Sabtu, 29 April 2017

BUAT DUIT RAYA 2017


CRUNCHY FLAKES by QK, Produk premium dari emping jagung bermutu tinggi dan limpahan kacang 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Diharap anda mampu bersabar membaca setiap artikel mengenai Crunchy Flakes by QK Di Blog ini. 

Pasti sebagai follower yang aktif di dalam instagram,  anda melihat kebanyakan jenama fesyen mula mempromosikan baju raya untuk Aidilfitri akan datang. 

Pre order juga telah di buka. 

Maka tentu sahaja saya juga selaku Founder untuk Crunchy Flakes by QK juga harus mempromosikan produk ini untuk jualan Bulan Ramadan, Puasa dan raya. 

Jika anda mencari dan mahukan pendapatan sampingan dan duit raya untuk tahun 2017. 

Anda boleh menjual sendiri Crunchy Flakes by QK dalam pek atau bungkusan anda sendiri. 


Bungkusan pek berdiri dalam beg coklat berzip

Sesuai dengan status produk premium atau snek premium,  anda di galakkan menggunakan bungkusan seperti diatas yang boleh berdiri sendiri. 

Sebagai snek premium dan agak sihat walaupun bukan 100% sihat namun ia masih sesuai untuk dimakan selepas bersenam di gym terutama jika anda baru berjinak dengan snek kurang gula. 

CRUNCHY FLAKES by QK juga boleh di letakkan di bazar bazar Ramadan,  bahan, event r atau bazar raya juga di promosikan ke pejabat-pejabat pentadbiran juga sesuai di letakkan di butik pakaian tertentu. 

Selain menjual atau menjadi dropship anda juga boleh menjadikan Crunchy Flakes by QK Ini juga sebagai santapan untuk berbuka puasa,  sahur atau snek kudapan juga kuih raya keluarga anda. 

Snek ini sesuai dinikmati di mana sahaja termasuk di dalam kenderaan awam atau sedang menghadapi jem di jalan raya. 

Sedap enak dan berkhasiat berbanding snek komersial lain. 
CRUNCHY FLAKES by QK 
Alternatif lain anda juga boleh menjadikan snek Crunchy Flakes by QK sebagai hadiah atau cenderahati untuk keluarga,  sahabat dan pelanggan anda.

Untuk tempoh terhad ini harga terbaru Crunchy Flakes by QK

1. 200 gram botol merah RM12
2. 500 gram bungkusan plastik putih RM25
3. 1 kilogram RM45
4. 5KG X RM44
5. 10kg = RM430 @ 10 pek 1 kilogram

Untuk pembelian dan pertanyaan produk

Anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636 

Rancang PROJEK RAYA AIDILFITRI 2017 anda sekarang. 

Jika anda bersemangat untuk kurus,  anda juga boleh mula diet anda dengan Crunchy Flakes by QK  Sebelum benar-benar fokus pada makanan yang betul-betul sihat 100%.

Selamat Mencuba. 


Terima kasih. 




12 KHASIAT & KEBAIKAN BUAH KEDONDONG


Buah kedondong yang murah dan enak
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Manusia diberi pilihan untuk memilih dengan bijak sesuai keadaan diri.

Jika anda hanya punyai Budget yang rendah bulan ini untuk buah-buahan tempatan selain jambu batu,  buah kedondong boleh menjadi pilihan..

Kurang racun dan senang dijaga,  maklumlah buah tempatan,  ia insyallah jauh lebih selamat dari menikmati buah import yang anda sendiri tidak tahu bagaimana prosesnya untuk sampai ke Malaysia.

Buah kedondong ialah buah yang senang di tanam dan tumbuh subur di Malaysia.

Ia berbuah sepanjang tahun.  Pokoknya rendang sahaja.

Antara KHASIAT BUAH KEDONDONG yang dapat saya kongsikan untuk anda dalam artikel kali ini seperti berikut :-

1.  Sesuai sebagai ubat batuk.  Pelik tapi benar buah kedondong dikatakan boleh menyembuhkan batuk.  Maka jika anda dihinggapi penyakit batuk sila nikmati buah ini.

2. Enak di buat jeruk sebagai kudapan wanita hamil.  Pastikan anda menggunakan bahan sihat seperti cuka buah Semulajadi untuk membuat jeruk buah kedondong sendiri yang lebih sihat dan selamat.

