Mengurangkan makanan proses dalam diet seiring usia |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ketika berusia 20an sehingga pertengahan 30an, menikmati makanan proses adalah perkara biasa.
Kurang kesedaran dan ingin mengejar masa selain harga makanan proses yang jauh lebih murah menjadi pilihan utama.
Bayangkan anda boleh mendapatkan set sarapan pagi, tengah hari dan malam dari serendah RM5 beserta air di restoran makanan segera.
Malah set makanan ini lebih sedap, enak, berbau menyelerakan dan diiklankan sihat dengan hidangan berasaskan protein, karbohidrat, sayur dan sebagainya walaupun ia hanya burger makanan segera dan ayam goreng segera bersama sedikit daun salad dan kobis, kentang bersama mayonis.
Ia, anda boleh menikmatinya terutama jika kedai makan tengah hari telah kehabisan menu nasi putih dan nasi berlauk.
Ingin ke gerai masakan panas semuanya memulakan perniagaan, memasuki jam 6 petang. Di Cafe-cafe kebanyakan menu berunsur barat menjadi sajian dari spaghetti, Steak dan sebagainya. Mahal bagi sesetengah golongan berpendapatan rendah dan golongan sederhana turut berkira.
Realitinya apa yang kita nikmati pada hari ini akan ada kesan jangka panjang.
Ketika anda berusia muda, belasan dan remaja. Umur 20an dan awal 30an, metabolisme anda masih laju, namun memasuki pertengahan 30an membawa 40an dan keatas metabolisme anda tidak sehebat dulu. Malah daya tahan tubuh anda juga berbeza.
Mungkin ketika ini, anda berusia 40an dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan, namun dengan diet anda yang masih memilih makanan segera berbanding makanan yang lebih baik seperti nasi, sayur dan masakan masak lemak, ia akan memberi kesan jangka panjang yang bukan sedikit.
Ia, masakan Melayu nasi putih dan pelbagai lauk pauk ini kadangkala sungguh membosankan.
Bayangkan itulah makanan yang anda nikmati dari kecil. Dewasa anda lebih suka Mee dan sup-sup, kuew tiaw atau bihun.
Sedangkan realiti kuew tiaw atau bihun, juga mee kuning terutama yang bergoreng menyerap banyak minyak. Paling utama ia kekal diproses dari bahan tertentu sebelum menjadi Mee dan kuew tiaw.
Beras putih walau pun ia ada kontroversi tinggi gula, namun ia kekal masih kurang berproses berbanding makanan lain. Anda hanya perlu bijak memilih lauk pauk dan lebihkan sayur segar terutama ulam-ulaman.
Jangan takut makan kuah berlemak terutama jika ia dimasak menggunakan santan asli bukan santan kotak.
Santan kaya lemak baik, ia bagus untuk kesihatan dan menguasai tubuh badan anda. Malah ia memberi kesan kenyang yang lama.
Terdapat pelbagai pilihan makanan lain untuk sarapan, makan tengah hari, makan petang dan malam.
Lempeng kelapa, walaupun ia mungkin di buat dari tepung gandum namun ia hanya di tambah kelapa berkhasiat dan sedikit garam berbanding menu sarapan pagi lain yang penuh bahan tidak sihat.
Ubi keledek rebus, menu sarapan turun temurun ini amat tinggi khasiat vitamin dalam menyihatkan tubuh dan mencantikkan kulit.
Tapai juga tinggi khasiat dan kaya probiotik.
Nasi arab juga pilihan yang bagus jika ia menggunakan minyak sapi asli. Namun jika ia menggunakan minyak sapi berasaskan minyak sayuran ia tidak sihat namun kira boleh diterima kerana ia dimakan bersama kambing dan sup kambing yang jarang ditumis dan menggunakan minyak.
Sebolehnya cuba sedaya upaya kurangkan menu tidak sihat ketika bekerja dan berada di luar.
Tidak rugi makan di warung yang menyediakan makanan tradisi dan kemelayuan kerana ia jauh lebih sihat berbanding makanan moden dan proses lain.
Dalam tahun yang semakin bertambah seiring usia yang bertambah. Kesedaran mengenai kesihatan amatlah penting diberi keutamaan.
Kita boleh menikmati kek dan coklat, namun belajar kurangkan dari tahun ke tahun.
Agak pelik jika memasuki usia 40an anda masih berfikiran sama.
Hargai tubuh anda, dan ajar keluarga dan anak-anak anda pemakanan lebih sihat kerana mereka ialah generasi harapan seterusnya.
Tentu kesihatan dan tubuh badan yang kuat amat diperlukan untuk meneruskan legasi keturunan anda dan negara.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan