubungan yang terjalin lama walaupun cuba di pertahankan akhirnya terlerai menjadi sebuah perhubungan biasa. 

Semakin jauh dan jauh kerana mereka tahu anda kekal dengan pendapat dan pendirian tersendiri. 

Sukar untuk menegakkan pendirian anda Lebih-lebih lagi  anda tahu ada sebab kukuh untuk mereka membantah, untuk alasan kukuh anda tahu tiada siapa akan menang dalam mempertahankan hujah. 

Dan anda tahu untuk itu anda takkan menang.  Namun anda kekal dengan pendirian anda sendiri. 

Ada banyak perkara ia bukan mengenai betul atau salah. 

Atas sebab tertentu yang sukar di terangkan untuk difahami sehingga berada di dalam 'kasut' itu sendiri. 

Apa bila tiba masa untuk melepaskan,  anda harus melepaskan apa yang anda sayang. 

Itulah hidup,  mungkin satu waktu dahulu dia bersama anda susah dan senang,  sihat dan sakit. 

Tiba masa pinjaman itu akan diambil dia akan memilih jalan yang telah lama dipilih cuma bukan lagi bersama anda. 

Dan tentu sekali masa untuk anda melepaskan. 

Apabila anda melepaskan sesuatu yang istimewa untuk mengejar impian anda,  bersedialah untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan di masa hadapan.

Seiring usia anda akan tahu melepaskan seseorang itu bukan bermaksud anda langsung tidak menghargainya. 

Belajarlah melepaskan. 

Walaupun anda tahu usia akan terus mengejar anda. 

Dan anda akan melepaskan dengan rela bila anda sedar usia juga mengejar Dia. 

Terima kasih. 








Khamis, 31 Ogos 2017

Ingatan Hati


Anak kucing apabila sukakan sesuatu dari tidur nyenyak pun akan bangun 


Ketika berpisah bertahun lamanya,  hati hanya inginkan si dia sahaja. 

Akhirnya setelah bertahun memendam rindu dan duka lara. 

Akhirnya jodoh menyatukan anda berdua. 

Hebatkan cinta,  sanggup menunggu seabad lamanya untuk cinta. 

Benar kata pujangga. 

Ketika belum dapat,  yang sukar untuk dimiliki itulah yang kita akan kejar dan rasakan cinta mati. 

Namun setelah berjaya melalui dan mendapatkan cinta abadi kita itu akhirnya kita mula membezakan si dia,  jodoh kita itu dengan insan lain. 

Membezakan pasangan kita dengan pasangan insan lain yang lebih hebat. 

Lebih hensem,  cantik,  bijak, muda,  menarik dan kaya raya. 

Wahai dunia. 
Lupakah engkau saat engkau benar-benar inginkan jodoh ketika semua di sekeliling berjodohan. 

Lupakah anda,  dia yang anda agung-agungkan.  Menangis dalam doa.  Hanya dia yang anda rindu dan mahukan. 

Lupakah anda niat ketika anda belum memiliki. 

Menjadi pasangan terhebat dalam memberi layanan dan kebahagiaan kepada masing-masing. 

Mengapa kini anda mula membezakan yang di miliki dengan yang tidak di miliki. 

Mengapa kini anda tidak nampak semua kesempurnaan dahulu. 

Mengapa hanya kekurangan dan persengketaan yang anda wujudkan. 

Ketidak puas hati. 

Sampai bila anda akan terus tidak puas hati.

Ini ingatan untuk saya,  anda atau sesiapa sahaja yang membaca atau yang di beritahu. 

Ketahuilah manusia jarang bersyukur dengan apa yang dimiliki. 

Jarang melihat apa yang ada di depan mata. 

Ego dan berlagak. 

Terasa kita lebih hebat.  Memandang rendah terhadap pasangan kita yang telah kita beri harapan dan cinta. 

Rasa kira masih laku.
Menyampah dan memandang rendah pasangan sendiri. 

Ketahuilah,  anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan,  hari ini apa yang anda lihat ada pada insan lain tidak mungkin kekal selamanya. 