3. Buah kedondong paling enak di makan bersama rojak buah.  Selain itu ia juga enak dibuat kerabu dan salad.

4. Seperti buah-buahan lain buah kedondong kaya dengan khasiat yang membantu proses pencernaan sekaligus bagus untuk tubuh.

5. Kandungan serat di dalam buah kedondong dalam anggaran 0.83-3.60mg untuk 100 gram amat bagus untuk anda yang kurang menikmati makanan berkhasiat.

6. Buah kedondong juga digunakan sebagai remedial atau ubat sakit perut.  Caranya anda hanya perlu merebus buah kedondong selama 15 minit bersama 2 cawan air berlapis.  Pastikan buah kedondong telah dipotong dan dicuci bersih.  Minum remedi atau air rebusan ini 2 kali sehari.

6. Untuk ubat batuk anda boleh menikmati buah kedondong sambil cicah garam Pink himalaya.  Ia lebih cepat berbanding menikmatinya sahaja.

7. Buah kedondong kaya dengan zat besi.  Dalam 100 gram buah kedondong terdapat anggaran 30 mg zat besi.  Buah yang bagus untuk kaum wanita khususnya.

8. Seperti buah lain,  buah kedondong turut mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.  Buah kedondong juga mempunyai kandungannya vitamin A yang bagus untuk penglihatan anda.

9. Buah kedondong juga bagus untuk kesihatan jantung. Kaya dengan Vitamin A dan zat galian lain buah kedondong turut mempercepatkan penyembuhan luka. Kandungan vitamin C di dalam buah kedondong pasti memudahkan lagi penyembuhan luka dan kecantikan kulit tubuh dan wajah.

10. Buah kedondong turut mempunyai vitamin B1. Vitamin yang terkenal amat bagus untuk tubuh yang turut membantu sel darah merah dan oksigen di dalam tubuh sekaligus bagus untuk mereka yang kekurangan darah.

11. Anda yang berisiko mempunyai kandungan kolesterol tinggi.  Sila amalkan menikmati kedondong. Buah kedondong dipercayai mengurangkan risiko ini.

12. Buah kedondong juga dipercayai boleh mengurangkan penyakit sariawan atau ulser.  Jika anda memakai Braces dan sering terkena ulser anda boleh amalkan buah enak ini.

Dikatakan menikmati buah kedondong dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan ngilu.  Saya tidak pasti kerana saya tidak menghadapi masalah ini ketika menikmati buah kedondong ini.

Selamat membeli buah kedondong.

Buah kedondong ini kebiasaannya banyak di jual di mana-mana sahaja.


Terima kasih.




Jumaat, 28 April 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 39:- Rimbunan Oriental Cafe Kuantan


Rimbunan Oriental Cafe terletak di Kosma Business Hotel 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link Tempat Makan Best Di Kuantan Part 38

Saya menerima jemputan istimewa untuk menikmati menu yang di hidangan di Rimbunan Oriental Cafe di Kosmo Business Hotel,  Kuantan pada 15 April lepas. 

Bahagian hadapan Rimbunan Oriental Cafe,  di sebelah Kosma Business Hotel 
Saya,  ibu saya dan 2 anak saudara saya Irfan dan Ilham juga seorang lagi Blogger iaitu Lea dan keluarga menghadiri jemputan makan istimewa ini. 

Tiba sahaja di pintu Rimbunan Oriental Cafe ini,  tertera tulisan "closed"  menandakan cafe ini di tutup khas untuk sesi mencuba dan me'review' menu yang ditawarkan di Rimbunan Oriental Cafe ini. 

Operasi Rimbunan Oriental Cafe ini di tutup sementara sempena sesi Review makanan bersama blogger
Saya dan keluarga saya terus memasuki Cafe ini.  Terlihat meja telah disusun cantik. 

Dekorasi Cafe ini juga penuh privasi dan di hias ringkas dengan frame menarik. 

Kerusi dan meja tersusun cantik 
Selain kerusi dan meja eksklusif jenis berat,  Rimbunan Oriental Cafe ini diserikan lagi dengan televisyen yang terletak di bahagian depan dan belakang atau kiri dan kanan ruangan makan di sini.

Untuk gambar lebih jelas. 
Tiada kehadiran juru kamera profesional rasmi atas alasan program berlainan sedang berlangsung maka,  Tuan Hafiz selaku Eksekutif Pembangunan Rimbunan Oriental Cafe ini bertindak sebagai juru kamera merangkap juru cakap untuk kami bagi menerangkan perkhidmatan & menu yang di tawarkan oleh Rimbunan Oriental Cafe. 

