Selasa, 19 Disember 2017

Love Conquer All





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Realitinya, tiada manusia mampu hidup tanpa cinta dan kasih sayang.

Ramai yang sembuh dari penyakit bahaya adalah kerana cinta dan kasih sayang orang sekeliling terutama insan paling dicintai.

Lihat betul-betul sekeliling anda, anda akan lihat dengan jelas, kejayaan datang bersama cinta dan sokongan insan sekeliling.

Malah kesihatan dan kesembuhan datang dari hati dan pemikiran dahulu baru ia datang dari pemakanan dan ubat-ubatan.

Maka jika anda ingin bahagia, pilih insan yang membahagiakan anda. Lupakan yang menyakitkan. Tinggalkan dan pergi jauh, kerana ia hanya akan menambah beban dan dosa anda.

Jika anda masih ingin selamatkan, selamatkan bersungguh-sungguh. Berdoa dan berusaha. Tuhan tidak kejam , kecuali anda sendiri yang kejam kepada diri anda.

Lihat sekeliling anda dan dunia, betapa air muka tak akan mampu menipu. Dilimpahi kejayaan dan kekayaan, namun bukan dikongsi dengan orang tersayang akan terlihat diwajah walaupun ketika senyum dan ketawa.

Ada beza air muka berseri gembira bersama insan tersayang dan ada beza kelukaan diwajah ketika tersenyum juga air muka kosong yang sukar digambarkan ketika mengecapi nikmat kejayaan dan impian selama ini.

Begitulah hidup, apabila anda mementingkan diri dan tidak menghargai apa yang didepan mata, ia akan menghancurkan hati anda sendiri lambat laun walaupun anda diulit sejuta kemewahan sekalipun.

Pernah lihat, keluarga yang miskin dan papa kedana, namun penuh kasih sayang diwajah dan air muka.

Suami yang punyai isteri kanser dan anak kanser namun terlihat jauh bahagia dari keluarga yang kaya raya dan sihat?.

Apabila cinta dihargai dan dibalas dengan ikhlas, ada banyak perkara didunia ini boleh disangkal dan ditewaskan.

Jika tidak masakan ada putera raja yang sanggup meninggalkan kerajaan hanya untuk bersama cinta hati, rakyat biasa.

Di zaman millennium ini, untuk mendapat cinta yang ikhlas agak sukar.

Namun ketika anda menemuinya, usah kejar perkara lain dan mementingkan diri dan nafsu anda semata-mata.

Sekali anda tersilap, kebahagiaan lepas tak akan mungkin kemana.

Kata hikayat lama, Tuhan hanya memberikan anda sekali sahaja cinta yang betul-betul suci dan ikhlas.
Apabila anda mencuranginya sekali, tidak menghargai.

Cinta suci untuk anda tak akan kembali lagi.

Walaupun ia mungkin dari orang yang sama atau berbeza.

Sekali anda pernah mencintai dengan penuh mendalam.

Tak akan ada cinta yang lebih mendalam itu lagi terutama sekali jika anda dikecewakan dengan cinta mendalam itu.

Namun jika anda menghargai, mencintai dengan sepenuh hati akan banyak kejayaan akan dicapai.

Kejayaan bukan diukur dengan wang ringgit dan popularity.

Kejayaan diukur dalam trek anda sendiri. Kejayaan sebenar ialah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ketika anda menjaga dan menghargai insan yang anda cintai, segalanya akan kembali kepada kebahagiaan anda sendiri.

Ketika anda berkorban untuk cinta hati anda, tiba masa cinta hati anda akan berkorban untuk anda kembali.

Usah terpedaya dengan kata-kata, dunia ini materialistic, manusia tidak ada yang setia atau sebagainya.

Anda ialah siapa sekeliling anda dan apa yang anda bicarakan, setiap perkara yang anda percaya.

Realitinya mereka yang sering mengatakan negative mengenai cinta dan kehidupan ialah insan yang kekurangan kasih sayang dan tidak pernah menjumpai cinta sejati. Cinta sejati sendiri akan menjauh dari insan seperti ini.

Selagi anda tidak melihat dengan mata kepala anda, melihat kisah cinta sejati yang berlaku didepan mata. Selagi itu sukar untuk anda percaya, kecuali anda mahu percaya.