Ketahuilah apa yang dia ada,  ada sesuatu yang tuhan tarik. 

Apa yang kita ada pasti ada yang mereka tiada yang kita langsung tidak sedari. 

Usah diperbodohkan dengan apa yang di paparkan di media sosial. 

Tiada populariti yang kekal.  Tiada kekayaan dan pangkat berpanjangan selamanya. 

Tiada yang kekal muda,  akan terus ada yang lebih hebat. 

Wajah kacak dan ayu tidak menjamin bahagia. 
Dan usah cemar hari ini,  bimbang di hari tua anda akan hilang segalanya. 

Kebahagiaan di hari tua,  kebanyakannya lahir dari berkat kesabaran dan pengorbanan serta pemikiran matang yang tidak mementingkan diri sendiri. 

Lihat sekeliling anda,  golongan emas yang lebih tua.  Lihat dengan mata hati. 

Anda akan lihat dengan jelas,  perbezaan layanan yang di dapati mereka dari orang tersayang. 

Semoga kita antara insan yang bijak menghargai dan memikirkan masa depan dengan lebih panjang. 

Sekali kita melukakan insan lain,  ingat akan ada balasan menanti. 


Terima kasih. 



Khamis, 27 Julai 2017

Stalker


Gambar bunga sekadar hiasan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. 

Stalker. 

Setiap dari kita pasti punyai Stalker.  Walaupun kita bukan siapa-siapa. 

Ntah,  di perumahan anda,  condominium anda duduki,  flat anda diami mata-mata dan Stalker kekal memerhati. 

Zaman media sosial dan Internet,  tidak cukup Facebook,  instagram,  Blog,  we chat,  LinkedIn ramai stalker memerhatikan anda untuk mengkritik,  mencari salah atau mungkin mengagumi anda dengan cara,  Style,  fikiran atau fesyen dan cara hidup anda. 

Jangan lupa,  kita juga Stalker kepada insan tertentu.  Mungkin rakan sendiri,  mungkin artis,  mungkin musuh anda atau mungkin sesiapa sahaja di Facebook,  instagram,  Blog,  twitter, LinkedIn dan sebagainya. 

Kadang kala cara penulisan individu tersebut cukup di kagumi.  Gambar dan dirinya cukup cantik dan hensem,  petua dan Tips amat bagus namun kita tidak pernah komen dan Like status hanya menjadi Stalker. 

Itulah Stalker.  Tidak pernah berhubung namun memendam dalam hati. 

Sama ada kutukan atau kritikan atau sekadar berkongsi minat kepada individu itu kepada kawan dan rakan terdekat. 

Stalker jika ia memberi manfaat kepada anda,  bersyukurlah. 

Namun jika ia wujud untuk mencari kesalahan dan dari segi negatif juga bersyukur. 

Banyak benda yang semakin harus berhati-hati di kongsi di zaman Internet dan media sosial ini. 

Status dan kegembiraan juga tidak boleh terlalu di pancarkan. 

Kadang kala mungkin kita terbabas,  namun pastikan kembali di track yang betul semula. 

Melihat idol anda sebagai Perfect dan sempurna pasti ada silap di situ. 

Tiada yang sempurna di dunia ini maka jika mereka ada melakukan kesilapan atau kesalahan,  anda harus dari awal faham itu ialah perkara biasa. 

Berdoa dan menunggu kejatuhan individu lain itu perkara yang harus anda elakkan. 

Mengkritik secara terang-terangan terutama di status facebook juga mengakibatkan imej anda turut tercalar walaupun mungkin kritikan anda itu bagi anda amat betul. 

Hormati wall dan gambar individu lain. 

Jika anda ada pendapat sendiri tulis secara elok dalam bahasa sopan dengan teguran dan kritikan paling membina. 

Berhenti mencari silap individu lain dan berhenti dari terlalu memuja. 

Anda pastinya ada keistimewaan juga kekurangan sendiri maka jangan lupa untuk serlahkan dan hilangkan apa yang patut. 

Untuk anda yang menjadi Stalker instagram,  Facebook, Blog, LinkedIn atau kehidupan saya di luar atau di dalam realiti mahu pun media sosial,  teruskan menjadi Stalker jika itu menggembirakan anda. 