Ruang meja untuk hidangan para jemputan 
Tertarik dengan suasana tenang dan privasi,  kami di bawa melawat dapur chef dan pasukannya yang sedang sibuk menyediakan  menu hidangan kami. 

Staff cafe sedang menyiapkan hidangan 
Suasana dapur Cafe ini tenang,  bersih dan tersusun. 

Ketika kami melawat kawasan tempat menyediakan hidangan semua pekerja dapur ini sedang Kusyuk melaksanakam tanggungjawab masing masing. 


Ruang bersih dan teratur 
 Chef Nurul yang merupakan chef Rimbunan Oriental Cafe sedang sibuk memasak hidangan kami sehingga tidak sempat memakai pakaian seragam beliau ketika saya mengambil gambar beliau demi untuk menyediakan makanan yang enak untuk kami. 

Chef Nurul sedang menyediakan hidangan,  beliau tidak sempat memakai pakaian seragam Chef beliau kerana sibuk menyediakan hidangan.  Terima kasih Chef Nurul. 
Sementara menunggu hidangan siap hidang.  Saya sempat merakamkan gambar reaksi setiap tetamu di Rimbunan Oriental Cafe ini. 

Lea,  Blogger Kuantan yang turut di jemput
Ibu saya dan 2 anak saudara saya Irfan dan Ilham menunggu hidangan 
Sementara menunggu hidangan saya sempat menjengah freezer yang menghidangkan dessert atau pencuci mulut.

Di bawah ini antara gambar yang sempat di rakamkan oleh saya. 

Cheese Leleh

Cheese tart
Boleh tahan juga hidangan pencuci mulut yang di tawarkan disini.  Cheese leleh,  cheese tart,  chocolate cake memang menu popular yang di gemari ramai.  Saya pasti tentu anda juga menggemarinya. 

Chocolate cake 
Harga pencuci mulut yang dipaparkan juga berpatutan.  Paling penting anda menikmati hidangan ini di Cafe berpenghawa dingin terutama ketika musim panas membahang yang melanda negara ketika ini. 

Tentu anda ingin membawa anak atau keluarga anda ke tempat Makan lebih selesa dengan harga mampu bayar. 

Barisan pilihan pencuci mulut 

Berikut adalah antara menu istimewa yang dihidangkan khas untuk kami yang turut tersenarai di dalam menu Rimbunan Oriental Cafe ini.

Ilham Kusyuk melihat menu
Buku menu menggunakan kertas hitam board yang keras dan tebal

Menu kanak-kanak 

Menu pilihan untuk minuman 
Set menu keluarga atau korporat 

Menu untuk minum petang dan tengah hari
**untuk menu penuh sila lawati Facebook pages Rimbunan Oriental Cafe.

Dalam setengah jam menunggu,  menu hidangan untuk kami sebagai jemputan akhirnya di hidangkan.

Senarai nama menu hidangan kami pada hari tersebut ialah :-

1. Nasi putih
2. Siakap manggo
3. Siakap stim
4. Daging salai lemak
5. Sotong celup tepung
6. Tom Yam Campur
7. Sayur campur
8. JusTembikai
9. Kid menu
10. Banana cheese kek


Saya persembahkan untuk anda antara gambar terbaik untuk dikongsikan di Blog ini sebagai rujukan anda.

Ikan siakap stim dan ikan siakap manggo

Ikan siakap stim

Ikan siakap manggo

Sotong celup tepung 

Sotong celup tepung dengan pilihan 2 jenis sos cili Thailand dan sos cili biasa juga sosej dan kentang goreng hidangan kanak-kanak 

Sotong celup tepung yang enak
Tom Yam Campur
Daging masak salai
Sayur campur

Sayur campur enak ala hotel 5 bintang

Sosej dan kentang goreng bersama sos dan mayonis

Spaghetti untuk menu kanak-kanak 

Set menu kanak-kanak 

Nugget ayam dan kentang goreng menu hidangan untuk kanak-kanak 

Irfan Kusyuk melihat hidangan 

Banana cheese cake

Kek pisang dan Cream cheese yang amat sedap

Kek pisang dan cheese yang sungguh sedap
Hidangan pencuci mulut di susun sempurna 

Daging masak salai dan siakap stim
Gambar di bawah jelas menunjukkan keasyikan serta kekusyukan kami menikmati hidangan dan layanan 5 bintang dari pekerja Rimbunan Oriental Cafe. 


