Jumaat, 13 Mac 2015

Khasiat Teh Bunga Raya




Teh bunga raya & rosehip yang diamalkan oleh saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. .baiklah sebelum ini saya berkongsi info tentang teh tanpa kafein iaitu rooibos tea.. .selain rooibos tea terdapat banyak lagi teh tanpa kafein yang anda boleh amalkan… saya sekarang antara pencinta teh tanpa kafein yang pelbagai.. maklumlah ketika melalui proses Topical Steroid Withdraw.. .kafein antara benda yang perlu saya elakkan… termasuklah green tea atau teh hijau kerana teh hijau juga mengandungi kafein , selain teh hijau, black tea atau teh hitam pun termasuk dalam kalangan teh yang mengandungi kafein.

Baiklah saya ringkaskan sahaja entry ini… hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang salah satu teh dalam koleksi saya , yang saya amalkan sekarang adalah the bunga raya dan rosehip.. ia adalah 100% organic dan USDA Organik lagi… bagi saya harganya berpatutan, hanya RM11.90 sahaja dan terdapat 20 tea bag yang berbungkus cantik didalamnya.. rasanya masam-masam bunga raya dan rosehip dan saya pasti anda akan mengemarinya.. so, sila cuba…



rasa sedap dan sedikit masam sikit

3 fungsi utama teh bunga raya adalah digunakan untuk mengurangkan tahap kolesterol & tekanan darah tinggi, serta membantu menurunkan berat badan.
Selain itu khasiat Teh Bunga Raya ini juga ialah:-
  • Mengandungi enzim organik yg mampu menghalang pengeluaran 'amylase'. Amylase memecahkan gula & kanji tepu di dalam badan & mengurangkan penyerapan karbohidrat, sekaligus bertindak menurunkan berat badan.
  • Kandungan vitamin-C yg tinggi membantu menangani masalah selesema & sebarang jangkitan virus dengan menguatkan sistem imunisasi badan.
  • Teh bunga raya dikenalpasti dapat menurunkan tekanan darah tinggi, di samping memperbaiki perjalanan darah serta mampu mengurangkan masalah tekanan & kemurungan.
  • Mengandungi agen anti-oksida yg diperlukan oleh badan, seperti asid sitrik & ascorbik, utk membantu mempertahan sel-sel badan dari kerosakan akibat aktiviti radikal bebas & memperlahankan proses penuaan.
  • Melindungi badan dari serangan bakteria & meningkatkan mekanasi pertahanan terhadap jangkitan. Secara semulajadi, teh bunga raya memiliki sifat anti-mikrobial & anti-carcinogenik (mengurangkan risiko keberulangan semula penyakit-penyakit barah).
  • Teh bunga raya memberi manfaat kepada pesakit jantung & mereka yg mengalami masalah peredaran darah.
  • Pengambilan teh bunga raya secara berterusan akan mengelak dari berlakunya masalah sembelit, buasir & jangkitan pada pundi kencing.
  • Mengandungi musilaj polisakarid, pectin asid organic, glikosid sianidin (bahan anti-estrogen) & mucin & memberikan rasa nyaman pada kerongkong & rongga paru-paru.
  • Melawaskan sistem pembuangan. Sekaligus membantu mencantikkan kulit
  • Menurunkan paras kolesterol.
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Dengan menikmati secawan teh bunga raya mampu melegakan perasaan & memberi rasa nyaman pada tubuh. Ia adalah resepi anti-kemurungan semulajadi…
Kebiasaannya saya menikmati teh ini diwaktu pagi terutama jika saya menikmati sarapan berat… Jika anda juga ingin mencubanya terdapat banyak pasaraya dan kedai organik yang menjualnya.

Baiklah sekian sahaja entry saya untuk kali ini, saya akan bercerita tentang khasiat teh rosehip pula dientry akan datang.. insyaallah..Salam Sayang dari saya, love, huge & kiss... 

*** terima kasih kepada google atas info diatas.








18 ulasan:

nurul berkata...

As salam sy nak tanya beli kt mana teh nie?? ��

Deeja berkata...

Wassalam. Sy beli di kedai organik.

Tanpa Nama berkata...

salam Qisya,

sya cari di mlka kebanyakkn
organik shop x ade jual...

Qisya beli di organik shop mane..

Deeja berkata...

Sy beli di organic shop kuantan

Unknown berkata...

Organic shop kuantan tu kat belah mana ye???

Deeja berkata...

Saya hanya pernah membeli di 3 kedai organik di kuantan iaitu NhF di East Coast MAll, organic village jalan air putih & tunas manja organic air putih kuantan sahaja. Ini saya beli di organic village.

Tanpa Nama berkata...

Ada sesiapa jumpa di kawasan johor bahru ke?

Tanpa Nama berkata...

Ada sesiapa jumpa di kawasan johor bahru ke

Unknown berkata...

Saya Ada jual rosehip tea .hubungi saya +60102026727

Unknown berkata...

Saya Ada jual sis
+60102026727

Deeja berkata...

Ada komen di bawah. Beliau ada jual.

Deeja berkata...

Ada komen penjual di bawah.

Unknown berkata...

rasannya macamana tea bungaraya?

Unknown berkata...

BERMINAT membeli Teh Bunga Raya boleh hubungi saya www.wasap.my/+60102026727

Ready stock sekarang

Unknown berkata...

Berminat

Unknown berkata...

Di k.l or shah alam mana mana di jual teh bunga raya ni

Unknown berkata...

Saya berminat tentang teh bunga Raya ni. Mcm mana nak dpt.

Unknown berkata...

Bila dah penyakit.. mula mencari solusi
Terima kasih atas perkongsian... Saya nak mencubanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...