Tentu perkara biasa untuk seorang intervet (pemalu)  untuk tidak Like dan komen status di Facebook mahu pun instagram dan Blog,  saya memahami. 

Malah saya sendiri dahulu dan ada masanya tidak pernah komen di idol kegemaran saya maka saya juga dahulu pernah menjadi Stalker. 

Baru faham mengapa Stalker Cafe milik Fatah Amin itu wujud. 

Mari kita menjadi Stalker yang baik jika ditakdirkan kita menjadi Stalker lagi satu hari nanti. 


Salam sayang selamanya. 

Terima kasih. 




Sabtu, 28 Januari 2017

Kamu..


Gambar langsung tanpa Makeup 2017
Mengenali kamu kawan 10 tahun dahulu,  membuka sekali lagi pintu hati untuk aku bercinta dan memikirkan untuk sebuah pertalian yang serius. 

Setelah 10 tahun aku mengenali cinta pertama, kau hadir sebagai insan yang aku telah tanamkan untuk yang terakhir aku cintai. 

Putus dengan mu adalah perkara paling aku tidak pernah bayangkan.  Tiada ku sangka itulah kali pertama aku tidak berhenti menangis walaupun pada pagi hari raya. 

Aku tidak pernah berkongsi kisah duka cinta ku selama aku hidup dengan sesiapa pun ahli keluargaku kecuali dengan kamu.  Betapa aku ikhlas mencintaimu satu waktu dulu sehingga kau insan pertama yang membuatkan aku benar benar merasakan kau paling terbaik untuk aku. 

Kawan.. Kau sungguh istimewa.  Kau paling mengambil berat mengenai aku.  Paling pemurah terhadap ku dan kurasa paling mencintai dan menghargai aku. 

Aku sering mempersalahkan diri sendiri setelah kau pergi memulakan hidup baru dengan insan yang sumpah tidak pernah aku sangka akan menggantikan tempat aku. 

Tahukah kau kawan,  kerana tidak terjadinya ikatan antara kita akhirnya aku jatuh cinta pada insan yang juga aku sama sekali tidak sangka akan menggantikan tempatmu. 

Banyak sungguh perkara yang aku tidak sangka. 

Kau telah meninggalkan aku kepercayaan bahawa insan yang memiliki pelbagai benda tidak mudah aku percayai dan gantung harapan. 

Oleh sebab itu aku jatuh cinta pada insan yang langsung tidak punya apa apa. 

Tapi benar,  jika Allah tidak mentakdirkan dia untuk aku,  maka selamanya ia bukan milik aku. 

Aku tewas lagi untuk ke sekian kali dalam kisah cinta terakhir aku itu untuk setakat ini. 

Bertahun berlalu,  kau menghubungi aku. 

Bercerita tentang betapa sukar mencari aku. 

Memberitahu perpisahan kau dengan dia. 

Aku amat pelik sekali kerana aku tidak merasa langsung sedikit pun perasaan terhadap mu. 

Suatu waktu dulu kau lah insan yang sentiasa setiap
Saat dan waktu berada dalam doa-doa aku. 

Sehingga hari ini aku berterima kasih padamu kawan. 

Tanpamu yang meninggal akan aku.  Aku tidak akan kenali insan yang memberi kan kedewasaan sebenar untuk aku.

Kecewa mendalam itu telah membawa aku mengenal insan lain yang akhirnya banyak memberikan pengajaran paling berguna untuk aku. 

Dulu aku ingatkan kau yang paling aku cinta. 

Tapi aku silap,  aku mencintai insan lain selepas kau dengan 10x lebih mendalam. 

Kau pernah tidak merestui kerjaya aku. 

Dan pernah tidak menyukai pilihanku.
Ketika kau menghubungi aku kembali, kau akhirnya memilih untuk menjadi ahli perniagaan,  satu kerjaya yang amat aku kagumi. 

Kau semakin matang dan dewasa.
Aku jua. 

Mencintaimu satu waktu dulu,  hikmahnya untuk membawa aku mengenali insan lain dan pelakon- pelakon yang tercipta di dunia ini. 