Bergambar sebelum menikmati hidangan 
Sebelum menikmati hidangan,  kami sempat mengambil gambar kenangan untuk diabadikan di Blog.

Ibu saya sempat lagi melayan cucu sebelum menikmati hidangan 
Kami juga diberi layanan ala hotel 5 bintang di sini.

Suasana ala privasi menambahkan selera menikmati hidangan di Rimbunan Oriental Cafe ini.


Sedapnya jus tembikai 

Saya Kusyuk menikmati hidangan 

Yuhuuu.. Masa untuk makan

Saya sengaja mengangkat pinggan ikan siakap mangga untuk diambil gambar berdekatan siakap stim

Seterusnya gambar saya dan ahli keluarga saya menikmati hidangan dengan bersemangat.

Abaikan pasangan romantik di belakang,  saya hanya fokus pada kek pisang cheese sedap ini sahaja

Memang sedap kek ini,  makan kek pisang cheese ini membuat hati saya lebih gembira 
Mari lihat wajah wajah kegembiraan ahli keluarga saya menikmati hidangan di sini. 

Ibu saya sendiri memuji kesedapan kek pisang cheese ini

Irfan dan Ilham Kusyuk menikmati hidangan 
Setelah selesai menikmati hidangan.

Sesi soalan berkaitan menu dan Rimbunan Oriental Cafe bersama Chef Nurul dimulakan.

Maka kami semangat memberi komen mengenai masakan Chef Nurul dan bertanya perancangan beliau untuk menu dan resepi terbaru untuk hidangan akan datang dan yang paling istimewa tentu sekali hidangan untuk BUFFET BERBUKA PUASA di Rimbunan Oriental Cafe,  Kuantan pada bulan Ramadan (puasa) 2017 ini. 


Chef Nurul rajin melayan dan menjawab soalan dan komen kami 

Kusyuk saya dan Lea bertanya soalan dan komen

Chef Nurul sedang menjawab soalan dan komen
Istimewa untuk anda ini rumusan mengenai Rimbunan Oriental Cafe.

1. LOKASI

Lokasi Rimbunan Oriental Cafe ini memang strategik.

Ia berada sebelah Kosma Business Hotel.  (sebenarnya Cafe khas untuk BUFFET Breakfast Kosma Business Hotel Namun kini dibuka pada public atau orang ramai).

Terletak di tengah tengah East Coast Mall,  Kuantan dan Megamall Kuantan.
( belakang New Straight Times atau Al Rajhi Bank)

Ia juga berdekatan GIO MALL,  Kuantan.

Maka lokasi tepat jika anda mencari tempat Makan Best dan selesa untuk sambutan perayaan hari jadi,  hari istimewa atau setakat makan tengah hari bersama keluarga,  rakan atau pelanggan anda.

Di hadapan Rimbunan Oriental Cafe @ Kosma Business Hotel ini ialah Masjid Tepian Putra,  Kuantan 
Tempat ini juga sesuai untuk sesi berbuka puasa.

Bayangkan Masjid Tepian Putra,  Kuantan hanya berada di hadapan atau berdekatan,  memudahkan anda untuk menunaikan solat Maghrib mahu pun Isyak di bulan Ramadan (puasa).

Jika anda membeli belah di East Coast Mall atau Megamall,  mahu pun GIO MALL,  tidak perlu beratur panjang di Mall,  tempah sahaja awal-awal baucar buka puasa disini.

Rimbunan Oriental Cafe khabarnya akan menyediakan promosi dan diskaun istimewa sempena BUFFET RAMADAN atau BUFFET BERBUKA PUASA akan datang.

Tentu sahaja ini pilihan tepat untuk anda membawa keluarga,  rakan rakan,  orang tersayang,  Group korporat anda atau pelanggan anda untuk berbuka puasa disini.

Tidak perlu tunggu untuk bulan Ramadan,  anda boleh sahaja datang ke sini bila-bila masa.

Alamat Rimbunan Oriental Cafe

RIMBUNAN ORIENTAL CAFE
Di Kosma Business Hotel
Jalan Tun Ismail 1/1
Kuantan Perdana Kuantan
Telefon :- 0129906243

2. PARKING

Sejujurnya saya datang menikmati makanan di sini pada hari Sabtu.  PARKING disini cukup mudah.  Banyak parking kosong.

