Khamis, 7 Disember 2017

Tahun 2017 Dan Adsense


Perkembangan Adsense di Tahun 2017 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tiada ajaran terperinci mengenai Adsense di Blog ini. 

Namun dari rujukan dashboard,  kekal ada carian yang menggunakan kata kunci Adsense membawa ke beberapa artikel mengenai Adsense di Blog ini. 

Telah di terangkan di beberapa artikel,  kategori iklan mahal yang di bayar Adsense antaranya seperti sukan,  permotoran,  perbankan dan pelaburan. 

Iklan kecantikan dan kesihatan antara iklan murah yang dibayar Adsense. 

Sebagai Blog yang lebih menumpukan kategori kesihatan dan kecantikan tiada Target yang begitu tinggi di letakkan berbanding Blog lain yang mampu pergi untuk USD500 sebulan dan lebih tinggi jika telah lama berada di bidang Blogging dan antara yang mendapat ratusan ribu pembaca setiap hari. 

Dalam terkenal dengan iklan murah dalam kategori iklan Adsense.  Kebanyakan iklan di Blog ini lebih kepada kesihatan dan kecantikan kerana iklan biasanya memaparkan iklan berpandukan artikel dan carian pembaca di Blog. 

Alhamdulillah,  target yang bersesuaian untuk USD20 dan keatas telah berjaya di capai sebelum akhir tahun 2017.

Sekaligus membuktikan dari USD3 pada bulan pertama (pertengahan tahun 2015), dan hanya sekali sekala iklan Adsense muncul kini setiap artikel dan next (artikel seterusnya)  iklan Adsense kekal dipaparkan dan mengekori. 

Ia mungkin tidak banyak berbanding  apa yang telah dilakukan untuk Blog ini. 
Dengan kata lain,  mungkin nampak seperti tidak pulang modal. 

Namun ada pelbagai alasan kukuh kenapa blogging dan menulis itu penting walaupun Adsense dan mengejar jutaan pembaca bukan faktor utama. 

Lebih bagus anda sasarkan kepada sejuta pembaca yang mengikut anda dan tertarik sera membeli produk dan perkhidmatan anda berbanding bilion pembaca namun bukan pembaca dan pelanggan sasaran. 

Itu antara alasan kekal mengapa,  Blog ini tidak di 'complicated'  dan tidak terlalu moden mengikut zaman. 

Penulisan dalam Bahasa Melayu bukan bermaksud, blog anda tidak akan punyai pembaca yang datang dari luar negara. 

Pengalaman dan sejarah membuktikan Blog ini kekal membawa pengunjung luar negara malah berada di Website negara luar. 

Jika anda mengikuti setiap artikel dalam kategori Blogger di Blog ini,  pasti anda akan perasan dan mengakui ia. 

Berbaloi hampir 5 tahun berblogging, namun mula fokus dan bersungguh semenjak awal tahun 2017.

Blog adalah medan paling murah dalam mengasah bakat menulis selain memaksa diri untuk terus membaca dan mengali maklumat. Selain antara medan pengiklanan murah paling berterusan dan kekal lama berbanding di medan pengiklanan lain. 

Adsense adalah satu perkara yang menambah lagi semangat untuk berblogging.

NAMUN faktor utama dalam dunia penulisan,  Blogging atau apa sahaja, motivasi dan semangat juang diri sendiri dalam dunia digital yang dijangka akan terus berkembang ini. 

Semoga Artikel ini memberi semangat bagi anda yang baru bermula. 

Terima kasih.





Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...