Kau telah membawa aku mengenali insan - insan dan membawa aku mengharung pengembaraan yang mencabar dan menggembirakan. 

Aku tak akan pernah menyesal pernah mengenali dan mencintaimu. 

Untuk 10 tahun perkenalan kita aku ingin kau tahu,  kau adalah antara tapak yang memulakan perjalanan aku hari ini.

Untuk 9 bulan lagi perpisahan kita 10 tahun dulu,  andai kau masih setia membaca Blog aku ini,  percayalah kau amat aku cintai satu waktu dulu. 

Terima kasih kerana pernah mencintaiku.  Percayalah kau insan pertama yang memberikan aku pengalaman percintaan romantik pertama dalam hidupku. 

Untuk kau aku doakan untuk bertemu jodoh yang membahagiakan kau selamanya. 

Doa aku benar benar ikhlas untukmu dan aku harap dan berdoa jodohmu bukan aku.. Insyallah. 

Selamat ulang tahun perkenalan yang ke 10 tahun. 


Terima kasih untuk segalanya.

Halalkan makan minumku,  segala hadiah dan pemberian mu untuk aku,  pengorbanan masa tidur dan rehat mu untuk aku.

Aku ucapkan dari hati..  Benar-benar

Jutaan terima kasih.

Semoga kau sentiasa di dalam lindunganNYA.






Jumaat, 8 Julai 2016

Happily Ever After ...


bergambar bersama novel 'HAPPILY EVER AFTER'

Siapa di dunia tidak ingin kisah cinta indah , seindah motto kisah cinta DISNEY ,
' Happily Ever After'.

Saya mengidamkanNYA semenjak kecil lagi..
setiap kali melihat kaca television memaparkan kisah 'Cinderella', 'Snow White' , 'Rapunzel' dan pelbagai cerita fairy tales lagi termasuk kisah Peter Pan , kanak-kanak yang tidak mahu membesar. Dan sejujurnya saya terpaku pada kisah Peter Pan itu dan berharap supaya saya tidak terus membesar...

Bercinta, kisah cinta, kisah yang dikongsikan tentu tidak sama dengan apa yang anda rasa.

Derita, sengsara atau bahagia tentu sekali tidak ramai yang sudi dengar, apatah lagi jika hati anda sendiri yang merasa sengsaranya.

Mana mungkin ada insan yang ingin terus kecewa mengingati kisah cinta lampau. Dan tentu sekali setiap insan akhirnya akan 'move-on' jauh dari kisah cinta lampau yang sedih itu.. TETAPI .. ia MEMAKAN MASA...

Setelah dewasa dan bercinta, baru saya akui rupa-rupanya ada chapter-chapter dan episod-episod dalam novel dan drama serta filem betul-betul terjadi dialam realiti.

Bercinta, berpisah, jatuh cinta dengan mereka yang tidak pernah berjumpa hanya mendengar suara dicorong telefon,
Jatuh cinta dengan insan yang pertama kali anda jumpa & anda tidak akan percaya dialah yang akan anda cintai dengan begitu mendalam, .,
Berjumpa dan anda lansung tidak berminat dengan sidia , bersahabat dan akhirnya sidia yang menjadi cinta paling dalam...
mencintai dalam diam ... bercinta dan bermusuhan,, tapi tetap saling menyayangi.. cinta dari jauh dan cinta egois yang tidak pernah kenal ayat memohon kemaafan...
Malah cinta kejam hanya kerana anda tidak berjaya memiliki cinta insan yang anda cintai dengan mendalam kerana kecewa yang amat DASYAT..

Itu belum kira, anda akan berjumpa mereka yang terus tidak percaya cinta, yang lansung tiada rasa cinta.. dan ketika itu anda pelik.. kenapa DIA menjeruk rasa.. mensia-siakan peluang yang ada...

Belum kira jika itu yang anda rasa...

Dan belum dikira sehingga anda masih berharapkan sidia yang mungkin telah masuk seabad berpisah dan memulakan hidup baru tanpa anda...