Kali pertama datang ke sini pada hari kerja juga PARKING disini juga amat mudah di dapati.

Maka insyaaAllah tidak wujud isu parking disini.

2 hari berturut saya datang ke sini,  saya betul-betul parking di depan Rimbunan Oriental Cafe ini.

3. RASA MAKANAN

Sejujurnya ini komen saya mengenai makanan yang dihidangkan untuk kami pada hari tersebut.

1. Ikan Siakap Stim

Rasa ikan siakap stim ini okey.  Tidak masin,  manis atau pedas. Betul-betul neutral dan sihat,  ala hotel 5 bintang citarasa mat salleh yang tidak terlalu berperisa.

Saya percaya mereka yang sedang mengamalkan diet sihat dan citarasa moden akan menyukai rasa ikan siakap stim ini.

Jika anda pengemar makanan yang sukakan rasa masin atau manis,  mahu pun pedas.

Mohon anda maklumkan Chef anda inginkan lebih masin atau pedas.

Ketika menu ini dihidangkan kepada kami,  daging masak salai cukup enak dimakan bersama ikan siakap stim ini kerana kepedasan kuah masak lemak daging salai itu sendiri.

2. Ikan siakap manggo

Rasa ikan ini menarik.  Maklumlah ada manggo atau mangga.

Ikan siakap ini digoreng dahulu dan ditaburi limpahan mangga segarm

Menu ini harus dicuba.

Enak dan berkhasiat dengan taburan mangga.

Satu inovasi resepi bagi mereka yang ingin menikmati ikan siakap dengan rasa masam sedikit.

Biasanya anda makan ikan siakap limau nipis atau lemon,  untuk kali ini sila cuba ikan siakap manggo atau mangga pula.

Traditional dalam moden sangat menu ini.

Saya suka.

3. MASAK Lemak Daging Salai

Ini memang menu terbaik.

Pedas dan sedap.

Maklumlah Chef ini asalnya dari Negeri Sembilan.

Kuahnya pekat dan berlemak.

Secara ikhlas dan jujur Daging Salai Masak Lemak paling sedap di Kuantan yang pernah saya makan mengatasi restoran popular lain yang menghidangkan menu ini di Kuantan ialah masakan Chef Nurul dari Rimbunan Oriental Cafe.

Jika anda peminat daging salai masak lemak.  Ini menu wajib anda cuba.

Percayalah anda juga akan memberi komen yang sama.

Ini daging salai masak lemak paling sedap di Kuantan mengatasi masak lemak daging salai di restoran popular Kuantan lain.

4. Tom Yam Campur

Sejujurnya bagi saya tom Yam campur ini tidak pedas dan saya pengemar tom Yam pedas.

Namun rasa tom yam ini cukup menyebabkan anak saudara saya Irfan menghabiskannya semangkuk besar seorang diri.

2 mangkuk tom yam campur dihidangkan untuk kami.

Jika anak saudara saya suka.  Tentu anak anda juga sukakan tom yam campur ini.

Jika anda kuat pedas mohon maklumkan Chef untuk tambahan cili.

Sekali lagi menu hidangan kami hari tersebut terdapat daging masak salai lemak yang pedas berapi lagi enak yang meneutralkan rasa dan kesedapan semua menu untuk setiap golongan yang hadir.

5. Sayur Campur

Ibu saya kurang menggemari sayur campur ini kerana potongan sayur yang besar dan tebal.

Maklumlah golongan emas suka menikmati sayur yang di potong halus dan masak betul.

Berbeza citarasa saya.

Saya suka sayur di potong tebal dan kurang masak atau tengah-tengah seperti menikmati hidangan di hotel dan restoran mewah.

Bagi saya ia cukup sedap dan enak.  Rasa original sayur sebenar.

Sebagai insan yang mengikuti diet sihat.

Cara masakan sayur campur ini amat di galakkan  untuk mengekalkan khasiat sayur itu sendiri.

Maka menu ini juga antara kegemaran saya.

6. SOTONG CELUP TEPUNG

Pengemar sotong celup tepung.

Ini sotong celup tepung sebenar.

Bukan cekodok sotong seperti kebanyakan restoran.

Di mana tepung sahaja banyak dan menenggelamkan rasa sotong.

Sesetengah restoran tepungnya pula tidak terlekat elok pada sotong dan banyak minyak.

