Ahad, 3 Disember 2017

Makan-makan Cuti Sekolah



Hari cuti sekolah kebiasaannya adalah cuti untuk keluarga berkumpul 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Cuti sekolah yang panjang,  kebiasaannya hari keluarga berkumpul dan makan besar.

Sama ada memasak di rumah makanan berat seperti masakan penuh lemak dan bergoreng.  Dari kuah kari,  nasi lemak dan pelbagai kuih muih.

Pelbagai buah tangan yang dibeli dari kuih dan kerepek yang dibeli dan coklat juga dibawa pulang ke kampung.

Berbeza rasa makanan dan keseronokan makan seorang,  beberapa orang dan ramai orang terutama jika semua bahagia menikmati makanan yang dibawa.

Ia,  hari cuti sekolah adalah hari ramai berkumpul dan bangun awal pagi.  Sama ada makan di rumah mahupun makan di luar.

Realitinya makanan ketika musim cuti sekolah agak kelaut dan agak sukar untuk anda menjaga pemakanan terutama jika keluarga anda dipenuhi dengan pelbagai jadual aktiviti.

Saya sendiri antara yang diet kelaut,  untuk beberapa minggu yang terjerumus dengan pelbagai makanan yang kononnya pantang, akhirnya di telan sampai habis juga.

Realitinya makanan sebegini menyebabkan mudah mengantuk dan brain fog.  Saya sendiri terpaksa memaksa diri untuk mengemaskini Blog.

Menikmati teh hijau dengan perahan limau kasturi dan madu untuk mencergaskan otak antara bantuan yang boleh diberikan untuk mencergaskan otak yang mengantuk.

Realitinya kafein dalam teh hijau membantu memberi semangat dan menjadikan otak lebih cergas.

Limau kasturi yang tinggi vitamin C,  membantu membuang segala toksin dari pelbagai makanan berminyak dan bergoreng serta manis yang puas ditelan sepanjang hari.

Ia,  ada waktunya di hari-hari begini sayur kurang dinikmati dan makanan manis dan lauk pauk memenuhi, anda sendiri mula malas keluar membeli dan hanya mengirim barang kepada mereka yang keluar membeli belah.

Agak sukar untuk menjaga pemakanan namun realitinya,  mood adalah perkara penting dalam kesihatan dan penyembuhan.

Maka jaga mood dan pemikiran anda.  Kajian menunjukkan pemikiran kita yang paling menentukan kesembuhan penyakit. Begitu juga mood kita di awal pagi.

Ketika cuti ini ambil waktu bersuka ria. Jika anda mampu menjaga diet teruskan sahaja. Jika anda sukar dan meraikan ahli keluarga anda dan masakan mereka,  teruskan sahaja.  Silaturahim juga harus dijaga.

Cuba sedaya upaya dalam sehari untuk menikmati buah-buahan walaupun hanya segelas air teh dengan perahan jus limau.

Selamat bercuti sekolah untuk semua.

Semoga cuti panjang ini membahagikan dan mengeratkan silaturahim.

Terima kasih.








Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...