Kenapa kisah Disney zaman kanak-kanak tidak pernah menghidangkan kisah cinta curang, dikhianati, &  materialistik?..

Kenapa mesti ia dihidangkan ketika kita dewasa dalam setiap novel dan drama..

Kita diajar yang indah-indah ketika kecil, dan ketika remaja kita diajar tentang keseronokan cinta dan putus cinta..

Dan apabila kita dewasa, kita diajar sakitnya putus cinta, sakitnya disakiti orang dicintai, sakitnya berjanji tetapi dikhianati, sakitnya apabila 'pelamin anganku musnah'.

Dan bila kita terus dewasa... menuju jauh ke usia matang.. baru kita sedar, cinta itu bukan hanya atas dasar kasih sayang.. tetapi diikuti pelbagai perkara penting lain dalam hidup.

Mana mungkin hanya cinta mampu memberi kita makan dan mampu hidup..

Dan ketika kita terus dewasa.. baru kita tahu, yang paling menyakitkan bukan cinta..tapi kesunyian itu, walau mungkin kita telah punyai keluarga  dan anak-anak sendiri...

Saya masih mengharapkan 'fairy tales' berlaku..

atau sekurang-kurangnya cerpen cinta  kegemaran dizaman remaja saya dahulu terjadi dalam hidup ini..

Dan tentu sekali menonton drama dan filem cinta yang bermula bukan dari sekadar apa-apa, pertelingkahan yang hebat, perpisahan yang bertahun dan akhirnya bertemu dan kembali bersama dengan perasaan cinta yang mendalam terjadi dalam hidup saya.


Tetapi, sebagai manusia , kita hanya mampu berharap. Dan saya percaya Allah telah menyediakan kisah cinta HEBAT.. yang jauh dari apa yang saya harapkan, dan saya percaya segala CINTA yang saya dapat hari ini adalah cinta yang bukan semua insan miliki.

Untuk insan yang pernah aku cintai, pernah mencintaiku.. atau terus mencintai aku.. Selamat Hari Raya untuk kamu... dan ku mohon MAAF ZAHIR & BATIN..

Terima kasih.





Jumaat, 17 Jun 2016

Pengajaran dari Filem ME BEFORE YOU

bergambar disamping poster filem Me before You

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 

Telah lama saya tidak menonton wayang, tetapi baru-baru ini saya berpeluang menonton filem ringan bertajuk 'me before you' bersama rakan saya Shida. Filem ini adalah berdasarkan novel terlaris New York Times.

Banyak pengajaran yang saya ambil dari filem cinta ringan ini, amat berkesan bagi mereka yang pernah melalui detik yang diceritakan dalam kisah ini walau mungkin tidak seberat yang dilalui oleh watak hero utamanya.

Antara pengajaran yang boleh didapati ialah:-

1. Ketika hidup, pastikan anda lakukan apa sahaja yang anda ingin lakukan, tetapi pastikan tidak melukai orang tersayang.

2. Kita tiada jaminan mengenai kesihatan dan tenaga kita serta apa yang bakal berlaku, belajar bersyukur ketika anda mempunyai semua nikmat itu.

3. Cinta itu memang menyakitkan dan kecewa ketika jatuh sakit akan lebih menyakitkan terutama bila melihat insan yang dicintai berkahwin dengan teman rapat yang paling dipercayai.

4. Beza antara heroin berbaju merah dan bekas wanita teman lelaki hero ialah, heroin berbaju merah sanggup berada dalam perhubungan cinta tidak bahagia selama 7 tahun, bekas teman wanita hero pula merasakan 2 tahun bersama hero yang 'cacat' adalah terlalu lama sehingga memutuskan untuk berkahwin dengan jejaka lain iaitu rakan karib bekas teman lelaki sendiri.

5, Ketika anda jatuh sakit dan terlantar, anda akan kenal siapa kawan sebenar dan ketulusan cinta sidia selama ini.

6. Kekayaan tidak mampu membeli kesihatan, semangat sahaja tidak mencukupi untuk terus pulih. Masalah penyakit saraf tunjang adalah antara masalah penyakit yang masih belum ditemui penawarnya.