Ini tidak berlaku kepada sotong celup tepung hasil masakan Chef Nurul ini.

Tepung terlekat elok di sotong dalam kadar sepatutnya.

Minyak pada sotong juga tiada terlekat banyak seperti kebanyakan restoran di tempat lain.

8. BANANA CHEESE CAKE

Fuh!  Siapa yang tidak sukakan keju?

Kek pisang ini dibakar enak dan ditambah Cream Cheese enak diatas.

Sengaja Chef Nurul meletakkan cheese banyak dalam Cream cheese itu untuk menu istimewa beliau.

Kek pisang ini juga menggunakan Mentega dan tentu sekali rasanya berlainan dan lembab.

Di masak segar setiap hari untuk dijual.

Kek pisang krim keju ini akan diletak sebagai menu pada hari tertentu untuk memastikan kesegaran rasa kek dan krim keju itu sendiri.

Sebagai peminat kek,  kek ini setanding rasa kek di Kula Cakes Kuantan.

Saya sebenarnya bukan peminat kek pisang,  namun berlainan sekali dengan kek pisang krim keju olahan Chef Nurul ini.

Sehingga hari ini saya sendiri masih terbayang dan terliur kek ini.

Ini menu no. 1 kegemaran saya dari keseluruhan menu diatas dan Saya amat menggalakkan anda mencuba menu ini selain daging salai masak lemak.

7. LAIN-LAIN

Untuk Review menu kanak-kanak saya tidak menikmati makanan tersebut,  namun cara hidangan dipersembahkan amat menarik.

Nampaknya juga sedap dan saya percaya kanak-kanak yang sukakan spaghetti akan menggemarinya.

Sosej dihabiskan oleh Irfan dan Ilham menikmati nugget.

Jus buah tembikai manis ala kadar.  Jika anda bukan peminat air manis boleh mohon tanpa gula.  Jika pantang ais minta sahaja tanpa ais.

8. MAKLUMAT LANJUT

Untuk info Chef Nurul Hajatul Afzan bt Ramli ialah chef yang pernah mendapat pengalaman di Hotel Zenith Kuantan.  Hotel mewah popular di bandar Kuantan.

Masih muda tentu sahaja cara masakan beliau lebih kepada rasa moden dan terkini.
Pekerja di Rimbunan Oriental Cafe juga majoritinya dari golongan muda.

Khabarnya kebanyakannya ialah graduan dari kolej di bawah Yayasan Pahang sendiri.

Untuk info Rimbunan Oriental Cafe juga adalah di bawah pengurusan salah sebuah anak syarikat Yayasan Pahang.

Sebagai selingan untuk memuaskan hati anda.

Saya sempat mengambil video ringkas masakan yang kami nikmati tempoh hari.

Mohon maaf kerana saya baru belajar merakamkan video dan mempunyai saluran YouTube sendiri.

Saya sertakan videonya di bawah.



Ini sahaja perkongsian dari saya untuk anda kali ini.

Jika anda berada di Kuantan dan mencari tempat Makan Best,  sedap dan menarik untuk sarapan pagi,  makan tengah hari,  minum petang,  makan malam,  sambutan hari istimewa mahupun untuk perbincangan berkumpulan juga perniagaan.

Anda boleh memasukkan Rimbunan Oriental Cafe dalam senarai pilihan anda.

Cubalah Rimbunan Oriental Cafe hari ini dan berikan komen membina anda.

Semoga artikel ini membantu anda memilih tempat Makan Best Di Kuantan wajib cuba seterusnya.


Waktu Operasi RIMBUNAN ORIENTAL CAFE, KUANTAN ini setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 11 malam sekaligus cafe ini amat sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

RIMBUNAN ORIENTAL CAFE, Kuantan ini tutup sebentar pada pukul 12.30 petang hingga 2.30 petang untuk menghormati solat JUMAAT.

** sebarang pertanyaan dan tempahan.

Anda boleh hubungi :-

1. Encik Mohd Hafiz Bin Mohd Nor  012 296 3561
2. Chef Nurul Hajatul Afzan Binti Ramli 012 752 8414
3. Encik Mohd Izdwan Bin Abd RAZAK 017 906 5932

Dan likes Facebook Rimbunan Oriental Cafe di link ini

Facebook Pages Rimbunan Oriental


Terima kasih.


** ini sambungan artikel seterusnya Restoran Korea Steamboat Seoul Garden



It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...