Kenyataan hidup yang berada didepan mata, manusia yang sering mengecewakan insan dan cinta manusia lain, mereka tidak percaya dunia ini adalah balasan atas sikap dan sifat kita sendiri. Sehingga ia betul-betul berlaku dalam hidup mereka terutama dihari-hari tua.

Apabila anda mengecewakan seseorang, usah harapkan lagi insan itu menjaga hati anda seperti dulu. Kembali mencintai anda seperti dulu.

Cinta yang kuat datang hanya dari cinta yang tidak berbelah bagi sesama sendiri, apabila ia telah terbelah, kepercayaan juga begitu.

Tidak cukup kepercayan terbelah , pengorbanan juga begitu. Jika dahulu cinta hati sanggup berkorban apa sahaja, kali ini pengorbanan belum tentu sanggup dilakukan untuk anda lagi.

Maka, apabila anda berdua diikat bom, percayalah pasti ada salah seorang akan cuba menyelamatkan diri sendiri dulu dari merisikokan diri menyelamatkan kedua-dua sekali.

Perkara seperti itu tidak akan berlaku, selepas cinta dikhianati.

Yang tinggal dan ada, ialah selamatkan diri sendiri sebelum insan lain.
Jika anda ingin hidup seperti itu , hiduplah. Namun percayalah , hati dan hidup anda pasti kosong.

Andai ketika ini cinta anda masih kukuh, hargailah.

Kerana apabila ia sudah ditewaskan, anda bukan sahaja membezakan hidup anda dengan pasangan lain, malah anda hanya akan Nampak kekurangan pasangan anda semata-mata tanpa sedar kesilapan diri dan kelemahan diri sendiri yang pasangan anda tidak pernah nyatakan.

Apabila anda sudah mulai tidak bersyukur dengan kehidupan anda, maka anda akan mula tidak menghargai pasangan anda. Kesyukuran dengan menambah baik kehidupan, saling menyokong dan memberi semangat dalam melebarkan sayap masing-masing juga impian masing-masing ialah kehidupan cinta sebenar.

Sokongan dan kepercayaan sesama sendiri akan mewujudkan kekuatan untuk anda saling mendorong dan mengejar kejayaan masing-masing.

Ketika anda mencintai, pilih seseorang yang mampu mendorong anda. Bukan meninggalkan anda ketika badai melanda.

Ketika anda kecewa, pastikan insan yang anda cintai , insan pertama yang memberi semangat dan motivasi dan percaya kepada anda.

Andai anda hanya mampu menerima bunga , coklat, diajak makan , percayalah ramai yang mampu memberikan anda semua itu.

Cari insan yang membahagiakan anda dan mengeluarkan semua perkara positif dari diri anda, menjadikan anda jauh lebih baik dari dulu.

Insan yang sentiasa melegakan hati anda, tidak pernah membuat anda rasa tertekan dan sama-sama menyelesaikan masalah yang melanda pasangan masing-masing.

Kita hanya akan tahu erti cinta sebenar setelah diuji, selagi tidak diuji kita tak mungkin tahu.

Andai selepas diuji cinta itu makin kuat, percayalah, hargai cinta itu dan usah cari yang lain atau pandang yang lain lagi.

Di zaman milenia ini, bukan setakat suami orang, isteri orang dan tunang orang turut digilai.
Andai anda sudah mempunyai cinta hati yang telah anda janjikan macam-macam, yang anda berikan harapan dan kasih-sayang. Hargailah. Bimbang dihari tua nanti anda akan menyesal dan malu berjumpa mereka lagi atas kesalahan yang telah anda lakukan.

Tidak kira bagaimana anda Berjaya, popular, berkuasa, tiada satupun mampu membeli hati terluka dan hormat manusia pada insan yang pernah melukakan.

Hati anda pasti tidak akan bahagia selagi ada hati yang pernah terluka.

Jangan jadikan anda manusia yang menjadi sebab insan lain terluka.

Kerana bayang-bayang sejarah itu, akan terus mengejar kehidupan anda sehingga anda mati.

Tulisan ini dari pengalaman dan pelbagai kisah peribadi di depan mata dan di pelbagai perkongsian status dan cerita hidup.

Terima Kasih.









Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...