7. Lelaki sehebat, seberani dan segagah hero akhirnya tewas kepada ketidakupayaan tubuh untuk melakukan sesuatu. Pujian harus diberikan kepada watak hero yang tetap nampak tabah dan tenang walau beliau telah berusaha bersungguh-sungguh selama 2 tahun dengan rawatan fisioterapi tetapi hanya mampu mengerakkan jari sahaja.

8. Semangat dari orang tersayang dan orang yang dicintai amat berbeza. Hero telah mengambil jalan paling mudah untuk mengakhiri hidup beliau terutama setelah kekasih hati beliau memilih mengahwini rakan karib beliau sendiri.

9. Perhubungan cinta yang terjalin lama (7 tahun) , tidak bermaksud perhubungan cinta yang bahagia, pengorbanan untuk insan lain terutama keluarga pasti akan ada balasan yang baik jua.

10. Jadi diri anda sendiri, hormati pendirian insan lain dan agama yang dianuti bangsa lain, pegangan agama dan didikan agama juga berlainan. Sebagai orang islam bersyukur jika anda diberi hidayah menganuti agama islam serta menghargai nyawa yang diberi.

11. Walau kelihatan watak hero didalam filem ini 'tidak menderita' tetapi jika anda betul-betul mendalami jiwa seorang 'lelaki' yang dahulu punya segala-galanya anda akan tahu betapa tertekan hidup hero dengan kenyataan demi kenyataan dari doktor yang merawat beliau.

12. Seorang 'mak cik' yang telah berkahwin 4 kali dalam filem ini  dan masih mencari suami ke 5 ,memberi nasihat kepada heroin agar memilih hero cacat  berkaliber yang berada di kerusi roda daripada memilih seorang lelaki yang sempurna tetapi sebenarnya kurang dari segi akhlak dan timbang rasa. (fikir sendiri, jika sahabat karib yang cacat dikhianatinya, bagaimana pula isteri?)

13. Lihat filem ini dengan mendalami emosi dan letakkan diri anda dalam watak hero, anda akan tahu betapa istimewa filem ini.

14. Sesungguhnya kekayaan juga tidak mampu mengekalkan cinta.


Terima kasih.



Rabu, 13 Januari 2016

Tolong Maafkan Aku...



Hampir 3 tahun, kali terakhir kamu menghubungi aku,
aku ingin memberitahu kamu kawan
terima kasih atas hadiah kamu yang lebih lama dari itu..
kini aku faham
ia langsung bukan salah kamu
tapi keterpaksaan meneruskan hidup
tapi aku tahu
kau sendiri tahu
yang aku langsung tidak lagi ingin ambil tahu
atau fikirkan mengenai kamu lagi...

Aku teringatkan kamu hari ini
kerana akhirnya aku tahu dan sedar
semua penggantimu sebagai sahabat aku
akhirnya melakukan perkara yang sama 
lebih kurang kamu
tapi aku akhirnya tidak terasa apa-apa
kerana kau telah mengajarkan ia padaku
lebih awal lagi..

'Aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku
maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku'

Dan untuk kamu-kamu
sahabat-sahabatku yang lain
sesungguhnya aku juga maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kalian tahu
yang aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku..

Aku tak akan mungkin 'remove' atau block kamu dari facebook aku
atau delete nombor telefon kamu
tapi kamu sendiri yang menukarkan nombor telefon kamu tanpa memberitahu aku
aku ucapkan terima kasih kerana masih sudi menjadi kawan aku walau dalam facebook
andai satu hari kawan, kau berjaya
tak perlu kau ganti apa-apa kepada aku
sebab aku percaya
gantian apa yang telah kau lakukan kepadaku
akan digantikan oleh tuhan dengan sesuatu yang lebih bermakna

Terima kasih kerana menemani hari-hari sedih aku yang terluka 
bertahun dulu
terima kasih kerana mengambil berat dan memanjai aku
terima kasih kerana selalu menjadi pendengar setia aku
terima kasih atas kemanjaan itu
dan terima kasih atas pengorbanan kalian untuk aku

Sesungguhnya aku akan kekal menyayangi kalian
hingga akhir nafasku
walau beratus-ratus penganti kalian 
akan terus bertukar ganti..

Kau takkan mungkin
akan bertemu pengganti seperti aku
seperti mana aku takkan mungkin 
menemui pengganti sepertimu

Aku akan sentiasa membawa kenangan persahabatan kita
selamanya
walau aku telah ditemani
insan lain yang lebih istimewa

aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
jangan sebut namaku
dan aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku..

Dan..

TOLONG MAAFKAN AKU...







Isnin, 8 Jun 2015

INI DIA ALASAN KENAPA DIA TINGGALKAN KAMU



imej dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda antara sebab mengapa sidia tinggalkan kamu. Artikel ini saya dapati dari website majalah kesayangan saya cosmopolitan

Bila tiba-tiba si dia putuskan hubungan dengan kamu, pasti kamu akan tertanya-tanya kenapa si dia tinggalkan diri kamu tanpa berikan alasan yang kukuh. Tak perlulah kamu nak jadi investigator ya. Cosmo senaraikan lapan alasan si dia tinggalkan kamu supaya kamu boleh tenangkan minda dan jiwa yang bergelora itu.


1.Si dia lebih sesuai hidup single.
 Bertenang : Jika jejakamu kena ambil masa fikir panjang antara nak putus hubungan atau tinggalkan seluar dalam kotor terbiar dalam lantai bilik selama dua hari, dia kemungkinan besar bukanlah “bahan” baik dijadikan teman lelaki pun.

2.Kamu lebih sukakannya daripada si dia sukakan kamu. Ini bukan salahmu, tetapi ketidakseimbangan ini sangat awkward untuk lelaki. So, kamu seeloknya bersama jejaka yang fikirkan kamulah ratu hatinya.

3.Si dia tak nampak masa depan denganmu. Ya, lelaki ada memikirkan hal masa depan perhubungan kamu. Dan jika mereka tak nampak ada harapan, kenapa masih nak bazirkan masa kamu ataupun si dia.

4. Dia hanya mahukan apa saja perhubungan. Ia mungkin berlaku di mana si dia hanya nak ada perhubungan bukan serius tapi kamu mula dah tersangkut. Ada kemungkinan si dia mahukan perhubungan rebound selepas putus dengan teman wanita sebelum kamu atau si dia sedang murung dan perlukan kasih sayang sementara. Yes, it sucks, but it happens.

5.Dia sukakan kamu, tapi tak cintakan kamu. Ada kalanya perhubungan bermula dengan hebat tetapi tidak bertahan. Mungkin pada awalnya tiada magis, tapi kamu berdua” layan” saja kerana mengharapkan cinta sejati berputik. Akhirnya, si dia bosan dan kamu terperangkap.

6.Kamu mengambil mudah si dia dalam perhubungan. Si dia tak pernah kata“No” pada kamu sehingga kamu layannya seperti your personal butler.

7.Kamu berdua ada pendirian yang berbeza. Ini sudah tentu ultimate dealbreakerdalam perhubungan. Bila nak buat keputusan, kamu pasti akan bertengkar kerana perbezaan hidup terlalu jauh untuk saling bertolak ansur.


8.Mungkin takdir tak menyebelahi kamu. Macam nilah, mungkin kamu wanita sempurna dan kamu mungkin belum nampak sekarang, kerana terlalu kecewa…Tetapi ada kalanya lelaki ni putuskan hubungan kerana ada sesuatu tentang diri kamu yang si dia tak boleh terima atau si dia rasakan membosankan. So, jika ini menjadi alasannya, baik juga si dia tinggalkanmu. Kamu berhak punyai lelaki yang mahukan kamu seadanya.


Sekian sahaja antara 8 alasan yang diberikan oleh majalah Cosmopolitan untuk rujukan anda. Jika anda mengalami tanda-tanda diatas, diharap anda tabah dan “move-on”. Don’t worry, “yang patah akan tumbuh berganti”. Sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Insyaallah kita akan jumpa lagi dientry akan datang. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love , huge & kiss. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...